Halaman

Khamis, 10 Oktober 2013

Saman parking yang double standard

Bahu jalan besar di depan pejabat aku selalu menjadi kawasan parking haram oleh kereta2 yang tidak biasa dengan kawasan itu. Setiap hari jugalah daripada tingkap pejabat aku, aku akan nampak pegawai penguatkuasa majlis perbandaran meronda dan mengeluarkan saman kepada kereta2 ini daripada sekecil2 kereta Perodua Kancil sampailah sebesar2 kereta Honda Accord, semua kena saman.


Gambar hiasan

Pada suatu pagi, aku ternampak sebuah kereta Mercedes Benz SLK Class dengan plat no. XXX 1 parking di bahu jalan tu dan kereta tu park sampai ke petang tanpa sebarang saman diterima. Tengahari tu aku perhati ada juga pegawai penguatkuasa buat rondaan tapi dia hanya lihat sahaja kereta tersebut dan kemudiannya berlalu pergi tanpa mengeluarkan saman.


Semua orang tahu kereta mewah dengan no. plat 1 bukan milik orang2 biasa atau rakyat marhaen. Yang pasti ia milik orang2 VVIP yang kaya raya seperti golongan pemimpin, kerabat, bangsawan, jutawan, CEO syarikat2 besar atau yang sewaktu dengannya.

Persoalannya, apa bezanya mereka dengan kita sampai pegawai penguatkuasa tu merasakan mereka tidak layak disaman sedangkan merekalah golongan yang paling mampu membayar saman? Dan adakah akan ada sebarang effect atau menyebabkan kesan yang buruk sekiranya kereta mereka disaman atas kesalahan meletak kereta di tempat yang dilarang?


Kalau kat luar negara, lantak la kereta mewah ke apa milik siapa, asal salah parking terus kena clamp.





tags: bayar kompaun saman parking tempat letak kereta salah kesalahan illegal car park bahu jalan jalanraya kereta mewah luxury car no. plat online pegawai penguatkuasa penguasa majlis perbandaran dewan bandaraya kereta kenderaan kerabat pemimpin kerajaan umno bangsawan jutawan ceo syarikat ahli perniagaan orang golongan kaya raya duit wang banyak berada luxury car worth £1.2m clamped outside harrods the koenigsegg ccxr £350,000 lamborghini murcielago lp670-4 superveloce qatar royal shopping

36 ulasan:

  1. Ini semua pengampu!!!!!

    Frist...puiihhhhh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Frist abah kau..

      Padam
    2. dulu zaman bn pegang selangor takde mcm ni. lepas pkr pegang selangor selalu lepas tokey2 besar ni.

      Padam
    3. Aik, noob ade cakap ke bende ni berlaku kt mane? negeri selangor ka??

      Padam
  2. nak komen ke tak?? nak komen ke tak?? nak komen ke tak?? nak komen ke tak?? nak komen ke tak??

    BalasPadam
  3. biasalah tu...nama pun Malaysia,,,yang kechik aje kena...yang besar jadi free loader.....

    BalasPadam
  4. selogiknya lagi hebat dan mewah kereta yg langgar peraturan parking tu, lagi hebat la saman parking yg dikenakan... kasi up bayaran saman sampai puluhan kali ganda utk kereta mewah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. logic. kereta mewah selalunya lebar dan besar, lebih memakan ruang parking, selalu nampak parking sampai terkeluar dari ruang yang telah dihadkan.

      Padam
  5. Vvvvvvvip maa. sapa brani saman. lu saman .. lu punya keja wa kasi pecat. Phuii..

    BalasPadam
  6. sama la ngan kes tinted.. saya pakai alza.. nak kata gelap dak pun..cuma cermin dpan kdai tinted tu boh tinted pantul cahaya panas.. jpj nak saman.. tgk2 mers x6 lalu pakai tinted fully black kat cermin sisi.. jpj tu buat donno ja.. saya bgtau jpj tu.. dia buat tak dengaq....

    BalasPadam
    Balasan
    1. lain kali kalau kau kena macam tu depan2 pegawai JPJ kau tadah tangan mengadu pada Allah agar pembalasannya diberikan kepada mereka2 yg tidak adil dan menindas golongan yg lemah, insyaAllah pegawai JPJ tu akan tahan kereta mewah tu atau tak jadi bagi saman kat kau... kecuali kalau pegawai tu terdiri daripada golongan munafik dan tak percaya kewujudan tuhan!!

      Padam
  7. Tu kena kerja rajin2 kumpul duit banyak2 beli kereta mewah (hutang pon takpe) kalau boleh pakai plet 1 angka :) lagi kalau ko boleh tampal sticker.. kerabat atau vvip plat or logo.. :)

    Musti saman2 perbandaran ni tak berani punya..

    Tapi kalau kena saman atau kena halau ngan pak guard jangan jadi poyo macam bini Mat Yo.. :P


    BalasPadam
  8. klau pun penguatkuasa berani saman, nty diorg akan dapat call mintak releasekn saman tuh...haha...rich people rules..

    BalasPadam
  9. Mesti isteri MatYo terasa artikel ni...respect la pak guard tegur terus even dia 2 berstatus david beckham malaysia.

    Ada org cakap polis buang masa saman kereta2 mcm ni sbb 2 benda:
    - sbb nanti saman 2 boleh kaw-tim dgn ketua majlis pembandaran
    - nanti bila saman 2 kene VVIP, pas2 mesti kene taruh balik melalui bos (yg sama kroni dgn VVIP 2) atau ada org kenekan kita balik dgn pelbagai cara.

    Papepun better tanya on da spot dengan org yg keluarkn saman after working hours kat kedai makan. Tp saman parking 2 xla mahal kalau setel on da spot. Still rules tetap rules...selalunya org2 VVIP nak dilayan mcm raja sbb duit byk, tp org sombong ni rezeki x lama...at least harta smpi ke anak mesti habis duit 2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. on da spot abah kau.

      Padam
    2. On da spot 2 maksudnya pergi ke majlis pembandaran, dpt diskaun byk (30-50%) kalau setel less 24jam....bukan on da spot byr kat tukang bagi saman mcm bayar duit kat polis traffic.

      Padam
  10. Parking stail sial macam ni yang buatkan kita semakin menyampah dengan golongan-golongan kaya. Pakai kereta mewah mahal-mahal, cukai dapat pengecualian, saman tak pernah kena, petrol naik berapa kali pun boleh claim kompeni. Seronok betul hidup semua kena tanggung free macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebab tu la kena belajar rajin2....nanti dpat study tinggi2...senang dapat kerja....kerja bagus2....dapat duit gaji bertimbun2.....hidup senang....klau malas belajar, malas bekerja, memang hidup susah dan miskin....nak harapkan bantuan je...

      Padam
    2. berkat ke duit banyak2 yg ko dapat tuh, sb makan duit x berkat la yg selalu langar peraturan...kangkung nya ahmadje....

      Padam
  11. Hormati dan bagi laluan kepada yang berstatus :)
    Itu kan budaya kita..

    Kalau anda degil anda akan kena maki atau kena saman bahkan akan kena buang kerja..

    p/s: sebab tu banyak penjenayah esp pak negro pakai kereta mewah masuk sana sini... sebab mereka dah baca rules ni..

    BalasPadam
  12. kejap noob aku nak tanya, masa pegawai penguatkuasa buat rondaan time XXX1 ni parking, dia ada tak saman kereta lain area2 tu juga? kalau ada, memang jahanam la! tapi kalau tak de, means bukan time dorang keluarkan saman and kereta XXX1 kebetulan je bernasib baik.

    BalasPadam
  13. sikap double standard yang makan tahi

    BalasPadam
  14. Signal King adalah alat yang mampu menarik signal wifi sejauh 2-3Km sekitar tempat anda.
    Mampu menarik bermacam-macam wifi seperti KFC, McD, kedai mamak, kopitiam, supermarket, dan lain-lain.

    Tidak perlu lagi lepak di kedai sehingga lewat malam dan membazir masa semata2 untuk surf internet ataupun download movie kegemaran anda.

    Paked disertakan dengan CD Crack yang mampu crack password wifi (WPA/WPS/WPA2)
    Tidak perlu mengeluarkan duit setiap bulan untuk bil internet.

    Cara install sangat mudah. Plug and Play.
    Compatible with windows 2000, xp, windows 7, mac, vista.

    Harga PROMOSI sehingga akhir tahun 2013 adalah RM149 (tidak termasuk kos penghantaran).
    Kos pos laju hanya RM6 bagi semua tempat.
    Siapa cepat dia dapat. Stok terhad.

    Call/sms/whatsapp/viber untuk dapatkan gambar dan maklumat lanjut.
    Mira 011-28512265
    https://www.facebook.com/signal.kinh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noob....ur SOP as usual. Terpulang la nak padam komen di atas uttk iklan free tanpa kebenaran

      Padam
  15. Orang macam ni dia ingat dia kaya, dia ada kuasa, dia boleh buat apa saja..kadang yang nak menyaman tu pung fikir, dah la kerje tu je dia ada nak sara family, kang disamannya orang kaya tu, orang kaya tu kenakan dia pulak..buang dia dari kerja ke..lagi teruk kalau dia kaw tim dengan mana2 kroni2 dia, janga kasi kerja sama itu penyaman..haa..ko kalau takde masalah, nak ke cari masalah? kalau aku, meme tak ah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang zaman skang mmg ramai lebih takut pada manusia dari takut pada tuhan, senang negara nak lingkup bila orang mentality mcm ni membiak dgn lebih ramai, buat semak negara saja.....

      Padam
    2. Guess what homie, that anon is not the only thought that way. Me too, others as well, termasuklah abah ko (maybe). No need to involve Tuhan in your argument. Doesn't simply make it soild. Ini kisah si penyaman dengan si kena saman. World is cruel man, nak expect apa lagi? Ko kata mentaliti takut manusia dari takut tuhan tu akan buat negara lingkup. Amerika-before the shutdown/recession, China, Singapore tu apa ceta? Maju aje aku tengok.

      Padam
    3. Well skang amerika dh lingkup, ko rase knape? :)

      Padam
  16. turn on Yuna - Penakut
    ini tidak adil..tidak adil bagi ku...

    BalasPadam
  17. Apasal masa pegawai penguatkuasa ronda nk saman ko x duk sebelah dia tanya naper x saman kete tue, kete lain dia balun....

    BalasPadam
  18. muka saya muka orang yg selalu kena saman parking..tak kira la saman parking majlis bandaran ke,saman parking u...=_="

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.