Halaman

Ahad, 17 November 2013

Tiada niat menunjuk tapi tunjuk pada orang lain

Siti Nur Fatini Zulaikha Zukila tidak menyangka hasrat memiliki kereta Mini Cooper sebagai hadiah mendapat 5A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) menjadi kenyataan. Semalam, selepas menerima keputusannya, pelajar Sekolah Kebangsaan (SK) Zainab 1 itu mendapat kejutan paling istimewa apabila dihadiahkan kereta idaman oleh bapanya, Zukila Deraman, 36, seorang peniaga ayam. 

Bapanya memandu kereta ke sekolah untuk menunjukkan hadiah kepada anak sulungnya itu. Gambar Siti Nur Fatini bersama Mini Cooper di hadapan sekolahnya kemudian dimuat naik dalam laman sosial Facebook dan blog oleh ibunya sehingga mendapat komen positif dan negatif.

“Pada awal tahun saya, pernah menyuarakan untuk dihadiahkan kereta berkenaan, namun bapa hanya diam. Kira-kira sebulan sebelum peperiksaan, bapa memberitahu saya akan dapat kereta itu jika mendapat 5A.

“Saya tidak menyangka bapa menunaikan janjinya, malah membawa kereta itu ke sekolah sebagai hadiah kejayaan saya. Ibu memuat naik gambar dalam Facebook sebagai kenangan dan saya tidak menyangka ia menjadi perhatian,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Tanjung Chat, di sini semalam.

Ibunya, Nor Aishah Mahmud, 31, berkata hadiah kereta adalah sebagai hadiah kejayaan anaknya dan tidak bermaksud untuk menunjuk-nunjuk kemewahan.

“Suami hanya menunaikan janjinya kepada anak dan kebetulan kami mampu membelinya. Gambar itu dimuat naik untuk kenangan keluarga dan tiada niat untuk menunjuk.

“Kereta Mini Cooper jenis dua pintu dalam gambar yang dimuat naik dalam Facebook itu bukan kereta sebenar yang akan dihadiahkan. Suami akan bawa balik kereta lain tapi tetap jenama Mini Cooper mungkin empat pintu bagi kemudahan keluarga kami,” katanya.

Sumber Berita Harian, lagi berita Sinar Harian, Kosmo!, MyNewsHub dan beratus2 blog.


Bagi aku mudah je. Bukan cemburu jauh sekali dengki, cuma apa point hadiahkan kereta di sekolah dan upload di Facebook melainkan untuk mahu orang lain tahu sampai masuk suratkhabar lagi? Siap mention beli kereta harga RM210K cash dengan nombor plat bagai, kemudian cakap tiada niat menunjuk? Kalau hanya untuk kenangan keluarga, hadiah sahaja di rumah dan abadikan sahaja gambar di album atau frame kat dinding.

Menunjuk2 ni ada 2 jenis, menunjuk kebaikan dan menunjuk kemewahan. Biasanya menunjuk kebaikan ni boleh jadi memang dia ikhlas membuat kebaikan, seperti contoh ada seseorang yang suka kutip sampah di depan orang ramai, boleh jadi niatnya agar orang lain mencontohi kebaikan beliau mengutip sampah. Tapi kalau menunjuk kemewahan, aku tak boleh fikir alasan lain kenapa perlu menunjuk kepada orang lain kemewahan kita? Nak bagitau orang lain yang kita ini mampu beli harta yang mahal? Supaya orang lain pun boleh berusaha untuk menjadi kaya agar dapat tunjukkan pula kekayaan kepada orang lain?

Pemikiran macam inilah yang sudah menjadi budaya meleis zaman sekarang. Mungkin boleh baca balik artikel ini - "Budaya riak dan takbur tanpa disedari".




tags: siti nur fatini zulaikha zukila pelajar murid tahun 6 cemerlang keputusan ujian penialaian sekolah rendah upsr dapat 5a hadiah mini cooper bapa ayah bagi sekolah rendah kebangsaan sk zainab 1 kelantan kota bharu syarikat mayazia kereta idaman kejutan peniaga ayam upload muat naik laman sosial facebook blog kejayaan penjelasan ibu tiada niat menunjuk kemewahan kenangan keluarga budaya riak dan takbur tanpa disedari

33 ulasan:

  1. mmg setuju dgn article ni

    BalasPadam
  2. kelihatan seorg dtg dari jauh sambil menyeluk sesuatu drpd sakunya lantas mengeluarkan iphone5s seraya berkata, "kau nak tau, aku org pertama beli iphone5s yg plg latest kat sini, tp aku tunjuk ni bukan sbb nak menunjuk kat kau, aku cuma tunjuk je..."

    meleis bangang

    BalasPadam
  3. Mcm2 komen aku baca pasal hal budak ni.satu benda yg pasti,aku stuju dgn ko.niat nk menunjuk tu boleh dia nafikan,tapi masalahnya dia dah zahirkan pun apa yg dia nk semua org tau dia kaya.puii!

    BalasPadam
  4. no big deal pun dia show off mini cooper tu kalau majoriti rakyat malaysia tak miskin. since ramai rakyat malaysia(meleis) penagih brim, itu yang ada envy skit . wal hal mini cooper bukan kereta mewah pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau mini cooper yg harga rm200k bkn kereta mewah,mcm mana la plk dgn kereta perodua viva yg harga rm30k... kereta fakir miskin mungkin

      Padam
    2. bodohnya Tanpa Nama17 November 2013 3:39 PTG.....mugkn bapak dia ni kaya,makan rasuah kuat ni,atau jual jubo....puiiiiii,,,

      Padam
  5. bullshitla kalau xde niat nak menunjuk. kalau nak kasi hadiah, kasi kat rumah senyap-senyap sudah.pui!!

    BalasPadam
  6. saya xde nak komen ape2...just nak share resepi nasi ayam je... Bahan-Bahan:

    Bahan untuk ayam (direbus) :

    1 ekor ayam dipotong 8
    2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
    2 cm halia, ditumbuk halus
    1 kiub ayam
    Bahan untuk ayam (diperap) :
    1 sudu besar kicap pekat
    1 sudu besar sos tiram
    1 cm halia, ditumbuk halus
    2 ulas bawang putih, ditumbuk halus
    1 sudu besar kicap cair
    Sedikit madu untuk sapuan
    Bahan untuk nasi:
    3 cawan beras
    4 cawan air rebusan ayam
    2 sudu besar butter
    1 cm halia ditumbuk halus
    3 ulas bawang putih ditumbuk halus
    Sedikit garam
    2 bunga lawang*
    4 buah pelaga*
    1 kayu manis*
    1 batang serai ketuk
    2 helai daun pandan
    Sedikit kunyit untuk warna dan aroma
    Bahan untuk sos:
    5 biji cili merah
    3 ulas bawang putih
    2 cm halia
    1 sudu besar cuka
    1 sudu teh garam
    1 sudu teh gula
    1/2 cawan air rebusan ayam
    Bahan untuk sup:
    Air rebusan ayam
    1 biji bawang besar, dikisar
    Rempah sup bunjut
    Garam
    Daun sup dan daun bawang yg dihiris
    Bahan untuk kuah kicap:
    Kuah kicap perapan ayam di atas
    Kicap manis cap kipas udang
    Sedikit garam
    Air rebusan ayam
    Cara Membuat:

    Cara untuk ayam:
    Bersihkan ayam, toskan air dan lumurkan dgn 2 ulas bawang putih dan halia yg diketuk.
    Rebus ayam bersama 1 kiub ayam sehingga empuk.
    Angkat ayam dan perap dengan bahan perap selama 1/2 jam (rujuk bahan perap untuk ayam)
    Kemudian goreng dalam kepanasan api sederhana seketika, angkat dan sapukan dengan madu.
    Cara untuk memasak nasi:
    Basuh beras dan tos air.
    Panaskan butter lalu tumiskan rempah tumis(*), daun pandan, serai, halia serta bawang putih hingga garing. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma dan bau. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya. Masak nasi seperti biasa.
    Cara untuk memasak sup:
    Rebus air rebusan ayam bersama rempah sup bunjut, bawang besar, dan masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
    Cara untuk memasak sos:
    Kisarkan semua bahan di atas.
    Boleh juga dimasak sebentar untuk menaikkan aroma.
    Cara untuk memasak kuah kicap:
    Campurkan semua bahan untuk kicap dan masak seketika. Sejukkan sebelum dihidang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nk mkn nasi ayam kt melaka..gi restoran Nasi Ayam Singapura kt krubong...

      Padam
    2. Stuju..!!!..mmg sedap gile..

      Padam
    3. terbaik.. slalu ramai org. dh tepon order siap2...

      Padam
    4. Ada no telefon nasi ayam kerubong tak? Nnt nak gi.... mesti sodap

      Padam
  7. Balasan
    1. rezeki mmg masing2 tp Tuhan xsuruh kita bermegah dgn rezeki yg Tuhan bg

      Padam
  8. Aku dapat hadiah pelempang sebab dapat E pun tak kecoh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syukurla dapat pelempang. Itu tandanya ada org masih sayang dan kasihkan anda sbb beri peringatan suruh anda berjaya dewasa nnt. Ada mak n ayah yg buat tak tau je anak dia dpt apa.

      Padam
  9. daripada ambik gambar upload kat instagram/fb/twitter sampailah ke mini cooper, tiada yang ikhlas sebenarnya..

    semuanya upload sebab apa?

    1 word ; menunjuk..

    BalasPadam
  10. Meleis bodoh. Mesti lepas tu ramai org mintak derma (x kira yg tipu atau betul), penyamun, peragut, pencuri dan penculik tgh bajet nk buat jenayah kt keluarga ko.

    Zaman skrg, duit byk jgn tunjuk. Kena rompak senang2 je nanti.

    Bodoh bertingkat2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu,siap bgtau no plat bagai... diorg xtahu ke kepentingan menjaga privasi? mgkn bila dh terkena nanti baru kenal erti penyesalan

      Padam
  11. dapat jadi driver pun okay...hari lenjan itu mini cooper!!! ... sampaila anak dia dpat lesen memandu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. lepas tu leh lenjan anak dia ni pula haha

      Padam
  12. Sbnrnya FB ni banyak memberi keburukan dr kebaikkan....terutamanya kes menunjuk2 smpi satu dunia tau, x kira samada anda berniat nak menunjuk atau tidak..ni menyebabkn ramai org akan rasa low self-esteem..xpun pasni budak2 start demand kat parent nak benda mahal2 even dpt 5A UPSR terutama handphone mahal2.

    BalasPadam
  13. hahaha..klakor la mak bapak budak ni.haaaihhh....melayu..melayu

    BalasPadam
  14. Kegilaan Melayu (Malay Madness)
    Ade sapa2 repot SPRM blom?
    Peniaga Ayam je kot.
    Mini Cooper
    Lulz.


    Ayam Percik

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. Cis, aku dulu spm bapak aku janji kalau dapat 4A dia bagi rm400. Aku cakap tak dapat laa sebab susah nak mampus. Sekali keluar result aku dapat 7A, bapak aku terus diam membisu. Duit langsung tak nampak bayang. Satu sen pun aku tak dapat. Riak tak aku? Hahahaha

    BalasPadam
  17. masih terlalu jauh perjalanan tu dik.. semoga terus berjaya

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.