Halaman

Ahad, 6 April 2014

Anak terlajak bijak = ?

Kita selalu mendengar kisah anak menyebabkan ibu bapa mereka kesusahan, disisih, dipenjara dan dibunuh. Tu belum masuk lagi anak menyebabkan ibu bapa menyerang cikgu hanya kerana cikgu kata anaknya bodoh atau didenda. Makin bijakkah anak-anak zaman sekarang?


Ya, bagi aku anak-anak sekarang makin bijak. Bukan bijak dari segi pelajaran tetapi dari segi nak pedajalkan orang lebih tua seperti ibu bapa mereka, cikgu, jiran dan apa jua yang melibatkan individu lebih tua. Banyak contoh boleh diperkatakan dalam nih. Kita dikecohkan dengan penahanan ibu bapa warga Malaysia di Sweden kerana “mendera” anak mereka. Terkini anak berumur 18 tahun bunuh ibu sendiri sebab tak dapat smartphone. Anak-anak kini raja dan permaisuri dalam rumah.


Aku mulakan dengan topik ibu bapa dipenjara kerana “mendera” anak mereka. Siap arahkan membayar denda pada anak mereka. Pehhhh, untung siut tinggal di negara tu. Budak-budak boleh jadi jutawan macam tu. Bukan bab tu aku nak ulas tapi dari apa yang aku follow kes tu, purata bahan bukti adalah hasil saksi yang mendakwa “mangsa” didera sehingga “fobia”. Mujur cikgu yang baik budi pekerti melaporkan pada polis. Hasilnya penjara dan denda kepada ibu bapa yang “kejam” itu. Semua saksi menyatakan “mangsa” cerita telah didera bertalu-talu dan diugut sehingga “ketakutan” yang teramat sangat. Walhal kita semua tau ayat budak-budak nak minta simpati dari orang macam mana. 1 peristiwa kecil boleh dijadikan novel setelah tokok tambah oleh anak-anak.


Orang tua aku beri sedikit respon lebih-lebih lagi mak aku yang super garang. “Kalau korang yang buat, dah lama aku suruh cari mak bapak lagi baik dari kami dua”. Dan ayat paling aku suka dari respon mak aku “Korang kata hidup korang macam dalam neraka kan, meh aku kenalkan the real neraka kat korang”. Orang tua aku sendiri setuju yang budak sekarang dah terlajak bijak. Tahu cara untuk balas dendam pada ibu bapa sendiri tanpa fikir kesan selepas tu. Berbeza dengan kita dulu, walaupun kita rancang nak balas dendam tetapi kita tetap fikir kesan lepas balas dendam tu. Istilah lari dari rumah teramat jauh sekali untuk dilakukan sebab tau mak bapak aku tak akan pergi cari. “Kalau korang nak lari dari rumah, lari lah, aku nak tengok korang leh hidup tak” antara ayat keramat orang tua aku.


Ramai orang kata salah ibu bapa gagal mendidik anak-anak sehingga anak-anak terlajak “penuh ajar”. Tapi bagi aku, tak semua mak bapak gagal tetapi sikap dan pendedahan yang si anak cari membuatkan ia berlaku. Ditambah budak-budak sekarang pandai berlakon, maka wujudlah gejala “Anak aku baik, anak ko yang ajar anak aku jadi jahat”. Tu tak termasuk anak jadi batu api. Ada yang cakap budak tak cukup akal lagi tu jadi mcm tu. WTH?? Hanya sebab tak cukup akal leh buat kita terima kesalahan dia? Sebab tak cukup akallah kita kena bagi dia sedar akibat kesalahan dia. Yang mak bapak tatang anak macam emas menolong terukkan lagi masalah ini.


Banyak kes cikgu dimaki hamun oleh parents sebab kata anak dia bodoh. Kalau cikgu tu yang meroyan tak apa juga, nih sememangnya anaknya seorang yang bodoh. Semua benda tak tau tapi berlagak serba pandai dan kurang ajar dengan cikgu. Tu belum lagi kes pukul dan tetak cikgu oleh keluarga keluarga budak-budak tu. Salahkan cikgu sebab anak dieorg kurang ajar dan jadi sampah masyarakat. Wehhh, cikgu adalah orang dibayar gaji untuk mengajar anak korang di sekolah, bukan untuk mengasuh dan dijaga 24 jam. Ingat cikgu- cikgu tu tak ada anak-anak jugak ke nak dijaga?


Bunuh mak bapak sebab tak dapat apa yang diminta tu dah cair tahi telinga aku dengar. Majoriti yang lakukan adalah Mat Pet. No komen tuk masalah mat pet nih. Tapi kalau kes sebab tak dapat PS4, Xbox, tablet, smartphone dan apa-apa gilaan remaja, memang shit brick la. Aku tak leh pikir apa yang ada dalam pala otak dieorg. Maybe otak dah buasir tahap dean menyebabkan jadi mcm tu. Ke dieorg anggap sebagai parents kena ikut segala kehendak mereka?

Jangan terkejut kalo korang terdengar “Mak bapak aku adalah hamba aku”.

27 ulasan:

  1. 1st! yahoo!! alhamdulillah....

    yg sampai nak bunuh makbapak serius tahi bodoh...terutama mat2 rempit isap ganja ni...pastu nak legalise ganja....nanti makin parah la masyarakat kita......

    BalasPadam
    Balasan
    1. ibubapa kini melahirkan tuan
      tuan ni berkuasa menghukum
      tuan ni boleh bunuh kalau dah x suka lagi
      tuan ni adalah raja dan ibubapa hanya hamba
      kepada ibubapa diluar sana berhati2 dgn anak anak kalian
      didik lah elok2 huhuhu

      Padam
    2. budak sekarang dah pandai arahkan orang tua buat itu buat ini. sedih melihatkan situasi ini.

      Padam
    3. peguam PKR yang cadang nak legalkan ganja ni..

      Padam
  2. budak budak sekarang ni manje lebih...

    BalasPadam
  3. Bukan lahirkan seorang anak.tapi lahirkan seorang bos atau raja.puihhh

    BalasPadam
  4. Dah petanda kiamat makin hampir. Mak bapak jd hamba pada anak2..

    BalasPadam
  5. Zaman dah berubah.. anak-anak dah tak hormat ibu bapa seperti dulu lagi.. :(

    BalasPadam
  6. cara didik ank zmn skrg & dlu sgt bbeza... bdk2 dulu mngkn xbrapa pndai, tp ad kthanan mntal yg kuat, pndai brdikari, rspect guru thp super.... so klu stakat kna marah, maki & kna tibai ngan rotan kecik kt skolah xdk hal sbb kt umah biasa kna lg teruk... tp zaman skg cra didik mngunakan 'PHSYCOLOGY' la konon... tu yg trlrbih mnja. Pd ak, cara trbaik utk didik anak skrg adalah dgn mngabungkan element didikan zmn dulu & skrang berdasarkan kesesuaian situasi... fuh! ssh sbnrnya nk mndidik anak ni!...

    BalasPadam
  7. Ana pernah terbaca satu rungutan ibubapa yang ringkasnya begini kebiadaban dan keruntuhan akhlak anak-anak masa kini berpunca daripada guru yang tidak layak. Bayangkan kawan sekelas anda dulu yang tidak pandai dalam akademik, apa sebabnya? 1. Menjawab cakap cikgu 2. Tak buat kerja rumah. 3. Tak buat kerja cikgu 4. Buat kerja lambat kerana malas 5. Tidak pernah dapat no 1,2,3 atau terbaik subjek atau anugerah kepimpinan pengawas kerana malas dan akhlak buruk. Akhirnya masuk sekolah biasa seperti sek men derma di situ pun tidak pernah naik pentas kecemerlangan yang dengar kena tangkap rambut panjang, hisap rokok, ponteng dsb. Lepas SPM pula hanya dapat masuk kolej orang tak pernah dengar macam kustem. Bila grad tiba-tiba dapat masuk kursus ringkas setahun setengah untuk jadi guru?! Cukupkah latihan sesingkat itu untuk guru begini? Guru maktab yang tidak pandai akademik latihan diberi ialah 5 tahun. Guru pandai akademik layaklah 1.5 tahun TAPI adakah guru begini layak latihan hanya 1.5 tahun?! Tidak hairanlah moral dan akhlak remaja sekarang merudum, nak salahkan ibubapa? Masyarakat? .Selak kain sendiri dan lihat di dalamnya ianya berpunca daripada dasar kerajaan tamak kuasa dan guru yang tidak layak!

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) soal jawab di Fb page Nurkedepan Twitter #nurkedepan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takat SPM 10a dalam zaman sekarang nye SPM... lg high value 7c SPM b4 tahun 2002 dan pangkat 2 dlm SPM b4 thn 2000... ko jgn nak bising sgt la sbb exam math n add math ko ada objective... konon pandai sgt la 5a keatas tu... walhal silibus mcm bdk tadika... masuk U nganga sbb x paham... SPM 10a skrg umpama pangkat 3 SPM 1990... silibus mengarut... stok bg bdk score je... apa yg penting A berlambak... kualiti masuk lori sampah... Hasil... wujudlah insan bermentaliti mcm KEDEPAN...

      Padam
    2. Ko tipu :D

      Ibubapa mintalah guru-guru pamer result UPSR dan SPM di papan kenyataan sekolah agar murid-murid tahu mereka kena tipu :D

      Padam
    3. Terselah kebodohan KEDEPAN... Balik sekolah, bdk2 tanya mak bapak dia... naper cikgu dulu UPSR 4 subject je? naper SPM cikgu x de + -? x de a b c? aper tu MCE?

      Ko nak cikgu yang mengajar BM tunjuk result Math die A or x ye? x de nilai pun A math die dah.. sbb die cikgu BM... patut BM die yg A....

      Ko patut suruh cikgu2 letak soklan SPM dieorg dulu... bg bdk2 mcm ko terbeliak mata tgk soklan dulu mcm ne... suruh bdk2 SCORE nak mampus try jawab soklan SPM n MCE dulu... nak tgk ko leh jawab x...

      Padam
    4. Hentikan saja dakyah bodo KEDEPAN ni..takkan kemana punyer..

      Semua orang nak idup.. pepandai la nak pilih jalan dan cara nak idup..tak semua doktor2 capai 3A dalam aliran Science A level. Apatah lagi jika nak harapkan 5A dlm SPM..

      Baik lagi pegi tolong orang spastik, lagi bagus membebel pasal KEDEPAN ni..

      Padam
    5. Ko tipu, mak bapa aku pakcik makcik dan sepupu sepupu aku boleh skor LCE bermakna nko bodoh :D

      Padam
    6. LCE? dooohh... org sebut MCE... ko duk bising LCE... mcm bdk2 form 1 bangga gle UPSR 5a... hahaha

      Padam
    7. Janji ko x dpt 5A.. bodoh!.. sokong KEDEPAN.

      Padam
    8. 5a tapi BM BI Math dpt G, bijak2..

      Padam
    9. KEDEPAN ni butthurt dgn sekolah derma & kustem (yg sudah bertahun2 lamanya tukar nama ke UMT, dulunya branch UPM) ke? hellooo, bebudak metrikulasi 3 pointer & above masuk kustem/UMT ok??? fyi, UMT adalah antara local univs yg terhebat dlm rekod penyelidikan (diiktiraf & disebut dlm rencana tv pendidikan), terutama dlm bidang oceanography & perikanan yg power..kalau kau nk kutuk sgt, kau sebut la mn2 ipts ke uitm ke, itu logik la jugak bebudak lingkup spm yg masuk..b4 kau nk buat apa2 statement, better do your research properly la bodoh..haaa kn dh kena bodoh sedas..

      Padam
  8. dulu zaman budak2, kalo nk something tp parents x bagi, sanggup ikat perut tak makan sbb nk simpan duit belanja makan utk beli barang keinginan.. budak skrang? bunuh parents.. nauzubillah.

    BalasPadam
  9. Ada seorang perempuan budak form 4.Dia ni kat sekolah memang takde kawan sebab semua orang tak nak kawan dengan dia.Mula2 kesian la jugak,tapi bila dah kenal sikit2 memang perangai macam hampeh.Gedik.Tak habis2 dengan cerita abang angkat lah,adik angkatlah segala2 yg terangkat.Dah lah suka keluar dengan lelaki.Yang tak boleh blah mak dia bagi tu.Dia kata mak dia lagi suka kalau lelaki tu datang jumpa mak dia.Siap buat video call bagai dengan lelaki yang kawan ngan anak dia ni.Kalau boleh 24 jam nak cerita pasal lelaki..lelaki dan lelaki...Yang paling tak boleh blah mak dia suka belikan baju yang seksi2 tu anak dia.Haih.

    BalasPadam
  10. Black, aku rasa dalam kebanyakan situasi msalah ni akan reflek balik kat mak bapak juga, kalau kita cermin anak2 tu yang nampak kat cermin bukan anak tapi mak bapak. Cuma aku boleh kalau nak salahkan lah mungkin pada persikataran yang tak lagi kondusif, kalau macam kes Sweden tu, yang ada kapasiti berfikir lebih matang adalah Mak bapak, bagaimana mak bapak harus sedar akan keadaaan sosial kat sana yang tak sama dengan keadaan masa mereka dididik kat Malaysia, mungkin ada pengolahan yg lebih dinamik supaya didikan oleh mak bapak dapat disesuaikan dgn keadaan sosial tapi tidak lah meninggalkan prinsip2 utama yg mereka cuba tekan kan. Satu lagi anak2 sekarang ni kurang ksih sayang je..mak bapak sibuk atau terpaksa berkerjaya sambil balik lewat petang, jadi anak2 terpaksa hantar kat mana2 pusat jagaan. Kehadiran mak bapak dalam hidup anak2 cukup penting sbb aku rasa dengan kehadiran di mana anak2 dapat nampak, bercakap, tolong menolong, berriadah bersama si mak bapak saja sudah cukup utk semai kasih sayang. Ada kajian, yg mana anak2 atau bayi yang tak pernah disentuh akan akhirnya mati..

    BalasPadam
  11. Zaman dah berubah..dan akan berubah lagi mengikut keadaan sesuatu masa lagi...

    semua umat terkena kejutan budaya..masing2 kelam kabut cover mengcover diri masing2..

    Ujian demi ujian tak mampu ditepis dan tak terjangka bila ianya mendatang.. bagi yg tak kena atas batang hidung sendiri, bisa saja merungut komplen berbagai2.. bagi yg diuji atas bayang tubuh sendiri, tidak faham apakah lagi khidmat terbaik perlu dilakukannya lagi..setiap ibu bapa, semuanya mahukan yg terbaik dicurahkan kpd anak2.. apabila tanaman tak menjadi, hanya empunya badan yg boleh menilik apa yg tak kena.. kita boleh bersorak bersedih dan ber-apa2 saja.. tiba masanya, kita pun akan bingung spt mereka juga.. insyaAllah..

    BalasPadam
  12. anak-anak mewarisi gen ibubapa. kalau ibubapa masa muda kaki romen, main judi, minum arak, kaki clubbing nak harap anak-anak perangai elok? ptuihla!

    BalasPadam
    Balasan
    1. So ibubapa x perlu berubah le yer? x perlu bertaubat le yer? sah mak ko dulu kaki romen tu dpt ko kaki romen gak kan

      Padam
  13. This is very fascinating, You're an overly professional blogger.
    I've joined your rss feed and stay up for in the hunt for more of your excellent post.
    Additionally, I hasve shared your website in my social networks

    Here is my blog post; sexercise workout sexercise new york times sexercise book
    (http://www.xingguoche.com/member/space.php?uid=48513&do=blog&id=44921)

    BalasPadam
  14. Mmg btul tu bdak2 mmg besar kpla, aku tk tgk org pain aku tgk kakak n abg aku sdri, dgn ank perg dlu masa form 5 kak aku nak bgi tel 3310 tpi abg aku tk bagi SBB menatang APA lah skrg ada anak drjh 1siap ada tablet lgi, tel ada 1,. Akak aku plak anak 12,10,7 thn dah ada tel sdri, skli mengamuk pecah beli lain smpai ps2 dua kali rosak beli lain.ikut kehendak anak2 Sgt. Aku tk thu lah mak bapak skrg. INI jadi pengajaran aku masa DPN nti

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.