Halaman

Selasa, 14 Januari 2014

Bila harga turun kenapa tidak puji kerajaan?

Kangkung. Semalam trending dengan #kangkung. Aku pun tak faham apa masalahnya dengan kangkung. Aku dah lama tak makan kangkung, dan tak tahu pun kangkung dah turun harga sampai la aku dengar sendiri dari mulut PM kita. Walau penurunan harga kangkung takde dalam manifesto BN, di mana kat dalam tu yang melibatkan penurunan harga hanya mengurangkan kadar tol dan harga kereta yang mana sampai sekarang masih takde khabar berita lagi, tapi sekurang2nya kita harus bersyukur kerana ada juga berlaku penurunan harga dan ia merupakan berita baik kepada penggemar2 sayur kangkung. Terima kasih kepada kerajaan kerana menambah subsidi menurunkan harga kangkung.


Oleh itu, sebagai menghargai penurunan harga sayur kangkung ini, saya ingin berkongsi dengan tuan2 dan puan2 resepi Kangkung Goreng Belacan.


Bahan-bahan (untuk 3-4 orang makan):
  • 1 ikat kangkung
  • 6 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 10 biji cili api
  • Sedikit belacan
  • 2 sudu besar ikan bilis
  • Sedikit air
  • Garam dan gula

Cara-cara:
  1. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, belacan dan ikan bilis.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau.
  3. Masukkan sedikit air, kemudian masukkan kangkung.
  4. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak kangkung sehingga sedikit layu (2-3 minit).
  5. Kacau sebati dan sedia untuk dihidang.

Aku pun dah try buat resepi ni lepas petang tadi beli sayur kangkung kat pasaraya milik melayu Mydin dengan harga yang sangat murah, pergh memang sedap dan terbaeekk sehingga menjilat ibu jari kaki. Syukur harga kangkung turun, kalau tidak memang tak la aku masak resepi kangkung ni. Harap lepas2 ni kerajaan dapat turunkan juga harga sayur bendi, kobis, kailan dan sawi, sebab semua ni sedikit sebanyak dapatlah membantu kita menangani kos sara hidup yang semakin meningkat.

Walaupun kenaikan atau penurunan harga kangkung tidak memberi kesan domino terhadap ekonomi dan inflasi seperti minyak, tol, elektrik, air, kenderaan, gula, tepung dan lain2, namun sekurang2nya di kala harga barangan lain naik, ada juga yang turun. Kalau dulu beli sayur kangkung RM4/sekilo, sekarang dah RM2/sekilo, kita dah dapat jimatkan RM2 ringgit dalam perbelanjaan seharian.


Oklah tu kan? Korang ni pun tau komplen dan kutuk je. Kangkung dulu naik sekarang dah turun, bila dah turun kenapa tak puji kerajaan, masa naik dipersalahkan kerajaan. Ini tidak adil. Jangan la double standard, cuba la bersyukur sikit, takkan kangkung pun nak bagi subsidi? Kalau rasa sayur lain mahal, beli je la sayur kangkung. Apa lagi melayu mahu?




tags: ucapan ds najib razak pm harga barang naik kecewa kerajaan sering dipersalahkan kangkung turun #kangkung trending viral kenapa tak puji kerajaan takde contoh lain ke resepi sayur kangkung goreng sambal belacan tumis air kebun ladang petani perdana menteri paling bijak abad ini

33 ulasan:

  1. kangkung tumis belacan dengan keli sambal hijau #perghh :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. kangkung goreng pun best.kangkung salut tepung pastu goreng..macam ayam kfc tapi yg ni pakai kangkung....

      Padam
  2. sayur kangkung ni agak bahaya, kalau tak bilas betul2 dan tak belah bahagian batang kangkung tu dulu sebelum dibilas di bawah air yang mengalir, boleh terkena serangan lintah membiak dalam perut dan usus, doctor pun akan gelabah nak tolong macam mana pun tak pasti apakah jalan yg paling selamat nak apply... ada juga yang syorkan minum air rebusan tembakau untuk bagi lintah2 dlm perut tu mati keracunan, wallahualam... sekadar perkongsian ^^

    p/s: salam Maulidurrasul semua ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu..hati2 bila makan kangkung takut ada lintah menyusuk masuk dalam batang kangkung...salam maulidur rasul semua..

      Padam
    2. Lintah mmg tahan panas ker kalu duduk dlm kuali atau periuk.....

      Padam
    3. kalau masak ala kadar je, risiko tetap masih ada.

      baik ikut saja nasihat/petua plain83

      Padam
    4. ye betul tu. bukan sahaja kangkung, sayur lain pun kena basuh elok2 gak.
      macam sawi, aku pernah dengar kat sinar ke mana ntah, kakak dia basuh gitu2 je, pastu main potong2 masak jer, last2 adik dia makan kata sedap ayam hari ni, padahal, mana ada masak ayam. belek2 tgk, katak. eeeee, geli aku dengar....

      tapi, kangkung lah sayur paling sedap sekali!

      Padam
  3. Hoho..siap ada resipi lagi tu...ngeh ngeh..cayala kngkung..

    BalasPadam
  4. Sekejap je isu kangkung ni.....pasni PM kata harga daging lembu turun mula la parodi lagu lembu. Papapun xde nampk faedah pun buat benda2 merepek ni, just seronok troll org je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang pak jib merayu nak simpati rakyat, rasa terkilan berlebih apasal plk? Nak puji nak komen nak kritik nak troll ke tu hak individu. Hak BN nak undi populis dgn brim byar guna tax payer punya duit boleh pulak ye? Ni lah berdouble2 standard kerajaan...lepas tu terasa sbb rakyat byk komen harga naik sedangkan mmg harga dah naik dan itu realiti, at least pak jib perlu lah profesional ni tak marah blik rakyat sbb byk merungut? Terasa hati sgt ke org tua ni......

      Padam
    2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

      Padam
    3. CA, komen patahkan kedua kaki & tangan budak2x bercium tu ko xnk alihkan keluar jgk ker?? lulz

      Padam
    4. kangkung bukan isu yang sebenarnya..kalo ko pakai lebih sikit otak ko tu pikir la ayam afrika, yg isu sebenarnya tahap pemikiran kita punya PM..dan kita nak letak masa depan negara dkt PM macam tu? agak2 la...gua fed up lah..next election kita tukar government, fullstop.

      Padam
    5. Even dah tukar undi pun still xleh PR menang pru..sbb sabah sarawak ramai undi BN. Dr trend skrg ni PR ada harapan menang..tp mcm2 leh jd dlm 4-5 tahun ni

      Padam
  5. "kangkung adalah nabi bagi sesetengah rakyat malaysia." #sarcasm.


    salam maulidur rasul...

    BalasPadam
    Balasan
    1. sarcasm biasanya lucu, tp yg ni mcm sampah... cuba lg ya ahmad

      Padam
    2. biasanya komen ahmad memang tahap sampah, tp kali ni beliau telah cuba membuat sarcasm, tapi masih tahap sampah.

      Padam
    3. hambar mad hambar

      Padam
    4. memang sampah...macam tuan punya badan

      Padam
  6. Bercukurlah mgkn lps ni impaknya tol akan turun krn harga kangkung turun.

    klik cadangan penjimatan

    BalasPadam
  7. kangkung ade 2 jenis.. 1- kangkung air, daun dia lebar2. 2-kangkung cabut, yang biase ko nampak kat pasar siap dengan akar2 dia sekali (yang ni ditanam atas batas). Najib x cakap pulak kangkung mana yg turun harga... pening aku nak pilih yang mana 1 untuk menu hari ni. sesape ade info tolong bagi tau kat cni eh.. Urgent!!! sebab dah terdesak sangat nak mengatur perbelanjaan keluarga aku nih.. Mujur ade kangkong jadi penyelamat keadaan. Harap2 bulan ni mesti gaji ade lebih banyak sebab kangkung turun harga. Tengkiu Kerajaan..

    BalasPadam
  8. Pada masa hadapan brim akan diberi dalam bentuk 50kg kangkung setiap keluarga. Memandgkan ramai yg suka kangkong

    BalasPadam
  9. menteri kangkoong


    kang kang kang..kong kong kong..

    BalasPadam
  10. kau suka reverse psychology kan orang kan noob?

    BalasPadam
  11. aiseh, kerja gaji beribu, nak makan kangkung pon kena tunggu harga turun dulu.. apa punya turrr daa.. susah sgt pegi je petik sendiri tepi longkang.

    BalasPadam
  12. ini sarcasm tahap brape ni haha

    BalasPadam
  13. bila harga barang naik dikatanya ini adalah ketetapan Tuhan, bila harga barang turun dimintanya puji kerajaan... tak pula kata ketetapan Tuhan juga

    BalasPadam
  14. Arnab aku dulu makan kangkung...
    Sekarang dia dah tak ada...
    Tiap kali dengar/ tengok/ baca kangkung, aku akan teringatkan dia.
    Aku ada masa saat akhir nyawa dia...

    **off topic**

    BalasPadam
    Balasan
    1. i know dat feels bro...

      Padam
    2. kura-kura aku dulu pun makan kangkung. Sekarang dah takde. terlepas dari kolam sebab banjir.. off topic

      Padam
  15. Menajamkan penglihatan.

    Kangkung kaya akan vitamin A, sehingga Kangkung boleh menjaga kestabilan
    penglihatan mata. Vitamin A yang terdapat pada kangkung sebanyak 6300 IU, sedikit lebih banyak berbanding bayam yang hanya 6100 IU. Hal tersebut dapat dilihat dari warna daunnya, semakin hijau daunnya maka kandungan betakarotin juga semakin tinggi. Itulah sebabnya Kangkung dipercayai boleh menambah menajamkan penglihatan mata.

    Membuat tidur lebih nyenyak dan mencegah insomnia

    Kangkung, mempunyai sifat sedatif, sehingga sering dikatakan sebagai penyebab ngantuk. Kangkung Juga berpotensi boleh mengendurkan saraf. Hal kerana adanya mineral seng dan selenium yang terkandung di dalamnya. Sehingga bila mengambil kangkung, saraf jadi kendur. Semakin kendur saraf - saraf kita, maka tidur pun akan semakin nyenyak dan lena. Mungkin sebaiknya jangan berlebihan mengambil kangkung jika bekerja dipejabat. Kebaikannya adalah, kangkung dapat membantu mengatasi masalah tidur/insomnia dan membantu untuk dapat tidur lebih nyenyak.

    Kangkung Kaya vitamin C

    Kangkung juga banyak mengandung vitamin C. Secara umum, kandungan vitamin C pada Kangkung lebih banyak berbanding kebanyakan sumber vitamin C pada buah - buahan. Oleh kerana itu, kangkung baik untuk mencegah sariawan / gusi berdarah, meningkatkan sistem kekebalan tubuh sehingga tak mudah terkena serangan penyakit akibat virus, misalnya flu. Baca Juga : Manfaat Vitamin C
    Kangkung juga kaya vitamin B kompleks, sehingga boleh menenangkan otak.

    Kadar vitamin B Komplek dan Omega 3 pada Kangkung, ternyata juga cukup banyak. Keduanya merupakan peningkat pengeluaran Serotin dalam otak kita, sehingga boleh mencipta suasana tenang melalui otak.Oleh kerana itu, kangkung boleh dikatakan boleh menyegarkan kembali otak kita

    BalasPadam
  16. Kang kooonnggg.

    Kangkung,
    Sayuran kampung,
    Dulu kurang dipandang,
    Kini sudah jadi jaguh kampung.

    Bak kata hang tuah,
    Kangkung harus jadi juadah,
    Kekebalannya bukan taming sari sudah,
    Tetapi kangkunglah yg menjadi rahsia penyudah.

    Dulu kangkung ditendang,
    Kini kangkung disayang,
    Dulu kangkung digerai kampung,
    Kini di hotel 5 bintang.

    Ditanya najib mengapa kangkung?
    Dijawab najib mengapa tidak kangkung?
    Geliga otaknya bak pak belalang,
    Kerana kangkung!.

    Terima kasih najib..kini kangkung yg selama ni tidak ku pandang..telah menarik perhatianku.insyaallah..arnabku akan bertambah gemok lepas ni

    BalasPadam
  17. kobis lagi sedap dari kangkung, walaupun kangkung sedap la jugak...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.