Halaman

Ahad, 8 September 2013

Harga barang naik itu takdir, sila redha

Kenapa kau merompak bank? Nak buat macam mana dah ketetapan Allah.
Kenapa kau bunuh orang? Dah itu ketentuan Tuhan padaku nak buat macam mana.
Kenapa kau langgar orang yang tengah melintas jalan tu? Aku tak perasan sebab masa tu dah Allah dah takdirkan aku baca SMS waktu tengah bawak kereta tu.
Harga barang naik adalah ketetapan Allah, harap semua dapat terima takdir ini dengan redha. Jika anda masih lagi tidak mahu terima, bermakna anda tidak percaya kepada ketentuan Tuhan dan mahu melawan takdir Allah.


Dipetik daripada artikel Ustaz Fathul Bari di Sinar Harian:

Banyak pelajaran yang boleh dipetik dari hadis yang mulia ini. Pelajaran terpenting adalah akidah; iaitu beriman setiap yang terjadi adalah qadarullah (ketetapan ALLAH). Ini adalah rukun Iman keenam. Tindakan menyalahkan peniaga, kerajaan, pengundi adalah menyalahi akidah suci ini.

Islam melarang keras umatnya berkalau-kalau, contohnya “kalau parti itu memerintah tentu harga barang tidak naik”, kerana ucapan ini membuka pintu syaitan merosak akidah manusia.

Siapa yang mengetahui kecuali ALLAH? Boleh jadi musibah lebih besar terjadi sekiranya hal itu berlaku. Oleh itu Islam mengajar apabila berdepan situasi yang tidak disukai untuk mengucapkan Qaddarallah wama syaa-a fa’al (ALLAH telah menetapkan dan Dia berbuat apa yang dikehendakiNya).

"Kalau parti itu memerintah tentu harga barang tidak naik". Bagaimana pula dengan kenyataan2 yang biasa anda dengar seperti ini:
  • Kalau pembangkang menang tentu negara akan bangkrap.
  • Kalau pembangkang menang tentu cina akan menguasai negara dan orang melayu akan kena pijak.
  • Kalau pembangkang menang tentu agama Islam akan hancur.

Dipetik daripada artikel di Utusan Malaysia pula:

Beberapa faedah dapat dipelajari dari hadis yang mulia ini. Antaranya adalah kita wajib meyakini bahawa naik turun harga sesuatu barang itu berlaku atas ketetapan Allah, kerana Allah adalah pengatur seluruh urusan. Seorang mukmin tidak boleh murka atas ketetapan ini sebaliknya hendaklah mereka menahan diri (bersabar).

So lepas ni kalau apa2 berlaku, harga minyak naik, anak kena culik, suami kena tembak, air kena potong, rumah kena rompak atau apa2 sahaja, jangan marah, bersabar sahaja, terimalah sahajalah takdir anda.

Memang apa yang berlaku itu merupakan qada dan qadar, suatu ketetapan Allah, tapi adakah manusia tidak diberi pilihan untuk berusaha? Adakah apa yang berlaku di dunia ini kita boleh salahkan takdir semata2?

Aku bukan seorang ilmuwan agama, aku juga tidak belajar tinggi sampai ke Madinah dan Jordan, tapi aku masih boleh menggunakan akal dan ilmu aku yang sedikit ini untuk menilai sesuatu dengan waras dan rasional. Sepertimana aku boleh menilai apabila agama dipergunakan dalam perniagaan, aku juga boleh menilai apabila agama dipergunakan untuk menghalalkan apa jua tindakan pemerintah, sebab selama ini dah banyak pun dasar dan tindakan kerajaan yang tak Islamik mana pun. Harap para agamawan, ulama dan mufti dalam kerajaan boleh cerita juga hadis pasal judi, arak, aurat, hiburan, undang2 dan lain2 yang berkaitan kerajaan dan pemerintah yang tidak berapa nak Islamik nih.

Komen Dr. Maza di Facebooknya mengenai isu ini:



Baca juga kisah Imam Nawawi yang pernah ditulis oleh Dr. Maza:
Saya tertarik apabila membaca membaca kisah al-Imam al-Nawawi (631-676H) yang diminta oleh Raja pada zamannya al-Malik al-Zahir untuk memberikan fatwa bagi mengharuskan Raja mengambil harta rakyat untuk digunakan memerangi musuh yang mengancam negara iaitu tentera Tatar. Tujuan itu pada zahirnya baik kerana mempertahankan negara dari ancaman musuh. Harta itu pun hendak digunakan untuk keperluan jihad.

Namun ramai ulama yang telah dibunuh ketika itu kerana enggan mengeluarkan fatwa berkenaan. Al-Nawawi juga enggan menulis surat sokongan terhadap tindakan Raja Zahir itu sekalipun beliau tahu pengambilan harta itu untuk kepentingan negara juga.

Apabila Raja bertanya kepada beliau mengapa beliau enggan menyokong? Beliau menjawab: Setahu saya engkau dahulunya seorang hamba, tidak mempunyai harta. Kemudian Allah memberikan kurniaan kepadamu lalu diangkat engkau menjadi seorang raja. Aku dengar engkau memiliki seribu hamba lelaki yang setiap mereka memiliki talipinggang daripada emas. Engkau juga ada memiliki dua ratus hamba perempuan, dan setiap mereka memiliki sebekas perhiasan. Jika engkau belanjakan itu semua, sehingga hamba-hamba lelakimu hanya memakai tali pinggang kain, dan hamba-hamba perempuanmu hanya memakai baju tanpa perhiasan, juga baitul mal sudah tiada simpanan wang, harta dan tanah lagi, maka aku akan fatwakan untukmu keharusan mengambil harta rakyat itu. Sesungguhnya yang menolong jihad dan selainnya ialah penyerahan diri kepada Allah dan mengikut jalan nabiNya s.a.w. (lihat: ‘Abd al-Ghani al-Daqar, al-Imam al-Nawawi, 144-145, Damsyik: Dar al-Qalam).




tags: harga barang naik ketetapan allah meningkat minyak petrol ron 95 97 diesel kurang subsidi teori domino ustaz fathul bari ufb artikel ulasan pandangan sinar harian utusan malaysia terima qada qadar takdir ketentuan tanpa usaha komen dr maza asri zainul abidin facebook bidas ilmu ulama muda umno matlamat tidak menghalalkan cara pemerintah yang zalim agama bukan candu khayalkan orang miskin kisah imam nawawi

37 ulasan:

  1. I hereby salute Dr.Maza for his bravery... semoga lebih ramai para alim ulama berpendirian seperti beliau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya dr.maza ni kira sangat berprinsip dan bersikap neutral
      pernah dia kritik raja dan menteri yg minta rakyat berjimat sedangkan mereka bermewah dan disiarkan dalam akhbar yg pro-kerajaan nama tajuk tu "Agama bukan Candu" kalau tidak silap saya

      Padam
  2. Entah mengapa aku terasa UFB dan Dr Maza dua2 ada pendapat yang betul. Dari satu aspek UFB juga ada betul iaitu dimana kita harus bersabar. Sebab sabar itu separuh dari iman. Tapi adakah dengan ketentuan Allah itu Allah yang menjadikan keadaan seperti sekarang-harga barang naik.Tidak sama sekali, apa yang baik dari Allah dan sebaliknya pula datang dari kita sendiri. Salah manusia lah harga barang naik, mungkin salah pemimpin dan kroni dan juga mungkin salah penggubal sistem ekonomi yang mengguna pakai sistem berasakan riba.

    Kita boleh menasihati pemimpin jika kita merasakan diri tertindas, tapi jika pemimpin tak makan nasihat, kita hanya boleh bersabar. Rampasan kuasa, protest, mogok dll itu dikira keterlaluan dan ditegah dalam agama. Selagi kita dapat hidup, beribah dan melakukan aktiviti seharian tanpa penindasan fizikal dari pemimpin selagi itu kita perlu bersabar. Memang ketentuan Allah segala ini berlaku tapi kena ingat Allah berkehendakan yang baik. Hanya ada dua kemungkinan kenapa kita dalam situasi sekarang

    1. Satu ujian dari Allah, jika kita lulus ujian ini darjat kita akan dinaikan
    2. Satu hukuman dari Allah, jika kita bertaubat dosa2 akan dihapuskan.

    Dr MAZA pula memang tepat apa yang diperkatakannya, disebabkan manusia diberi kebebasan untuk berfikir dan bertindak, jika buruk yang dilakukannya maka dia akan dipertanggungjawabkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dua dua betul? mengarut. tak tahu urus ekonomi salahkan allah. non muslim pun tak salahkan tuhan dorang dalam kes ni. hihi

      Padam
    2. Betul tak tahu urus ekonomi dihalalkan berhutang saban tahun..
      lepas tu salahkan tuhan pulak takdir semua naik takdir tuhan..

      yang salah urus, rasuah dan boros tu takdir tuhan juga ke?

      Padam
    3. tak pernah tgk cite hong kong ke? banyak je adegan2 yang manusia lemah yang bukan islam selalu salahkan tuhan dalam bab2 berkaitan ekonomi nih.

      Padam
    4. Yeala biskut tgk citer tamil/hindustan lagi kaw-kaw diorang maki tuhan diaorang.

      Mungkin ke ada juga orang melayu ni marah tuhan sebab harga minyak naik..

      Padam
  3. kesian gak citer ulama dulu2 susah pyh diorg berhati2 bila cubaan untuk mengeluarkan fatwa....

    BalasPadam
  4. ustud zamrul idrus kata ini semua salah PEMANDU

    BalasPadam
  5. semua benda nk letak pada qada dan qadar, baik pi duk dalam gua. berdoa berharap qada dan qadar ubah gua jadi rumah banglo.

    BalasPadam
    Balasan
    1. duduk dalam utan dalam gua solat dan berdoa Allah ubah jadi mahligai..
      rezeki turun dari langit mencurah2..

      Padam
  6. secara lazimnya mmg betul semuanya ketentuan Allah, sapa2 (mangsa) yg dpt menerima dan menghadapinya dgn sabar, kiranya orang tu mmg iman dia high level btul sbb sabar ni separuh dr iman.. tp dunia ni dah namanya dunia, tmpat Allah nak beri ujian kpd manusia, mana yg sabar dan mana yg tak sabar..so kite pn mmg takleh nak expect semua manusia dapat sabar. tp ntah la, bila masuk bab ni aku pn tak tau nk jawab camner sbb ni mcm menggunakan alasan agama utk cover kesalahan sndiri.. kang tibe2 btul kang satu hari nnti kena rompak, perompak sndiri yg cakap "aku rompak sbb Allah dah tentukan", haa cmner tu? masalahnya bukan mangsa yg ckap dulu, pemangsa yg dah ckap awal2 dulu.

    bnyk2 la bace doa pendiding hari2..kalo busy sngt pn, bace mathurat pendek hari2 10 minit..ni pn salah satu usaha kita sbg mangsa..
    dunia skrang macam2.

    BalasPadam
  7. mari sini aku lempang muka ufb..tapi jangan marah pulak, dia kena redha dan bersabar pasal ini ketentuan Allah dia kena lempang dengan aku..di ni dari dulu gunakan ilmu backing semua tindakan banggang umno..ni ustaz akhir zaman jual ilmu untuk dunia..sampai Imam Syafie pun dia boleh kata x betul..

    BalasPadam
  8. memang ada ujian datang dari Dia.tapi pengurusan didunia camne plak dah ? renung2 kan dan selamat beramal

    --Gambar kemaluan adi putra di whatsapp bersama scandalXXX disini

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ko ada gambar kote adi putra x payah nak tunjuk kt org lain... ingat org lain gay mcm ko ke suka tgk kote itam & berkedut... bodo punya org

      Padam
    2. lol..
      Desprate sunguh nak lariskan belog

      Padam
    3. Komen dia ada unsur2 nasihat/agama

      pastu kat bawah terang2 promote benda yg dilarang agama..

      Facepalm!!!

      Padam
    4. Orang umno kot lol..

      Padam
  9. rasanya kena tengok balik apa yang di katakan fahaman ahli sunnah wal-jamaah, apa khodiriah , apa jabariah

    BalasPadam
  10. Fatul bahri ni memang dah ditakdirkan jadi ulama umno hahaha :)

    BalasPadam
  11. Bg sy..itu kenyataan yg agak bodoh n menegakkan benang basah dr pemimpin kerajaan...cukup je la ckp harga minyak tinggi Kat pasaran dunia dah cukup. Kalau nak berpolitik pun jgn smpi libatkn agama...jgn lepas ni ckp minyak naik 20Sen nanti Kat akhirat 20Sen diganti dengan 10x ganda ganjaran...

    Byk sy lihat org2 politik bg statement yg kurg cerdek Dan menampakkan kebodohannya...lg2 mereka x terasa minyak naik sbb naik kereta gov n minyak ditanggung free...

    BalasPadam
    Balasan
    1. agama mmg boleh t'libat dalam politik sbb kalo xde agama dlm politik,maka xde la halal haram dlm b'politik tp m'gunakn agama dlm hal p'tadbiran politik kotor utk m'halalkn yg haram tu yg tak boleh..

      Padam
    2. Tq,itu sy maksudkn sbnrnya. Penat tulis panjang2 td,jd salah fhm pulak.

      Padam
    3. Agama perlu sebagai panduan bukan agama sebagai alat hawa nafsu..

      Yang salah agama jadi alat dan dijual oleh mereka yang berkepentingan..

      Padam
  12. haha., bila kuasa diberi kpada orang yang tak layak macamni la jd nya., kekeke nasib la., da tkdir kita nk dpt orng brkuasa cmni., hehehe

    BalasPadam
  13. rasanya kena tengok balik apa yang di katakan fahaman ahli sunnah wal-jamaah, apa khodiriah , apa jabariah

    BalasPadam
  14. rasanya kena tengok balik apa yang di katakan fahaman ahli sunnah wal-jamaah, apa khodiriah , apa jabariah

    BalasPadam
    Balasan
    1. dah tu apadia fahaman fahaman ahli sunnah wal-jamaah, apa khodiriah , apa jabariah? dari post sampai 2 kali baik ko post apa faham tu

      Padam
  15. aku harap ada org pergi pukul 'ustaz' fathul 'kawin kat siam' bari ni lepas tu cakap adalah ketentuan Allah sy memukul kamu. tengok dia nak repot polis x?

    BalasPadam
  16. Ditakdirkan noob berfikir begitu,dan aku pun ditakdirkan setuju apa yg dikatakan noob dan Dr.Maza yang tersebut..telah ditakdirkan aku tergerak hati buka blog ni menggunakan laptop yang telah ditakdirkan dibelikan pada awal tahun 2008 semasa aku masih bergelar pelajar di sebuah universiti tempatan yang telah ditakdirkan dibina oleh kontraktor cina tempatan yang kelahirannya di bumi Malaysia ini telah ditakdirkan sehingga sekarang beliau telah ditakdirkan menjadi kaya raya dengan segala usaha yang beliau telah ditakdirkan sehinggakan ramai kontraktor2 muda telah ditakdirkan untuk menjadikan beliau,iaitu cina tersebut sebagai inspirasi dan idola mereka..heh?

    psssssst : adakah korang membaca komen aku sampai habis telah ditakdirkan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha... aku ditakdirkan untuk membaca sampai habis apa yang hang tulis la bro...

      Padam
    2. dari ngantok terus di takdirkan xdapat nak tido sebab bace komen ko bro..damn! esk keje weh

      Padam
  17. UFB ulama jamban~ mampuslah anda di akhirat sana kerana melacurkan agama demi wang dan pangkat di dunia~ puih~ sekian terima kasih~

    BalasPadam
    Balasan
    1. rilek bro...dia pon manusia gak x lari dari kesilapan..
      tapi ko xleh nk label dia ahli neraka trus..
      aku harap UFB sedar akan kebodohan dia...

      Padam
  18. Manusia hanya merancang, Allah swt yg menentukan

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.