Halaman

Ahad, 29 September 2013

Segmen Terjah Blog Awekz #23

Segmen menerjah blog awek kembali untuk siri ke-23. Takde apa aku nak explain dah sangat pasal segmen ni, cuma aku perasan kebanyakan blog takde widget yang agak power iaitu Linkwithin. Widget ini bagi aku sangat berguna dan penting untuk menarik pembaca membaca entry2 yang lama seterusnya meningkatkan pageview dan hits kerana ia akan mencadangkan kepada pembaca post dan artikel2 yang lama yang berkaitan dengan entry yang ditulis secara automatik di bahagian bawah setiap entry. So siapa yang tak install lagi sila install sekarang.


1. Nadya Bubble
Blogger: Nurul Nadiah
Review: Penulis kepada blog yang berlatarbelakangkan galaksi ini banyak menulis mengenai kisah peribadi, berkongsi gambar pengalaman bersama rakan, luahan hati yang puitis serta review produk.



2. Susuegoodday
Blogger: Sue
Review: Dari segi design blog ini agak simple dengan warna wallpaper hijau kuning cerah. Kandungan blog lebih kepada peribadi, event, travelling dan entry bergambar yang mungkin blogger ini seorang yang sangat suka dengan fotografi.



3. Babyblogshambles
Blogger: Eichigoz Vivaz
Review: Mempunyai wallpaper serta background yang agak kontra serta memilih untuk menggunakan tulisan yang tidak standard. Penulis banyak menulis mengenai kisah peribadi, luahan hati serta pengalaman berjalan.



4. Ceritera Cinta
Blogger: Cik Balqis
Review: Blog milik seorang guru lepasan UPSI ini dari segi design OK, cuma mungkin boleh ditambah banner di atas. Cikgu ini banyak menulis mengenai isu semasa, informasi, perihal sekolah dan guru dan lain2. Beliau juga seorang yang meminati novel dan telah banyak menulis review mengenai novel.



5. Syira Lokman
Blogger: Syira Lokman
Review: Tema blog menggunakan warna pink, warna kegemaran kebanyakan kaum wanita. Isi kandungan blog lebih kepada tips dan nasihat2 berguna serta segmen.



6. Labyrinth
Blogger: Zafirah Fadzlan
Review: Blogger ini menggunakan platform blog untuk membuat perniagaan online dengan menjual produk wanita seperti baju dan kasut. Disamping itu beliau menulis sedikit sebanyak berkaitan peribadi serta join segmen dan contest.


7. iSponge
Blogger: Anys Hazwanie
Review: Blog ini memang sangat plain dan simple. Penulis banyak menulis mengenai entry bervideo, tips, informasi, review produk, filem, lagu dan macam2 lagi.



8. Online Diary
Blogger: Noor Atifah
Review: Menggunakan tema warna hijau serta tidak banyak widget yang disertakan dalam blog, cuma chatbox, follower serta music player. Banyak entry bergambar mengenai kisah peribadi bersama keluarga dan rakan2 serta luahan hati penulis.



9. My Life Under Construction
Blogger: Ms. Anne
Review: Aku suka tajuk blog ini, My Life Under Construction. Ya kehidupan ini sentiasa dalam proses pembinaan yang tiada jadualnya. Proses ini hanya akan tamat bila kita mati. Penulis banyak berkongsikan nasihat2 berguna, tips2, segmen dan lain2. Penulis juga seorang pencinta kucing.



10. Mylo Mymfh ~ The Red Warrior Princess
Blogger: Mylo Mymfh
Review: Template blog ini agak menarik dan kemas. Penulis yang merupakan seorang penyokong pasukan The Red Warrior banyak menulis mengenai luahan hati, hal peribadi, pandangan mengenai hal semasa serta nasihat.



Klik link kat bawah untuk Segmen Terjah Blog Awekz yang lepas2:
Segmen Terjah Blog Awekz Musim Pertama




tags: segmen terjah blog awekz awek #22 blogger perempuan wanita promote blogwalking tips trick tutorial link 

8 ulasan:

  1. tahniah buat mereka..
    dulu nk letak juga linktwen tu tapi risau blog lagi berat huhu :)

    Tutorial Pasang Design Sendiri Pada Baju

    BalasPadam
  2. oh betul, widget linkwithin tu mmg patut letak kat blog :D

    btw... tumpang iklan ckit... jom join Contest GA Isi Buih Kata Komik aku, deadline 12 Oct 2013, meh cepat!! XD

    BalasPadam
  3. Bilakah blog cik hawa akan diterjah? hihih

    BalasPadam
  4. Noob dah banyak kisah-kisah peribadi gadis yang ko kutip?.. :)

    BalasPadam
  5. Ohhh... terima kasih sudi review blog anne.. Baru perasan...

    BalasPadam
  6. owh thank you :D Terkejut..tak sangka masuk list..ihih

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.