Halaman

Isnin, 7 April 2014

Antara hot stuff Melayu dan red people Cina

Sekarang sudah menjadi trend ramai budak2 Melayu baru nak up yang baru lepas akil baligh mahu menjadi popular dan hot stuff dengan mengutip ramai follower2 di FB, Twitter dan Instagram dengan menulis status2 sampah copy paste mengemis LIKE. Ada juga yang suka memakai fesyen baju2 yang pelik2 dan seksi berkumpul dan melepak di shopping2 mall seperti Pavillion sambil mengambil gambar, berselfie bagai tiada hala tuju. Percintaan kudus di kalangan mereka juga bukanlah suatu yang baru. Trend ini juga sudah menular di kalangan generasi muda yang belum potong kulit lebih dan tak layak pakai pad namun mempunyai mak bapak yang kaya raya.






Namun sebenarnya budaya mahu jadi popular dan budak hot ini bukanlah hanya di kalangan anak2 Melayu sahaja, malah budaya dan trend al-jahiliyyah ini turut wujud di kalangan budak2 muda Cina yang menggelarkan diri mereka RED PEOPLE (chinese version of hot stuff Melayu), dan ia juga turut mendatangkan rasa meluat dan annoying kepada kebanyakan masyarakat Cina juga. Sebab itu bila Namewee mencipta lagu dan video untuk budak2 baru nak up Cina ni yang ditujukan kepada orang yang selalu kutuk dan mencemuh mereka atau yang mereka gelarkan HATERS, lagu tu kena kutuk dengan ramai orang Cina malah mendapat banyak Dislike.


Malah Namewee sendiri kena kutuk oleh ramai viewer sampai butthurt.


Kesian, makin ramai yang miskin perhatian mahu menjadi popular. Bila ditegur dilabel sebagai haters. Kalau menjadi popular disebabkan kebijaksanaan, kecerdikan dan kejayaan dalam bidang akademik, agama, sains, teknologi, ICT, perniagaan, sukan, seni hiburan, perfileman dan lain2 tu takpelah jugak. Ini mahu menjadi popular dengan pakaian dan gaya yang pelik, mekap yang tebal, rambut yang berwarna warni, topi OBEY, cermin mata tanpa cermin, misai lentik gaya eccentric wak doyok jadah apa, gambar2 selfie murahan, status2 bangang di Facebook serta video2 bodoh seperti couple seminggu dan macam cantik di Youtube.

Seriously, kesian.




tags: hot stuff hotstuff junior melayu budak pavi batak pengemis like follower status fb facebook twitter youtube you're not red people namewee lagu video klip song rubbish sampah status bangang tagih menagih perhatian 

23 ulasan:

  1. diorang nak fun... kadang2 masalah family jugak.. Cuba pergi jumpa mereka, dan tanya latar belakang dan persekitaran di rumah mereka, lagi kesian... sedih tengok. Moga kita dijauhi perkara2 sebegini

    BalasPadam
    Balasan
    1. rata2 budak2 ni semua dapat duit dari mak bapak...hurmm...xnampak pun masalah di situ.......

      Padam
  2. Anoyying betul gua dgn komen ahmad klik dkt link pray4rosmah. btw, gua ingin petik kata2 bijak pandai. jika ingin lihat negara itu pd masa depan tgk generasi skrg..

    Gua xdpt bayang negara akan di penuhi dgn puak2 ni. sedangkan pemimpin skrg pun dah otak tahap superVenggong..

    Kesimpulan ... makbapak, jaga anak memasing. beri didikan agama. jgn bela anak mcm bela lembu kambing..
    Akibatnya jd lah mcm bapak venggong tahap 1juta hp petala langit. anak kena tokak rambut pun mau defend dlm paper...

    -darkberry a.k.a Presiden KeBelakang-

    BalasPadam
  3. gua budak kampung je. pavi pun tak jejak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus.jejak masjid dan surau lagi bagus.kat syurga nnt ko nak lebih dari pavi pun ada

      Padam
    2. good.tak payah terpengaruh dgn pavi. budak meleis pergi pavi bukan buat apa pun.nak beli brg dkt store/butik x mampu. habis kuat duk ringan-ringan dkt tangga pavi

      Padam
  4. Pavi tu aper der?

    BalasPadam
  5. Budak cina memang ramai je yang perasan hot. Time dorang belajar naik basikal fixie hari tu, gilalah punya trend macam jalan raya tu dia je yang punya. Geram aku nak patahkan basikal dorang.

    BalasPadam
  6. pernah dengar ceramah seorg ustaz... dia cakap... sikap anak2 ni dipengaruhi dari sumber apa yg dimakan...
    makanan keluarga dibeli hasil dari sumber pendapatan ayah dan ibu...
    jika sumber pendapatan tu tak berkat... maka sedikit sebanyak akan melahirkan anak yg sukar dikawal...

    BalasPadam
  7. Budak yang baru nak up ni ramai yang fake.Dekat FB bukan main lagi bagi ceramah,tapi kat luar perangai haram jadah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bukan stakat FB.kat buasir otak ni pun ramai.hahahah

      Padam
  8. batak... batak eveywhere

    BalasPadam
  9. Kecik je aku tgk budak isap rokok rambut pacak2 mcm sial. Rasa nak pijak2 sampai leper.

    BalasPadam
  10. generasi yg makin rosak... haih. xtau nak kata apa

    BalasPadam
  11. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  12. Cina xpe sbb mak bpak dorng dah mmng kaya.. Yg melayu nih x sdar2 dri lagi.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.