Halaman

Selasa, 17 September 2013

Matinya seorang bekas wira penentang penjajah

Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua yang tinggal dalam buangan di Thailand telah meninggal dunia di satu hospital di Bangkok semalam di kala rakyat Malaysia menyambut Hari Malaysia.


Najib kata jangan bawa pulang mayat atau abu Chin Peng.

Anwar kata Chin Peng dah mati, yang sudah itu sudahlah.

Khalid Ismath kata, baca sendirilah. Nak sahut dan urus jenazah bagai. Orang kampung ko mati ada turun tak uruskan jenazah mereka?



Bagi aku, mayat dia nak duduk kat mana2 pun aku tak peduli. Macam pemimpin kanan Melayu PKM, Rashid Maidin, bila meninggal jenazahnya tidak dibawa balik ke Malaysia dan dikebumikan di Thailand. So, mayatnya nak dibawa balik ke tak ke aku tak peduli, ia bukan suatu isu besar pun yang perlu dijadikan isu negara. Nak simpan atau tanam kat mana2 pun bagi aku sama je. Lagipun ia hanya abu mayat, bukan sesuatu yang bahaya seperti racun, toksid, kimia, nuklear, plutonium, uranium, dadah, malah bukan senjata api pun yang boleh mendatangkan kemudaratan atau ancaman kepada sesiapa.

Oleh itu bagi aku terpulang, kalau keluarganya nak bawa balik abunya pun ikut mereka, sebab Chin Peng yang dah mati tu duduk la kat Malaysia ke Thailand ke mana2 ke dia tetap takde rasa apa2 perbezaan sebab dia dah mati. Tapi kalau Najib kata jangan bawa pulang abu mayat dia pun, terpulang kerana dia adalah ketua negara.

Cuma bagi aku tak perlu la sampai tahap polis diarah mengambil langkah berjaga2 awasi sempadan semata2 untuk menghalang abu mayat Chin Peng dari diseludup masuk Malaysia. Cuba cakap apa yang lebih bahaya daripada menyeludup mayat orang yang dah mati? Senjata api? Dadah? Pendatang asing tanpa izin? Penyuludupan manusia? Pengganas Sulu? Banyak lagi benda2 lain yang perlu diawasi daripada mengawasi penyeludupan abu mayat. Mungkin mayat Chin Peng ni ada hantu yang boleh mendatangkan bala.


Adakah Chin Peng ini seorang pejuang kemerdekaan? Ada yang kata tidak, ada yang kata ya. Berdasarkan sejarah negara kita, British dah mula menjajah Tanah Melayu sejak abad 1800-an lagi. Tapi penjajahan British tak begitu dibenci oleh orang Melayu zaman dulu sebab mereka menjajah secara halus dan tak banyak menggunakan kekerasan, takde nak gulingkan Raja2 melayu dan tak kacau hal berkaitan agama Islam. So diorang kutip hasil bumi kita pun kita takde rasa nak marah sangat. Walau muncul beberapa nama yang mahu menentang British, tapi mereka semua berjaya ditumpaskan malah digelar pengkhianat.

Bila Jepun pula masuk Tanah Melayu pada tahun 1941, British masa tu lemah menyebabkan mereka terpaksa berundur dan Jepun berjaya menjajah Tanah Melayu. Namun cara pemerintahan Jepun ni kejam dan kasar menyebabkan penduduk tak suka tapi takut untuk menentang. Tapi masih ada yang mahu menentang pendudukan Jepun, salah satunya adalah PKM, MPAJA, Force 136 yang dipimpin oleh Chin Peng, dan setelah Jepun berundur dari Tanah Melayu, Chin Peng diangkat menjadi wira dan menerima anugerah daripada British kerana membantu mereka melawan Jepun.

Rundingan Damai Baling 1955: Dari kiri Rashid Maidin, Chin Peng dan Chen Tien

Masalah timbul bila British nak ambil alih balik Tanah Melayu daripada Jepun, pada masa yang sama PKM cuba mengembangkan ideologi dan pengaruh komunisnya dengan melakukan kekerasan dengan bunuh orang2 tempatan yang dikatakan tali barut British dan Jepun. Disebabkan itu, pihak British dan orang Melayu bangkit menentang perbuatan ganas dan radikal mereka.


So adakah Chin Peng seorang pejuang kemerdekaan? Ya, kerana dari segi niat, dia juga mahu memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada belenggu penjajahan Jepun dan British.

Namun adakah dia wajar diangkat? Tidak, kerana matlamat tidak menghalalkan cara. Mereka mahu membentuk pentadbiran berorientasikan komunis serta cara mereka yang radikal dan ganas langsung tidak boleh diterima oleh masyarakat setempat. Mereka melakukan keganasan bukan hanya terhadap penjajah tapi termasuk juga terhadap penduduk Tanah Melayu sendiri.

Once a hero, later a villain.





tags: chin peng mati meninggal dunia di bangkok thailand bekas pemimpin parti komunis malaya pkm mpaja force 136 bintang tiga abu mayat jenazah tidak dibenar bawa pulang malaysia najib razak anwar ibrahim maaf khalid ismath syiah urus kami rashid maidin polis awasi sempadan sejarah negara penjajahan british jepun tentang merdeka wira hero musuh ganas radikal keras

59 ulasan:

  1. punya pasal lah pak ajibboy nak buat apa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    2. Chin Peng isu yg telah berlalu - sudah menjadi sejarah. Sekolah vernakular pula isu masa kini lihat disini (klik)

      Padam
    3. So diorang kutip hasil bumi kita pun kita takde rasa nak marah sangat.

      Marah la tu pasal JWW Birch kena bunuh.. Cuba gali balik sejarah banyak pembesar golongan bangsawan marah British ni sebab kacau periuk nasik diaorang..

      Padam
    4. mmg la ada yg marah, kan noob dh tulis muncul beberapa nama yg mahu menentang british,tp hakikatnya ramai je org melayu x kisah malah ntah2 lg suka ada mat saleh kat tanah diorg,termasuk soltan2 melayu dulu2 yg sanggup ambik british jd penasihat & gabenor mereka...

      Padam
    5. memang kawen ngan minah saleh puna da kan cun2 awek mat salleh seksi lagi hahaha..

      Padam
  2. bagi aku, kenapa nak bela komunis?? pejuang2 islam kita kenal tak?? mereka yg berperang habis2an menyebar rahmat keseluruh pelusuk dunia sehingga kita dapat menikmati kehebatan islam...sepatutnya pejuang2 islam lah yg kita agungkan...termasuk pejuang islam di tanah melayu....k...

    BalasPadam
    Balasan
    1. pejuang islam pejuang islam la...skrg ceritanya psl pejuang negara...umno yg katanya pejuang negara tu perjuangkan islam sgt ke?

      Padam
    2. yalah2 pas je yg mperjuangkan isle :P

      Padam
    3. Pejuang Islam siapa? leftenan adnan? ok juga tu hahah.. tapi dia askar british kan.. Masa tu tanah melayu belum merdeka? atau masih dibawha naungan british.. :)

      tapi banyak yang tak tau pasal komunis ni..
      masa pendudukan jepun mereka bekerjasama dengan british lawan jepun..
      lepas jepun kalah kena bom diaorang simpan senjata dalam hutan..
      kemudian serang British pulak..

      Sama la macam saddam husin.. dan banyak balaci2 us.. yang mula2 kerjasama dan ditrain oleh cia/amerika lepas tuh mereka srang us pulak hahaha..

      So komunis ni memang kena chop penganas habis2san la.. sama macam saddam husin, osama laden.. dan sebagainya..

      Padam
    4. pejuang islam seperti para sahabat baginda rasulullah, para tentera mamluk, tentera terbaik sultan muhammad fatih, dan pejuang2 melayu yg berjihad menentang british seperti tok janggut n the gang....tokoh sebegini la yg patut diangkat....jalan perjuangan mereka lebih baik berbanding komunis celup tanah melayu....

      Padam
    5. macam la ko kenal sahabat rasullah..
      cakap je lebih

      Padam
    6. macam la ko kenal gak komunis time zaman darurat dulu
      cakap je lebih konon komunis pejuang kemerdekaan

      Padam
    7. tak kenal baca la sejarah
      dah la malas nak gali baca korek sejarah
      lepas tu mengong tak tentu pasal pulak

      Padam
  3. mne dia yg pro komunis dlm tread Noob yg lepas tu..mesti dia kecewa chin peng xdpt tanam kt Malaysia..Keh keh keh

    BalasPadam
  4. kakBEDAH? Bukan dia yg selalu jentik telo ko NOOB? Khalid ismet kecik2 xnak kojol dh besar kasi org tonjol hehe..

    BalasPadam
  5. artikel yg bagus,disertakan skali link sumber maklumat tersebut. sapa sangka chin peng dulu diangkat & dihargai oleh british... masa tanah melayu kena serang jepun, org melayu dgn british kecut...terpaksa la org2 komunis ni yg angkat senjata lwn dgn jepun. bila jepun dh kalah,tiba2 plak british nak amik alih kuasa,sapa x marah... chin peng n da gang yg beriya2 halau jepun, british dtg balik cuci tgn je. org melayu plak lebih rela menjadi hamba bangsa berkulit putih dr jd komunis. kesian chin peng dipergunakan british utk kepentingan mereka... dh mcm cerita hang tuah, hang jebat & sultan melaka pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lebih kurang le.. :)

      Padam
    2. apa yg ko merepek ni sehtaaaaannnnn! Abis yg jadi mangsa kekejaman kominis chin peng tu siapa peduli nasib mreka?

      Padam
    3. memang orang cina kena belasah dengan jepun masa pendudukan jepun.. orang melayu kena juga tapi tak seteruk orang cina kena.. tu orang cina nak taknak terpaksa tentang jepun..

      pada awalnya selepas jepun lari.. yang kena bunuh dengan komunis dengan kejam kebanyakannya talibarut jepun.. sebab mereka kaum keluarga mereka kena bunuh..

      ada juga komunis yang pailang sebab hati dah kering sampai boleh bunuh orang tak bersalah.. ni yang buat ramai orang melayu keluar dari komunis.. dan parti komunis melaya berpecah belah..


      Padam
    4. habis tu yg jd komunis tu bukan org,xde ahli keluarga? sbb kita dipihak british yg menang peperangan,kita kenang nasib org yg dibunuh komunis...tp andai kata pkm yg menang peperangan & menguasai tanah melayu,mungkin hari ini kita akan mengatakan yg tindakan mereka membunuh talibarut2 british adalah betul... ingat,sejarah ditulis oleh mereka yg menang

      Padam
    5. yeala semua orang cuma kadang tindakan tu jadi orang benci..
      tu kena ikut rasullah memafkan lebih mulia dan dihormati kawan dan lawan..

      tapi biasa la orang berdendam mana kira..

      so kebanyakan kita ni masih nak berdendam juga kot.. atau disuruh berdendam sebab komunis bunuh tok nenek kita kita juga kena berdendam sebab JEPUN dulu pun ada bunuh tok nenek kita ada yang rogol tok nenek kita.. tapi tak pulak kita highlight kekejaman jepun ek..

      kaum keluarga komunis pun berdendam semua berdendam bertahun2
      lama-lama tercetus perang kerana dendam hahaha..
      lantak korang la nak dendam.. pada aku dah sudah tu sudah la.. orang pon dah mati..

      Padam
    6. tu ak pelik smpi zmn sekang org meleis sanjung bertalu2 jepun tu... xde berdendam gila2 pun , kira org meleis ke suka double standard?? jepun bnyk bunuh org melayu diberi peluang ??

      Padam
  6. Kita kena gali fakta dan sejearah yang tak bias kepada sesiapa..

    Dari cerita arwah atuk aku.. JEPUN lebih kejam dari komunis sebab ramai melayu bekerjasama dengan komunis juga masa menentang JEPUN..

    Walaupun jepun ni kejam tapi mereka memberi peluang pendidikan juga kepada orang melayu.. ada sekolah jepun dulu ajar orang melayu cakap jepun tulis jepun juga budaya mereka.. Cuma cara mereka tegas dan kejam kalau taknak dengar kata mereka.. kena minum air sabun la kau.. atau potong kepala kalau sampai mereka baran..

    Walaupun JEPUN ni kejam tapi mereka lebih kejam terhadap bangsa CHINA.. takda bagi chan langsung.. sebab itu orang CINA kat Tanah Melayu terseksa nak taknak mereka perlu mengangkat senjata mempertahankan diri dan bangsa mereka.. ini juga kerana peperangan negara JEPUN vs negara CHINA yang kuat.. Mungkin kerana ini komunis yang kebanyakannya orang cina lebih radikal.. banyak juga balaci@talibarut JEPUN (terutamanya orang melayu) juga balaci@talibarut british (yang juga orang melayu) dibunuh kejam oleh komunis..

    Komunis pada awalnya mendapat bantuan British juga Parti komunis CHINA menentang JEPUN. Sebab itu mereka dikaitkan dengan idealogi komunis CHINA. Tapi dari sedikit cerita sejarah Parti Komunis Melaya itu pun ada banyak pecahan dan ada juga MELAYU yang menyertai komunis.. Jadi nak kata Komunis ni takda agama rasanya tak.. takan melayu yang kuat agama ni nak murtad masuk komunis pulak.. tapi entah la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau ikutkan, komunis kt malaya amik port pasal agama. Ikut suka masing2 la nak anut agama apa, asalkan x halang perjuangan.

      Padam
    2. komunis kalau anut agama tu bkan komunis namanya......mungkin chin feng and friend cuma poyo buat gerakan ala2 komunis gitu....hakikatnya dorang x faham pun what is communism all about.....mohon kaji dulu siapa pengasas komunisma ni....

      Padam
    3. annakolat ko ni pernah hidup zaman komunis ke tau macam2

      Padam
    4. ahmad mungkin hampir sama mcm kita sekang la, ambik cth ikut2 idologi skin head, punk, hipster dan pelbagai budaya , tp masih lagi mengaku islam kan cth yg noob ulas skin head sebelum ni... mungkin??? sebb kdg semereng2 melayu pun diorg masih rmi lg kuat ngan islam......cumamunkin perlu diajar mcm mana adab dan cara sebenar patut ditunjuk oleh setiap individu islam....

      Padam
  7. wah, ramai betol pakar sejarah beri komen! Puii!

    BalasPadam
  8. prootttt..proottt dimuka khalid ismet

    BalasPadam
  9. Simpati dgn chin peng. Masa org tua ni hidup dulu, dia mintak nak balik malaysia utk lawat kubur ahli keluarga beliau, tp ditolak mentah2. Skrg org tua tu dh mati... Masih juga org2 politik kita berdendam.

    Sudah2 la. Dahla hajat terakhir dia dinafikan tanpa sebab munasabah (masa tu dia 80's kut, pancaindera pun dh kurang, ancaman apa lagi yg dia boleh bawak?), mati pun dibenci. Bukan nak suruh alu2kan pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. agak2nye ko boleh terima x mayat org yg dah rogol mak kau..? sori kasar sikit kiasan....

      Padam
    2. najib mengajar kita berdendam biarpun sampai ke lubang kubur...
      anwar mengajar kita memaafkan sesama manusia terutama org yg dah meninggal dunia...

      rasa2 yg mana yg diajar dlm Islam oleh Nabi kita? sama2 kita nilaikan...

      Padam
    3. dengan mayat pun takut
      tapi yeala orang takut ngan aura walau dah mati hohoho..

      Padam
    4. ahmad..kalau mayat ape de hal?
      tapi kalau masih idup mmg aku xleh bla ar..
      tapi, sebaiknya memaafkn lagi baek...

      Padam
    5. padan muka. Sapa suruh bermusuh dgn kerajaan malaysia yg diiktiraf.nak jenguk kubur saudara pun tak berkesempatan. Menyesal tiada guna..

      Padam
    6. Macam la korang ni hidup zaman tu.. tapi gebang lebih macam la korang ni tau serba serbi masa zaman tu..

      Sejarah yang ditulis pasal diaorang ni ntah betul ke tak...

      Buang masa je gaduh benda yang tak confirm betul ke tak.. nak ajak berdendam sampai mati untuk benda yang tak tahu hujung pangkal betul atau tak.. buat apa.. Dah mati tu bair la mati.. yang hidup buat la sejarah baru yang lebih baik..

      apo ra..

      Padam
    7. annakholat ni sebab tak kena kat keluarga sndiri boleh la cakap macam tu...

      http://hafizzudinz.wordpress.com/2013/09/16/bukti-chin-peng-bukan-warganegara-malaysia/

      Padam
    8. ayat sasuke, kau xkan faham selagi ko x kena mcm mana ak kena... realiti kita ampir sama je ngan kita haha2

      Padam
    9. Butthurt sgt masing2. Mcmla korang pernah rasa keganasan komunis. Bg aku sbb x pernah rasala kita patut berfikir pakai otak, bukan pakai emosi saja. Tapi aku mmg kagumla dgn sesetengah org yg sgt bencikan komunis tu mcm pernah dok di zaman komunis. Antara kependududkan british, jepun dan komunis, british dgn jepun tu sgt baikla dgn korang? Hidup senang, makan bergantang? Hahahah

      Korang x marah pulak british memperbodohkan org melayu, amik segala kekayaan Tanah Melayu. Korang x kisah pulak tentera jepun dok pancung2 org x kira melayu, cina, india. Malah, diagung-agungkan lagi british, masih terikut2 style org jepun sampai skrg. Apsal double standard kt situ?

      Point aku, chin peng telah dijadikan 'dajal' oleh org2 politik kita dan ramai org terikut2 dgn permainan emosi mereka. Aku x sebut pun suruh bwk abu mayat dia balik, ada pulak yg nk samakan dgn mayat perogol... Hahaha. Standard pk pakai emosi.

      Padam
    10. Banyak cerita woo zaman tu

      Tapi aku heran la.. femes mitos parang terbang masa 13 mei... apasal tak tetak je komunis ni dengan parang terbang..

      Adakah masa tu sebelum merdeka takda pengamal ilmu parang terbang atau pengamal dia tak khatam lagi.. hanya khatam semasa 13 Mei 1969.. lol

      Padam
  10. bodoh sial...abu mayat pon leh buat gaduh..
    aku rase pas ni seluar dlm chin peng pon leh buat gado la...ADOIA..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ntah sape la ajak berdendam sampai ke anak cucu cicit.. 7 keturunan pun tak habis.. assabiah betul..

      Padam
  11. Sapa xknal najib. xda teloq. Dgn abu mayat pun takut.. aku rasa najib mlm2 kna kaco dgn hantu tuya sbb tu otak dh jd xbetul hewhewhew..

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu bukan takut. tapi menjaga hati perajurit yang berperang. kadang kita bleh berpolitik, kadang kena tengok dari sudut lain

      Padam
    2. Parajurit zaman tu pun banyak dah mati..

      Kalau dia pernah bunuh orang tak bersalah dulu dan kejam kenapa tak dibicarakan sadam husin pun kena bicara ape.. tapi hanya kena buang dok kat thailand hoho.. Tapi dah mati takan nak bicara abu mayat pulak kakaka..

      Tapi pelik juga kalau komunis ni baik negara negara CHINA kenapa Chin Peng tak pergi duduk kat CHINA aje lepas kena halau dari Malaysia.. Masa tu bukan Komunis kuat kat CHINA?

      Padam
  12. Order of British Empire (OBE)?

    wow..blogserius?:P

    BalasPadam
  13. pada pangdangan aku. tak perlu dibawa dan dibenarkan masuk or tanam di malaysia. Secara tak langsung mengguris perasaan perajurit yang berperang dgn PKM. So, tak perlu media nak perbesar kisah ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. mmg la dia tak hidup masa tu. lepas tu nak chop dia balaci pulak?

      Media2 dari dulu duk cakap chin peng ni sejahat2 manusia. orang2 lama yang menentang komunis kalau boleh taknak luka lama berdarah kembali.


      generasi sekarang yang terdedah kepada maklumat serta media alternatif mungkin boleh terima perjuangan asal komunis pada asalnya mulia. namun matlamat masih tak menghalalkan cara.

      Padam
    2. apa yang ko tahu ko x hidup pada zaman tu. entah -entah komunis cuma xnak tanah melayu dijajah sesiapapun. org-org yg dibunuh cuma tali barut-tali barut jepun/british. pemimpin masa tu ada pakatan baik punya dgn british diorang suka british jajah balik demi kepentingan sendiri. so diorang create cerita komunis ni jahat dan perlu dihapuskan...kebanyakan org yg hidup pada zaman komunis dah meninggal so takde siapa boleh sahkan komunis ini baik @ jahat

      Padam
    3. KEPALA BAPAK KO..YG CREATE KOMUNIS NI JAHAT ATUK2 ONYANG2 KITA DULU DIA YG CITE KAT ANAK2 CUCU2 DIA..SEBAB DORG YG HIDUP PADA ZAMAN TU..AK TAK PENAH LA ORG TUA2 CKAP KOMUNIS NI BAIK..SEJAK ADA DAP NI JE KOMUNIS JADI BAIK..PUIIHHHHH

      Padam
  14. kira Chin Peng ni ada sikit2 mcm Osama lah... CP mula2 British latih jadi gerila utk lwn jepun, last2 dilabel pengganas/pengkhianat.... Osama CIA latih pun last2 dilabel pengganas...tapi cara meninggal tak sama, CP mati tua....

    BalasPadam
  15. Bila keluaq gambaq Tun Razak memakai pakaian tentera Jepun, ramai yang tibai dia kaw kaw tanpa usul periksa. Ramai yang tidak tahu mengapa dia pakai baju Jepun dan siapa yang sebenarnya bersahabat dengan Jepun sewaktu Jepun memerintah.

    Ramai jugak tidak tahu bahawa Tun razak sebenarnya mempunyai hubungan yang baik dengan pimpinan tertinggi Parti Komunis Malaya terutamanya Abu Samah malah beliau juga pernah memberi sejumlah wang kepada Abu Samah sebagai tanda menyokong Abu Samah di dalam perjuangan komunis.

    Sehingga kini juga jam rolex yang di beri oleh Tun Razak kepada Abu Samah masih tersimpan dengan baik oleh isteri Abu Samah. (Siti Rokiah kini berusia 93 tahun dan tinggal di Sukhirin Thai).

    Ramai juga tidak tahu bahawa Tun razak sebenarnya pernah di selamatkan nyawanya oleh tentera komunis dari kekejaman tentera Jepun dan hubungan baik antara pemimpin tertinggi PKM dengan Tun razak berkekalan sehingga anaknya Najib.

    Dan lebih lebih lagi orang tidak tahu bahawa ketika Najib Razak menjadi Timbalan Perdana Menteri beliau telah menerima tetamu terhornat dari pimpinan tertinggi parti Komunis Malaya di rumahnya.....

    Kalaulah umno tahu.....

    Via Abu Nawas II

    BalasPadam
  16. 'You either die a HERO or live long enough to see yourself become a VILLAIN.'
    Kalau Chin Peng mati masa lawan Jepun aritu, tak jadi semua nih.

    BalasPadam
  17. Sentiase suka dgn semua tulisan noob.... terus menulis & smg maju jaya bro...

    BalasPadam
  18. Bg sy..dia just unsung hero..cuma x setuju ideologi komunis digunakan utk mempengaruhi rakyat menerimanya..papepun yg sudah 2 sudah la..kalau najib.x kasi bwak abu..tunggu 5 tahun lagi selepas PR memerintah..baru leh bwak.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.