Halaman

Jumaat, 20 Disember 2013

Bayar dan daftar dengan kerajaan untuk guna FB

Dalam dunia politik hari ni banyak benda yang di"troll" dan disarkastikkan oleh penyokong2 mana2 parti politik. Kadang2 bila baca memang kelakar dan lawak, lebih2 lagi bila isu yang ditroll itu memang berlaku, berdasarkan isu semasa, realistik dan datang dari kenyataan2 pemimpin sendiri. Cuma bila suatu troll atau sarkastik itu berdasarkan suatu berita yang tak benar, aku rasa annoying gila.


Seperti contoh, pertamanya ada orang tulis status macam ni kat Facebook dia, suatu isu atau benda yang dia sendiri tak pasti dengan mengatakan Menteri Komunikasi dan Multimedia DS Shabery Cheek bagi cadangan nak tubuhkan Jabatan Facebook Negara dan kenakan bayaran untuk akaun Facebook, tapi lepas tu terus buat kesimpulan "dah takde cara lagi ke kerajaan nak cari duit?".


Hanya berdasarkan maklumat ragu2 yang ditulis oleh seseorang yang tak dikenali, terus orang lain menganggap ianya benar dan kongsikannya di forum2, blog dan Facebook, malah terus perli2 dan buat troll berdasarkan maklumat yang tak betul ni sehingga menyebabkan ramai orang menganggap ianya betul.

Tak pasal2 ada orang PM aku tanya betul ke guna Facebook kena bayar?

Tak boleh ke sebelum nak sebarkan apa2 maklumat, at least cari dulu kat Internet kesahihan maklumat tu. Ini tidak, sendiri rasa tak pasti rasa salah dengar terus nak tembak. Kalau sebelum tulis status tu cari dulu kat Google, pasti akan jumpa berita "Tiada keperluan wajib pendaftaran pengguna Facebook, kata Shabery Cheek" dan akan fikir 2 3 kali sebelum post status tu. Memang idea Jabatan Pendaftaran Facebook Negara tu kelakar dan tak masuk akal, tapi Shabery Cheek takde pun cakap nak laksanakan benda tu. Pastu yang kata nak guna Facebook tu kena bayar tu pulak datang dari mana?
"Katanya, jika kerajaan tetap ingin melaksanakan sistem pendaftaran sebagai lesen membenarkan rakyat di negara ini menggunakan laman sosial terkenal itu, ada kemungkinan Jabatan Pendaftaran Facebook Negara perlu ditubuhkan.

“Itu sebabnya kita tidak nampak ada keperluan untuk pengguna laman sosial di negara ini untuk berdaftar dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

"Kita juga mengambil kira jumlah pengguna yang begitu ramai dan sudah pasti tidak relevan sekiranya kita terpaksa menubuhkan Jabatan Pendaftarahan Facebook Negara," katanya dalam sidang Dewan Negara di Parlimen, hari ini."

Ini bila dah kena tegur, dah kena tembak kat Facebook, baru la edit balik status cakap telah dapat cerita sebenarnya.


Tapi nampaknya terlajak perahu tidak boleh diundur, benda yang tak betul ni dah ditroll, disebar dan dikongsi ramai orang dengan cepatnya di media sosial dan menyebabkan ramai yang percaya. Tak pasal2 orang yang kongsi dapat saham sekali kalau membuatkan orang lain percaya, sama macam ramai orang percaya yang Rosmah memang beli cincin dengan menggunakan duit yang disimpan dari kecil hanya berdasarkan gambar berita Utusan Malaysia yang telah diphotoshop.






Serius, aku tak rasa lawak pun bila troll pada benda yang tak betul.
 
Berhati2lah walau kita tak suka mana2 parti politik, tak semestinya kita je yang paling betul dan boleh memfitnah mereka sesuka hati. Dan kepada trollers, gaggers, facebookers dan tweetters, kalau nak bahankan sesuatu pun, at least cari la isu tu betul atau tak, atau sekurang2nya datang dari sumber yang kuat seperti portal berita, akhbar, video dan lain2 sumber rasmi. Filter la sikit, kalau setakat jadikan status Facebook ntah sapa2 atau artikel blog sebagai sumber rujukan, takde beza la korang dengan Utusan Malaysia pun, hanya jatuhkan reputasi sendiri je.




tags: jabatan pendaftaran facebook negara jpfn jfn menteri komunikasi multimedia shabery cheek pesara kerajaan jpa gomen azman jalaludin status facebook maklumat tak sahih ragu siapa dengar berita tv9 khabar angin fitnah troll gags fb twitter tweet sumber rasmi berita news skmm pakai facebook kena bayar salah faham

26 ulasan:

  1. Balasan
    1. aku pon setuju, nak troll pon biar benda yang betul la
      dah la tak lawak langsung

      Padam
  2. 1status malaisyiah!!!......................uik

    BalasPadam
    Balasan
    1. pelik...... ak dulu2 mati2 ingat betul2 pasal cicin tu, rupa2 nyer benda troll pembangkang, gambang sungguh tul nia ma bodo pembangkang....nak troll bubuh la disklaimer pun bodo piang, takkan tak tau Malaysia ni rmi bebal dr yg pndi(cth dekat berapa rmi undi BN dr undi Pembangkang haha2, ap bodo sgt la ignorance puihh

      Padam
    2. Ko lah salah sorg yg bebal tu

      Padam
    3. aku dah putus asa dgn cahayamanah ni...

      Padam
    4. salah sekor yg bebal lagi geng pr
      dah terang terbukti nuwar kantoi dengan video lucah,mustapa ali,badrul amin tapi masih lagi sokong macam diorang tu pejuang Islam.tak ke celaka bebal haramjadah

      Padam
  3. Troll bn..kena maki. Kalau pihak lawan kena troll..nik aziz kena fitnah amik pelacur kat tanah suci..pe pulak ceritanye? Tepuk dada tnya selera la bro. Mainan politik...itu troll yg ini..yg ini troll yg itu. Apa de hal? Mcm tak biasa pulak politik malaysia ni macam mana. Benda tak betul mcm fb kena byr..cakap pmbangkang penipu pembohong. Yg betul harga barang itu ini naik apa pulak cerita? Benda salah cmni boleh la kau nak sembang lebat. Benda naik harga yg berlaku sekarang ni...kau tak boleh sembang..benda tetap jalan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. haha. Tv3 sejak dari azali asyik citer benda separuh jalan. Smpi org dah tak kisah dan terima saja. faktanya ialah..manusia ini kalau disumbat dengan perkara tak benar berulang kali..maka akan dianggapnya betul. At the end..kita tak akan dpt bezakan yg mana betul dan yg mana salah. Sebab yg salah sudah jadi amalan dan bila lihat yg sebetulnya..kelihatan seperti salah dan luar biasa

      Padam
    2. ni sekor taik politik. xkira la nik aziz, najib, rosmoh, anwar, mat sabu, shabery cheek, fitnah tu ttp fitnah. bukan kalau ko fitnah bn masuk syurga fitnah pr masuk neraka, atau fitnah pr dapat pahala fitnah bn dapat dosa. dah benda xbetul kena la highlight. aku pun xsuka bn tp berpada2 la, kita ni pun bukannya mulia mana pun sampai merasakan tidak mengapa fitnah pihak lawan asal dpt sokongan. tak puas hati dgn barang naik, kita sembang psl barang naik, bkn sembang psl guna fb kena byr yg terang2 fitnah.

      Padam
    3. setuju ngan pendekar Tanpa Nama 20 Disember 2013 12:26 PTG terbaik dr komen plain fake tu puihhh lulz

      Padam
  4. kehkehkeh..

    penyokong pembangkang ni memang dah benci gila kat kerajaan, sebab tu bila ada apa-apa benda busuk pasal kerajaan walaupun benda tu troll pun dia orang akan percaya..

    sebenarnya, tak kisah nak benci sesiapa pun, tapi macam artikel kat ats ni, kenalah jangan ada bias..filter dulu..

    jangan megkhinzir buta je percaya..

    kalau kau orang sebarkan, kau orang sama je taraf kemachaiyannya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dan aku percaya kau pun pernah percaya dengan khabar angin. Kita mmg akan fight untuk benda yg 'dengar khabarnya'..but, jika sesuatu yg jelas dah terjadi seperti harga barang naik..kita tak fight..sbb 'apa boleh buat..benda dah jadi..kena la berjimat lepas ni'

      Padam
    2. yup..sebab tu noob keluar dengan artikel ni..sebagai ingatan untuk sesiapa saja (pembangkang dan pemerintah) termasuk aku untuk buat rujukan sebelum sebarang sebaran dibuat..even kalau tu khabar angin, mesti ada sumbernya kan..portal berita etc etc..

      takkan update status pun dikira sumber sah..kan dah tak betul kat situ..

      Padam
    3. ali: hoi abu, aku dgr khabar ko curik duit adik aku. aku skrg nk fight kau demi adik aku

      abu: ni xde apa2 tetiba je tuduh aku. bila masa aku curik duit adik ko?

      ali: aku pun xpasti betul ke x, tp tadi lan yg khabar kat aku ko curi duit adik aku. sbb aku dgr khabar ni sbb tu aku nak fight ko, sbb kalau lps ni ko betul2 curi duit adik aku, apa boleh buat...

      abu: wtf???

      Padam
  5. Kesimpulannya...jgn caya bulat2 post kat FB 2...selidik dulu kesahihan sebelum buat kesimpulan sendiri...x kira la post yg hemtam BN atau PR. Org muda cepat percaya kat khabar angin...lg2 khabar angin yg dirasakan fav utk menghentam balik. Sbg contoh, kalau isu Jabatan FB negara, mesti penyokong PR percaya bulat2, sama gak untuk isu video seks pemimpin PR, org BN mesti percaya bulat2.

    Sy sebagai rakyat biase better fikir sbg org atas pagar...at least tau beza baik buruk sesuatu parti/kelompok masyarakat..kalau kita dah jg macai/pro pada mana2 parti..apa yg x betul kat parti fav kita kita bangkang habis even kdgkala benda itu sebenarnya betul.....papepun, pegang pada prinsip Islam supaya jgn sebar fitnah sesuka hati, sbb menyebar fitnah jauh lg besar dosa dr membunuh manusia, even sebar fitnah as ANON atau fake FB profile sekalipun

    BalasPadam
    Balasan
    1. selesaikn masalah p1 dlu..tu da bukan kabar angin...ni pr ke bn ke sume kene..

      Padam
    2. Tunggu je komen dr skmm....pasal p1 pun ada gak ngelak nak byr sbb internet slow tp harapkn p1 kena saman n ttup kedai...so everything free of charge...tp x semua.

      Padam
  6. Lawak giler kalau baca troll, tp jangan la amik troll tuk jadikan fakta..

    BalasPadam
  7. suruh abg hensem sabri chepiq siasat masalah p1 dulu..jgn la nk tambah bale demi bale..kiwak pe gile duet sume ni..

    BalasPadam
  8. Kena bijak sendiri. Kalau menteri dah tak bijak, takkan kita pun nak jadi tak bijak jugak.
    Kan?

    BalasPadam
  9. pendek kata, orang Malaysia kurang arif menggunakan laman sosial secara berhemah

    BalasPadam
  10. Nie semua kerja orang yang takdaa AKAL . Kalau nakk sebarkan sesuatu baik selidik dulu . Niey tidak maen langgar je . Haremm :3

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.