Halaman

Selasa, 3 Disember 2013

Tamat SPM bukan lesen untuk jadi bangang

Aku ingat lagi, waktu ketika aku habis menjawab kertas SPM yang terakhir lebih kurang 15 tahun yang lalu, tak boleh digambarkan betapa gembiranya aku sewaktu melangkah keluar daripada dewan peperiksaan. Rasa macam beban selama 5 tahun belajar di sekolah menengah hilang begitu sahaja. Gila bahagia macam baru melangkah ke sebuah dunia yang baru.


Lepas je aku pack2 beg dan barang2, salam sambil kumpul sign kawan2 dan cikgu2 kat buku autograf, ambil gambar kenangan pakai kamera yang kena pakai Kodak 36 filem, naik bas selama 3 jam ke stesen bas Pekeliling kat KL, transit pula pergi Puduraya naik bas mini, singgah Kompleks Kotaraya main game, pergi stesen keretapi belakang Pudu dan akhir sekali naik Komuter untuk pulang ke rumah.

Apa benda yang paling bangang pernah aku buat lepas tamat SPM? Hmmm mungkin aku bangang sangat pergi tanya berapa harga walkman kat Petaling Street sampai kena pow dengan tokey Cina tu. Tapi ada ramai je budak2 sekolah aku yang tak puas hati dengan mana2 cikgu, habis dicalarnya kereta cikgu tu.


Beberapa tahun kemudian, aku ada terbaca kat suratkhabar kes budak bakar kerusi meja dalam kelas lepas habis SPM. Nampaknya lesen bangang budak2 habis SPM dah semakin advanced sampai tahap vandalisme. Kalau ye pun tak suka dengan sekolah, tak payah la nak bakar2 sekolah. Tu belum kes nak bunuh diri sebab tekanan.

Gambar hiasan kelas dibakar murid

Sekarang ni, lesen bangang tamat SPM dah sampai ke satu tahap yang baru. Mungkin budak2 ni beli sendiri baju sekolah mereka guna duit sendiri, atau tiada adik2 atau sedara mara lain yang boleh pakai baju mereka, atau rumah2 anak yatim dah tak memerlukan derma baju2 sekolah.



Kalau anak perempuan aku balik rumah dengan baju sekolah macam ni, alamat tapak tangan hinggap kat muka dah ni. Kalau anak lelaki, bukan tapak tangan dah tapi kaki yang hinggap. Rasa best sangat ke conteng2 baju uniform sekolah? Baguslah, tirulah trend budak2 Indonesia tu.







tags: tamat habis selesai ujian peperiksaan spm sijil pelajaran rendah pmr upsr sekolah tingkatan 5 dewan bukan lesen jadi bangang bodoh bahlol conteng baju uniform bakar sekolah kelas kerusi meja calar kereta cikgu disiplin hisap rokok ganja aksi sambutan pelajar murid habis belajar di indonesia indon sembur cat konvoi motor kapcai rempit

18 ulasan:

  1. Yea, kelas saya pun jadi mangsa kebakaran. Selepas sahaja tamat menjawab last paper, PK HEM memaklumkan bahawa kelas kami dibakar :(

    BalasPadam
  2. Nasib baik sekolah aku x berape serious kegiatan vandalisme ni...Kalau ade pun budk2 bangang je yg buat...

    BalasPadam
  3. sekolah aku paling teruk pun diorang baling mercun kt luar kelas masa budak lain tengah ambil spm..saja nak ganggu budak2 tngh jawab ujian.. paling ramai budak perempuan yg terjerit bagai nk histeria dek bunyi mercun tu.. haha...p/s yg baling mercun tu lah kerja aku

    BalasPadam
  4. mknenye ko ni belum lepasan SPM la??? budk2

    BalasPadam
  5. aku rasa, daripada zaman aku dulu mmg baju sekolah dijadikan kanvas utk turunkan tanda tangan. SPM zaman 2001. tapi takde la tulis benda2 tak senonoh, selalunya tinggalkan nama, no phone dan ucapan aje. beg sekolah pun sama. kawna aku yg baju sekolah dia diautograph, smp skrang masih elok dia simpan, siap framekan dan letak kat rumah dia.

    BalasPadam
  6. Inilah akibatnya bila menjadikan budaya barat sebagai panduan hidup hingga lupa kehendak agama...singgah blog ni jap...jom kongsi2 ilmu...singgah blog sy juge ye http://jejakacoklat.blogspot.com/....saya dah follow awak...follow me tu..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak hingin nak singgah blog bangang ko

      Padam
    2. hahahaha!! free2 kena bangang

      Padam
  7. Budak2 zaman skrg kalau dimanjakn sangat jd la mcm ni...dia ingat dia yg paling betul n bebas nak buat apa je..baru la MERDEKA. Masa sy habis SPM just jerit YEAH DAH HABIS...ada pulak geng2 baling tepung la..tp kes2 yg baling mercun etc kebanyakan dr kelas bawah..kelas2 yg OK x buat perangai x senonoh mcm ni....kuat sgt tgk cerita JUVANA Lan Todak...

    BalasPadam
  8. Makna nya sekarang psychic zero umur lebih kurang 32 tahun la....aku dulu sekolah asrama jadi lepas spm kita orang semua kemas-kemas barang untuk terus balik ke rumah,masa tu baru la terasa sedih nak tinggalkan sekolah walaupun aku selalu kene denda dengan cikgu-cikgu tapi aku tak pernah pun nak simpan dendam sampai nak rosakkan harta benda cikgu-cikgu sebab aku tau kalau aku tak buat masalah tak kan cikgu nak saja-saja denda dan juga nak tinggalkan kawan-kawan sebab kebanyakan duduk negeri lain-lain...kita orang tak ada masa nak buat kerja-kerja merosak harta kerajaan macam budak-budak zaman sekarang tapi senior atas aku dulu pernah la pergi bakar bantai pastu letak dalam lokar,nasib tahun aku masuk jadi senior aku tak dapat lokar tu

    BalasPadam
  9. Budaya ikut-ikutan, macam ni la jadinya..

    Kereta abang saya dicalarkan sebab dia cikgu disiplin, memang jadi sasaran budak2 yang kena sound la.. Sabar aje la dengan perangai budak-budak macam ni..

    BalasPadam
  10. spm br pmulaan... ad tggugjwb lbih bsar mnanti... hrp dpt tanam pmikiran camni dlm kpala otak bdk2 skolah skrg...

    BalasPadam
  11. Yang main toron toron lepas habis SPM pun ada jugak.

    BalasPadam
  12. nampaknya tamatnya SPM tidak menunjukkan kematangan Pelajar melangkah ke alam Universiti. Alahai....

    BalasPadam
  13. Anak buah ak tamat spm dah ikut laki pi jumpa mak bapak laki tu..hisshhh,duit pon mak bapak bagi lagi...

    BalasPadam
  14. time dulu lepas upsr, last sekolah cuma teraburkan kerusi meja je.. skrg lagi advance rupanya :D

    BalasPadam
  15. Aku dulu SPM 2005.
    Habis exam, dalam kepala otak aku fikir nak balik je, sebab aku duduk asrama.

    BalasPadam
  16. tak terpk pulak begini jadinya.. saya dulu setakat jamuan makan2 jer.. kemudian sedey giler vavi nak tinggalkan guru2 yg sedia ada.. even masuk u pun, jika ada peluang, saya singgah sekolah untuk jumpa guru2 dan junior2 .. seddey la tinggalkan sekolah.. zaman paling riang sbb hidup tanpa tanggungjawab apa2 lagi.. sumer mak bapak yang tanggung..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.