Halaman

Ahad, 1 Disember 2013

Bayar cukai GST untuk kemajuan seperti Denmark

Denmark mempunyai 5 6 juta penduduk dengan pendapatan per kapita rakyatnya US37,657, ke-20 tertinggi di dunia.

Negara ini adalah negara yang mempunyai keseimbangan pendapatan rakyat terbaik di dunia, negara yang mempunyai kadar kegembiraan tertinggi di dunia, negara demokrasi penuh tertinggi di dunia, negara pendidikan percuma hingga ke peringkat universiti terbaik di dunia dan kemudahan kesihatan percuma terbaik di dunia.

Awek Denmark dan si gemuk
Kadar jangka hayat rakyatnya ialah 78.6 tahun dan kadar doktornya pula ialah 1 doktor untuk 290 orang.

Negara ini juga mewajibkan kadar gaji minimum tertinggi di dunia. Pendek kata negara ini mempunyai banyak perkara yang terbaik di dunia.

Bagaimana boleh jadi begini? Apa faktornya?

Denmark boleh mencapai kesemua di atas kerana cukainya adalah tertinggi di dunia. Kerajaan Denmark mengenakan cukai 46% kepada rakyatnya termasuk cukai GST (VAT).

Anehnya, biarpun cukainya tinggi, rakyat boleh menerimanya kerana kutipan hasil cukai tersebut dikembalikan semula kepada rakyat.

Di negara kita, Alhamdulillah cukainya murah. Tapi apabila kerajaan hendak memperkenalkan GST kenapa kita perlu marah? Tidak bersediakah kita membayar cukai yang tinggi sedikit untuk mendapat kemajuan seperti Denmark?

Inilah pertanyaan saya dari kota Denmark ini.

- Sumber Facebook Profesor Madya Dr Mohammad Agus Yusuf.


Aku selalu baca pandangan Prof. Dr. Agus ni yang kebanyakannya bernas2 belaka, cuma untuk pandangan beliau yang ini aku rasa terpanggil pulak untuk menjawab. Aku tak pasti sama ada dia memang maksudkan atau hanya sarkastik.

Sebenarnya kalau diikutkan, rakyat Malaysia rata2 tak marah pun kalau kerajaan nak laksanakan GST ke apa, sebab nak tak nak, duduk la negara mana pun rakyat mesti kena bayar cukai. Sekarang ni pun dah ada cukai SST dan kerajaan nak gantikan dengan GST.

Cuma membandingkan GST negara Denmark dengan Malaysia seperti sebuah mimpi yang kosong. Kalau aku senang je:
  • Denmark melaksanakan GST untuk majukan negara, meningkatkan pembangunan, membolehkan pendidikan percuma sampai peringkat Universiti, dengan pendapatan perkapita rakyatnya dan kadar gaji minimum yang tertinggi di dunia.


Nampak, ada beza di situ. Yang pasti, bila cukai GST dilaksanakan, pendapatan lebihan kerajaan perlu digunakan untuk bayar balik hutang negara yang semakin menimbun, pendidikan di Malaysia tidak akan percuma sampai Universiti, pendapatan perkapita rakyat dan gaji minimum masih macam tu, jurang pendapatan antara golongan kaya dan miskin masih tidak seimbang, kadar kegembiraan rakyat takkan meningkat, harga barang takkan turun, subsidi takkan ditambah, negara kita takkan jadi macam negara Denmark pun. So membandingkan GST Denmark dengan Malaysia adalah satu perbandingan yang tidak wajar, malah GST Malaysia tak layak nak dibandingkan pun dengan GST negara Denmark.

Oh ya, kalau tak suka GST Malaysia, pindah la ke negara Denmark!




tags: perbandingan gst negara denmark malaysia pendapatan per kapita rakyat gaji minimum kadar gembira demokrasi pendidikan percuma kemudahan kesihatan cukai vat kemajuan pembangunan hutang negara kerajaan beban tinggi tahap melambung belanja boros tiris

17 ulasan:

  1. setuju noob. 1st world country memang impose high tax kat rakyat dorang. tapi kena check juga kadar rasuah dan salah urus tadbir negara dorang macam negara dunia ketiga melayusia kah? gst ker vat ker..kalau negara korup memang bahana lah ekonominya. bak kata tony pua greece dan portugal pun buat gst tapi bankrup. usa takda gst pun masih tak bankrup macam greece.

    BalasPadam
    Balasan
    1. POLITIK JE SEMUA NI....ANWAR JE BAGUS, YG LAIN X BAGUS...NAMPAK TAK PERMAINAN DIA? POLITIK JE SEMUA NI...SAMPAH....

      Padam
    2. nickname yang kau guna tu dah menggambarkan kau sampah sebenar. selagi sampah macam kau wujud kat malaysia, parti mana pun yang memerintah malaysia tetap takkan aman. okay brader sampah? budak sekolah aku rasa kau ni. cuti ni bawak-bawak la buat benda berfaedah dik.

      Padam
  2. ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang

    agaknya ada x kebarangkalian utk komen kt atas ni bertukar jadi mcm ni?

    lol

    BalasPadam
  3. Kdg2 terpanggil kata rafizi ali...ekononi malaysia still bagus tp takbir urus ekonomi yg x bagus...benar atau x isu ini sy x sure..tp maybe boleh difikir2kn

    Pandangan peribadi..maybe najib x sangka yg x menang 2/3 majority kerusi parlimen n gagal tawan selangor..sbb 2 dia pening kepala nak cover balik hutang negara n setelkn janji manifesto pru13 dlm masa 5 tahun ni...

    Papepun bg sy x kisah gst dilaksanakan. ..dgn harapan duit gst kembali kpd rakyat dan dpt manfaat manfaat sepenuhnya. .bkn dgn isteri PM naik jet peribadi buat lawatan mcm tahap menteri. Tp make sure gak gaji penduduk naik 200-300% kali ganda sbb gaji adun selangor n sarawak pun naik mcm 2..so gst ni mcm byr 50sen je sbb gaji naik banyak bortingkek tingkek...

    Sy tau harapan rakyat nak mcm2 murah...xde gst,xde cukai pendapatan n cukai pintu,harga kereta mcm harga motor., harga rumah 2 tingkat 50k je, gaji minimum 5k sbg tukang sapu,minyak minyak murah 50sen seliter, xde tol langsung. ..tp jgn risau..semua 2 akan berlaku serentak...setiap negara ada ada konsep 'give n take'..ada yg free n ada yg berbayar...tp anda kene ingat walaupun demark mcm2 bagus tp harga minyak antara ke 5 tertinggi di dunia iaitu 2.35 dollar per litre utk ron95 (kira la sendiri ke RM)..anda sanggup duduk sana?

    Tp sy byk perhatikan..negara2 yg maju n bahagia mcm dennark, Belgium, sweeden dan lain2 ada kesamaan..iaitu harga harga minyak antara tertinggi n cukai pendapqtan tertinggi...negara kita yg minyak antara top 10 terendah n cukai pendapatan yg sederhana rendah boleh agak pulangan balik dr kerajaan yg x seberapa bagus mcm negara maju lain.

    BalasPadam
  4. Ada error type..."semua yg berlaku xkan berlaku serentak"..tulid panjang sgt smpi x perasan error

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  6. kerajaan punya hutang rakyat kena settlekan ek,best betol...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang la rakyat yang kena setelkan. takkan la kambing ternakan kat ladang kambing nak setelkan..

      Padam
    2. bodoh macai babi di atas. kerajaan buat hutang x reti belanja kerajaanlah yg b'tanggungjawab. duk alih hutang dkt rakyat buat apa

      Padam
    3. nak tunjuk diri betul tapi pergi maki hamun orang. betul sangat cara kau tu anon atas? PAS FOR ALL

      Padam
  7. Ni je pendapat aku.Kebanyakan rakyat pendapatannya rendah.Lagi terbeban bila ada yg kena tanggung keluarga.Inikan pula bertambah dgn perlaksanaan GST ni.

    BalasPadam
  8. Ni semua salah.......... (isi tempt kosong)...

    -PetaiLejen110z

    BalasPadam
  9. Awak buat aper di denmrk?
    Kasi links klau nk ajk kmi pindh sana.
    Im sure rmai nk cari krja atau smbung blajajr disana.

    BalasPadam
  10. denmark tu jauh sangat la kalu nak pindah

    BalasPadam
  11. Ada orang cakap,
    Kalau tak suka GST, pi duk bulan..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.