Semua orang pasti akan mati, tak kira orang tua, muda, masih bersekolah, bayi dalam kandungan, kalau dah sampai ajal pasti akan mati. Tapi kalau dah tahu korang akan mati satu hari nanti, boleh tak jangan tinggalkan wasiat yang menyusahkan orang lain suruh orang lain block, hack dan delete Facebook kau yang penuh dengan gambar seksi dan status2 mengarut? Boleh tak kau delete je gambar2 tu sekarang sementara kau masih hidup, tak pun delete je akaun Facebook tu.
Bila orang tegur suruh tutup aurat, suruh jangan post gambar merepek2 untuk menagih like dan follower konon hot stuff lah sangat, diorang cakap jangan sibuk tepi kain orang, kubur masing2, biarlah aku nak buat apa pun yang penting aku tak menyusahkan orang. Tapi bila dah meninggal, nasib baik la masih wujud lagi ramai insan2 yang baik hati nak tolong report, delete, hack, block dan sebagainya, walau insan ini jugalah yang dulu korang hina2 dan kutuk sebab nasihat korang.
Yang kat bawah ni adalah contoh yang sebenar.
Apapun yang dah meninggal tu usahlah dicela lagi, kita doakanlah sahaja semoga roh beliau dicucuri rahmat. Namun kita yang masih hidup ini termasuk aku sekali, sila beringat dan ambil tindakan sekarang, jangan berlengah2 lagi dan cakap kita masih muda mesti lambat lagi nak mati. Aku harap korang boleh tolong share peringatan ini kepada orang lain juga.
Sekian.
tags: mati meninggal dunia itu pasti wasiat akaun facebook deactivate delete padam hack password block blok remove gambar foto seksi status lucah bangang arwah kesian panduan delete fb account tips tutorial
yepp, sendiri mau ingat kan. kalau nak post gambar, post lah gambar yang tidak mendatangkan fitnah.. bagus post ni noob, peringatan yang baik untuk semua
BalasPadamkalau org yg bebaik n faham mgkin akan block fb dia...
BalasPadamtapi kalau sebaliknya... Wallahu’alam...
http://www.youtube.com/watch?v=Pa2VjaRpWYw
terbaik...
BalasPadamMacamana nak block facebook orang dah mati?
BalasPadamFacebook.com bagi ke?
Jadi sebelum ada masalah selepas mati jangan le post uplaod gambar bukan2..
bukan facebook aje kat mana-mana la even belog peribadi anda sekali pun..
kalau ada orang mati boleh report kat facebook macam kat sini - https://www.facebook.com/help/408583372511972/. tapi dia tak delete account tu cuma jadikan macam memorialized. kalau nak delete kena hack jugak atau org yg tahu password tolong deletekan.
Padamkena ada bukti kan..
Padammemorial still exist dia tak delete pon..
kena tahu password nak parmanent delete..
emm penah gak terfkir psl ni
BalasPadamkan bagus kalau facebook buat kalau acc xbukak dlm setahun, dikira tuannya dh mati.
BalasPadamyeah macam email yahoo
Padambagus tu kalau mcm tu, senang dan tak susahkan sapa2...
PadamApe-apehal pun, kita kat dunia ni cuba sedaya upaya melakukan kebaikan tak kiralah dimana pun sama ada online mahupun offline. Kalau dah terbuat benda buruk ni, sampai ke mati pun orang ingat benda buruk yang kita buat tu.
BalasPadamTerima kasih kerana mengingati.
BalasPadamTapi... Rozita che wan bagaimana?
itu terpulang pada diri masing2, cuma kasihan pada mak bapak atau anak2 bila dia dah takde nanti mereka yg terpaksa memohon kpd masyarakat supaya delete gambar2nya yg seksi...
Padamkatalah A dulu seksi,, pastuh dia sempat bertaubat sebelum dia mati.. & pic2 dia plak dh ramai yg sebarkan.. A berdosa ke?
BalasPadamada tak hadith sohih yg menyokong keadaan tersebut?
dah try google.. tp x jumpa.. maybe ada sapa2 kat sini yg ilmu lebih tinggi..mohon bg pencerahan..
Kalau dia sempat bertaubat dan taubatnya diterima..
Padamadakah gambar2 seksi yang disebarkan orang dia dapat share?
entah la hanya Allah yang mengetahui kalau taubat dia diterima dan Allah maafkan mungkin orang yang sebarkan tu saja berdosa..
jadi tak kira la gambar sendiri ke gambar orang hidup atau dah mati jangan la sebar.. memang kita dapat dosa.. kalau dah buat tu kita bertaubat la sunguh2.. :|
semoga kita mendapat keampunan dari yang maha kuasa..
Kalau dia ikhlas Allah akan terima taubat. Bukan tu je Allah akan tolong dia juga.
Padamsama ada dia sempat taubat atau x sblm mati kita tak tau itu antara dia dgn Tuhan, tp itu bkn alasan bg mereka terus mendedahkan aurat mereka dgn dgn pemikiran waktu muda kita enjoy2 dulu buat dosa dulu dah tua nanti kita boleh taubat, seolah2 yakin kita akan hidup lama & tahu bila ajal kita akan tiba supaya kita boleh taubat 5 minit sblm kita mati
Padamtq all..
Padamsbb arwah kawan sy dulu mmg seorang yg liar..
tp dia dh berubah and mmg dh buang pic2 yg x elok tu..
cuma kawan2 yg lama masih ada dlm simpanan mereka..
tak tahu la samada kawan2 tu dh buang ataupun tidak..
harap2 dosa dia diampunkan dan gambar2 yg dlm simpanan kawan2 lain tidak dihisab.. insyaAllah..
Yea ke Noob? Allah tu maha pengampun, pengasih dan penyayang..
BalasPadamMemang gambar dalam bentuk digital bukan boleh padam kalau profile set public gambar akan cache dalam search engine cache server dan berbillion komputer kat dunia.. tu belum orang copy simpan jadi koleksi peribadi ke apa.. bukan juga mudah nak suruh orang delete dan delete gambar yang dah tersimpan kat dunia digital yang do"cache" di merata tempat.. hanya delete akaun facebook pon bukan la satu jalan penyelesaian mudah melenyapkan semua gamabr-gambar tu..
Jadi adakah benar ianya akan generate dosa selepas kita mati? Aku pon tak tau..
Tapi Aku yakin Allah S.W.T yang maha pengampun pengasih dan penyayang takan zalim sebegitu lagipun kita dah mati bukan boleh delete lagi.. Kalau masih hidup pon bukan boleh delete semua copy kat dalam dunia digital.. nak mintak orang delete ke apa..
Yang penting berdoa dan bertaubat le kalau ada pernah terupload atau terbuat.. semoga ALLAH ampun dan maafkan kelalaian dan kedhaifan kita.. dan semoga ianya tidak menjadi fitnah keatas kita suatu masa nanti.. Allah tu maha kuasa dia boleh lenyapkan dan wujudkan sesuatu dengan kehendaknya.. jadi mohon la kepada yang maha kuasa.. Allah .S.W.T.
sebab tu masa di ajukn kpd wardina mengenai penayangan semula spanar jy, waedina jwb mudah dan padat, nk dosa tgk la. ini sbb dia telah bertaubat dan terus meninggalkn peekara2 tu. jd siapa yg masih selak kisah silam dia yg bersalah. tp bg yg tidak pernah trniat utk berubah, menutup dll, tiada usaha dr tuan badan sendiri. sendiri mahu igt la
BalasPadamKita ada 2 telinga & 1 mulut, so kurgkn bercakap n bykkan mendengar...terutama mendengar perkara yg baik2.
BalasPadamastaghfirullah.,
BalasPadam