Halaman

Selasa, 10 Disember 2013

Perhimpunan demi rakyat, dendam atau syok sendiri?

Aku sebenarnya tak suka sangat nak posting pasal politik, tapi disebabkan banyak isu2 yang membuasirkan otak ni datang dari politik, maka terpaksa juga post. Aku harap dengan tamatnya Perhimpunan Agung UMNO 2013 ni aku dah boleh kurang menulis isu politik.


Aku tak nak tulis banyak, just highlight beberapa perkara:

1. Perhimpunan agung UMNO kali ini memang sangat syok sendiri. Banyak sangat isu yang dibangkitkan sangat merepek menunjukkan betapa rendahnya tahap pemikiran segelintir perwakilan2 UMNO yang rasa2nya dah boleh dilupuskan dan diganti dengan orang lain.

2. Ada yang menjadikan perhimpunan ini medan untuk membalas dendam terhadap orang2 Cina seperti cadangan menggantikan 1Malaysia kepada 1Melayu.

3. Itu belum lagi cadangan agar bantuan BR1M hanya diberi kepada penyokong BN sahaja. Tak tahu pulak aku yang bayar cukai kepada kerajaan itu orang BN sahaja.


4. Mahu Kerajaan Persekutuan balas dendam terhadap Kerajaan Selangor kerana peniaga UMNO dah susah nak dapat projek dan peluang perniagaan di negeri itu.

5. Tiba2 je maafkan orang Cina Melaka kerana tak mengundi BN masa PRU13 yang lepas. Sejak bila dalam sebuah negara demokrasi, memilih parti lain selain parti BN adalah suatu kesalahan? Tak pernah lagi aku dengar Obama cakap saya maafkan pengundi2 kerana tidak mengundi Parti Demokratik masa pilihanraya.

6. Minta kuasa, jawatan dan pangkat dalam kerajaan dan GLC untuk wanita kerana tidak adil wakil lelaki yang banyak dapat jawatan. Ini kepentingan rakyat atau kaum kerabat?


7. Kenyataan Pengerusi Biro Media Baru UMNO, Ibdillah Ishak yang mengguris hati ramai blogger pro-kerajaan dah "tak ada kerja lain ke"?
"Buat masa sekarang ini, pada mereka, there is no direction. Direction dia orang hari hari hendak membidas pembangkang. Takkan kerja kita itu hari hari membidas pembangkang. Dah tak ada kerja lain ke? Bagi saya kitapun kena fokus bagaimana hendak membantu rakyat,"
8. Menyeru kepada semua orang agar yakinlah bahawa UMNO tempat bergantung bagi rakyat dan negara.


9. Yang paling tak boleh blah, puji bini sendiri depan orang ramai lepas tu cakap mungkin malam ini akan dapat "bayaran". Aku tak pernah dengar lagi Tun Mahathir puji bini sendiri, tapi isteri beliau lebih disegani dan dihormati ramai orang.




Bak kata Datuk A Kadir Jasin dalam blognya, kalau isteri PM dah boleh buat macam2 kerja dan tugas yang sepatutnya dilakukan oleh para menteri, baik beliau dilantik menjadi Menteri secara sah, sekurang2nya orang dah tak bising dan banyak mulut kalau DS Rosmah buat apa2 tugas. Malah dah boleh menggugurkan menteri2 yang tidak “perform” dan sekali gus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian.

10. Pertahankan benda2 yang takde kaitan dengan kebajikan rakyat seperti isu isteri PM guna jet peribadi, bil utiliti kediaman PM Seri Perdana RM2.5 juta yang paling rendah di dunia tu serta isu kenaikan tarif elektrik. Malah membodek tahap maksima dengan berkata bahawa isteri Perdana Menteri elok dibenarkan menggunakan jet eksekutif kerajaan demi memberi ketenangan kepada suaminya.
“Bolehkah anda bayangkan tekanan emosi yang Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak akan tanggung sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada isterinya ketika terbang dengan pesawat komersial?” kata beliau.

Kata Affandi, kalau Rosmah berada dalam jet eksekutif, Mohd Najib tidak perlu bimbang keselamatannya dan menambah yang orang bodoh pun tahu terbang dengan jet eksekutif lebih mahal daripada terbang dengan jet komersial, tetapi kita kena lihat daripada aspek keselamatan.

"Bayangkan tekanan emosi ke atas PM jika sesuatu (yang buruk) kepada isterinya.

"Dia sayangkan isterinya, tidak seperti lelaki-lelaki lain.”
Ya, aku percaya ramai lelaki di Malaysia ini sayangkan isteri, bukan PM Najib sahaja. Tak bermakna kalau beli kereta Proton Saga untuk bini, tak belikan Toyota Vios kerana tak mampu bermaksud tak sayang bini, dan tak juga bermakna bagi bini guna harta kerajaan sesuka hati bermaksud sayang bini.

11. Yang aku nampak bagus ada lah antaranya seperti bantuan RM500 untuk mangsa banjir serta beberapa isu yang dibangkitkan Khairy Jamaluddin kerana isunya menyebelahi rakyat:

Oh dan juga sedikit video dan hiburan selingan:




Mungkin lepas ni boleh siarkan pula Perhimpunan Agung parti2 lain di media2 cetak dan elektronik arus perdana. Yelah, bukan seluruh Malaysia adalah penyokong UMNO, so kenapa hanya UMNO sahaja ada banyak kelebihan dan keistimewaan. Penyokong2 parti lain juga mahu melihat dan mendengar ucapan dan perutusan daripada pemimpin2 mereka.

Ada 2 orang peminat bola sepak yang subscribe channel sukan, seorang penyokong Arsenal yang tengah berada di puncak liga, satu lagi penyokong Manchester United yang sekarang kat tengah2 liga. Tapi balik2 hanya game pasukan MU sahaja yang disiarkan secara langsung, manakala game pasukan Arsengal hanya keluar kat highlight masa berita sukan sahaja. Adilkah itu? Padahal yuran langganan sama sahaja.

Percayakah anda yang negara kita masih lagi tidak benar2 demokrasi?




tags: perhimpunan agung umno 2013 persidangan mesyuarat tahunan pau2013 pau 2013 putera puteri wanita 1malaysia ganti tukar 1melayu br1m penyokong bn barisan nasional baling batu kerajaan selangor maafkan orang cina melaka tak undi sokong kuasa jawatan pangkat kerajaan glc pengerusi biro media baru bmb ibdillah ishak blogger blog pro kerajaan tak ada kerja lain #lifestyle bahasa melayu rojak yakinlah tempat bergantung datuk kadir jasin blog rosmah mansur jadi menteri kabinet gugur guna jet peribadi bil utiliti seri perdana tarif elektrik naik sayangkan isteri jasa dan cinta khary jamaluddin kj video anwar dalang 40,000 warga bangladesh nostaliga mahmud jun menari tarian macai demokrasi palsu

18 ulasan:

  1. Kalu najib pun xmampu bangkang ckp bini apatah lagi pak menteri2. rakyat hanya melopong di alam maya..

    Midnite

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah namanya bini Rosmah

      Padam
    2. bini nuwar berahi plak lembu tak reti apa ikut je padahal presiden
      sama macam geng PKR yg lembu suka ditipu nuwar berahi

      Padam
    3. tanda tanda macai..1.bila bagi kenyataan asal boleh. dan tanpa fakta..3..kenyataan diselami maki hamun dan gelaran yang dia sendiri je yang faham...4..marah x tentu pasal seperti anon diatas bila ada artikel dedahkan kelemahan umno..dan ke 4...sokong umno secara membabi buta..walaupun terdedah kelemahan ..kepincangan ..penipuan..tetap dia sokong dengan memaki pemimpin pembangkang ( padahal bukan pemimpin pembangkang yang buat artikel ni..

      Padam
  2. bila malaysia nk berubah oi.. aku harap sgt ramai org baca blog ni ko ni noob. baru bukak berbuasir skit otak dorg tu.. sedih btol ngn kerajaan malaysia ni.. hidup kak mah!

    BalasPadam
  3. 1% isu rakyat, 50% isu puji bini sendiri, 49% isu syok sendiri..

    Apa kalau sayang bini, buktinya kena bagi naik jet komer-sial je ke?

    BalasPadam
  4. Ada satu tahap, buka semua channel TV, semua tayang mende alah ni...

    Apakah neraka?

    BalasPadam
  5. statement UMNO - yakinlah UMNO tempat bergantung..bagi aku - cukuplah Allah menjadi penolong kami & Allah adalah sebaik2 Pelindung, Dia adalah sebaik2 Pelindung & sebaik2 Penolong..

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju dengan kenyataan "theseventhmuhammad" dan En Noob tahniah atas ulasan di atas, harap-harap rakyat Malaysia semakin bijak menilai demokrasi.

      Padam
  6. Bg sy, PAU ni just syok sendiri je..yg penting just undian pemilihan tertinggi UMNO je yg paling signifikant. Asyik bawak isu nak hentam pembangkang..just that? Bg perwakilan mcm makan angin n tepuk tangan kat dewan + gosip2

    Rasa mcm perhimpunan mcm ni x kira UMNO atau parti2 lain kalau xde outcome yg penting x payah la buat, bazir duit parti (atau rakyat) je. Cukup je la TV1 buat liputan, tv lain x yah la buat, nak tgk berita jam 8 30 min cerita PAU je..better baca portal internet je...

    Last sekali, propose terus Rosmah jd TPM ganti Muhyiddin, pengaruh politik dia melangkaui sempadan dunia smpi xde menteri boleh buat 'sebagus' dia..xde la isu salah guna duit kerajaan lg

    BalasPadam
  7. Bagi aku buat masa sekarang, khairy je yg waras. Yg tua2 tu dah nyanyuk

    BalasPadam
    Balasan
    1. Khairy 2 jenis berani...yg lain 2 jenis kuat kipas n sibuk nak jaga 'saham', x berani kritik masalah parti sendiri..lgpun org muda mcm khairy dhm masalah rakyat lg2 org muda.

      Padam
  8. hmm seems kj ada perubahan x mcm dulu2 la, bagus la ad 2 benda ak ingt psl KJ, first masa salah fhm kat dewan rakyat B*** N***** , 2nd dia berlakon citer pendek ngan namawee lupa citer ap bawak teksi, keep it up... itu la baru tul2 buat keje....

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa ko merepek ni syaitoooonnn!!

      Padam
    2. Dulu kj kerek, skrg suda insaf dn nmpkla dia prihatin dgn isu realiti.

      Padam
  9. aku pun tak tau lah nak kata apa. Hidup kat Malaysia sejak Najib pegang ni makin lama, makin teruk

    BalasPadam
  10. arghh malu aku dpt pemerintah cmni

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.