Halaman

Rabu, 19 Februari 2014

Sampai bila murid tahfiz akan terus kutip derma?

Sekarang timbul balik isu perhambaan anak yatim dan murid tahfiz yang digunakan untuk menjual barangan dan mengutip derma bagi Pusat Tahfiz Amal (PTA), Yan, Kedah serta pengetuanya yang dikatakan menipu serta hidup dengan mewah. Murid2 sekolah tahfiz ini seringkali kelihatan di stesen2 minyak, kedai2 makan, R&R serta di merata2 tempat sehingga ke lewat malam tanpa pengawasan orang tua untuk mengutip derma di seluruh negara, malah aktiviti ini sudah lama dijalankan lebih dari 10 tahun.


Sebenarnya isu ini dah lama dibangkitkan sejak beberapa tahun yang lalu, terutama oleh seorang jurnalis TV3 merangkap blogger iaitu Mazidul Akmal Sidik di blognya bermula tahun 2010 lagi! Boleh baca antara artikel, laporan dan pendedahan beliau mengenai isu ini:


Yang jadi sangat peliknya, kenapa sikit punya lama isu ini nak selesai? Ke mana pihak berkuasa dan pihak berwajib yang seharusnya mengambil tindakan? Adakah mempergunakan murid tahfiz untuk mengutip derma atas nama sekolah tahfiz bukan suatu isu yang besar dan berat? Adakah dakwaan yang mengatakan pengetua PTA hidup senang lenang sedangkan pelajarnya sengsara ini hanya perlu dipandang ringan? Tidak mengapakah berdusta atas nama agama ini?

Ke mana ahli politik, para pemimpin dan ugamawan yang seringkali menjadi juara bila pelajar genius Malaysia menjadi pelacur di luar negara dan anak2 ibu bapa Malaysia yang ditahan di negara Sweden kerana didakwa memukul anaknya kerana tidak sembahyang? Ke mana insan yang membantu membebaskan seorang pelajar Malaysia di Mesir ketika negara itu sedang bergolak?

Sumber gambar
Kenapa bila isu yang melibatkan rakyat Malaysia di luar negara, masing2 laju je bertindak dan nak jadi juara, pergi ke luar negara membuat lawatan, berusaha untuk membantu dan membawa pulang mereka balik Malaysia, tapi bila isu perhambaan kanak2 yang dah berkurun2 lamanya berlaku dalam Malaysia ni sampai sekarang masih tidak selesai dan pelajar2 ini masih tidak diselamatkan daripada perhambaan ini? Adakah kerana isu dalam negara ni lebih low profile dan kurang publisitinya?

Mungkin selain daripada Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak (PERMATA), pihak kerajaan perlu tubuhkan Program Asuhan, Didikan dan Jagaan Kanak-kanak Yatim (BERLIAN) yang programnya fokus kepada memberi pendidikan serta membela nasib anak2 yatim di negara kita.


Di kala kanak2 lain sedang belajar dan bergembira, di suatu sudut lain terdapat kanak2 yang terpaksa berjalan, berdiri dalam kepanasan untuk mengutip derma, tidak mendapat pendidikan yang sempurna, perasaan gembira itu jauh sekali, serius tak rasa kesian ke?


Bagi murid PTA yang masih mempunyai ibu bapa dan dihantar oleh mereka ke sekolah tahfiz tersebut, bukalah mata anda. Takkan anda sanggup anak anda diperhambakan untuk mengutip derma? Anda hantar anak ke sekolah tahfiz untuk mereka menjadi tahfiz atau kutip derma?


Bagi kanak2 yatim piatu pula, ya mereka yang tak minta pun jadi anak yatim piatu, sudahlah mereka seringkali dipandang rendah dan hina oleh masyarakat, dipaksa pula melakukan kerja2 yang tidak sepatutnya mereka lakukan. Cukup2lah tuh wahai Melayu sekalian.




tags: mangsa murid pelajar anak yatim kanak2 sekolah pusat tahfiz amal hafiz pta yan kedah al-falah dera penderaan hamba perhambaan kutip derma jual cd ubat minuman bongkar dedah laporan mazidul akmal sidik mas blog stesen minyak r&r kedai makan pengetua sm amin ajaran azhar wahab al-mansur holdings

16 ulasan:

  1. errrrrmmm...yang awok musykilkan.... pihak berkuasa dah tau tempat tu... apelagi rush... tangkap ketuanya... budak2 tu...bawak masuk sekolah yang betoi2 berdaftar dan disahkan ........ kesian bebudak tuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin benda ni tidak akan terjadi jika PKR yang memerintah. Malah Pusat Tahfiz akan melahirkan ribuan ilmuan terbilang setanding Albert Einstein.

      Padam
  2. Bang, tempat2 mcm ni senang masuk U. Dulu ade kwn kg keladi, upsr hancur, bapa nk tutup malu hantar ke maahad masyhur, tup tup boleh masuk uia, cikgu sekolah rendah terkejut sbb dlu bodo ya amat, last2 kantoi gak biler jdi jaqaf lansung x mcm bdk u pun nmpk sgt menipu.

    BalasPadam
  3. Aku dah 2 kali dema kat budak2 ni,bila ak tnya sekolah kat mana budak tu cakap sekolah kat tengah sawah padi,bila ak tnya dekat dgn maktab mahmud tak??terus budak tu senyap dan kata tak tau maktab mahmud tu kat mana,aku pon musykil gak tapi aku bagi jugak la kesian tengok budak2 tu tapi aku halalkan kalau duit aku bagi tu untuk jalan yang betul tapi ak haramkan kalau untuk tujuan yang salah

    BalasPadam
  4. Btw yg menyentuh ati sbb gua pun anak yatim. btw, yg gua nampak kerajaan jenis pilih bulu. seseorg yg ade duit n kedudukan laju je puak2 diorang nih nak bela. Anak kera dlm hutan sibuk nak bg susu anak sendiri mati kelaparan.

    BalasPadam
  5. ▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼ ▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼










    ▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼▀▄┬┴┼

    BalasPadam
  6. Kat klang ni ramai giler kot budak2 minta derma/ sedekah. Kesian budak tu. Tersengguk2 ngantuk. Tapi mak dia jenggil2 mata drpd jauh.
    -admin-

    Minat dengan pelikat pants by afdlin shauki maharajalawak? Meh terjah blog aku

    BalasPadam
  7. "Adakah kerana isu dalam negara ni lebih low profile dan kurang publisitinya?"

    True indeed akhi PON..isu kurang popular ni masyarakat pejam mata, apatah lagi pihak berwajibun..

    Kalau tak silap, gomen kedah kata nak setelkan isu ni..pernah terbaca kat akhbar..tapi sonyap je..

    BalasPadam
  8. Aku dulu penah gak wat keje2 gini..tp itu tmasuk assignment praktikal bhgian sosial..dan, kami bukan mintak sedekah...jual barang..itupon ad turn..skali je seumur hidup..xdela smpai jd keje tetap..lg satu ad syarat.16tahun ke ats je yg tlibat..tngok pncapaian akademik, prestasi mcm2, bru bleh..then, lepas kes budak2 al-mansur ni accident, terus kitorang yg xde kne mngena ni xleh outing dh.takut terpalit sama..lg2 yg prempuan..dh sejuk kes tu hanya budak laki je yg bleh tlibat praktikal tu.. Ape yg PTA ni buat mmg melampau..smpai tahap alfatihah pon ad yg bace sangkut2, ak xleh trima.. TOLONGLA tangkap pakcik Sm amin tu..tolongla..

    BalasPadam
  9. bebudak ni pun suka kutip derma. dorang pun dapat bahagian dorang. nak cakap apa.

    BalasPadam
  10. Masalah ni kalau diorg nak bgi selesai senang je.. Buat kerja senyap.. Upah pembunuh upahan untuk 'pindahkan' sm amin ni ke alam barzakh.. And done.. Komfem almansur ni tutup.. Tapi tu la.. Mmg pihak2 bertanggungjawab ni x nak buat ape2.. Nak banyak ckp je.

    BalasPadam
  11. sebab takde dapat kepentingan coverage politik pun kalau tutup.baik BN and PR sama je.sebab takleh nak jadikan isu untuk saling menyalahkan dalam maahad tahfiz ni...

    cuba kalau korang penah jmpa diorang,tanya bilanya hafaz Quran ataupun bebuat tanya surah ke berapa ayat ke keberapa....bebudak ni diajar oleh ustat haramjadah diorang untuk pandai menjawab.memang korang akan rasa nak lempang je budak ni bila diorang menjawab.

    bole plak dia jawab hafaz Quran bila-bila pun bole...

    BalasPadam
  12. salam~noob ni ko lupa link ni sekali ke?

    http://www.tv9.com.my/beritatv9/jenayah_1362644420/Dakwa_Wujud_Eksploitasi_JAIK_Buat_Lawatan_Mengejut_Ke_Pusat_Tahfiz_Amal.html

    BalasPadam
  13. Yg menyampah org politik ni..mana2 isu yg boleh bawak kepentingan politik terutama yg high profile terus dibantu n masuk tv. Kalau kes2 mcm pengutip derma kat petrol station, mls ambil port. Byk org yg susah yg sgt2 diperlukan bantuan, tp benda remeh temeh yg sibuk org politik layan.

    BalasPadam
  14. Selagi ada org bagi duit kt budak2 ni, sampai bila pun isu tahfiz amal ni takkan selesai. Bisnes guna budak, guna agama masih untung ma...

    Nak harap pihak berkuasa dan NGO, mereka hanya bertindak bila ada kepentingan je. Itu fakta. Tahap kita, sudah2la nak salahkan org lain x amik tindakan, x jadi apa pun.

    Berhenti bagi duit je. Bkn dpt tolong budak2 ni pun.

    BalasPadam
  15. sehingga kerajaan benar-benar prihatin dan mengambil berat spenuhnya institusi pendidikan agama islam..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.