Halaman

Rabu, 18 September 2013

Geek / Nerd VS Hipster

Cermin mata besar, baju kemeja kotak2, rambut belah tepi, pada suatu ketika adalah imej seorang nerd atau geek yang orang lain akan tengok semacam je sambil berfikir "Apasal la mamat ni skema gila?". Kebiasaannya orang yang nerd dan geek ini bijak2, anti-sosial, fanatik kepada benda2 seperti game, komik, anime, movie, komputer, teknologi dan tak peduli apa orang di sekeliling fikir pasal mereka.


Tapi sejak zaman millenium ni, generasi2 muda telah meniru gaya budak2 nerd dan geek yang pada suatu ketika ramai orang pandang rendah dan menjadikannya trend yang konon2 sangat cool dan stylo. Mungkin mereka rasa dengan meniru pemakaian budak2 nerd ni boleh jadikan otak sebijak mereka juga.

Nerd/Geek
Hipster


Beza antara budak nerd/geek dan budak hipster yang rasa diri hot:

Geek / Nerd Hipster
Pakai cermin mata tebal sebab mereka memang kena pakai cermin mata sebab rabun. Pakai cermin mata tebal dan besar sebab mereka rasa nampak cool walau mata tak rabun, malah ada cermin mata yang takde cermin pun.
Pakai baju kemeja kotak2 atau sweater atau t-shirt sebab itu yang mak bapak diorang belikan. Tak kisah pasal fesyen dan trend. Pakai baju kemeja kotak2 atau sweater sebab merasakan ia stylo. Sangat kisah pasal fesyen dan trend semasa.
Pakai pakaian yang menunjukkan minat mereka seperti t-shirt yang ada kartun Naruto walau beli kat kedai bundle. Pakai pakaian yang mahal dan berjenama, lagi besar jenama lagi macho.
Aksesori seperti topi hanya dipakai bila perlu sahaja seperti ketika cuaca panas. Pakai topi OBEY, orang lelaki pakai rantai, subang, bangle, cincin, kemudian lilit scarf kat leher perasan macam dekat Korea.
Suka buat hal sendiri dan tak peduli apa orang nak kata pasal mereka. Suka mencari perhatian orang, attention seeker dan sangat kisah apa orang fikirkan tentang mereka.
Anti-sosial dan lebih suka menghabiskan banyak masa sendirian bersama benda yang mereka minat. Merasakan diri hot stuff, gila glamor, gemar bersosial di Internet dan di luar seperti membuang masa melepak di Pavi.
Tidak ramai kawan yang berlainan jantina. Mudah menjadi rapat dengan orang yang mempunyai minat yang sama. Ramai kawan perempuan bagi lelaki, dan lebih ramai kawan lelaki bagi perempuan. Suka cari follower di FB dan Twitter.
Update status Facebook banyak benda2 yang berkaitan dengan minat mereka yang kadang2 orang lain pun tak faham. Update status Facebook benda2 merapu pasal awek, relay, lawak lucah, benda2 mengarut lepas tu mengemis mintak orang like status.
Tak suka ambil gambar diri sendiri, lebih suka letak gambar benda2 lain untuk dipost kat Facebook. Suka ambil gambar diri sendiri dengan buat gaya2 mintak penyepak lepas tu post kat Facebook dengan caption mintak orang like.
Sukakan sesuatu memang kerana minat benda itu seperti komputer, komik, anime, game, teknologi dan lain2. Sukakan sesuatu sebab trend bukan sebab minat yang genuine. Tengok orang lain beli kamera DLSR, dia pun nak ada jugak untuk di usung ke hulu hilir.
Guna gadget seperti komputer, smartphone, tablet, PSP sebab mereka memang perlu dan minat. Jarang tukar ke model baru melainkan betul2 perlu atau yang lama dah rosak. Beli gadget kerana trend, kadang2 benda yang sama macam smartphone tapi ada 3 4 biji. Asal ada gadget baru di pasaran mesti nak beli.





tags: nerd geek vs hipster hotstuff generasi tahi lepak hang out pavi fake relay minat stylo trend cool snapback cap topi obey spec cermin mata besar bingkai tebal rambut infografik infographics interest hobi video pc game komputer computer programming manga komik comic anime movie filem teknologi technology gadget vintage fesyen fashion swag

35 ulasan:

  1. Balasan
    1. itu jela ko nak apa lg

      Padam
    2. dia harap noob letak gambar awek bogel la tu..nama pun dick,kat kepala bana dia ingt sex je

      Padam
    3. Awek geek pon seksi lol

      Padam
  2. saya rasa saya geek...
    Oh... NOOOOooooooo~ ...T_T....

    BalasPadam
  3. Sng ckp, org yg nerd tdk akan mngaku yg dia tu nerd. Sekian.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku tak jugak tak mengaku yg aku tak nerd satu ketika dulu..org lain byk panggil aku nerd..bila nak carik gaduh mereka kata tak sampai hati nak belasah budak kaca mata..lagi2 org yg pakai seluar tinggi mcm aku..emm..tapi atas kerana masa dan kerja yg mesti bersosial,nak tak nak,'tertukar' fesyen..dari nerd kepada normal..errk? nerd tak normal ke?? hehe3..
      dari dulu smpai la sekarang aku jenis yg menyendiri dan sunyi..kdg2 apa yg aku faham org lain tak fhm,apa yg aku nak sampaikan org tak faham..haha3..ade ke org lain yg mcm aku?????????
      sekadar nak meluah~ lalala~

      Mr. (malas nak sign in acc)

      Padam
  4. masa sekolah rendah aku nerd...naik sekolah menengah aku nakal sikit....masuk ipt jadi nerd balik...habis ipt jadi nakal balik......nanti jadi bapak jadi nerd balik......aku yakin korang pun mcam aku jugak....hehe.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. pegi mampos la ko ada aku kesah.

      Padam
  5. Sya nerd..tp nerd yg cntik..muahahaha..

    BalasPadam
  6. dua2 tak... -_-
    style sendiri... :P

    BalasPadam
  7. ooooooooooooooooooooooooooooooooooooooo~~~

    BalasPadam
  8. apesal arts, music, blogs, masuk dalam hipster? hampeh

    BalasPadam
    Balasan
    1. noob cuma tulis secara general. contoh - some hipster mmg minat band band indie yg orang lain x penah dengar because want to be different than maintream/normal people tp x semua cam tu

      Padam
    2. tak, bukan yg noob tulis. infographic tu

      Padam
    3. yang buat infographic tu nerd tang tak suk arts, music, blogs hahahaha

      Padam
    4. heheheh, infographic yg sedikit biased mungkin :p

      Padam
  9. ramai budak-budak suka jd hipster sebab mudah dapat awek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noob lupeletak yang ramai awek suke hipster dari nerd.. lol
      So Noob ni Nerd..

      Padam
  10. Aku bukan nerd atau hipster. Aku hanya "Kampung Boys"

    Cermin mata tak pakai. mata terang hehehe

    Baju T shirt Pagoda ngam sluar track je. sesekali pakai baju Iron Maiden beli bundle kat pasar malam. Kalu YB datang baju wajib I Love PM

    Aksesori kain pelikat. ikat kat kepala

    Amat bersosial. Kenduri kendara, gotong royong surau, sukan belia 4B seme join

    berkawan ngam seme jantina.Pak usop, pok wahab. makcik Kiah, makcik Siah. tapi aku rapat skali ngam jenab anok JKKK jer

    Update Facebook jarang. kat kampung mane ade internet. turun pekan je bleh FB neh. tapi kalu update "I Was Here" dan "I Love Jenab" kat bus stop tu ade laa.

    Ambil gambo takde laa. kalu ade pun aku nyelip belakang pengatin atau bukak silat pulut depan YB.

    Minat mandi sungai, main layang2, ngail ikan, kacau Jenab

    Gadget... PSP, Tablet amende tu? kalu Dam Aji ngam lastik kalu nak try sape nelang mari laa wehhh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahahaha ini komen yang paling lawak untuk hari ini. boleh aku tahu siapakah gerangan yang menulis nukilan ini?

      Padam
    2. Jom mandi sungai wey

      Padam
    3. itu budak kampung zaman 80an. skang budak kampung sume isap gam angkut bohsia projek tepi bendang dlm ladang sawit rakam 3gp awek tudung sume boleh.

      Padam
    4. hehehe, aku hanya Kampung Boy.

      Mandi sungai... jom. kalu duk area sungai rajang tu jangan terjun dulu. skodeng skit kot ade balak hanyut. kan kena ngap payoh. aku ade lastik je.

      weh.. tu bukan budak kampung main gp seme. tu felda mari. hahaha

      Raya Haji neh meh pakat balik kampung weh. kite pakat meriahkan balik budaya "kampung Boys"

      Padam
  11. Geek outdated nih..

    BalasPadam
  12. Or nak bgtau noob ni geek.orgnye? Kantoi..hehe. Mereka pun perlukn perhatian mcm manusia2 lain sbb budak2 hipster komen 'hmmmm' pun dpt byk like kat fb..tention budak geek.

    BalasPadam
  13. Mintak Nerd vs Geeks?

    Haaa....... sila nyatakan perbezaanya. Hipster and geek ada comparison yg tidak wajar. Hipster vs douchebag paling ngam kot. Ehew...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.