Halaman

Isnin, 13 Januari 2014

Salah siapa budak2 bawah umur dah pandai beromen?

Tersebar kat alam maya gambar sepasang budak lelaki dan perempuan yang dikatakan baru tingkatan 1 atau 13 tahun walau badan nampak macam budak darjah 4 mengambil gambar mereka sedang bercium dan diupload di Twitter mereka sambil rakan2 Twitter mereka memuji2 dan cemburu dengan mereka.


Aku tak nak salahkan sapa2 dalam hal macam ni. Bukan salah UMNO, bukan salah PAS, bukan salah Najib, bukan salah Anwar, mungkin juga bukan salah ibu yang mengandungkan mereka, bukan salah cikgu sekolah mereka. Aku pasti diorang semua pun tak ajar anak2 dan budak2 kecil buat macam ni. Boleh jadi salah Akon sebab dia pernah kata "put the blame on me".

Tapi yang pasti, banyak sebenarnya faktor yang boleh mempengaruhi minda anak2 kecil kita yang dahulunya ibarat kain putih, terutama filem2 kat panggung wayang, drama2 TV, majalah, komik, Internet, kawan2 dan macam2 lagi pengaruh negatif. Aku percaya kanak2 ini menjadi seperti ini bukan disebabkan ajaran dan galakan dari ibu bapa kecuali la yang macam kat berita "Ibu galak anak khalwat" ni, akan tetapi kerana sikap lepas tangan, kecuaian dan pengabaian oleh orang tua yang menjadikan mereka macam ini.

Anak2 ini tidak diberi didikan agama secukupnya, dibiarkan pergaulan bebas bersama rakan2 mereka, tidak mengawal mereka ketika sedang menonton TV, wayang, bermain Internet, diberikan kebebasan ketika di luar, dibelikan telefon pintar yang ada line Internet. Media cetak dan elektronik seperti TV, panggung wayang, majalah pula terlalu banyak dilonggokkan dengan adegan2 separa lucah dan artis2 yang tak cukup kain yang cukup mudah untuk merosakkan minda kanak2 sampai mereka rasa benda tu bukan satu kesalahan moral pun.

Malah dengan adanya akaun Facebook, Twitter, Instagram, Keek, Youtube, minda mereka lebih mudah terpengaruh dan rosak dengan budaya kotor di media sosial. Dasar yang ada sekarang ini pula tidak begitu membantu dan berkesan dalam menangani dan mengekang pengaruh2 negatif yang wujud dalam filem, drama, majalah, buku, komik, lagu, rancangan TV dan lain2 lagi malah dilihat pengaruh negatif ini semakin berleluasa dan dibiarkan sahaja.

Baca juga Salah siapa budak2 tengok video lucah di sekolah?

So bila fikir2 semula, memang pertama sekali salah ibu bapa, kedua salah media cetak dan elektronik, ketiga salah Internet, keempat salah mereka yang mempunyai kuasa untuk mengawal dan membuat dasar namun menutup mata dan membiarkan sahaja ia berleluasa tanpa cuba untuk membendung kejatuhan akhlak di kalangan masyarakat.

Full stop!




tags: budak bawah umur kanak sekolah tingkatan 1 13 tahun murid pelajar sekolah laku aksi seks lucah cium cemolot peluk gomol romen ambil gambar upload twitter facebook instagram keek youtube pengaruh rakan kawan rancangan tv filem drama komik buku majalah rosak minda ibu galak anak khalwat romen

44 ulasan:

  1. budak skang memang dahsyat..xtau la mcm mana next generation nanti :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. PKR tetap dengan pendirian.. semua yang berlaku ni salah UMNO-BN!

      Padam
    2. Aku tetap salahkan AlJuburi yg bebas meliwat orang.. budak2 pun terikut-ikut le dgn habit dia tu.. kah kah kah kiok!!

      Padam
  2. Salah cahayaamanah ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. -_-

      apapun kesalahan sebenar teltak kat budak2 tu, org dah beritau jgn benda ni salah teruk, buruk, tapi xnak dengar, ak xde kuasa nak halang, kalau ada kuasa pun ak sekadar belasah budak2 ni nyawa2 ikan dan sebelum ak meninggalkan tempt kejadian, akan ku patahkan kedua blah kaki dan tangan budak 2 tersebut, dan pergi serah diri kat balai polis

      p/s: lulz

      Padam
  3. ni semua salah ajaran2 songsang yg dibawa oleh abg2 & kakak2 batak pavi yg diorg jadikan sbg idola

    BalasPadam
  4. kan aku dah ckap budak skg pandai romen je...mana nazha anua?

    BalasPadam
  5. Ini singaporean, benda ni terjadi sebab salah kita, bukan mahu bantu orang minoriti di sana. Sepatutnya orang Islam bersatu. Aku baca komen Kat media sosial kesian orang Singapura kena kutuk. Disebabkan hanya segelintir orang Singapura yang berlagak habis orang Melayu Islam buang saudara mereka. Aku pelik dengan orang Melayu ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. org melayu sebenar yg baik tinggal sikit bro dh minoriti, diorg buat mcm2 usaha dengan perkara baik pun masih x dpt cover org melayu yang ramai perangai buruk dan berakhlak buruk... mcm mana tu?
      jadi diorg yg baik2 ni hanya mampu usaha xberhenti2 dengan berbuat baik kan org insyaAllah ada ganjaran :)

      Padam
    2. ooh org singapore... ni semua salah cina dapig sbb ideologi diorg sama dgn ideologi cina singapore yg keluar dr malaysia & xmenjaga melayu islam. bila dapig memerintah malaysia nanti, benda2 mcm ni bukan satu yg asing lg di malaysia sbb masa tu org melayu bebas murtad & tukar agama, undang2 islam dimansuhkan, kebabasan & setiap hak asasi manusia itu diletakkan lebih tinggi drpd agama... harap2 mana2 org melayu islam yg pernah undi pembangkang terutama dap tu bawak2 la bertaubat kerana anda telah bersubahat dlm agenda utk menjatuhkan umat islam di negara kita

      Padam
    3. Tak habis-habis salahkan bangsa lain. Bodoh.

      Padam
  6. Kecik2 dh dibagi gajet, letak dpn tv dan electronic games oleh mak bapak. Senang jaga katanya. Besar sikit, lepas kat taman asuhan kanak2. Mak bapak tukang hantar pergi balik. Time cuti, bagi internet atau gajet lebih canggih sambil letak kt kampung suruh org tua jaga.

    Mak bapak zaman skrg somehow makin selfish. Semua benda nak senang. Patutla anak senang beromen. Dlm berita hr ni pun citer remaja mengandung luar nikah makin ramai.

    Xde masa nak didik anak? Sibuk dgn kerja cari duit? Itu bukan alasan. X mampu didik anak, jgn beranak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. So, agk2nyer jln yg trbaik utk elakkan zina dklangn bebudak bwh umo ni ape ek? gi mahkamah syariah & minta kebenaran utk bg kawin awl je, atau, pukul marah & didik bebudak ni suruh kawal nafsu monyet diorang ni & belajar bg habis skolah dulu? ye laaa kn ke ade org ckp, rezeki org yg brkawin awl ni akn dtg mncurah-curah gituuu... ha ha

      Padam
  7. drpd saling tunding jari lebih baik saling menegur dan bertaubat kan.. bkn generasi muda je, kita sbg generasi yg x bape muda pn tunjuklah contoh baik sket. ni klu bab hentam menghentam laju je, bab jemaah kt masjid berkebuk lari x nk dok saf dpn. dh bleh nmpk dh dr situ, mcm mana nk jd idol pd nxt generation?

    BalasPadam
  8. ni sume salah kangkung la lahanat..

    BalasPadam
  9. 1. salah ibu bapa - sebab tak kawal & beri didikan agama yg baik pada anak
    2. salah media cetak & elektronik - sbb melonggokkan rakyat malaysia dgn hiburan2 sampah yg byk memberi pengaruh negatif. ibu bapa pula bg mereka tengok cerita2 tu, malah galakkan anak menceburkan diri dlm dunia hiburan
    3. salah internet - internet skrg mmg byk sampah, mak bapak pulak longgokkan lagi anak2 dgn sampah2 tu dgn belikan ipad, tablet, smartphone kat anak2
    4. salah kerajaan - sebab membenarkan hiburan2 yg melampau & keterlaluan, tidak mengawal akses dan kandungan internet yg negatif, pemimpin sendiri suka & galakkan hiburan, mufti & agamawan dlm kerajaan pula lebih sibuk pasal peserta demo drpd menegur program2 maksiat...

    akhir sekali mcm nilah kita lihat hasilnya...

    BalasPadam
    Balasan
    1. semasa anak masih kecil, ibu bapa tanggung dosa anak...ketika anak sudah baligh, anak menanggung dosa sendiri...................jelas disitu tanggung jawab ibubapa membimbing anak semasa masih kecil supaya mampu membawa diri ketika sudah besar......

      Padam
    2. takde konsep tanggung dosa org lain dlm islam... jgn bg org lain salah faham

      Padam
    3. Mad..mne de konsep tanggung dosa org lain.kan dah diterangkan konsep tu sebenarnye camner.jgn la dok pakai pemahaman yg belum cukup paham ko tu lagi.

      Padam

  10. cer tengok kat sini ---> http://www.youtube.com/watch?v=kg-McDlm_98

    BalasPadam
    Balasan
    1. apa kaitan sailormoon dgn topik ni?

      Padam
  11. salah mereka yang mempunyai kuasa untuk mengawal dan membuat dasar namun menutup mata dan membiarkan sahaja ia berleluasa tanpa cuba untuk membendung kejatuhan akhlak di kalangan masyarakat.

    full stop.

    BalasPadam
    Balasan
    1. senang je kan? salah kan kerajaan....apa2 jadi salah kan kerajaan...ibu bapa boleh relaks...nanti jadi apa2 kat anak, salahkan kerajaan...ibu bapa x payah susah2....senang betul jadi ibu bapa....ingatkan susah...

      Padam
    2. kau baca penuh tak entri kat atas tu?

      btw, siapa kata jadi ibubapa senang?

      Padam
  12. banyak faktor budak tu jadi macam tu...kita tengok pada asasnya...kadang2 wang yang kita perolehi adakah berkat atau tidak..haram atau tidak...kalau ambik rasuah sah2 duit tu tak berkat..lepas tu bagi bagi anak isteri makan dengan duit yang haram...sebab tu perangai anak macam ntah pape tu..saya tengok ramai yang meniru dalam exam..ustazah saya cakap seumur hidup tak berkat wang yang kita perolehi disebabkan perbuatan kita itu..

    BalasPadam
  13. Bila difikirkan, ini yg keluar media sosial...yg sibuk org perkatakan sana sini...
    Yg tak keluar? Yg berlalu begitu saja? Yg senyap2 belakang ampaian baju belakang rumah jiran?
    Parah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lagi bertambah parah bila makin ramai pulak org anggap ianya "something sweet" dan "like" benda2 parah mcm ni... *geleng kepala* ( "-___-)

      Padam
    2. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin
      menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan.
      Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar
      orang lain, maka komen akan dipadam
      untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

      Padam
  14. Zaman skrg parent sibuk kejar wang...smpi apa yg berlaku kat anak2 mcm x kisah sgt...boleh beza parent yg betul2 jaga anak merekan cara didikan...walaupun sy tau budak remaja ni nafsu mereka senang bergolak tp kalau mereka sabar n control dgb pegangan agama n xnak malukan keluarga, mereka xkan buat bneda2 merepek ni

    Zaman skrg parent suka lepas tangan n bg apa budak2 nak..berhati2 la sbb nak jd ibubapa sgt sukar cabarannya.tp duit xleh beli segala2nya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. so bukan salah kristian ke?? .. aku fed up dgn bangsa melayu yg tak habis2 nak salahkan orang lain kalo sendiri salah..kalo core agama kuat mustahil ada yg tinggalkan islam utk join agama lain..pasal apa? islam is the best, once you understand it, no other religion can even shake your faith..keyword is KNOW YOUR RELIGION

      Padam
  15. Ni mesti masa sunat tak potong habis bijik tu..keh2.

    BalasPadam
  16. memang, budak2 sekarang makin teruk. Asas agama kurang.
    Macam mana lah generasi akan datang?

    BalasPadam
  17. 1. ini la harga yang perlu dibayar..effect kesan pembangunan negara...pembangunan teknologi etc...
    2. islam itu akan agama sepanjang zaman..bukan agama yang kena berubah ikut zaman..
    3. apabila ibu bapa terpaksa berkorban masa mencari rezeki..demi nak suap anak2...masa berkualiti bersama anak akan tergadai..
    4. skrg ni sangat susah nak tegur anak2..tegur sikit merajuk..lari dari rumah..pengaruh rakan terlalu besar

    BalasPadam
  18. ni semua salah cerita jam 7 ptg... pe x nya laki rogol pempuan then nagis2 skit pastu berbaik2... yg lelaki x kene penjara or what.. jd hero bagai... mampus la generasi muda mcm ni.. bdk2 pon pk x pe kot merogol or samaerti dgn nya.. pastu c pempuan termengandung jd heroin siap d sanjung... entah pape cerita... xde moral langsung..
    seingat aku zaman aku membesar dulu xde pon cerita genre mcm ni.. #$$%##$$
    (mood: emo tetiba bc entry ko)

    BalasPadam
  19. Tu baru cium2 skt. Kote stim pun blm kluar lg

    BalasPadam
  20. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  21. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  22. yg prihatin jugak..18 Mei 2014 pada 1:00 PTG

    x sempat nk baca komen2 atas.. sorii..

    pendapat aku, apa yg parents boleh buat selain didikan agama, xyah bg henfon/smartfon sampai abis skola mngh.. kalo nk sgt pun bg je yg bole call n msg..
    henfon skang dh canggih mcm komputer. bole tgk pic, video, tgk internet, dan paling budak2 ni suka bole sorok gambar/video..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.