Halaman

Khamis, 19 Disember 2013

Kami mendengar masalah tentang kos sara hidup

Sekarang ini zaman yang mencabar. Banyak benda yang naik dan akan naik, tapi tak tahu apa yang akan turun. Gaji naik turun tu ikut orang, ada orang naik gaji banyak, ada orang naik gaji sikit, ada orang tak naik gaji, ada orang gaji menurun, yang bekerja sendiri pula pendapatan biasanya tak tetap sekejap naik sekejap turun. Cuma sekarang ni beberapa bulan selepas PRU13, aku belum nampak lagi impak terhadap sebarang dasar kerajaan untuk menangani kos sara hidup seperti yang ditulis dalam akujanji PRU13.


Kartun oleh Nazha Anua Kartunster yang menggambarkan situasi Malaysia sekarang, dialog hanya rekaan semata2.

Sekarang ini jangan kata rakyat pro-PR, malah juga rakyat yang pro-BN dan yang tak pro mana2 dah banyak membangkitkan isu peningkatan kos sara hidup ini di media2 sosial seperti Facebook, Twitter dan blog malah acapkali dibincangkan di kedai2 kopi. Kalau ikut akujanji atau manifesto BN masa PRU13, "Menangani Kos Sara Hidup" merupakan akujanji mereka yang pertama, tapi apa yang berlaku sekarang cuma peningkatan terhadap kos sara hidup majoriti rakyat dengan kenaikan pelbagai harga barang.

Malah dalam manifesto ini di akujanji ke-6: "Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Transformasi Luar Bandar", terdapat janji berikut iaitu "Mengurangkan bayaran tol antara bandar secara berperingkat". Tetapi apa yang berlaku, tahun depan kebanyakan tol2 lebuhraya meningkat kerana terkandung dalam perjanjian konsesi.

Gunakan laluan Smart TUM

Seorang anggota Parlimen daripada BN sendiri iaitu R Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pun mengingatkan kerajaan BN kepada akujanji mereka sendiri dalam pilihan raya berhubung kos sara hidup sebelum menaikkan kadar tol lebuh raya. Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan BN (BNBBC) Datuk Shahrir Samad juga berkata kerajaan perlu memenuhi janji dalam manifesto pilihan raya umum ke-13 untuk menurunkan harga tol sekitar Lembah Kelang secara berperingkat-peringkat.

Kalau tidak, macam mana nak laungkan lagi slogan2 "Janji Ditepati" lepas ni? Mana lah orang lain tak troll gambar Najib dengan kata2 "Kami mendengar masalah anda tentang kos sara hidup" tapi yang berlaku adalah sebaliknya?
Sumber somewhere here.

Kalau asyik berterusan macam ni, tak pelik la kalau populariti DS Najib Razak semakin menurun seperti tinjauan yang dibuat oleh Merdeka Center, malah boleh menghilangkan kepercayaan rakyat kepada kerajaan. Jangan la dah tinggal setahun dua nak pilihanraya baru nak dicapati janji menangani kos sara hidup rakyat tu.




tags:kartun komik nazha anua kartunster sembang politik najib razak rosmah mansor pm perdana menteri flom first lady of malaysia menangani kos sara hidup cakap akujanji manifesto bn pru13 sebelum selepas pilihanraya turunkan bayaran tol naik perjanjian konsesi janji ditepati dicapati cakap tak serupa bikin hipokrit kami mendengar tren pergi mampus dengan masalah anda troll malaysian gags facebook fb fanpage smarttum raja nusantara empayar langkasuka daun ketum

25 ulasan:

  1. Dlm manifesto berjanji akan mengurangkan harga kereta 20% - 30%.

    mengurangkan tol secara berperingkat...

    Brim 1200..

    tapi nampaknya janji telah dikencingi + ditahiti .. macai punya undi aku pun terkena sama. good job dumbmacai...

    Aku bukannya minat sgt sal politik. Tapi bila melibatkan duit poket aku & rakyat otomatik org akan naik angin..

    Najib pemimpin xguna yg pernah wujud di dlm malaysia. Jika tun abdul razak digelar Bapa Pembangunan, Najib Layak Digelar Bapak Mahal Harga Barang..

    Tunggu je la azab 5thn lg. xpun rakyat sendiri yg akan riot. termasuk aku. 31/12/13. dataran merdeka... 2014, tahun yg malang dan suwer bg rakyat mlaysia.. kami xpenah impikan wang berjuta hidup mewah. cukup lah kamu wahai pemimpin tidak menekan rakyat seperti kami.



    BalasPadam
  2. dialog hanya rekaan semata2.....babi tol malaysia kalah...tapi bagi tauke besar cina dan pencacai cina macam noob mmang x terkesan sikit pun sebab tiada jiwa patriotik....

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti noob jwb,ada aku kisahhh......biasala part politik berapi api buat ulasan sampai nak meletop komputer di buatnyeee.

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ulang2 je hal ni.... nanti nak pilihan raya dia kasi duit "rasuah" kat rakyat(yg akn byr balik ngan naik kan arge leps pilihan raye) kaki2 sanjung BN pun hebah2kan, besar2kan,dia sanjung tujuan leh masuk poket sendiri, pastu rakyat pilih lg BN,

      ala nanti2 esok rakyat bising, noob blogger bising, pun xde kesn sebb org rakyat akn lupa, 5 tahun nanti naik lagi, sapa2 yg rajin cek leps2 info hal ni ulang2 je dr dulu...

      kitaran ni takkan berhenti selagi xde sesiapa yg boleh pusing Malaysia ni 180darjah... "zmn sekang ckp x berkesan pun bagi sedas sebijik ke muka baru terngadah" x fhm xpe, nanti phm bila "kepala semua org termasuk ak terkena batu"

      p/s: akn smpi 1 zaman nak mkn nasi kuah kari ayam goreng yg sikit ada sayur sikit kat tepi jalan pun dah kena RM15 ringgit lebih....YANG NI AKU JAMIN AKAN JADI selagi xde sapa2 buat sesuatu...

      Padam
    2. masukkan HP dalam lubang jamban pastu keluarkan balik...

      Padam
    3. apa ke bodoh nak balas komen org tp salah tempat

      Padam
  4. noob, nak padam komen pakai HP macam mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena telefon 1mocc 03-8000 8000 sedia membantu... tanya diorang

      Padam
  5. Kadang2 aku fikir, kuasa rakyat HANYA melalui PRU, kan?
    Period antara dua PRU, rakyat teruk kena hentam...
    Masa PRU plak rakyat jadi buta....hm...

    BalasPadam
  6. ak sbnarnye terpikir, kalau pembangkang menang, adakah janji2 dorg akan ditepati?
    ya mungkin org boleh ckp "Alah, kalau xsuke lg 5 thn tukarlah!", tp 5 tahun tu beb, mcm2 dorg boleh sedut, tgkla mcm keadaan skrg semua naik, kita xleh kata Govt je tindas rakyat kalau menang, pembangkang pn ade kemungkinan buat benda yg sama..
    Jadi ak nk tya, adakah kalau negara kita mogok mcm negara luar buat, govt akan dengar ckp kita? ataupn kita akan terus senyap just ckp mulut je tp xberani suarakan?
    Dan kalau kita mogok, adakah kerajaan akan menggunakan kekerasan sehingga ada jiwa terkorban?? sehingga Malaysia jd kacau bilau smpai ada campur tgn luar mcm zaman dulu??

    #xthanHidupMcmni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rakyat just nak perubahan...lgpun parti memerintah yg lama menjadi kerajaan x elok utk sesebuah negara sbb akan kuat berlaku rasuah n kroni...tgk negara2 maju mcm UK,US, Australia, Jepun..selalu bertukar kerajaan supaya ada drive factor utk pemimpin bekerja utk rakyat, bukan berkuasa sgt lama n buat suka hati.

      Tp ada jugak risau PR memerintah, bukan sbb isu naik turun harga..just isu org Melayu n Islam. Ini just sy dgr pendapat masyarakat sekitar. Papepun apa yg berlaku skrg ada hikmahnya....so, tunggu je la next PRU, ckp mcmanapun xleh wat pape melainkan nak buat rusuhan besar2an mcm kat Thailand, smpi PM kata bubar parlimen terus....

      Padam
  7. janji nuwar berahi pun tak ditepati...

    BalasPadam
  8. ha..ha.ha ..terbaik...macai kat atas aku ni ..belom rasa berkeluarga lagi..nanti ada ana...anak nak sekolah..baru dia tahu...dulu beg sekolah rm30 dapat yang bagus punya..sekarang middle quality pun dah rm80++..kalau beli rm50 kebawah..tahan 2-3 bulan jek..itu baru beg..belum kos sara hidup duit sekolah...tamabng kerja..bas sekolah...lepas ni pkr letak calon kambing pun aku pangkah jugak..

    BalasPadam
  9. Benda ni semua akan lupa seketika in next 3-4 years...panas sekejap n bila xde kenaikkan lagi after few years, bnda ni menjadi basi seketika.

    Tp skrg byk DUN negeri masing2 nak naikkan gaji, ada naik sikit, ada naik banyak....bila pulak pemimpin parlimen n negeri nak tolong naikkan gaji rakyat pulak? Bila gaji sendiri dah naik, mmg la senang hati, pas2 "ape ku kisah dgn gaji korg semua, aku jd ADUN/ahli parlimen sbb usaha keras aku sendiri, korang ade? just kerje paperwork n kuat merayau time kerje je"

    Sigh....

    BalasPadam
  10. Jgn la persoalkan kalau pkr memerintah pun jadi cmni ke tak. Tu blom tau lagi. Yg pasti bn memerintah jadi cmni. Kita kena bg pihak lain pulak.tgk mcm mana bentuknya. Ni dari dulu dok bn je. Aku geram btul la dgn malaun2 bn ni. Mse nak pilihanraya punya la gengster..kononnya bn la nyawa..bn la perkara yg sebetulnya. Tapi ble jadi kes harga barang naik..itu naik..ini naik..diorang diam je. Ayat yang aku kerap dgr ' dato...... tu pun kadang- kadang wat silap jugak..takpa..takpa..nnt dia betulkan la smula tindakan dia'. Tapi kalau parti lain yg buat silap ' celaka anwar gayyy..babi lancau cina dap..komunis..org2 cmni jgn kasi chance..hancur negara'. Mereka tak sedar..diracun dari dalam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yeke diam je? aku sokong bn, tapi now bagi aku "Penipu besar punya Najib!!! ko tengok la next PRU, idak aku pilih ko lagi!"

      Padam
  11. the thing is...this whole thing..buat aku sebagai rakyat sangat bosan, sangat kecewa..politik..bla bla bla..janji..janji..
    betul jgk kata mereka..baik aku blah dari negara ni..walaupun negara yang aku cintai.

    BalasPadam
  12. Noob...smlm sy baca artikel "Caj lesen perniagaan di selangor naik 400%!!" Xkan sbb nak cover balik gaji ADUN smpi 300%? Rasa2 BN n PR sama je....gaji ADUN diutamakan, gaji rakyat benda terakhir cerita.

    BalasPadam
  13. zaman dah berubah. Malaysia bukan lg negara kebajikan mcm dulu. utk mnjadi negara maju kene jadi kapitalis. hutang2 krajaan ni mgkin sudah terkumpul dari dulu lg. korg bising2 mcm mne pn xkn boleh selesai. ak pelik knpe rmai yg snggup buang mase pikir mslh negara?? bkn korg boleh slesaikan pn. yg pnting klu nk survive kne la tingkatkn taraf kehidupan korg.

    "It is not the strongest of the species that survives, nor the most intelligent that survives. It is the one that is the most adaptable to change."
    -Charles Darwin

    p/s: Lipas dari zaman dinosor x pnh pupus sbb dia bleh sesuaikn diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. "ak pelik knpe rmai yg snggup buang mase pikir mslh negara??"

      bgs, org mcm ko la yg umno suka. kalau semua rakyat mcm ko, alamat jadi la lipas sampai bila2. patut la org melayu dari dulu suka dijajah, sbb sanggup jd lipas... sesuaikan diri katanya.

      dahla petik kata2 dari darwin... bodoh.

      Padam
    2. Tanpa Nama 21 Disember 2013 1:20PG

      WIN

      Padam
    3. ntah, dengar ckp dr org kata manusia dari beruk? seems tipical science wanna be that doesnt know true science it self lol

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.