Halaman

Khamis, 3 April 2014

Sebab2 saya tak suka pembangkang di Malaysia

Sebab tu saya tak suka pembangkang kat Malaysia ni, dah lah kuat spin, ajar rakyat biadap dengan pemerintah dan sekarang kemaruk kuasa pula.

Sebab tu saya tak suka pembangkang kat Malaysia ni...


Saya tak suka pembangkang bukan kerana namanya pembangkang tapi saya tak suka pembangkang kerana pembangkang di Malaysia mengajar rakyat untuk biadap dengan pemerintah, kurang ajar dengan pemerintah. Jika tak puas hati kita punya saluran yang betul, bukan dengan cara mengajar rakat untuk benci dengan pemimpin sendiri.

Anak2 muda sekarang terpengaruh dengan dakyah2 pembangkang dengan mengatakan kerajaan zalim itu je. Bila kerajaan zalim, wajib ditentang dan dijatuhkan kata pembangkanglah. Kata saya pula, Islam ajar mentaati pemerintah walaupun ia zalim. Kezaliman yang pemerintah buat tidak boleh didiamkan tapi Islam punya cara untuk selesaikannya. Prinsip Ahli Sunnah Waljamaah adalah mentaati pemerintah Islam yang sah.

Jika pemerintah melakukan kejahatan, bencilah kejahatan yang dia buat tapi kita jangan sesekali cabut tangan kita untuk keluar menentang pemerintah. Sekarang saya sangat sedih di mana ramai anak sekarang ini biadab dengan pemerintah. Ada puak kata pemerintah yang tak amal akan suruhan Allah perlukah dihormati? Jawapannya sangat mudah, pemimpin ibarat ayah. Jika ayah kita tak solat adakah kita sebagai anak wajib membenci ayah? Tidakkan. Nasihatkan ayah supaya berubah. Jika tidak jalan juga, Islam punya cara yang paling mujarab iaitu doa. Doakanlah untuk ayah bukan maki, hamun ayah.

Begitu juga dengan pemimpin. Jika pemimpin yang buat silap, doakan beliau. Kerana mendoakan kebaikan untuk pemimpin dituntut dalam Islam. Sedangkan ulama Ahli Sunnah Waljamaah iaitu Imam Ahmad bin Hanbal mendoakan kebaikan untuk pemimpin. Tidak pernah beliau memberontak ke atas khalifah.

Spoillah... sedih. Yang biadap anak muda pula tu. Jika anak muda pun dah diajar untuk biadap dengan pemerintah, apa lagi yang tinggal? Saya cakap ni bukan nak salahkan pembangkang semata tapi dalam kerajaan pun sama. Biar mereka dengan cara mereka. Kita jangan ikut cara pembangkang okey?










* Pergi mana2 page pro-UMNO/BN dan copy paste ayat atas ni, konfirm akan dapat banyak Like. Tapi jangan pulak paste kat page pro-PRkalau tak nak kena bahan.

Btw yang kat atas tu versi yang sudah diperbaiki ejaan dan susunan tatabahasanya, versi asal yang ayatnya seperti ditulis oleh budak2 baru nak up yang biasa dikongsi di Facebook seperti berikut:
Sbb tu sy x suka pembangkang kat malaysia ni dah lah kuat spin,ajar rakyat biadap dgn pemerintah dan skg kemaruk kuasa pula ..

Sbb tu sy xsuka pembangkang kat malaysia ni ..

Sy xsuka pembangkang bkn kerana namenye pembangkang tp sy xsuka pembangkang kerana pembangkang d malaysia mengajar rakyat untk biadap dgn pemerintah .. Kurang ajar dgn pemerintah .. Jika x puas hati kita punye saluran yg betul bkn dgn cra mengajar rakyat untk benci dgn pemimpin sendiri .. anak2 muda skg terpengaruh dgn dakyah2 pembangkang dgn mengatakan kerajaan zalim itu aje .. Bila kerajaan zalim wajib d tentang dan d jatuhkan kate pembangkang lah .. kate sy pula islam ajar mentaati pemerintah walaupun ia zalim . Kezaliman yg pemerintah buat tidak boleh d diamkan tp islam punye cra untk selesaikanye .. Prinsip ahli sunnah waljamaah adalah metaati pemerintah islam yg sah .. Jika pemerintah melakukan kejahatan benci lah kejahatan yg dia buat tp kita jgn sesekali cabut tangan kita untk keluar menentang pemerintah .. skg sy sgt sedih d mana ramai anak skg ni biadab dgn pemerintah .. Ada puak kate pemerintah yg xamal akan suruhan Allah perlu ke d hormat ? Jwpnye sgt mudah pemimpin ibarat ayah .. Jika ayah kita x solat adakah kita sbg anak wajib membenci ayah ? Tidak kan . Nasihatkan ayah supaya berubah . Jika tidak jalan juga islam punye cra yg plg mujarab iaitu doa . Doakan untk ayah bkn maki,hamun ayah .. Begitu juga dgn pemimpin . Jika pemimpin yg buat silap doakan beliau . Kerana mendoakan kebaikan untk pemimpin d tuntut dalam islam . Sdgkan ulama ahli sunnah waljamaah iaitu imam ahmad bin hanbal mendoakan kebaikan untk pemimpin .. Tidak pernah ianye memberontak ke atas khalifah .. spoill lah .. Sedih yg biadap anak muda pula tu jika anak muda pun dah d ajar untk biadap dgn pemerintah ape lg yg tinggal ?? Sy ckp ni bkn nak slhkan pembangkang semata tp dlm kerajaan pun same . Biar meraka dgn cra mereka . Kita jgn ikot cra pembangkang okey .

Walaupun ayat dan ejaan macam budak2, tapi kata2nya agak power bagi penyokong kerajaan. Ada tak mana2 penyokong pembangkang yang dapat buat ayat copy paste power macam ni tapi versi pembangkang untuk nyatakan "Sebab2 saya tak suka kerajaan di Malaysia"?




tags: kenapa sebab saya tak suka pembangkang di malaysia ayat power copy paste penyokong kerajaan bn barisan nasional macai

49 ulasan:

  1. Balasan
    1. kalaulah Malaysia wujudkan Sistem Khalifah dan Majlis Syura....

      Padam
  2. BarakAllahufik..inilah pegangan saya selama ni setelah mendalami ilmu.asalnya dari seorang yg fanatik dgn PAS.terima kasih buasirotak kasi UP hujah ringkas ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amal ma'aruf nahi mungkar .... dengan tangan ( kekuasaan ), dengan mulut,(menegur), dengan hati (berdoa) inilah selemah-lemah iman.

      Padam
  3. Saya rasa ramai kene belajar semula terima perbezaan pendapat. Sbb tu ada pro masing2. Pada saya, komen tu xder nampak power pun... terserlah kebangangannya pulak.. noob sendiri pun dalam keadaan keliru apa islam..apa melayu..dan kedepan dll.. pada saya, saya baca noob utk cambahkan idea.. selagi idea kita berbeza, selagi itulah idea akan bercambah.. kalau pakat2 sama, semuanya asyik setuju jer, mmg asshole la kana?..

    Nota: masih wujud lagi "first" asshole kat sini.. standard asian..kahkahkah..cakap bodo karang, kita kene marah pulak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. pukul 4 pagi komen. burung hantu ke apa? btw ni bkn noob punya ayat, dia copy paste ayat macai kt fb. yg ko ni kondem sana sini ckp ayat tu bodoh, keliru islam dgn melayu tp lgsg xde hujah & isi utk counter balik ayat2 macai tu. ni salah sorg legend wannabe la ni cuma dia pakai anon xpakai nama

      Padam
    2. Tanpa Nama3 April 2014 4:04 PG hang boleh mulakan dengan ignore org ckp first2 ni lama2 xde sapa pun ambik port

      Padam
    3. woiii..ko xpayah cakappp owg bodoh bangang laaaa..biar la nk komen 1st ponnn..aku sbg anon nak kata yg 1st tu wajibbbb..si noob ni pon kje komen 1st kt blog owg lainnn..ko igt komen ko tu da ckuppp bijakkk keeee..da la selindung telurr guna tanpa nama lg mau ckp lebihhhh..kewujudan anon mcm ko ni kan membuatkn kaum hawa takut nk mengomen kt buasir otak ni tauuu..stupidooo la ko niiiii

      Padam
    4. ape la ko ni ek.suka2 komen 1st pon ko nk ckp asshole.ko ni teruk la.ko tak pena bc blog ke?? biasalh tu org suka2 jek.xyh la nk asshole kan org lain.bpe byl blog n komen kt blog ni jugak org komen 1st kan

      Padam
    5. Hahaha..giler ke hentam mamat 4 pg.hahaha..ko kena phm adab berinternet ni brader. Jgn suke2 ckp org bodoh.

      Padam
  4. Apa yang penting, Anwar lawan Azizah untuk jawatan Presiden Parti KeADILan Rakyat (PKR) ialah sangat demokrasi. Tiada istilah kronisme, nepotisme dalam PKR. Siapa-siapa boleh bertanding merebut jawatan. Inilah kita gelar demokrasi terpimpin alaf baru.

    BalasPadam
  5. aku xsuka najib ngan rosmah..
    aku xsuka racist.
    aku xsuka umno guna kan kuasa nak rampas hak rakyat.
    rakyat hidup melarat.
    nk beli rumah pn harga sampai 300k.
    ade ke pemimpin kita nampak sume tu.
    cuba gaji diorg 2ribu je.
    tgok ape diorg nk komplen.
    sbb tu aku xsuke kerajaan skang.
    curi duit berbillion rakyat makan pn belum tentu lg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu semuanya salah umno bn. undilah pr nanti komfem harga barang turun.

      Padam
    2. tony pua.aku tau ayat ko tu perli aku tulis kt atas.
      ni salah satu point aku nak tanya ko.

      dulu kata minyak xnaik ..ttiba lepas pilihanraya naikkan jgak.
      dulu nafi kata xde gst. lepas pilihanraya umum nk buat gst.

      dua point aku yang aku rasa ko pn dengar kan najib umumkan dulu.
      dulu lain sekarang lain.
      ape cite.

      Padam
  6. mana macai2 anuar ni xberani nk komen ke? xkan baca je kot?? macai lobot mana dah lama xnampak komen kt sini hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana si ****** merah lama xkomen kt sini. dh kawen dgn org bn kot heuheuheu

      Padam
  7. Secara umum, pembangkang kena wujud utk hasilkan 'check & balance' dlm kepimpinan x kira pusat atau negeri. Tp even diberi tanggungjwb sbg pembangkang, sepatutnya dgn saluran yg betul n lebih beretika sbb kita xnak letak tanggapan ahli2 parlimen atau ADUN beremosi memperjuangkn sesuatu sama spt tahap melalak tepi jalan. Just be profesional n the people will judge.

    Sy selalu perasan 'kebodohan' seseorang pemimpin memperjuang sesuatu hak. Sepatutnya pemimpin mempunyai daya intelektuan yg tinggi, bkn mengharap ada duit berbukit2 n boleh berkuasa n mengarahkan macai2 terlibat. Skrg trend politik dah berubah di mana tiada dominasi sesuatu parti politik, maka setiap parti kena berusaha keras utk mengambil hati rakyat.

    Tp setiap antara kita perlu berhati2 dgn pemimpin x kira BN atau PR...samada mereka berjuang sesuatu isu sbb NIAT UTAMA ialah utk rakyat atau just nak kukuhkn politik n harta diri sendiri. Jrg sy lihat ada pemimpin yg sgt2 prihatin perjuangkn rakyat tp pada masa sama hidup n harta pun lebih kurg sama mcmrakyat marhean. Kbykn org nak jd pemimpin rakyat niat pertama ialah jalan cepat nak jd kaya, yg kedua baru fikir rakyat (kalau ikhlas la).

    BalasPadam
  8. Saya tak suka pembangkang kerana di bawah BN walaupun tak pandai SPM sedikit A saya dapat buat degree dan masuk ke jawatan degree. Ayah saya pula SPM dapat 3 dapat jadi guru didik anak bangsa jadi macam dia :) sebab itu saya tak suka pembangkang takut-takut mereka berlaku adil, meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) soal jawab di Fb page Nurkedepan Twitter #nurkedepan

    BalasPadam
  9. Saya pun x suka. Saya x suka kalau org x suka.

    BalasPadam
  10. aku x suka bn -
    1.cakap x serupa bikin- contoh -berarak juang kalimah Allah pastu taja kosert muzik liar -alasan untuk pelancongan..
    2.cakap pusing2- cakap pembangkang jual tanah pada cina halau melayu pelbagai- tapi kat johor semua rumah mewah 1juta keatas sedang naik rancak pada kawasan pesisir pantai , kg nelayan melayu dipindahkan ke pprt..lama2 melayu menumpang kat negara sendiri..
    3. suka burukkan lawan- bila terlalu burukkan lawan setiap hari maka nampaklah kerajaan bn ni lemah..hanya perlu fitnah dan tuduhan liar untuk terus kekal..bukan prestasi
    4.sewenang2nya gunakan duit rakyat tanpa manfaat- beli radar -radar ketinggalan, beli kapal selam x boleh buat SAR, hantar satelit, tapi x de fungsi ..akhirnya belilah bas 2 alam untuk selamatjkan orang banjir ;;hu hu..
    5.gagal dalam semua benda..-sistem pendidikan malaysia jauh ketinggalan, ekonomi malaysia pun x kukuh banyak hutang, bila ditimpa sesuatu tragedi x boleh atasi-banjir berulang2 setiap tahun..-sediakanlah satu kem khas lengkap dengan peralatan bantuan untuk bencana lepas bencana simpan balik..next year ready lagi.. sambil tu cari jalan kurangkan risiko banjir..

    ini antaranya lah sapa nak tambah boleh

    BalasPadam
    Balasan
    1. 6.media tidak adil, bn macam takot ngn bayang2 sendiri, semua media massa penting kat malaysia, sume under perintah n tapisan dari mereka,, hari2 negeri2 seperti selangor pineng masuk tv kene perli dll.. macam lah negeri2 lain aman damai xd masalah langsung... tolonglah berilah kebebasan media.. bkn nyer pakai media sendiri puji diri sendiri....

      Padam
    2. 7. Ketelusan makhamah dijadikan mainan. Masuk makhamah ini, tak salah. Masuk makhamah itu, salah. Apa ni? Nak tunjuk hakim tu bodoh ke? Nak tunjuk yg setiap makhamah lain2 keputusan. Kalau mcm tu, jika disabitkan kesalahan..cuba bawak g makhamah lain..ada harapan jadi tak salah. Ketulusan undang2 apa mcm ni?.

      Padam
    3. 8. kroni bertambah. sapa pandai bodek boleh jadi menteri. dan sebab tu menteri kat malaysia semua cap ayam.

      Padam
    4. kalau dpt 100 list sy respect la...92 to go.

      Padam
    5. 7. Ketelusan makhamah dijadikan mainan. Masuk makhamah ini, tak salah. Masuk makhamah itu, salah. Apa ni? Nak tunjuk hakim tu bodoh ke? Nak tunjuk yg setiap makhamah lain2 keputusan. Kalau mcm tu, jika disabitkan kesalahan..cuba bawak g makhamah lain..ada harapan jadi tak salah. Ketulusan undang2 apa mcm ni?.

      Padam
    6. 9.BN - cuma tahu galakkan suri rumah berzumba & poco poco..,manakala remaja disuruh bersilat dengan slogan ntah apa2 menjelang pilihanraya ..manakala lelaki veteran cuma boleh buat tarian gelek punggung depan rumah orang,..manakala ngo2 bn cuma berkebolehan buat repot polis jek...hu..hu..

      Padam
    7. point2 korang ni xcukup power lah... bg la 1 point tp mantap yg mudah org nk copy paste... mcm point yg noob copy paste tu, dia xsuka pembangkang sbb 1 point je iaitu pembangkang mengajar penyokongnya jd biadap & xhormat pemimpin negara... dan dia elaborate point dia... korg punya ni just pd kuantiti je tp kualiti tarak... kosong, zero, xde roh

      Padam
    8. -menendang peliwat dari parti tapi diangkat sebagai hero oleh orang yang menggelarnya aljuburi dulu
      -menyonglap duit kohilal dan tabung derma memali
      -dulu hukum hudud sekarang kebajikan,hudud ada 0.001% je dalam Quran bak kata hadi awang

      Padam
    9. 10. Hutang negara yg makin meningkat + riba yg tinggi ke atas hutang + penyelewengan dlm pengurusan kewangan negara + nilai matawang RM yg makin menyusut = HARGA barangan keperluan harian makin meningkat & nilai hartanah yg makin tak masuk akal. Itu belum lagi masuk bab kerajaan nak naikkan harga RON 95 Jun akan dtg ni. Tahniah BN! You reap what you sow!

      Padam
    10. 12 ) kerajaan belanja terlalu boros ..sampaikan mata wang kita jatuh.. tngok lah laporan audit negara.. bertapa teruknya kerajaan kita spend duit rakyat!!

      Padam
  11. Saya tak suka pembangkang kerana takut kedudukan saya sebagai pegawai dalam kerajaan tergugat. Maklumlah saya ambil degree subsudi, kalau ikut kepandaian saya, layak masuk poli cabuk je. Kerana saya lah scorer yang pandai-pandai grad menganggur :D. Hidup BN.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A < degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh, amah dan pekerja am) soal jawab di Fb page Nurkedepan Twitter #nurkedepan

    BalasPadam
    Balasan
    1. kiranya ko berkepentingan lah nie.. x kisahlah kalu kalu rasuah sana sini.. pembelanja boros.. ko tetap sokong??

      Padam
  12. Aku suka blog nie sbb dia slalunya universal...tapi aku rasa blog ni lebih kepada pro-BN...ok nie last aku dgn blog nih

    xde manusia yang perfect...cara nk betulkan malaysia adalah dengan tidak menjadi macai mana2 ahli politik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong!!!!....Bunuh suma macai

      Padam
    2. menggelabah la cai anuar ni... baru kena sekali dh sentap. apa yg noob tulis tu mmg betul la... berapa byk entry noob kritik bn & umno kitorg relek je, terima je... tp cai2 pr ni sentap pulak... konon rebel sgt la tp hati tisu puihhhhh... lgpun ko xnmpk ke gambar2 kt atas tu betapa biadapnya cai2 pr pada najib... betul apa? mmg ramai cai2 pr biadap & kurang ajar dgn pemimpin negara... bln sahaja cai malah pemimpin diorg jugak... yg noob tulis tu bkn fitnah tp fakta... realiti... mulai skrg aku declare cai2 pr bkn sahaja hati tisu tp pondan kahkahkah

      Padam
    3. In between xde blog yang universal ok???

      suma blog ada macai.

      Padam
    4. Macai pakatan memang taleh ditegur kalau silap cepat sentap..ape yg buruk dalam parti sendiri telan je..tak mcm penyokong BN ape yg pemimpin dia buat silap dia hentam je...tu lah sebab mengapa saya tak suke pembangkang..

      Padam
  13. Sokong KEDEPAN...

    BalasPadam
  14. Ada aku kesah? Lantak korang la apa nak jadi.. tak kuasa aku nak betulkan org lain.. sbb aku pun macam ketam jugak.. janji dapat merembat siang dan malam..

    BalasPadam
  15. cuba tuka perkataan pembangkang dengan kerajaan pulak untuk statement kt atas tu..rse2 pun same jer sesuai..

    BalasPadam
  16. macai bn mana ada otak....kalau ada peragut dikejar ramai2 ..rembatt rm250 juta..sokong pulak..sengal..kalau aku sokong pembangkang ..tapi kalau pembangkang x betul pun..boikot jugak...point paling sengal kalau ayah x solat kita sebagai anak x boleh buat apa....tapi cuba ambik point ibarat ayah nak cederakan mak atau adik beradik yang lain..x kan sebagai anak nak doa jugak...maklumlah ayah penigih dadah banyak pakai duit mak..buat enjoy..dalam tu maksudnya kalau x paham sudah

    BalasPadam
    Balasan
    1. point ayah xsolat tu sbb nk gambarkan kerajaan xmelaksanakan pemerintahan islam spt hudud... tp bab ayah penagih dadah, cederakan mak & adik beradik lain, kerajaan skrg ni mmg kejam & zalim sgt ke sampai cederakan rakyat sesuka hati tanpa sebab? kalau kerajaan ni zalim sgt, ko xkan berpeluang guna pc main internet utk tulis komen kt sini, sbb ko sama ada dh kena pukul atau dh mati kena gantung

      Padam
    2. lol ko xkan berpeluang guna pc main internet utk tulis komen kt sini, sbb ko sama ada dh kena pukul atau dh mati kena gantung bodoh piang 2x5 sama je guna point solat tu tak balance langsung memang kejam nuff said

      Padam
  17. Jadi ape yg dia maksudkan memang kerajaan nih kejamlah, cuma kita tak leh nak buat apa-ape?

    BalasPadam
  18. Slm. Aku tak suka kerajaan ni sbb dia kejam. kejam sbb tak buat apa yg patut tapi apa yg menguntungkan diorang shj. Aku sokong kita mesti terima kritikan Dari dan pada semua pihak.. jgn one way je. Tolong aku masih tak paham kenapa kena ada PRK kajang.

    BalasPadam
  19. OI KORANG MEREPEK APE??

    NIE BUKAN PASAL NK SOKONG MANA2 AHLI POLITIK

    TAPI INI ADALAH TAKTIK NK BANYAKKN VIEWS

    LG BANYAK VIEW LG BANYAK LA BLOGGER NIE DAPAT DUIT...

    NMPAK X PERMAINAN DIA AMBIL KESEMPATAN TULIS PASAL POLITIK KAT MALAYSIA

    blog serius<----aku recommend korang pegi blog nih...bagus bnyak info dan x melalut

    BalasPadam
  20. ada kaitan la...blogger ini kerja kat gomen

    so logicnya kena vote gomen gak la...wkwkwkw

    **aku bukan macai pr**

    BalasPadam
  21. Yang ni aku suka. :) skrg mcm nak masuk contest pulak.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.