Halaman

Khamis, 21 November 2013

Ucapkan terima kasih atas penat lelah Rosmah

Ramai orang mempersoalkan kewajaran isteri Perdana Menteri, DS Rosmah Mansor menggunakan jet eksekutif swasta yang dibiayai kerajaan serta mewakili negara untuk menghadiri satu Forum Ahli Perniagaan Wanita Antarabangsa di Qatar baru-baru ini terutama di kalangan ahli parlimen pembangkang. Mereka cuba mendapatkan penjelasan daripada Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mengenai isu ini di parlimen.



1. Apa salahnya isteri perdana menteri melawat Qatar sebagai wakil kerajaan? Kita sepatutnya bangga beliau mengharumkan nama negara Malaysia di luar negara.

2. Rakyat Malaysia tidak sepatutnya mempersoalkan perkara ini, bahkan kita seharusnya berterima kasih atas penat lelah yang ditanggung oleh isteri Perdana Menteri sepanjang lawatan di Qatar ini.


3. Presiden Obama pun tak hantar isteri jadi wakil tu lantak dia lah, mana boleh banding negara Malaysia yang jauh lebih maju dengan negara US.

4. Lawatan isteri PM ke Qatar pun sebenarnya jemputan yang dibuat bukan atas dasar kerajaan tetapi atas dasar peribadi. Mesyuarat kabinet jemaah menteri yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri pun dah luluskan penggunaan jet peribadi tu, so apa masalahnya?

5. Setelah dijemput bagi mewakili kerajaan Malaysia di forum berkenaan, secara tak langsung Rosmah membawa imej negara, walau bagaimanapun sebagai seorang wanita yang berstatus isteri kepada PM, adalah wajar untuk beliau menggunakan pesawat berkenaan kerana faktor masa dan keselamatan.

6. Tentu amat pelik sekali sekiranya isteri bagi pemimpin sesebuah negara terpaksa menunggu bersama-sama penumpang2 lain untuk menaiki pesawat komersil bagi menghadiri satu persidangan yang boleh membawa pelaburan yang besar dalam negara ini.


7. Dalam urusan perniagaan, imej perlu dijaga. Sudah tentu ada di antara ahli2 perniagaan wanita yang mempunyai empayar perniagaan yang besar di forum itu juga menaiki jet masing2 malah mungkin lebih baik dari jet kerajaan Malaysia dinaiki Rosmah itu sendiri.

8. Jadi apa pandangan ahli2 perniagaan ini terhadap Malaysia sekiranya isteri PM terpaksa menaiki pesawat komersil bagi menghadiri sidang itu? Miskin sangatkah negara ini sampai sanggup biarkan isteri pemimpin besar negara menaiki pesawat komersil? Jadi macam mana mereka boleh yakin untuk melabur dalam negara ni kalau pengangkutan rasmi kerajaan pun nak berkira?


9. Rakyat negara kita pun bukannya ramai sangat yang miskin dan daif sampai tahap kebuluran makanan, setakat nak keluarkan sedikit peruntukan dan perbelanjaan untuk lawatan ini bukanlah suatu perkara yang besar pun.

10. Malah sebagai seorang isteri kepada Perdana Menteri, kalau dia ada pesawat peribadi sendiri pun bukanlah suatu yang nak dihairankan sangat. Tak perlulah membesar2kan sesuatu sampai menjadi isu nasional sedangkan tiada apa isu pun sebenarnya. Surat ni pun ntah betul ntah tidak, ntah2 edit pakai Microsoft Word je.


11. Janganlah hanya kerana isu 'jet' yang tak relevan ini akhirnya membutakan mata kita dengan segala jasa dan kerja2 kebajikan yang telah dilakukan oleh DS Rosmah sebelum ini seperti Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak2 (PERMATA) yang telah terbukti keberkesanan dan kejayaannya di seantero dunia.


12. Aku menyeru kepada mana2 Bloggers dan Facebookers yang membuat cerita tidak elok mengenai isteri Perdana Menteri ini supaya membetulkan tulisan mereka dan bertaubat, lebih2 lagi DS Shahidan Kassim dah pun buat solat sunat.

13. Syabas buat ahli parlimen Barisan Nasional yang begitu bersemangat, bersungguh2 dan beria2 mempertahankan isteri kepada Perdana Menteri yang kita semua sayangi di parlimen.



Jika anda suka dengan artikel ini, sila tulis "Macam cilake!".
Jika anda tidak suka dengan artikel ini, sila tulis "Terima kasih Kak Mah!".




tags: rosmah mansor kak mah big mama isteri perdana menteri pm najib razak wakil negara lawatan rasmi persendirian jemputan ke qatar doha guna jet pesawat peribadi kerajaan eksekutif kecoh parlimen dewan rakyat pembangkang azmin ali bahas menteri jabatan shahidan kassim jawapan pertahan backing defend shahrizat jalil azalina bangga terima kasih

22 ulasan:

  1. hahahaha..

    aku suka gila artikel ni..macam cilake..

    dari segi ethic, tanjong karang win..

    dari segi troll, kuala krai win

    dari segi point yang pembangkang tanya, aku rasa kukuh la point tu..apa kewajaran "kak mah bukan menteri" pergi bincangkan hubungan 2 hala malaysia qatar?satu..

    yang kedua, bukan main sedap naik jet peribadi guna duit tak payer..kalau berenang pergi qatar tu yela jugak aku nak terima kasih..nampak jugak penat lelahnya..

    mungkin kena ada "Majlis Rakyat" yang luluskan semua dana negara..kalau "Jemaah Menteri" punya kelulusan, habis semua conflict of interest punya hal lulus dananya...

    btw, thanks kak mah..kalau aku ada kat tempat kau, aku mesti behave macam tun hasmah ali..

    BalasPadam
  2. Selagi beliau bukan ada portfolio atau jawatan menteri kanan kat parlimen...x perlu nak wakil tahap PM nak gi buat lawatan kerja ke sana ke mari...just ikut je mana suami pergi dah cukup x kira kapal selam,roket,basikal, etc...

    Isu yg paling rakyat menyampah ialah guna jet peribadi smpi ratusan ribu...naik 1st class flight pun jd la walaupun sy fhm niat beliau baik (bersangka baik). Just fhm situasi rakyat yg hidup hutang sana sini n kos barang naik...isu ini akan menaikn kemarahn rakyat marheen.

    X pernah sepanjg 55 tahun malaysia mana2 isteri pm buat mcm ni...habiskn duit rakyat mcm 2 je

    Masa kempen pru masuk pedalaman...lepas pru middle east terus. Sigh......

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lupa...."terima kasih" kak mah....lain kali pki tudung Fareeda jumpa pak arab, baru nmpk dr negara islam. Fizo n Mawar leh tolg sponserkn utk setahun pki sbg model Fareeda 2014.

      Padam
    2. jadah pnya noob' sjak bila ko jadi juruckp pr ni? Mhn noob siast pngundi bngla kkihkih!

      Padam
    3. mana ada pengundi bangla!! hari tu saya tipu je..kikikiki..

      -anuwar breheng

      Padam
    4. oi kakbedah, ko xnmpk ke noob dia backing rosmah tu. ayat2 yg dia tulis sama je dgn ayat2 kat berita dgn menteri & ahli2 parlimen tu yg dok melalak pertahankan rosmah tu. kalau ikut lojik ko, maka astro awani, sinar harian, menteri2 bn tu semuanya jurucakap pr.

      Padam
  3. mana gambar jet?? ala setakat surat macam tu adik aku pun boleh buat.....sembang kencang la bro...

    BalasPadam
    Balasan
    1. imej yang baik amendanya...
      gem...pen..cucuk sana sini...yuck....
      lagi memalukan rakyat malaysia adala...
      nanti pak arab ingat rakyat malaysia sume mcm Mak Kak Mah...

      hater will hate...

      Padam
    2. kat parlimen tu pun diorg xbwk jet tu kat situ,tp jemaah menteri sendiri pun mengaku luluskan penggunaan jet peribadi utk lawatan rosmoh. stkt tulis komen cam bangang ni kote aku boleh buat

      Padam
  4. Noob, ko jangan macam-macam. Belajor le berterima kasih. Kot tidak, ketulahan nanti ko tau la. Muahahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. muka ko ni macam muka tuhan haron je!? Adakh ko ni adik beradik?? Mohon pencerahan

      Padam
  5. apsal muka pempimpin qatar yang duduk kt sblh rosmah tu freak gila? mcm mat bangla yg kegersangan je

    BalasPadam
  6. Sejak bila ko jadi pencacai kak mah ni noob. Muka ko pun rosmah xkenal. btw noob a.k.a psychic zero artikel ko ni mcm cilake. entry tahap budak2 tahi dkt pavi. puiihh..

    BalasPadam
  7. Rosmah memang cun sangat!!!!!!!!

    BalasPadam
  8. bagus penerangan wakil2 rakyat politik...semua kaki putar belit~macam haram~

    BalasPadam
  9. Macam cilake.

    - Megah Angkasa aka Jantung Phoenix.

    BalasPadam
  10. Tokoh wartawan Datuk A Kadir Jasin menegur Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ekoran kenyataannya yang dianggapnya mencabar petugas media berhubung kontroversi tajaan terhadap lawatan Rosmah Mansor ke Qatar.

    Beliau mengulas kenyataan Shahidan yang dilaporkan berkata, penampilan negatif media baru terhadap Rosmah boleh menyebabkan pelabur tidak datang ke negara ini.

    "Jika kamu seorang yang baik, kamu akan membawa pelabur ke sini. Kamu telah mencipta banyak kebencian terhadapnya. Pelabur akan takut untuk datang ke sini," Shahidan sebagai berkata kepada wartawan.

    Dalam blognya semalam, Kadir (kiri) menjelaskan, wartawan dan media massa sudah memainkan peranannya melalui laporan positif yang membantu meyakinkan pelabur untuk menanam modal di negara ini.

    "Itulah peranan wartawan - menulis berita dan bukan menjadi wakil negara untuk menarik masuk modal asing.

    "Lagipun, mana ada wartawan yang ada jet peribadi atau boleh guna jet eksekutif milik negara untuk ke sana sini menggalakkan pelaburan?" sindirnya.

    http://www.malaysiakini.com/news/247368

    BalasPadam
  11. wakakakaka...kak mah dan labunya

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.