Halaman

Selasa, 18 Februari 2014

Bantah VS Boikot Astro: Mana lebih berkesan?

Bermula bulan November 2013 tahun lepas, bil Astro dinaikkan sebanyak RM6 sebulan untuk Sport Pack, dan RM2 sebulan untuk Family Pack. Selain daripada kenaikan bil, Astro sebagai satu2nya syarikat television satelit berbayar memang sudah terkenal dengan siaran selalu tergendala2 bila hujan lebat, masih ada iklan walau ia stesen TV berbayar serta terlalu banyak rancangan2 yang diulang. Disebabkan itu, sebuah NGO Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) membuat kempen Bantah Astro untuk membuat bantahan dan tuntutan terhadap Astro.

Gambar viral piring Astro dijadikan kuali masak ayam goreng, tapi sebenarnya gambar ni photoshop dari sini.

Berikut adalah kenapa kempen Bantah Astro ini diwujdkan serta senarai tuntutan mereka. Fanpage FB Bantah Astro juga telah diwujudkan dan kini terdapat lebih 28K Like. Aku rasa selain daripada tuntutan2 kat bawah tu, mungkin boleh tambah sekali perkara2 seperti mengurangkan program2 berunsur maksiat dan melalaikan, memotong dan menapis semua adegan yang boleh merosakkan minda masyarakat terutama kanak2 seperti peluk2, cium2, pakaian2 seksi dan lain2.


Tapi bila difikir2kan semula, apa point kempen Bantah Astro ni sebenarnya? Astro bukan satu keperluan pun macam elektrik, air, jalanraya, kenderaan, minyak petrol, makanan asas dan sebagainya. Orang2 yang berpendapatan rendah dan miskin bukan mampu pun pakai Astro. Kita pun bukan dipaksa oleh siapa2 untuk melanggan Astro ni pun. Kita sendiri yang memilih untuk melanggan Astro. So kalau kita bantah pun, aku tak rasa diorang akan peduli dan layan tuntutan2 tu sebab diorang bukan kerajaan, diorang adalah ahli perniagaan, dan selagi duit masuk, mungkin diorang tak rasa terkesan pun dengan kempen Bantah Astro tu.

Kalau korang tak nak pakai Astro pun, ada banyak lagi saluran TV2 lain iaitu TV1, TV2, TV3, NTV7, 8TV, TV9 dan TV Al-Hijrah. Bukan kita jenis tengok TV tiap2 hari pun. Kalau korang subscribe semua channel kat Astro pun, bukan korang tengok semuanya pun.


So sebenarnya satu2nya cara untuk menyatakan ketidakpuashatian kepada Astro adalah bukan dengan buat kempen, kutip tandatangan, buat petisyen, buat demo ke apa, tapi dengan menggunakan KUASA dan HAK PENGGUNA. Bagaimana caranya? Boikot dan terminate sahaja langganan Astro. Serius, tak mati pun kalau tak pakai Astro.


Atau kalau korang perlukan jugak Astro dan merasakan ia dah semakin mahal, downgrade sahaja pakej langganan anda dan buang mana2 channel yang tak perlu dan yang anda rasa boleh cari alternatif lain, seperti contoh channel tu dah boleh dilanggan dengan TM Unifi HyppTV yang harganya mungkin lebih murah dan berpatutan pada anda + boleh dapat Internet lagi. Ataupun mungkin korang boleh subscribe direct atau langgan secara terus di mana2 laman web Internet luar negara yang menawarkan saluran2 streaming untuk channel2 seperti ESPN untuk sukan, Discovery Channel untuk rancangan dokumentari, Nickelodeon untuk kartun dan lain2.


Camana nak ajar kerajaan? Melalui peti undi. Camana nak ajar ahli perniagaan? Melalui duit. Kalau kita ramai2 terminate atau downgrade langganan Astro, diorang tak boleh nak marah kita sebab duit kita hak kita. Kita ada hak untuk nak guna perkhidmatan mereka atau tidak. Dengan itu lama2 pasti mereka akan terasa kesannya juga dan akan mula menurunkan harga atau mempertingkatkan servis demi menarik pelanggan. Nampak macam mustahil bukan, tapi dengan KUASA PENGGUNA atau THE POWER OF CONSUMERS, takde apa yang mustahil.


Macam TM Unifi HyppTV pun banyak je channel filem, kartun, dokumentari, sukan, hiburan dan lain2 macam Astro jugak. Cuma kelemahan TM adalah mereka hanya content provider atau pembekal kandungan, bukan broadcasting company yang mencipta, menerbit dan menyiar saluran sendiri. So kalau anda peminat Maharaja Lawak, Meletop, Macam2 Aznil, Akademi Fantasia, Fear Factor Malaysia, Masterchef Malaysia, Imam Muda, Pencetus Ummah, Oh My English! dan lain2 lagi yang hanya ditayangkan di saluran2 terbitan Astro seperti Astro Ria, Prima, Oasis, Warna, Awani, Ceria, Arena dan lain2, cakap banyak pun tak guna, teruskan saja langganan Astro anda.


So satu2nya cara TM nak lawan dan pecahkan monopoli Astro adalah dengan menerbitkan saluran dan rancangan sendiri seperti rancangan pertandingan realiti mencari penyanyi, tukang masak, ustaz, df radio, pelawak dan buat undian melalui SMS, barulah dapat bersaing dengan Astro.


Btw ini hanya pandangan aku sahaja. Kalau ada pelanggan Astro nak bantah juga, takde masalah pun. Cuma aku masih berpandangan yang BOIKOT tu lebih berkesan daripada BANTAH.




tags: #bantahastro bantah astro vs boikot syarikat penyiaran satelit berbayar televisyen beyond byond hd remote decoder langgan subsribe channel saluran samm monopoli lesen kerajaan ananda krishnan kuasa hak pengguna

49 ulasan:

  1. Betul tu astro bukan satu keperluan pon x syok pakai boleh downgrade kalau syok teruskan menonton..ish tv pon jadi masalah pakai njoi bayar sekali tengok sampai mampus tapi ada tv bias aje lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika PKR yang memerintah, rakyat dapat tengok ASTRO percuma!

      Padam
    2. naik lg ada lah rasa nye............

      Padam
  2. saya tak pernah ada astro di rumah tapi MLM tak miss sebab Buasir Otak hahaha trimas :D

    BalasPadam
  3. mcm mna nk langgan astro secara murah...ada idea?

    BalasPadam
    Balasan
    1. try search "NJOI" kat google. tp still bawah astro.

      Padam
  4. Tak semua tinggal di bandar or tempat yg mendapat siaran tv yg jelas n terpaksa melanggan astro utk menonton tv.. Krn hiburan juga keperluan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. manusia mana yg jadikan hiburan sbg keperluan nih? hiburan cuma kemahuan, bkn keperluan. kau xkan mati tanpa hiburan... dan hiburan bkn sekadar astro & televisyen shj. kalau kau enjoy baca Al-Quran, itu jgua adalah sejenis hiburan juga bg kau... itupun kalau kau enjoy la... tp kalau Al-Quran pn bukak setahun sekali, xtau nk ckp apa la... btw kalau org luar bandar yg dh mmg kurang mampu nak bayar astro, xpayahla langgan astro, xpun ambil pakej yg minimum je lah sekadar utk dptkan siaran tv basic yg jelas... itu pun nak kena ajar ke?

      Padam
    2. alahai yg ko emo sgt apsal, dia just nyatakn pendapat dia, ko kondem mcm dia xbca alQuran bagai, cantik btl peribadi ko

      Padam
    3. Hiburan? Internet, radio, buku ada. Berkebun dan pelihara haiwan pun leh jd hiburan. Byk jenis aktiviti utk hiburkn diri, bkn tv je

      Padam
    4. Tanpa Nama18 Februari 2014 9:20 PG...kau xperlukan hiburan ker...mungkin kau stp ms baca Al-Quran..baguslah..tp agama sendiri x membenarkan hiburan yg x melalaikan..hiburan drp tv bkn semata2 tgk af or maharaja lawak....tgk berita..bola..juga hiburan.

      Padam
    5. Btl kata Tanpa Nama... Kalau rumah aku blh terima siaran tv biasa,jgn hrp aku nak langgan astrok ni. Tp,kondo blkg rumah ni punye pasal...hbs semua siaran tv hilang gambar. Grrr!!!

      Padam
  5. memang astro ni terlalu lalu melampau bil semakain2 naik tapi rancangan macam nk mampos asyik2 je ulang2 citer sampai bosan sebosannya baik tgk TV1 je lagi baik

    BalasPadam
  6. thanks sharing bro, boikot lebih menusuk kalbu kot :D

    BalasPadam
  7. nak boikot terus xleh jgk sbb nanti lsung xde siaran tv
    so ambik pakej paling minimum ;)

    BalasPadam
  8. Papepun harga Astro xkan maintain smpi 10-20 taun tanpa kenaikan, bila dah ada sistem gaji minimum, semua naikkan harga barang n perkhidmatan bermula 2014. Pasal Astro ni, kalau x suka harga mahal x payah tgk, check youtube je la..even kenaikan RM5 sahaja sebulan terus boikot. Tp rokok RM12 sekotak beli more 10 kotak sebulan x boikot pulak, naik RM4 dr harga lama dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ingt semua org isap rokok ka sekali bab1 2 pun isap rokok? perbandingan ko bodoh la yg last tu, intro dh nmpk matang tiba2 last mcm bodo =.= seriously!?

      Padam
    2. psl rokok nk boikot agak susah, sbb nk berhenti payah, kalau astro korg nk hentikn senang je...

      Padam
  9. ada astro, bayar tiap2 bulan..tpi tak sempat nak tgk tv pun.g keje pagi,malam baru balik.rasa mcm nak benti langgan astro,tp kadang2 family dtg umah,nak tgk astro

    BalasPadam
  10. Boikot lg berkesan. Astro ni monopoli, xkan jadi apa bantah2 selagi pengguna masih langgan servia mereka. Consumers are at their mercy.

    BalasPadam
  11. Mcm gua. sebenarnya bukan gua nak langgan sangat astro. masalahnya gua dah guna antenna tv biasa. Tapi chanel yg dpt hanya tv3. tu pun gambar xclear. so nak x nak terpaksa la gua pasang astro. 40 ringgit sebulan. gua rasa ramai yg pasang astro sbb xdpt siaran guna antenna biasa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lu duduk kampung mana ni? Ce pakai booster.

      Shalom

      Padam
    2. aku pakai booster pun tak clear la..

      Padam
    3. Sama la kite. Kalau bkn psl x dpt channel lain,jgn hrp la nak pakai astrok ni. Pakai booster pun dah berganti sampai 3x tp gambar mcm kerlipan bintang je. Kdg sampai naik sakit mata nengok. Sudahnya,surrender jgk..terpaksa la ambik astrok ni jgk. 😠😠

      Padam
  12. SAMM memang ad org ambik bert ka psl diorg ni? lagi pun diorg n ejen bangkang, tp memang betul bantah memang x sesuai ngan company astro tu.

    BalasPadam
  13. nak tengok bola je sebenarnya langgan Astro tu

    -admin-

    mahu kain pelekat versi seluar? sila pm saya.

    BalasPadam
  14. bangang langgan astro. Skybox kn ade. wadehal.

    BalasPadam
  15. iklan mengalahkan siaran TV percuma

    BalasPadam
  16. dah lama tak pakai astro pakai netflix & hulu plus lagi untung malah halal bukan macam skybok

    BalasPadam
  17. Malaysia belum demokratik lagi. Memandangkan masih menolak LGBT (lesbian, Gay, Bisexual & Tran-gender). LGBT mempunyai hak untuk mengamalkannya..

    BalasPadam
  18. sape nak pakai netflix / hulu ...leh contact saye mousqy@hotmail
    RM 120 / setahun ....wajib ade atleast 5MB line internut

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni pasti halal & toyyiban ke? Lulz..

      Padam
    2. Saya takde line internut.. mana nak cari line internut? Puas cari tapi tak jumpa..

      Padam
    3. internut merupakan sesuatu yang lebih canggih mengatasi internet.

      Padam
  19. Dulu masa dapat result spm seronok sgt sbb dpt masuk u, kawan pula bodo 1A pun xde. Sye dpt masuk ums, kwn pula masuk kolej uni pe tah utk lepasan spm bodo. 5 tahun berlalu kmi grad, pohon mcm2 jabatan xdpt, plg kuat kontrak. Last choice pohon kpli tup2 jumpa kawan yg x pndai tdi dpt kpli. Dasar bn bodoh! Bila anak minta duit nk beli buku sye ckp x payah lah belajar rajin2 sgt result cukup mkn sudahlah nnt ayah hntr masuk kolej klua boleh kerja kerajaan juge, klu org pertikai dasar tidak adil BN ni ckp je rezeki tuhan beri hbs cerita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko tu pun bukan pandai sgt. sbb tu masih merangkak2 cari kerja pastu menyalak salahkn org lain. dah2 pi menyalak kt bukit sana syyuhhh syuhh

      Padam
    2. ayat bongkak habis. jgn salahkan tuhan la kalau ko tak dpat keje dan hidup tak berjaya. org tu bodo...org ni bodo..kalau semua keliling ko bodo..mungkin ko patut muhasabah diri tu sikit sbb sebenarnye ko yg bodo

      Padam
  20. Astro ni ibarat, dah dapat dua-dua paha, nak yang ITU pula..

    BalasPadam
  21. Berbeza dengan Sarawak, peralihan kuasa di Selangor bermula agak kalut dalam kalangan pakatan pembangkang. Keputusan Ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, Lee Chin Cheh meletak jawatan menimbulkan tanda tanya. Pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di Kajang pula mencetuskan teka-teki kemungkinan Khalid digantikan.

    Logiknya, jika menang di Kajang, tidak mungkin Anwar mahu berketuakan Khalid. Ironinya mereka menafikan kemungkinan Khalid letak jawatan dan Anwar dicadangkan sebagai Menteri Besar baharu. Dewan Ulama PAS dan PAS Selangor paling lantang mengkritik ‘Serampang Kajang’ PKR, manakala DAP pula seolah-olah terkejut dengan langkah Anwar. Apa pun Anwar kelihatan mahu menumpukan sepenuhnya pilihan raya kecil DUN Kajang Mac ini daripada mempolemikkan isu siapa Menteri Besar.

    Namun, jalan ditempuh Anwar masih berliku. Ahli Parlimen Permatang Pauh itu masih punyai ‘halangan’ demokrasi dan raja berperlembagaan sebelum menjawat Menteri Besar di negeri paling kaya itu. Namun nun di Kuching, Adenan sudah boleh merangka pelan pembangunan dan visinya untuk rakyat Sarawak menjelang angkat sumpah Mac ini. Likunya juga besar kerana kepelbagaian politik Sarawak menuntut kebijaksanaan Adenan menguruskannya.

    BalasPadam
  22. Ini sebabnya aku tak pernah ada dan tak pernah terniat utk ada astro dekat rumah...
    But yes, rancangan2 mmg best. Tp byk lg alternatif nak ikut rancangan2 tersebut...
    Berlambak blog2 dan forum2 offer free download utk rancangan2 camni...
    Donlod je laa...hahahaha

    BalasPadam
  23. hello astro.... sy dah cancel kan akaun sy aritu kan??? huhuh..nasib aku xpki astro...

    Letak Link anda disini : Exchange Link.

    BalasPadam
  24. Salam bro aku ni cari mkn dgn astro kalau x suka astro potong jer x payah pakai astro senang habis cerita apa nak pening kepala

    BalasPadam
  25. aku penah tak pakai astro..mslahnye nak carik channel manual macam lahanat..dapat tv 3, tv lain jahanam..rtm langsung xde bayang..nak buat camne tak langgan astro..dari langsung x tgk tv,,kejung jugak..

    BalasPadam
  26. aku x langan astro x dak masalah pun, bkn nonton sangat ....., p ja kedai makan/mamak pekena teh tarik secawan duduk sampai habis filem/perlawanan bola....atau lain-lain............

    BalasPadam
  27. apa nak gaduh2. kau orang mampu teruskan. tak mampu buat cara aku. tak pernah bayar asto. bini aku bayar beb..............tapi langgan yang murah aje. kawasan rumah aku kalau tak pasang hidung dia senget. mata tejojol keluar. kepala orang seperti elien.

    BalasPadam
  28. Nak tanya ....siaran satro ni siapa yg control..........kerajaan ke.... atau astro sendiri jalankan tanpa ada kawalan dari kerajaan........harga ikut suka dia aje..... nak naik dia naikkan sendiri....... masa promo kat pelanggan cakap harga tak naik sampai bila-bila.. bila dah masuk.... tak sampai setahun dah lain jadi bayarannya.........tiap kali lambat bayar cepat2 dipotong siaran walau pun belum sampai due date.... bila sambung caj dikenakan sebanyak RM20...... astro makan macam tu aje dah berjuta juta ringgit....... nak masuk siaran senang aje...sebut aje dah sampai nak pasang.....tp bila nak hentikan siaran macam macam kita kena uruskan......notis sebulanlah.......tu bukan ape nak makan duit kita lah dlm sebulan tu....punya susah...... !!!!! kita mampu takat yg kita mampu..... tp pihak astro dia naikkan harga sampai gaji kita yg sebulan habis bayar kat dia.....tolonglah sikit kerajaan........pantaulah sikit astro tu......

    BalasPadam
  29. Sape nak beli ANDROID TV BOX, DECODER SKYBOX, OPENBOX, CLOUDHD....Harga murah kasi. Boleh pos@COD di Sunway,PJ.
    Jika nak langgan MYIPTV, HDTV, HUAT88TV, CLINE/ CCCAM.....
    Boleh PM or Whatsapp sy 013-3332502

    BalasPadam
  30. rumah sy ade psng astro sampai skrg pun x ade bantah pun

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.