Halaman

Ahad, 4 Ogos 2013

Keajaiban rekaan dan perdagangan agama

Bulan2 puasa ni ramai pulak kawan2 aku share dan forward kat whatsapp, email dan Facebook artikel pasal super conductor Hajar Aswad seperti berikut: 

Sumber gambar
NY Times menulis: “Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan thawaf ataupun sholat di muka bumi ini, nescaya akan berhentilah putaran bumi kita ini, kerana pusingan dari super conductor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang electromagnetic. Menurut hasil penelitian dari 15 University : Menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi, yaitu 23.000 kali dari baja yang ada. Beberapa astronout yang di angkasa melihat suatu sinar yang teramat terang memancar dari bumi dan setelah diteliti ternyata ia bersumber dari Bait Allah atau Kaa’bah, Mekah.
Super conductor itu adalah Hajar Aswad, yang berfungsi bagai microphone yang sedang menyiarkan dan dimana jaraknya mencapai ribuan million jangkauan siarannya. Prof Lawrence E Yoseph – Fl Whiple menulis:
“Sungguh kita berhutang besar kpd orang Islam, Sholat, Thawaf dan tepat waktu menjaga super conductor itu.” Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illahaillallah, Allahu Akbar. Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan Thawaf Haji dan Umroh.

Sekarang anda mempunyai 2 pilihan.

i) Biarkan superb info berada di page ini supaya orang lain tidak membaca.
ii) menyebarkan ke Teman yang lain dengan klik ‘fowardkan’ supaya orang lain dapat ikut terinpirasi “Subhanallah“


Macam biasa, orang kita ni suka dengan benda2 macam ni dan terus share tanpa langsung nak kaji asal usul suatu info tu, lebih2 lagi kalau yang ada kaitan dengan agama. Dan yang lebih sedih, ia turut dikongsi dengan orang yang terkenal bertaraf professor doktor yang juga berpengaruh. Aku tak tahulah samada beliau sendiri yang post atau pun admin pagenya, tapi dah 8,000 lebih orang turut share artikel tersebut daripada fan pagenya.



Pertama sekali aku cari nama Prof Lawrence E Yoseph Fl Whiple kat Google langsung tak wujud. Apa yang aku jumpa paling dekat adalah orang bernama Lawrence E. Joseph yang science writer and futurist, bukan seorang professor pun.

Kedua, artikel tu bertulis sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan tawaf ataupun sholat di muka bumi ini, nescaya akan berhentilah putaran bumi kita ini. So sebelum ibadah haji dan umrah diwajibkan, bumi ini tak berputarkah?

Ketiga, perenggan akhir yang kata anda mempunyai 2 pilihan supaya forward artikel ni tak ubah macam syarat surat berantai yang mengarut.

Tiada yang Allah ciptakan tidak hebat, so kita tak perlu sebenarnya cerita2 rekaan macam ini untuk membuktikan kehebatan kuasa Allah. Kita sebenarnya tidak memerlukan "magic" atau keajaiban untuk mengimani akidah kita. Keajaiban sebenarnya ialah setiap hari kita bangkit dari kesilapan dan kekalahan berbekalkan iman dan takwa kepada Allah.

Samalah juga dengan orang2 yang memperdagangkan agama untuk berniaga dan mendapatkan keuntungan dengan jual benda2 pelik dan mengarut seperti air terapi sarang anai2 Al-Khodafi, air berkarbonat Orange Syifa 30 juzuk dan lain2. Silap langkah, benda2 macam ni boleh jadi khurafat yang boleh merosakkan akidah.


Bacaan lanjut abuumair.com dan suhazeli.com.




tags: super conductor batu hajar aswad tawaf solat kaabah mekah haji umrah prof dr muhaya facebook magic keajaiban iman cerita rekaan artikel hoax palsu khabar angin emel email surat berantai air sarang anai-anai makan al-quran al-khodafi al-khadafi orang berkarbonat syifa 30 juzuk guna dagang agama

49 ulasan:

  1. Japgi nie ade la meleis bengap sekor dua yg akn ckp kau meleis yg bodoh,bodoh sebb semua benda kau nak persoal.. wekekekekeke~~~

    BalasPadam
    Balasan
    1. ohhh lupa laks, pertamax!!!!

      Padam
    2. ade yg lagi best.. kalau x tolong sebarkan nanti dapat bala bencana.. ada tu pulak kalau sebar murah rezeki, dipanjangkan umur dsb.. macam2 alasan sama ada kebaikan atau keburukan kalau x tolong sebarkan.. serba salah nk pilih..

      Padam
    3. Salam dari Sarawak :)

      keindahan ciptaan tuhan sudah cukup membuktikan KebesaranNya

      Padam
    4. tak nampak plak meleis bengap yg ko cakap tu
      ke ko yg bengap main serkap jarang?

      Padam
    5. butthurt meleis bengap detected..

      Padam
    6. ohhh sekor anon sudah butthurttttt pd 7:01PG..wekekekekeke~~~

      Padam
    7. Ucap dan sebarkan salam....... Salam dari Selangor uolzs

      Padam
    8. salam muhibbah dari kelate...

      Padam
    9. Salam Ramadhan.. Ramadhan al-Murtabak.. setiap kali berbuka mesti ada murtabak..

      Padam
    10. Salam:) jangan ditinggal Ramadhan tanpa ibrah..

      Padam
    11. Salam dari kl

      Padam
    12. Salam dari planet namek

      Padam
    13. salam dari kelantan tak diterima,sbb org kelantan busuk

      Padam
  2. Kata dari NY Times, tapi aku search takda pulak link yang betul-betul sahih yang NY Times sebut pasal benda alah ni. 1st result yang aku dapat dari fanpage Dr Muhaya. Yang lain-lain, blog-blog yang lembu pegi main kopipes takda buat cross-reference tentang fakta ni.

    Melayu Islam ni memang majoriti langsung tak kenal common sense ke? Ke macam mana ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kata dari NY times pula mereka2 nak ikut, percaya, sebar... kata2 dari Al-Quran x nak ikut, percaya & sebar ke?

      Padam
  3. tikar terbang ajaib ala2 cerita aladin ada? :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tikar terbang betul2 wujud di india...

      Padam
    2. boleh buktikan...zam2 alakazam.....

      Padam
    3. Nyanyisoon mata kaji samari seng...

      -ahmad-

      Padam
    4. laporpooo mata kungsiiii....Landing timeee.....

      Padam
  4. Balasan
    1. tak semua datang dari google tu betul....tapi google berguna untuk kaji sesuatu...

      Padam
  5. Nampaknya anda semua juga dah berkiblatkan google untuk mencari kebenaran. Rasa rasa anda semua pun dah macam salah fahaman je. Apa benarkah sumber dari google tu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berkiblatkan google??

      lol

      Padam
    2. fahaman yg menyembah google kot....

      Padam
    3. Maazhab google ler tuh..

      Padam
    4. agaknye le......

      Padam
  6. Macam best je.. Tapi yang share ni tak pernah belajar sejarah kot..
    Banyak benda dengar macam best tapi direka-reka.. menyebarkannya adalah juga seperti menyebarkan fitnah..

    Hajar Aswad ni bermula dari zaman nabi Ibrahim, Allah yang suruh bina kaabah, dari nabi Adam sampai Nabi Ibrahim tentu kacau bilau sebab takda orang generate Hajar Aswad ni huhu..

    Kalau ikut cerita selepas kewafatan Nabi Muhammad S.A.W, Hajar Aswad ni juga pernah dicuri sebelum dikembalikan balik ke tempat asalnya..

    BalasPadam
  7. salam dr brunei^^

    Aku ingatkan kat tempat aku je org sebar benda ni.. Rupanya serupa jugak.. Ayat akhir selalu mcm tuu, tak pun dpt bala kalo tak forward.. Ntah apa apa ntah la jd kalo org yg telan bulat2 apa yg di forward org tanpa usul periksa..huhu

    -m84-

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan tu facebook. semua boleh connected

      Padam
    2. meleis burunei pun 2x5

      Padam
    3. betul tu bro, yg kesiannya pakcik makcik yg takde fb pon kdg2 dpt tahu dr sumber mulut org yg ada fb, kiter yg phm sikit2 ni terpaksa jugak explain kat dorg, psl benda ne tak ubah mcm zaman awal 90an dlu main sebar2 guna surat layang potokopi apa tuu tanpa usul periksa kesahihannya..hehe :D

      -m84-

      Padam
  8. Masalah info2 dlm fb terutama agama n politik terus percaya bulat2....xnak selidik dulu kesahihannya...bahaya menuntut ilmu mcm ni. Nak menuntut ilmu pun mls..senang sesat dibuatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ini namanye menuntuk ilmu ikut-dan je....

      Padam
  9. http://en.wikipedia.org/wiki/Faraday%27s_law_of_induction#Faraday.27s_law

    *note*
    aku malas komen pasal agama ke apa. cuma aku nak ckp, actually la, kalau tengah tu core yang dikelilingi magnet yg berputar, dia hasilkan arus, bukan medan.

    cuba tanya bebudak Electrical yg kena ambik paper Teori Medan hahaha.

    BalasPadam
  10. http://en.wikipedia.org/wiki/Electromagnetic_field

    ah lantak ah. last2 kene troll je benda2 ni.org kita kan org trollers, suka benda2 x serius dan x pening2 kepala otak, joke2 funny yg x de reponsible sgt. rilek rilek je la kalau kena tipu pun.

    it's internet, why so serious son? <-- sbb x serious la korg kene perbodoh cam tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mike, aku rasa cam perna baca kes kaabah ni ar. pseudo sain punya blog kot. inb4 jap lagi ada anon butthurt aku panggil ko mike. haha

      Padam
    2. 1.pseudosains.blogspot.com pun same view, benda ni mcm scam.

      2. at least ada juga nama nak dipanggil. daripada panggil Tanpa Nama.
      yup, byk org nak comment pakai Tanpa Nama, the thing is, anonymousity is a form of irresponsibility.
      at least letak la nama kat bawah komen. apa apa hal boleh refer ke tanya balik.

      3. aku rasa anonymousity breeds trollers. mmg la akan ada puns dan jokes, in the same time comment2 Tanpa Nama menyebabkan aku rasa mcm baca surat layang. mcm layan budak2.

      nevertheless, blog ni santai2 pun so my point of view does not worth much. Tak perlu serius2 kan?

      Padam
    3. oh terima kasih korang bagi blog baru iaitu pseudosains.blogspot.com untuk diterjah..

      ada gak ada org nak cerita pasal rotary engine

      Padam
  11. orang kita jenis terima je...asalkan benda tu nampak baik...bukan nak kaji pun...

    BalasPadam
  12. Aku hairan la meleis yg share benda ni. Tak pnh ke terlintas sdikit pn kat kpala otak dorg nk fikir soalan simple cm "betul ke mende ni??". Konon nk bbakti pd agama ah tu. Mnyerlahkn kbodohan adala.

    BalasPadam
  13. Dr Ke? Kat fb ni kalau ikut kajian lebih dari separuh profile, pages adalah palsu. Walau Facebook cuba nak wajibkan pendaftar guna nama betul email betul dan sebagainya tetapi ianya tetap ciptaan manusia.. boleh ditipu

    bahkan budak sekolah rendah pun ada facebook bukan satu malah dua tiga untuk mereka main game.. walau kalau ikut polisi facebook budak bawah umur tak boleh mendaftar bukan susah pun tipu umur aje..

    Jadi secara kesimpulannya info2 facebook tak kira la dari Dr ka Prof ka atau sape pun kemungkinan besar adalah palsu @ fitnah secara default sebelum dibuktikan kesahihannya..

    BalasPadam
  14. Byk kali aku jumpa artikel ni dan meleis2 yg pakat share kt fb. Ianya amat ridikeles sehingga aku rasa buang masa aku je nk cek fakta artikel kartun ni. Layan naruto lg baik.

    BalasPadam
  15. Aku salah sorang orang skeptik artikel ajaibnya agama.

    Banyak sangat yang merepek sampai malas aku nak percaya. Salahkan tukang share menda merepek tu. Tak reti tapis langsung. Pemalas.

    Nasib cerita azab kubur dari penggali kubur tu aku percaya lagi.

    BalasPadam
  16. setiap benda yang diciptakan ada khasiat tersendiri sama ada boleh dibuktikan dengan sains ataupun tidak,rahsia alam terlalu banyak tersimpan di bumi ini.perkara ghaib juga adalah suatu unsur/perkara yang mesti diimani contohnya malaikat dan jin.tetapi jangan kita meletakkan kepercayaan kepada sesuatu unsur itu bahawa keajaibannya datang dari bahan itu sendiri,bukan daripada Allah Azzawajalla..contohnya menggunakan campuran akar kayu dan herba untuk merawat penyakit kulit lalu ia sembuh..jatuh syirik jika kita menseterukan Zatnya..apa apa pun semua ciptaan Allah mempunyai keistimewaannya tersendiri.baik di darat mahupun di lautan..rahmat Allah sangat luas..melangkau fikiran manusia..iman teguh,hapuslah mungkar..

    salam ramadhan dan aidilfitri
    amri-kedah.

    BalasPadam
  17. baca untuk info & renungan pastu buka google godek cari info baru pikir nak serbar ke tidak. ni tidak..main share je..

    My recent post : Pisang Goreng Di Mcd

    BalasPadam
  18. Terima kasih share info ni ya. Dapat ilmu baru :D

    Solusi No Satu Untuk Penyakit Kencing Tidak Lawas Klik link.

    BalasPadam
  19. Terima kasih share ilmu ni ya. Sangat bermanfaat :D

    Solusi No Satu Untuk Penyakit Kencing Tidak Lawas Klik link.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.