Halaman

Selasa, 10 Disember 2013

Koleksi siling runtuh Hospital Serdang

Kalau sekali runtuh, boleh kata malang tidak berbau. Tapi kalau dah kumpul koleksi siling runtuh sampai 7 kali, ini bukan tak berbau lagi dah, ini mesti ada masalah dan sesuatu yang tak kena. Setakat ini tiada lagi sebarang kemalangan jiwa dalam siri siling runtuh ini, cuma melibatkan kecederaan kecil sahaja. Cuma takkanlah nak tunggu ada orang mati barulah nak buat sesuatu?


Dipetik daripada Sinar Harian juga Malaysiakini
Kualiti pembinaan Hospital Serdang terus menjadi persoalan apabila insiden siling runtuh kerap kali berulang, termasuk yang terbaru semalam. 
Runtuhan yang berlaku semalam menjadikan ia insiden ketujuh yang dicatatkan berlaku di hospital itu, selepas kali terkakhir dilaporkan pada 4 Disember lalu. 
Menurut Utusan Malaysia, insiden semalam berlaku di kuarters yang menempatkan kakitangan hospital berkenaan. 
Runtuhan siling dalam tandas sebuah rumah kakitangan di Blok D itu hampir mencederakan isteri dan empat anak kakitangan hospital tersebut.
Menurut laporan itu lagi, kerosakan di kuarters itu bukan hanya melibatkan siling tetapi bahagian lain turut bermasalah seperti lantai menggelembung dan kerosakan paip air. 
Akibatnya ramai kakitangan tertekan dengan masalah itu dan dipercayai berpindah sama ada ke kuarters lain atau menyewa di luar. 
Berikut info kejadian siling runtuh di Hospital Serdang:-
1. 30 Januari 2011 - Runtuhan di lobi utama hospital, tiada kecederaan dilaporkan.

2. 30 Januari 2012 - Sebilangan orang awam nyaris dihempap runtuhan siling berukuran 10 meter di lobi utama hospital apabila kejadian sama berulang. 
3. 13 Ogos 2012 - Sekali lagi runtuhan berlaku dan menyebabkan tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan cedera.
4. 30 September 2013 - Kakitangan dan pesakit di wad bersalin (PAC) Hospital Serdang cemas apabila beberapa keping siling runtuh sekitar 4.30 pagi. 

5. 14 November 2013 - Beberapa keping siling berukuran 3 X 3 meter jatuh ke Wad Unit Rawatan Rapi Neonatal (NICU).

6. 4 Disember 2013 - Hampir 10 keping siling runtuh di Zon Merah, Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Serdang berhampiran kaunter jururawat.

7. 9 Disember 2013 - Kuarters kakitangan Hospital Serdang pula mengalami insiden runtuhan siling.

Nak kata kontraktor yang membina hospital ini bermasalah, ada material yang bermasalah dan tidak berkualiti digunakan sewaktu pembinaan atau ada penyalahgunaan kuasa ketika bangunan Hospital Serdang ini sedang dibina, aku tak tahu, tapi kalau dah sampai 7 kali berlaku apa cerita? Takkan takde sebarang pemantauan, penyelenggaraan atau pembaikan dibuat oleh JKR atau sapa2 yang berkuasa?

Hospital kerajaan ni dah la beribu2 orang datang sehari. Takkan nak tunggu siling runtuh buat kali ke 70 atau ada pesakit mati katak kena hempap dengan siling barulah terhegeh2 nak ambil tindakan, buka kertas siasatan, tubuh suruhanjaya bagai? Sudah terhantuk baru nak terngadah, mentaliti macam ni yang kita semua kena ubah, terutama isu yang melibatkan keselamatan dan nyawa manusia.




tags: ceiling siling hospital serdang runtuh runtuhan jatuh lagi kali ke 1 2 3 4 5 6 7 berapa ntah bahan binaan material murah masalah tiada kualiti kronologi koleksi gambar

27 ulasan:

  1. ok title, daruul runtuk di terengganu tidak releven, sy mencadangkan Malaysyia Darul Runtuh (akhlaknya) segelintir(tp rmi gak)

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko ni anak keling ke? bahasa macam orang bodoh je.

      Padam
    2. Anak bangla ni.. xpun bangla terlepas yg dpt ic pak najid lajak bagi wat ngundi pru13 ari tu.

      Padam
    3. semua bukan. Keruntuhan ini semua konspirasi UMNO-BN untuk memburukkan parti PKR-DAP dan PAS di Selangor!

      Padam
    4. erm syiling kat sekolah pon runtuh juga
      jenis pakai solotape kot..

      Padam
  2. nk buat mcm mna, benda tu nk runtuh....

    BalasPadam
  3. agaknye hospital serdang ni berhantu kan ak?
    hantu ndak puas hati bahh..haha

    BalasPadam
  4. hospital serdang ya? dekat ja la..tapi dahsyat jugak sampai 7 kali benda yg sama jadi..

    BalasPadam
  5. tudiern... pi hospital untuk dapatkan rawatan dari kemalangan, skali sampai sana ditimpa lagi kemalangan, how tragically ironic... so apa komen segala architects, engineers, building safety officers n ahli geomatics smua?

    BalasPadam
    Balasan
    1. balik2 muka ko komen kat sini.

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    3. balik2 mata ko komen kat sini

      Padam
    4. oh wow, ada anon tolong komen bg pihak aku? wah... tak perlu bayar pulak tu, hmmm ish korang semua ni dah abiskan kerja sekolah belum ni? mentang2 la cuti skolah panjang kan, tsk tsk...

      Padam
  6. Kejadian seperti ni, tambahan plak berlaku dkat tempat awam penting seperti hospital, mmg tak patut dipandang ringan.
    Time ni laa wakil rakyat dua2 parti setentang datang melaung...
    Baru naik mata utk kempen PRU14

    BalasPadam
  7. Maaf,ini bukan tugas saya..tapi baik cegah sebelum keadaan jadi bertambah buruk..kalau tidak saya rasa tak mustahil hospital serdang akan jadi setaraf dengan highland tower dalam masa 20-30tahun lagi..mungkin david teo(kalau dia belum mati) akan buat cerita hospital serdang pula tahun 2045 nanti..

    BalasPadam
  8. Rasa2 seluruh siling hospital serdang ada masalah low grade...tp nak tukar semua kang renovate smpi ttup hospital beberapa bulan. So terpaksa tunggu ada kes baru betulkn baru walaupun siling nmpk cantik tp x kualiti n anytine pecah lg2 kene air time musim hujan skrg.

    Ni just tanggapan peribadi je hasil penerhatian logik smpi 6-7 kali kes yg hmpir sama. Another epic failure spt kes stadium bumbung runtuh. ..mentang2 kos siling x mahal..so mcm2 stail nak cut cost n masuk poket sendiri. Mmg ni stail contractor melayu? ....hmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam Afrika...ada betulnya tanggapan anda tu cuma nak tambah sedikit..selalunya siling runtuh ni terjadi bila bumbung sediada ada kebocoran. Hampir kesemua kejadian siling runtuh kat hospital serdang tu berlaku bila ditimpa hujan lebat dalam tempoh yang lama. So...even kalau guna siling high gred sekali pun (selalunya daripada material kayu padat + fiber)...kalau kena water drip...lama-lama akan kembang + berat + lembut = runtuhan berlaku. Ini dapat dijelaskan kalau dilihat pada gambar di atas yang runtuhan tu kerangka/frame sliling tu tidak banyak terjejas...yang terjejas/runtuh tu adalah siling..so kesimpulannya masalah sebenar kejadian tu adalah kebocoran yang serius pada bumbung sediada/ design & material bumbung sediada tidak berapa sesuai untuk mengatasi hujan lebat kat kawasan tu. Just my 2 cents.

      Padam
    2. Ya betul..waterproofing problem.

      Satu lg kemungkinan punca sanitary pipe tu, workmanship x proper, so ada leak kt joint bila heavy flow. Air tu drip kene ceiling, lama2 ceiling bocor.

      Sbb ceiling plasterboard tu mmg kene air reput.

      Klu pipe a

      Padam
    3. Kalau paip chilled water utk acmv x properly insulated pun air boleh condense kt pipe dan drip sikit2 tapi kes jarang2 sbb insulation chilled water selalu org skill terer buat.

      Yg paip sanitari selalu pass kt org junior je buat and so mmg kemungkinan leak tu tinggi

      Padam
    4. Ya betul..waterproofing problem.

      Satu lg kemungkinan punca sanitary pipe tu, workmanship x proper, so ada leak kt joint bila heavy flow. Air tu drip kene ceiling, lama2 ceiling bocor.

      Sbb ceiling plasterboard tu mmg kene air reput.

      Klu pipe a

      Padam
  9. Waterproofing ni jarang org inspect sbb hidden. Tapi byk kes bocor selalu waterproofing punya hal la. Anon 9:19, u r right.

    BalasPadam
  10. tunggula sedara mara menteri2 kena hempap siling roboh barula tindakan cepat diambil. kalau takat kena rakyat, runtuhlah berpuluh kali pun, tunggu saja usaha pembaikan (jk ada) diambil.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.