Halaman

Rabu, 4 Disember 2013

Tarif elektrik tidak naik, hanya subsidi dikurang

Tarif elektrik di Semenanjung Malaysia naik sebanyak 14.89 peratus atau 4.99sen setiap kilowatt, menjadikan harga baru untuk sekilowatt 38.53sen. Harga semasa 33.54 sen sekilowatt. Di Sabah dan Labuan pula, kadar baru naik sebanyak 16.9 peratus atau 5 sen daripada kadar semasa 29.52 sen/kWj kepada 34.52 sen/kWj. Kedua-dua kenaikan itu berkuatkuasa 1 Januari 2014, umum Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Maximus Ongkili (kanan) petang ini. Selanjutnya di Malaysiakini.




 Sementara itu...

Laporan oleh Sinar Harian.

* Dialog kartun diubahsuai daripada kartun asal Mamak Cyber oleh Maro. Tak sempat nak mintak tolong bro Nazha lukiskan.

Bila berlaku kenaikan harga keperluan asas seperti minyak, gula dan elektrik, seperti teori domino, nak tak nak ia akan membawa kepada kenaikan harga barang2 yang lain. So adakah kenaikan tarif elektrik tidak akan mendatangkan kesan kepada kita, walau mungkin akan menjejaskan kadar inflasi negara?

Kadar tarif elektrik yang baru berkuatkuasa 1 Januari 2013.

Ya, ia tidak akan mendatangkan sebarang kesan kepada kita jika kita anggap ia sebagai suatu ketetapan. Dulu kenaikan harga gula pun untuk kesejahteraan rakyat apabila kurangnya pesakit diabetes dan baik untuk kehidupan seks. Harga minyak naik pun pasti tak memudaratkan rakyat, kerana yang ada kereta besar adalah orang2 besar dan berkemampuan, orang kampung tak ada berkereta.

Aku percaya kerajaan hanya boleh naikkan apa2 harga barang, eh silap, kurangkan apa2 subsidi barang dalam setahun dua ni je selepas PRU13. Bila dah masuk tahun ke-3 dan 4 nanti, diorang naikkan bantuan BR1M, bagi bantuan tayar teksi, baucer buku dan lain2 sambil melaung Janji Ditepati, maka orang akan terus lupa la apa yang berlaku sebelum2 tu. Biar orang marah2 sekarang dari marah2 kemudian. Bila tiba PRU14, orang akan terus undi BN lagi dan BN terus menang sampai bila2. Begitulah kitarannya, formula dan strategi yang sama diguna tiap2 penggal pun.


Cuma yang aku pelik, dengan tarif elektrik sekarang pun TNB catat untung bersih RM4.61 billion, bila dah naik tarif nanti ntah berapa billion pulak untung. Kalau kata TNB mencatat kerugian disebabkan tarif elektrik sekarang dengan kenaikan harga minyak, arang batu whatsoever, maka mereka terpaksa naikkan tarif elektrik untuk cover kerugian atau dapatkan keuntungan, logik la jugak. Ini dah la untung berbillion2, naikkan tarif lagi, so apa point naik harga melainkan untuk meningkatkan lagi keuntungan berlipat2 kali ganda?

Btw, banyak janji2 dalam manifesto PRU13 yang tak dibuat lagi, benda2 yang takde dalam manifesto pula yang dibuat dulu.




tags: kenaikan harga tarif elektrik naik 15% kuatkuasa 1 januari 2014 maximus ongkili umum jangan mengamuk melatah tuding jari salah semua pihak tidak terkesan bertenang keep calm hasan malek twitter status menteri badigol barang asas gula minyak jejas kadar inflasi manifesto bn barisan nasional pru13 kitaran hidup seorang macai

34 ulasan:

  1. terbaik...lepas ni guna lilin je

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

      Padam
  3. Memang xterkesan..ye la..bil takat 50 hengget sebulan..

    Tapi bila nak beli barang kat kedai, maka terpaksa tambah sikit, sebab secara asasnya tokey kedai pun nak cover kos operasi..peti ais kat kedai tu dah berapa banyak..xkan tokey nak cover sensorang..so terpaksa la rakyat cover, sambil rasa nyesal pangkah pemimpin yang dok hari2 bazir duit rakyat (xsemua)

    BalasPadam
  4. Kenaikan bil elektrik ini disamping ketetapan Allah ia juga adalah utk mengurangkan kematian akibat renjatan elektrik..

    BalasPadam
  5. tenaga nasional merasa bangga, punya peranan membina negara, mari bersama kita jayakan, untuk malaysia kitaaaa..

    BalasPadam
  6. sebenarnya rakyat dah penat, letih dan muak nak argue dengan alasan sampah menteri-menteri..nak kata tak cerdik, ada yang CGPA tinggi kunun-kununnya..mula2 bagi jaminan semua tak naik, tapi tiba-tiba tup-tup naik, then cover dengan excuse bangang..cakp jelah, barang cukai semua naik sebab nak cover hutang najib..

    pak menteri tak terkesan minyak naik, elektrik naik sebab dah semua rakyat yang bayarkan melalui elaun..

    why?why menteri why?

    inb4, noob ko emel la aku..demi negara, aku sedia bila khidmat diperlukan:) huhu

    BalasPadam
  7. apla sgt klu nk dibndingkn dgn br1m... naik skit je.... ap slhnya kta bkorban, biar mnteri2 kita hidup sng...

    BalasPadam
  8. terima kasih pengundi semua..terutama sebelah pendalaman ...anda tahu memilih pemimpin yang terbaik dalam menghabiskan duit rakyat..dan terrer dalam menyusahkan rakyat di samping mengumpul kekayaan sendiri..dan lengkap memberi alasan tahap iq einstein...dan juga perangai macam beruk didalam dan luar parlimen...dengan ini dapat membentuk kabinet tahap super sampah...dan ultra bodoh untuk pembangunan malaysia..

    BalasPadam
  9. kenapa bila aku tengok menteri bn aku teringatkan watak Patrick dalam sponge bob..adakah personaliti mereka sama?

    BalasPadam
  10. demi negara..yang tercinta..ku curahkan bakti penuh setia..
    demi menteri2 yang ku sanjung tinggi....

    BalasPadam
  11. Setiap kali pilihanraya x kira masa zaman 90an smpi skrg mesti mcm2 naik, tp kali ni lepas pru13 lg byk naik drpd turun....pas2 1 year sebelum PRU14 turun balik...

    Papepun pasni pastikan gaji penjawat awam n swasta naik 2-3x ganda sbb ada kerajaan negeri (Sarawak n Selangor) dah naik gaji pemimpin mereka atas alasan nak meringankn tugasan meraka jika ada gaji byk bulan2. Kalau naik 2-3 kali ganda..x kisah la naik barang sekalipun, x meberi kesan sangat.

    Apa sy nmpk, yg kaya bertambah kaya, yg miskin bertambah hutang n lg miskin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayat kelas pertama tp perbuatan kelas ke-4 lebih kurang sama semua komentar termasuk ak, last2 nak pilihan raye semua kena sogok ngan Br1M yg di"katakan" naik duitnya "ditampal" bnyk2 smpi semua lupa tak persan perangai **** puok2 2-2 ni buat cb.

      Padam
    2. kau ni org malaysia ke? dr dulu aku perhati ko tulis mcm haram... ayat bersepah & tunggang langgang... ke belajar sampai tadika je?

      Padam
  12. tariff dinaikkan sebab dracula yang majoriti shareholder tu rasa untung dorang tak cukup besar..tengok la sendiri harga saham TNB lepas tarif baru diumumkan..harga saham meningkat hampir 3ringgit dalam masa satu hari..bayangkan kalo dracula-dracula ni ada 1juta sham dlm TNB..dalam satu hari je aset dorang meningkat sebanyak 3juta...nampak tak permainan dorang....

    BalasPadam
  13. "Aku percaya kerajaan hanya boleh naikkan apa2 harga barang, eh silap, kurangkan apa2 subsidi barang dalam setahun dua ni je selepas PRU13. Bila dah masuk tahun ke-3 dan 4 nanti, diorang naikkan bantuan BR1M, bagi bantuan tayar teksi, baucer buku dan lain2 sambil melaung Janji Ditepati, maka orang akan terus lupa la apa yang berlaku sebelum2 tu. Biar orang marah2 sekarang dari marah2 kemudian. Bila tiba PRU14, orang akan terus undi BN lagi dan BN terus menang sampai bila2. Begitulah kitarannya, formula dan strategi yang sama diguna tiap2 penggal pun."


    this^^^^ what they already do it.... still ppl said "PAS anjing DAP" ahahaha2 pandai

    BalasPadam
  14. Dgr ada post dlm FB, banjir kat Pahang, Johor n Terengganu sbb bala diturunkn sbb pemimpin berlaku zalim kpd rakyat....hmmmmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. owh itu adalah statement kepercayaan karut. banjir disebabkan dgn faktor2 yg lebih logik spt pengairan x bagus krn longkang tersumbat (org awam suka buang sampah dan malas jaga kebersihan), hujan terlalu lebat dari biasa kerana perubahan cuaca (juga disebabkan oleh pencemaran manusia).

      lainlah jika banjir diturunkan sbb rakyat disarankan menyumbat longkang mereka oleh pak menteri. itu baru aku setuju pemimpin berlaku zalim kpd rakyat lalu bala banjir pun tiba.

      Padam
  15. Ramai dari kita memang tak terkesan secara terus dari kenaikan tarif elektrik.

    Tapi terkesan dengan efek domino hasil dari kenaikan tu. Kenaikan tarif letrik > naik kos operasi > naik harga barang.

    From: Bila Karipap Boleh Bercakap

    BalasPadam
  16. aku harapakan nanti Najib akan umumkan bantuan baru untuk meringankan beban rakyat Malaysia bagi kenaikan takrif elektrik ini, kita sama2 tunggu PLA1M ( Pelita Ayam 1 Malaysia) semua rakyat kena pakai pelita ayam untuk kos hidup wakakaka

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pelita ayam pkai minyak tanah,lepas ni minyak tanah naik plak......

      -PetaiLejen110z

      Padam
    2. Minyak tanah mahal ma..pelita raya orang guna minyak diesel je...

      Padam
  17. aku sebagai staf tnb gembira api naik, pasal gaji aku naik 11%, bonus tahunan 4.2 bulan.

    BalasPadam
  18. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  19. BUJANG BR1M = 350
    350 / 12 bulan = 29.167
    Ni adalah elaun sara hidup yang kerajaan BN bg kpd rakyat...mcm puiiiiiii..

    -PetaiLejen110z



    BalasPadam
    Balasan
    1. untung dapat...aku???...melopong macam biasa...harga barang bukan dapat kurang pun..tunggu je la kedai nak naikkan harga

      Padam
    2. dah nama pun bantuan. bukannya elaun. hidup nak makan suap je. Kerja kuat la bangang.

      Padam
    3. Eleh ko ckp pandai. Dah macai tu mmg macai. Org ckp kutuk bn camne pun, ko tetap takkan boleh terima. Bukak la mata tu sikit ngok

      Padam
    4. Nak ulas guna gakta. Bukan sentimen anti mana2 pihak. Dah BR1M namanya BANTUAN Rakyat 1Malaysia. Yang nak diputar belit menjadi elaun tu apa dia? Spesis pemalas tahap gaban. Duit nak, tapi kerja kuat tak mau!

      Padam
  20. Pernah terbaca kat FB..sorg makcik ni meroyan marah sbb tariff letrik naik.Tapi ayat setrusnya buat aku tepuk dahi.."tapi tak apalah...asalkan aku tak undi PR yg bersekongkol ngan DAP"...Bila ada org tegur,dia lagi meroyan merapu citer bab kafir harbi kafir zimmi etc.
    Puak mcm ni,campak kat negara yg buat mcm dlm citer hunger games pun takpa asalkan BN memerintah...

    BalasPadam
  21. lepas ni bil elektrik PM kita akan meningkat lagi ekoran kenaikan tarif.

    bolehla najib tambah rekod baru.

    BalasPadam
  22. yg xbleh blah. tnb dah catat untung 4.6bilion masih lagi mau naik elektrik. celaka punya BN. langsung xpnah nak pk cara nak kurangkan kos hidup rakyat ... ni musim banjir diorang sibuk nak berhimpun perhimpunan agong.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Barang naik, minyak naik, letrik naik..gaji tak naik2 jugak. Puiii

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.