Halaman

Jumaat, 23 Ogos 2013

Metallica, Linkin Park or some random K-Pop band?

Semalam tamat sudah Konsert Metallica yang berlangsung di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Ini merupakan kali pertama Metallica datang ke Malaysia. 2 hari sebelum tu, Linkin Park datang Malaysia untuk konsert siri jelajah dunianya di Stadium Nasional Bukit Jalil (yang padangnya kena komplen dengan Barcelona). Kali terakhir Linkin Park pernah datang ke Malaysia untuk buat konsert pada tahun 2003 di Stadium Merdeka. Tapi aku perhatikan nampaknya demam Metallica lebih panas daripada demam Linkin Park. Oh ya Sabtu ni ada sebuah band K-Pop iaitu CN Bulu Blue juga akan buat konsert di Stadium Negara, Malaysia. Minggu ini nampaknya adalah minggu untuk hiburan dan konsert2 antarabangsa.


Konsert penuh Metallica Live in Malaysia 2013 kat sini.

Konsert Linkin Park Living Things World Tour Live In Malaysia 2013.

Some random K-Poop band, CN cerita Blue.

Kalau ada orang nak bagi anda tiket VIP free + backstage pass lagi tapi hanya boleh pilih salah satu sahaja, antara lagenda heavy metal 80/90-an METALLICA , lagenda rock millenium LINKIN PARK dan band K-Poop CN BLUE, mana satu anda pilih?

 . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Btw semasa konsert Metallica, Pemuda PAS mengedar risalah mengenai Mesir dan meminta agar pengunjung konsert turut menghulurkan sumbangan kepada tabung bantuan Mesir seperti yang tertulis:
"If you can pay RM195 for Metallica, why not share some to help Egyptians?"
"Jika kamu dapat bayar RM195 untuk Metallica, kenapa tidak berkongsi sama membantu rakyat Mesir?"
Bagi aku ini adalah suatu kempen yang agak bagus, sambil berhibur sambil mengingatkan orang ramai yang hidup di bumi Malaysia yang sungguh aman ini agar tidak melupakan saudara kita di Mesir. Cuma aku tahu kenapa mereka tak buat kempen ini masa konsert Linkin Park tempoh hari, mungkin mereka tak kenal Linkin Park berbanding Metallica. Dan harap mereka akan meneruskan kempen ini masa konsert K-Pop CN Blue dan konsert2 K-Poop yang lain yang sudah pasti akan dihadiri oleh rata2nya kaum wanita2 dan gadis2 remaja melayu. Boleh tengok kat fanpage ini untuk mengetahui semua konsert K-Pop yang akan diadakan di Malaysia.




Pada pandangan aku juga kempen dan dakwah seperti ini lebih baik dan professional berbanding nak berdemo dan buat jelajah membantah konsert2 seperti ini, sebab PAS perlu ingat dia bergerak atas kapasiti sebuah parti politik. Malaysia ni negara berbilang kaum dan agama, yang pergi konsert2 artis antarabangsa ni bukan orang melayu dan Islam sahaja tapi juga bangsa2 lain yang bukan beragama Islam. Dan perlu diingat golongan remaja dan dewasa sekarang ni pun ramai yang telah dibesarkan bukan melalui acuan agama yang kuat, maka tindakan membantah secara keras ini bukan sahaja membuatkan anak2 muda ini semakin tidak suka pada PAS, malah membuatkan orang yang bukan muslim juga semakin menjauhi Islam.

PAS perlu ingat, kalau mereka nak melaksanakan apa jua yang menjadi agenda dan matlamat parti, mereka kena ada kuasa memerintah, dan untuk mendapat kuasa memerintah, mereka kena mendapatkan sokongan anak muda dan orang bukan Islam, dan untuk mendapatkan sokongan mereka, mereka kena cuba mendekati dan berdakwah kepada mereka secara berhemah, bukan dengan cara yang keras dan ekstrim seolah2 "aku lebih Islam daripada kau".

Macam untuk isu konsert2 artis antarabangsa yang biasanya Pemuda PAS pasti akan turun dan membantah depan pintu masuk, mungkin lepas ni tidak perlu lagi buat bantahan, aku cadangkan setiap kali ada konsert artis luar negara (atau artis Malaysia), adakan siri perjumpaan dengan penganjur konsert bersama dengan Pemuda UMNO ke, atau dengan pihak Kementerian Penerangan, dapatkan maklumat mengenai artis yang akan datang itu, tengok tracklist, semak lirik2 lagu dan tapis mana2 lagu yang mempunyai unsur negatif dan yang boleh mendatangkan syirik, kemudian tegaskan kepada penganjur, artis yang membuat persembahan perlu mematuhi etika berpakaian serta menjaga tingkah laku di atas pentas. Dengan ini pasti tak ramai yang rasa kurang senang dengan tindakan mereka malah bersetuju dengan langkah ini. Kalau ada berlaku pelanggaran garis panduan yang telah ditetapkan, tegurlah pihak penganjur dan kerajaan yang membenarkan perkara ini berlaku.

But at the end, sebenarnya Pemuda PAS tak perlu pun buat semua benda tu sebab ia adalah tanggungjawab kerajaan yang memerintah, so pihak Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan lah yang perlu buat semua tu dan maklumkan kepada orang ramai yang suatu konsert ini sudah lulus tapisan atau tidak. Seperti juga menapis filem, konsert pun sepatutnya kena tapis... dan juga lagu, yang kebanyakan tak pernah ditapis pun sampai lagu lucah pun boleh selamba dimainkan di corong2 radio.





tags: konsert metallica live in malaysia 2013 concert dataran merdeka james hetfield lars ulrich kirk hammett robert trujillo interview datang malaysia konsert linkin park living things world tour live in malaysia 2013 stadium nasional bukit jalil chester bennington mike shinoda joe hahn brad delson rob bourdon dave farrell kyle christener scott koziol mark wakefield ahli band member full concert video camera tonton rakaman kamera penuh konsert k-pop band cn blue g-dragon super junior gay dewan pemuda pas dppm bantah jelajah demo demonstrasi piket himpun edar risalah ingat isu mesir derma sumbangan

60 ulasan:

  1. duk lepak2 kat rumah tengok dari tv atau download lagi best haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalu 20 tahun dulu Metallica buat concert mungkin aku datang kat stadium....beli tiket duit plak takde tengah menggangur...skrg ada duit tapi dah takde masa dan dah berumur pulak.....

      Padam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la tu mat

      Padam
    2. Masalahnya PAS ni memang di kenali dgn suka kutip derma tapi lepas tu duit tu entah ke mana. Tak pernah pun ada audit di buat atas kutipan derma PAS ni.

      Padam
    3. belum pernah lagi mana2 parti politik di malaysia ni yang pernah release audit kepada org ramai pun by the way. :)

      Padam
    4. secret admirer. kurgkan maki weh. jgn cepat laknatullah kat org. Laknat Tuhan tu perogative hak Tuhan.
      aku x sokong/suka k-pop tapi x de nak maki hamun nya.

      Padam
    5. mat peminat rahsia. kau x rse diri kau pn macam laknatullah juga ker bila kau layan blog melayu stim yang ada koleksi gambar perempuan bertudung dengan nigga melempiaskan nafsu selain klip 3gp bini2x melayu seksi beraksi yang dirakam oleh laki mereka sendiri?? tidakkah macam babi nokharom juga aktiviti kau itu??

      Padam
    6. Tanpa Nama23 Ogos 2013 3:12 PTG

      jangan lempar tahi pada org busuk. try bagi bunga harum kat dia.

      org maki2..kau maki dia balik, itu adalah satu circle penuh kemakian.

      tu sbb aku lebih suka org register ID google instead of Tanpa Nama. sbb kalau dia pki ID google yg synonym dgn diri dia...satu hari nanti di kemudian masa, dia mungkin bukak blk entry2 lama dan dia rasa malu dgn apa yg dia tulis, dia akan delete komen dia tu. Itu adalah satu perkara bagus, tutup aib sendiri.

      Kalau pakai Tanpa Nama, kau tak dapat nak delete komen kau yg ada nilai ke-aib-an, pada satu hari akan dtg di mana kau lebih tua dan sensible, rasa malu pulak dgn benda yg ko tak bleh delete.

      Padam
    7. Jenis stail ske tulis komen & padam ni jenis tulis x pakai otak.. pengecut & emo terlebih, ske siok sendiri, tulis dlu nyesal kendian hari.. buat semak ruangan komen blog jer, x menghormati tuan blog. Buat SEMAK ajeee.........

      Padam
    8. ko ni kenapa?? tuan tanah pun x menyalak macam ko...aku x tau pulak noob ada pelihara anjing jaga blog dia.....

      Padam
    9. sape yg menyalak dulu bro..?

      Padam
  3. Raya la katakan.. Beraya sunguh..

    Metalica memang grand dari dulu tak dapek likin park nak tembusi.. :)

    BalasPadam
  4. teruskan lagi chaya murni pemuda pas, bukan selalu kan mohon buat sama time konsert k-pop gak

    p/s: mungkin ada antara diorg ni pun minat gak metalica gak dulu2 ala, semua org melalui zmn muda, hatta uztaz2 tertentu leh hapal lagi lagu2 rock lama

    BalasPadam
  5. Owh aku prefer Linkin Park, tp tak kuasa aku nak gi concert...

    Tapi kalo Asian Kung-Fu Generation (j-rock) mai buat concert, aku mungkin gi jenguk, mungkin ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. peminat rock alternatif rupanya cik plain nih, asian kung fu generation antara band yg buat aku masa kecik2 nak jadi narutard.

      Padam
    2. Sorryla.. aku minat Morning Musume, esp generasi Yoshizawa hitomi, takahashi ai, ishikawa rika, kago ai, etc. Ok.. bye..

      Padam
    3. hahahah biskut, lama dah aku tak dengar term narutard XD

      Padam
    4. cool joke, cool joke. aku mau cool joke.

      oh,aku g metallica. tapi gi panjat bukit kat belakang dok atas rumput sorg2 sbb x thn merata2 bau rokok

      Padam
    5. a'ah bau rokok merata2 mmg a big turn off... antara beberapa sebab mengapa aku selalu mengelak crowded places...

      Padam
  6. Tiga2 x minat. Grup2 ni sesuai utk pondan/bapok/gay yg prasan macho/cool/metrosexual. Kalu RATM yg dtg Malaysia aku konfirm pegi.

    Yes I'm rollin' down Rodeo with a shotgun
    These people ain't seen a brown skin man
    Since their grandparents bought one..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku baru nak sound RATM da berpecah, oh da reunion balik rupanya. (slowpoke)...aku idup zaman guerilla radio lagi rupanya.

      Padam
    2. a ah gay. RATM = Kemarahan Terhadap Mesin. sama gay ngn kumpulan Logam ngn Taman Bersambung, Generasi Kung Fu Asia ngan Biru Sin Nun. semua korang boleh gay kan lah. gay kan riang?

      Padam
    3. ko pun sama juga minat benda lagha

      Padam
    4. so kita berjemaah lagha la nih hehe2

      Padam
  7. mahal - mahal pun boleh sold out pergh tak faham betul aku

    BalasPadam
  8. Banyak benda Lagha dan ramai orang minat sampai ada bergaduh2
    Dapat apa? kepuasan? lol.. Bukan penting pun sebenarnya..

    Ada orang kutuk K-Pop sanjung metalica
    Padahal semua benda Lagha je takda pekdah pon nak sanjung dan puja..
    apalagi nak bergaduh kerana benda alah tu semua.. bukan dapat pahala pun..

    Nak tengok, tengok je la..
    tak perlu nak fanatik juga tak payah la kutuk mengutuk benda lagha ni
    buang masa tenaga dan sakit hati yang tak perlu saja..

    BalasPadam
  9. buang duit beli tiket.. baik google video konsert kat youtube


    Entry Baru Update : Apabila Ulat Menjadi Super The Avengers

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orang bodoh cuba nk komen

      Padam
    2. Orang bodo cuba nk komen orang bodo

      Padam
  10. kepada sesiapa yang pertama kali nak cuba mendengar Metallica, disarankan mendengar Master Of Puppet yang mana aku anggap mukadimah atau kesimpulan kepada band ini.

    sapa yang minat bunyi2 metal yang mainstream, sila layan Black album (dan mana2 single2 komersial diaorg)

    sapa yang nak darah berderau dan nak ada perasaan semangat berperang/memberontak/kelakian yang terlebih, sila layan empat album pertama diaorg. Baru lah korg layak nak rasa kvlt!

    \m/ yeyeahh!! (ikut gaya Bandi Amuk)

    BalasPadam
    Balasan
    1. thumbs up! itu sgt tepat. beli 4 album awal je. lain x yah...
      biskut, aku start kenal tgk homevideo concert 1989 kt seattle...pada 1995 waktu aku masih remaja haha. <--mcm borak jumpa member plak

      Padam
    2. uihh, firdaus m nih mesti otai metal. hang amat berNASIB BAIK dengar metallica versi '89 seattle concert waktu remaja.

      aku kecik2 rasanya pernah la sekali-sekala dengar lagu2 metallica tapi tak sedar itu lagu metallica ke tak. Waktu remaja pada tahun 2000, baru ku terdedah band metallica, pabila TV asyik tayang iklan album Metallica S&M. first time tuh beli kaset metal.

      Dalam Album S&M, satu lagu je yg benar2 aku suka, No Leaf Clover. Lagu2 lain mcm tak ngam la dengan orkestra kecuali call of ktulu. Boleh kata bunyi orkestra nih sangat menganggu la. Takpun aku mmg tak suka citarasa orkestra pakcik michael kamen nih.

      Tahun 2006, barulah nak berjinak sikit dengan metallica pasal bebudak uni mesti dok petik gitar main lagu drama/iklan RTM (lagu unforgiven, nothing else matter dan solo james lagu master of puppet)

      Tahun 2010, mula dengar empat album pertama metallica bila kawan metal aku bagi aku dengar. lepas tu aku rasa sedih pasal kenapa aku tak tau pasal empat album yang dasat serta sangat kelakian nih sebelum ni? Dan masa tu lah aku sedar lagu lengkap master of puppet.

      setahun kemudian baru tau kewujudan concert 1989 kat seattle tuh. Bila tonton DVD konsert nih sangat rasa nak amik parang jadi dewa perang untuk lawan omjahat.

      sedih kan perihal aku ni? aku lambat tahu weyhh.


      p.s: album death magnetic tak boleh layan ka? aku rasa album tu ok kut.

      Padam
    3. metallica ada 2 homeconcert dia klu x salah...1989 seattle ngn 1991 san diego.
      aku nasib baik angkat homeconcert 1989 tu.
      dia start ngn lagu "kehitaman" pastu "Untuk siapa loceng berdentum?"..2 lagu tu pun perform dekat 10 mins lebih, tapi itu la 10 mins yg membuka mata seorang kanak2 13 tahun time tu...lepas tu aku beli "menunggang kilat", lagu pertama je da "lawan api dgn api"...terus aku berkecimpung bidang ni.

      klu aku start beli 1991 san diego, mungkin x rasa mcm tu. album black tu mcm commercial radio, sama ngn lagu yg ko dgr kt radio, x de intensity mcm albums before that.

      anyway, persamaan aku ngn bebudak k-pop ialah ada makbapak yg bagi duit poket kt kau, dan kau save duit tu beli apa ko nak, dan bukan setakat dgr benda kt radio.

      cuma, aku x de dye2 rambut atau headbanging depan org ramai utk gain respect. itu beza di situ. setakat botakkan rambut.

      x, aku x beli da album metallica lepas load. x mungkin. dgr load pun cam "ah apa ni?" sama mcm dgr abg dave bising2 time risk. so far slayer ok tapi tajuk2 dia x bleh citer kt sini hahhaha. itu banned item tu.

      Padam
    4. itu jam juga bebudak non-malay kengkawan sekolah aku yg ada duit poket mak bapak dgr mcm2, dari radiohead hingga la ke techno. so kami tukar2 tape kt sekolah. so exposure meluas sikit.
      butterfingers "butter worth pushed" keluar 1997 tu member cina yg introduce.

      Padam
    5. sekali lejen mengimbau kenangan daa..

      mood aku tengah layan 'hati besi' dengan arwah ahmad jais skarang ni.

      Padam
    6. ahmad jais kucupan azimat

      time lagu tu keluar, confrontasi malaysia ngan indon dulu2, so byk askar kena transfer gi sarawak (one of that pakcik aku)

      kira mcm kau nak goodbye kt wife pasal nak pergi berjuang kt tempat jauh...tu citer lagu tu.

      TV3 selalu mainkan vidclip askar kt lahad datu...patut keluar lagu tu sekali..itu same spirit yg army/policeman tu rasa anyway.

      Padam
    7. lagu2 ni ye..lagha...tapi behind every song..there's a story, mcm mana org bleh keluar lagu tu. amik moral citer yg baik2 dari tu sudah while enjoying it.

      masing2 ada personal feeling kt masing2 nyer favourite song...tu sbb aku bukan jenis nak hentam taste org.

      Padam
  11. noob, mohon bincangkan...

    billyinfo.blogspot.com/2013/08/orang-bangla-bakal-jadi-suku-kaum.html?

    BalasPadam
  12. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau stakat nak tinggalkan komen yg sudah dialih keluar oleh pengarang, baik x payah komen la.. buat SEMAK ajeee.......

      Padam
  13. waw...hidup yahudi!!

    BalasPadam
  14. ooohh noob! give me free ticket to METALLICA concert anytime.

    time metallica datang, xde bajet mau bli tiket. dan aku x dpt nk g konsert sbb kerja yg xboleh ditinggalkan buat masa tu.

    takpe, kalau rasa nk tgk, youtube ada. xtu, dengar mp3 pun bleh.

    dulu ada kaset ride the lightning, master of puppets, black album n reload. mmg bes. lagu metallica bukan metal xde akal nyer.

    byk lagu dia mempunyai lirik yg puitis dan makna yg mendalam e.g.

    leper messiah- kondem org yg mengikut kata2 org agama secara membuta tuli
    for whom the bell tolls- menceritakan 5 tahanan perang yg mati ditembak dgn pesawat pejuang.
    mama said- kekesalan seorang anak yg tidak menghargai ibunya semasa hidup
    master of puppets- keadaan penagih dadah
    disposable heroes- kondem gomen yg hantar anak2 muda g perang yg sia2

    takdela mcm kebanyakan lagu yg asik cerita cintan cintun rindu dendam patah hati ajekan.

    BalasPadam
  15. heloisa, mantak, manggas, as sahar, sil khannaz , dimmu borgir, cradle of filth, iron maiden, etc. Best wooo...

    BalasPadam
    Balasan
    1. g-dragon, big bang, super junior, SHINee, 2NE1, girls generation, hyuna, PSY, ect. Best wooo...

      Padam
    2. Raihan best woooo....

      Padam
  16. Ya habibi ya malauna...
    Tele buti klubi tubik butiy kana..
    Demo bhegrona na na na..
    Jangey duk ko na na na...
    Stakak supo demo pun blana kok naa na naa..
    Oh na na na...

    Tajuk: beghona kok na
    penyanyi: man khan feat rosalinda..


    -k pop hardcore fan-

    k= kelate pop..

    BalasPadam
  17. Dulu aku suka juga lagu2 dr linkin park n kpop, tapi untuk metallica aku tak sbb mungkin agak old skool, tapi sejak bbrpa tahun ni aku langsung dah tak tertarik dgn apa2 lagu, melayu, english, kpop dll, sbb apabila aku mendengar alunan alquran, aku terus tertarik dgn bacaan merdu imam yg membaca alquran tersebut. Aku tak tahu kenapa, sbb aku bukan alim pun, banyak je dosa aku, selalu lagu2 yang dimain di radio menjadi pujaan aku. Dan aku tak rasa alim pun bila aku dgr alquran yg satu patah perkataan pun aku tak tahu. Mungkin sbb suara imam tu merdu kot, tapi dulu2 walau semerdu mana pun suara sorang penyanyi tu, aku akan rasa bosan dgn suara dan lagunya. Ada satu yang amat dalam bacaan Alquran ni sampai aku dah tak dengar apatah lagi tertarik dgn lagu. Aku bukan nak bangga diri tapi saja je nak kongsi pengalaman yg bagi aku amat pelik, walaupun aku dah suka dgn alquran ni tapi aku masih lagi byk dosa. Dan aku bukan nak condemn korang sbb minat lagu2 ni, dan aku harap korang paham niat aku nak korang try dgr alquran, manalah tau kesan nya sama dgn aku, malah lagi baik kot sampai satu tahap korang blh jadi alim, kalau setakat apa yg aku alami ni mgkin masih jauh lagi dari syurga.....

    BalasPadam
  18. Dulu aku suka juga lagu2 dr linkin park n kpop, tapi untuk metallica aku tak sbb mungkin agak old skool, tapi sejak bbrpa tahun ni aku langsung dah tak tertarik dgn apa2 lagu, melayu, english, kpop dll, sbb apabila aku mendengar alunan alquran, aku terus tertarik dgn bacaan merdu imam yg membaca alquran tersebut. Aku tak tahu kenapa, sbb aku bukan alim pun, banyak je dosa aku, selalu lagu2 yang dimain di radio menjadi pujaan aku. Dan aku tak rasa alim pun bila aku dgr alquran yg satu patah perkataan pun aku tak tahu. Mungkin sbb suara imam tu merdu kot, tapi dulu2 walau semerdu mana pun suara sorang penyanyi tu, aku akan rasa bosan dgn suara dan lagunya. Ada satu yang amat dalam bacaan Alquran ni sampai aku dah tak dengar apatah lagi tertarik dgn lagu. Aku bukan nak bangga diri tapi saja je nak kongsi pengalaman yg bagi aku amat pelik, walaupun aku dah suka dgn alquran ni tapi aku masih lagi byk dosa. Dan aku bukan nak condemn korang sbb minat lagu2 ni, dan aku harap korang paham niat aku nak korang try dgr alquran, manalah tau kesan nya sama dgn aku, malah lagi baik kot sampai satu tahap korang blh jadi alim, kalau setakat apa yg aku alami ni mgkin masih jauh lagi dari syurga.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan ya aku bekas peminat tegar kpop, dan aku adlh lelaki, kalau dlm komuniti kpoper aku dah dikira sesat kot..lol

      Padam
    2. niat kau baik....cuma.....org arab nangis pasal tau makna.
      anyway bagus kau ckp pun..

      aku ckp ni pasal aku ada buat. ko try hafal satu surah skali ngn makna. selalunya org biasa2 hafal surah al inshirah, sbb org senang relate dgn "For indeed, with hardship [will be] ease.", bila time ko kene susah ko baca dlm hati ko dgn paham makna, ko akan rasa something yg x terucap.

      reason aku put forth argument ni ada cerita dia.

      dulu2 zaman 50's/60's, ramai org minat Ummi Kalthum, satu penyanyi Arab
      http://en.wikipedia.org/wiki/Umm_Kulthum

      sbb lagu arab dia style mendayu. org yg dgr rasa mcm tersentuh, dan since lagu tu arab, org ingat lagu tu nasyid (or so to say lagu islamic la)

      padahal banyak lagu2 dia lagu cinta.

      nevertheless, akhir2 career dia, dia mmg nyanyi lagu2 islamic. satu lagu dia pasal Nabi Muhammad is Woulida Al Houda. (lahirnya seorang petunjuk,maulid = kelahiran, perkataan ni di byk version kan jadi woulida = kelahiran, huda = petunjuk, ini siapa belajar Arab tau la ni)

      Padam
    3. anyway jgn salah faham pulak.
      sbb bahasa Arab bukan bahasa perucapan Melayu.

      kalau rasa feeling dengar bacaan Quran, bagus la tu, and try cari maksud dia dan hafal skali, dia mmg ada satu beauty yg kau sendiri saja tau. sekian.

      Padam
    4. Bro Firdaus, tq byk2, aku try pahami maksud surah tu. Mulanya aku kurang paham apa yg bro cuba sampaikn. Tapi rasanya ak paham sudah. Cuba apa yg aku pelik, nasyid2 juga tak berapa berkenan di telinga, mcm lagu2 lain nasyid juga aku dah tak dengar. Cuma aku harap apa yg aku alami skrang bukan hukum dari Allah, sbb aku mmg jahil. Aku harap ini rahmat. Dan aku tak nk jadi org munafik.

      Padam
    5. thnx to u too Tanpa Nama27 Ogos 2013 12:37 PG, borak2 benda ni.
      jgn risau, kalau kau "mencari", Tuhan akan tunjuk "jalan".
      Pada aku la, agama ni very personal. Masing2 ada "jalan" masing2 yang Tuhan permudahkan untuk dia lalui based on kehidupan dan circumstances yg dia lalui.
      Jadi, jgn peduli org lain munafik ke kafir ke apa. Masing2 ada "personal" masing2.

      P/S : Aku tau ada entry latest pasal Altantunya, but I choose to be silent.
      kenapa?

      http://mstar.com.my/cerita.asp?sec=mstar_mahkamah&file=/2013/7/23/mstar_mahkamah/20130723213655

      Prince Of Noob, ini pendapat aku saja. Better kau tunggu 2-3 hari to pass. nanti akan keluar rumusan atau penghujahan kes from the judges, and other people commenting it.. yg penghujahan tu boleh dibincang. tapi kalau comment keputusan, mungkin ada "implication" as per attached article.

      sbb akan ramai anon dan commenters comment "keputusan mahkamah" dlm blog ni and "might" implicate this BuasirOtak blog.

      tapi kalau kau discuss "penghujahan kes" (not the keputusan mahkamah itself, tapi point2 penghujahan judges tu), it should be no problem.

      Cara paling bijak utk Prince Of Noob cerita ni, ialah, kau discuss what other blogs says about the penghujahan. kalau ada sapa2 nak wat laporan polis, boleh defend dgn kata, saya tak mempertikaikan keputusan mahkamah, saya hanya bincang apa blog lain tulis. hehe.

      Padam
    6. Prince of Noob, satu lagi.
      kau jangan mention word "mahkamah" atau "police".
      Kau mention word perlaksanaan undang2 or something, use a vague term. Don't use something specific. anyway aku rasa ko pun tau da, ko berpengalaman blogging ni. Brader C++ pun buleh advise, hehhe.

      Padam
  19. k poop? creett creett blup3... ahh lega

    BalasPadam
  20. Metallica...teringat pulak konsert Monsters Of Rock, 25 tahun dulu.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.