Halaman

Ahad, 10 November 2013

Pembunuh bersenjata api mungkin berdekatan kita

Akhirnya suspek yang merupakan pengawal keselamatan lahanat yang telah membunuh pegawai Ambank dengan kejamnya menggunakan pump gun telah pun diberkas dan ditangkap di Kota Tinggi, Johor.

Sumber FB Polis Diraja Malaysia

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menerusi Twitter rasmi beliau memaklumkan bahawa suspek yang dikehendaki bagi kes rompak dan tembak mati seorang pegawai bank cawangan Ambank di Subang Jaya, 23 Oktober lalu berjaya diberkas di Johor Bahru, awal pagi tadi.

"Syabas pasukan Ops Cantas Bukit Aman... terima kasih rakyat Malaysia yang terus membantu PDRM Malaysia," ujar Khalid di laman mikto Twitter miliknya.

Sementara itu, menurut Facebook Polis diRaja Malaysia (PDRM), suspek berjaya diberkas jam 7.00 pagi tadi di Kampung Belungkor, Kota Tinggi.

Penahanan dibuat atas maklumat yang diberikan kepada agensi itu.

Facebook yang memetik kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman itu berkata, pihak polis percaya dengan penangkapan suspek utama ini, kes berkenaan telah berjaya diselesaikan.

Pihak polis merakamkan jutaan terima kasih kepada orang ramai di atas kerjasama dan keprihatinan dalam kes ini.

Sumber Sinar Harian.

Baca analisa mengenai kes ini oleh Mazidul Akmal Sidik. Ada berita yang censor atau blurkan gambar suspek, ada yang tidak, tapi memandangkan pihak polis sendiri yang memaparkan gambar tangkapan tanpa censor di Facebook mereka, maka tak perlu lagi kita selindung2kan lagi wajah si lahanat ini. Lagipun satu Malaysia pun dah kenal dia. Tahniah kepada pihak PDRM dan rakyat Malaysia yang turut sama membantu mencari si bangsat ini. Semoga dia dikenakan hukuman yang setimpal dengan jenayah dan perbuatan terkutuk yang telah dia lakukan.

Walau si pembunuh tak berhati perut ini sudah ditangkap, namun hakikatnya pada hari ini masih ramai lagi penjenayah dan pembunuh2 kejam seperti ini berlegar2 dalam masyarakat kita. Yang terbaru, kes Ketua Penguat Kuasa JAIP mati kena tembak.

KUANTAN - Ketua Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) mati selepas terkena tiga das tembakan di rumahnya di Indera Mahkota 2 dekat sini hari ini.

Menurut sumber polis, Raflie Ab Malik dipercayai mati di tempat kejadian kira-kira 2 petang.

"Tiga suspek lelaki dipercayai terbabit dalam kejadian itu," kata sumber polis kepada Bernama di sini.

Beliau berkata, ketiga-tiga suspek itu dipercayai melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta jenis Proton Wira Aeroback berwarna putih selepas menembak mangsa.

"Suspek juga dipercayai memakai pakaian berwarna hitam dan berkopiah," katanya.

Beliau berkata, polis masih menyiasat kes itu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang,  Senior Asisten Komisioner Mohd Zakaria Ahmad mengesahkan kejadian itu.

Sumber Sinar Harian.

Sehubungan dengan itu, pihak polis akan berusaha untuk menjejaki pembunuh ini, namun ia pasti lebih sukar berbanding kes pembunuhan pegawai Ambank itu kerana tiada CCTV atau pengenalan diri pembunuh.


Aku harap jenayah senjata api di Malaysia semakin berkurangan dan sindiket2 penjenayah ini dapat ditumpaskan agar keamanan Malaysia dapat dikembalikan, sebab sekarang ini masih banyak kes pembunuhan yang masih belum dapat diselesaikan seperti kes Timbalan Ketua Pengarah Kastam, kes Altantuya dan kes2 lain. Ramai pembunuh yang masih belum ditangkap dan masih berlegar2 di sekeliling kita yang tanpa kita sedari mungkin ada yang berdekatan dengan kita malah tinggal di sebelah rumah kita pun.

Senjata api yang mudah diseludup dan diperolehi oleh sindiket penjenayah satu hal, memberi senjata api secara sah oleh majikan kepada orang yang salah seperti pengawal keselamatan palsu tanpa permit dari Indonesia, Bangladesh, Vietnam dan lain2 pun satu hal juga.




tags: suspek pengawal keselamatan pembunuh penjenayah pak guard jaga ambank bunuh pegawai ambank tembak pump gun ditangkap berkas reman tahan johor oleh polis pdrm tan sri khalid abu bakar ops cantas bukit aman analisa kes mazidul akmal sidik ketua penguat kuasa jaip mati meninggal tembak arwah ustaz rafli raflie ab malik

14 ulasan:

  1. Alhamdulilah, tangkap juga penjenayah yg dah membunuh pegawai yg juga merupakan seorg ibu harap selepas ini kes-kes pembunuhan akan diselesaikan dengan segera

    BalasPadam
  2. Yang kena tembak kat kuantan tu Ketua ke Timbalan penguatkuasa JAIP?

    BalasPadam
  3. Bagi pembunuh ni kat suami mangsa bunuh. Tutup muka pembunuh ni, bagi laki dia belasah macam belasah punching bag dulu sebelum dihukum gantung.

    BalasPadam
  4. Agak-agak sapa yang nak jadi peguam bela pembunuh ni? Biasanya kalau kes macam ni peguam dari DAP & PKR yang berada di barisan depan untuk membela penjenayah yang ditangkap polis..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ape yg ko merepek ni sheaton...

      Padam
    2. betul la kan? Karpal Sigh pernah menang kes membela penjenayah Bentong Kali..

      Padam
  5. Xde hukum islam mengatakan kita perlu belasah org yg bersalah sebelum dia dihukum x kira penjara atau tali gantung. Kalau ikut emosi kita akan bertindak seperti haiwan. Biarla polis buat prosedur dia.. x perlu nak balas dendam...yg paling penting kita sentiasa berjaga2 n berwaspada dlm kehidupan seharian utk elakkan jd mangsa jenayah.

    Pernah terbaca kisah seorang pemuda islam yg mempunyai peribadi mulia..even ibu bapa dia dibunuh oleh penjenayah yg terlibat, selepas ditangkap pemuda ini memaafkan penjenayah td n meminta penjenayah insaf kpd Allah atas segala kesalahan dilakukan, sbb tiada apa yg boleh mengembalikan ibu bapa dia kembali, just doa dr anak yg soleh yg boleh membantu. Itulah contoh muslim sejati....dr sikap dan tingkahlakunya..lalu akan menjadi contoh kpd bukan muslim memahami keindahan islam sendiri.

    Sedangkan Allah Maha Pengampun kpd hamba Allah even dah bunuh 100 org tetapi sempat insaf sebelum dia mati, kita pun x perlu beremosi n melepaskan perasaan dendam kat seseorang atas perkara yg lalu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup 1 dlm 1000 org mcm tu dan yg nak punching bag org tu tu 900 dlm 1000 tu... so no valid much.....ckp x bnyk kesan action paling bnyk kesn >.>

      Padam
    2. bhai cahaya, 1000 - 900 = 1 ker?

      Padam
    3. lagi 99 suka wat hal sendiri jenis x risau dn x pernh terfikirkan pun kemalashatan ummat.... hanya fikir kan diri sendiri sahaja

      Padam
  6. dari subang ko lari, kt kampung aku gak jumpa. kecik je dunia..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.