Halaman

Rabu, 2 April 2014

MH370: Kelemahan dan kecelaruan maklumat

Lagi mengenai tragedi kehilangan MH370, kali ini aku bukan nak cerita pasal spekulasi dan teori konspirasi, jauh sekali untuk menuding jari atau menyalahkan siapa2. Aku faham DS Najib Razak, DS Hishamuddin Hussein dan pihak berkuasa dah melakukan yang terbaik dan termampu untuk menangani masalah ini. Aku cuma nak highlight realiti mengenai kecelaruan maklumat dan kelemahan dalam menangani isu MH370 yang boleh dijadikan pengajaran agar dapat diperbaiki pada masa akan datang.


1. Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, menegaskan Najib tidak pernah menyebut perkataan merujuk kepada ‘terhempas’ atau ‘tiada yang terselamat’ ketika mengumumkannya.

“Laporan itu antara lain menyebut Perdana Menteri dan kerajaan ada menyebut pesawat terhempas dan tiada penumpang atau anak kapal terselamat. Ini sama sekali tidak benar. Tidak ada sekalipun ada disebut perkataan terhempas atau tiada yang terselamat ketika pengumuman dibuat,” katanya menjawab soalan wakil media asing semalam. - Sumber Berita Harian.


So apa maksud pengumuman PM Najib sebelum ini yang menyatakan penerbangan MH370 berakhir di Lautan Hindi? Kalau ikut kenyataan penuhnya ketika itu ada menyatakan:
Based on their new analysis, Inmarsat and the AAIB have concluded that MH370 flew along the southern corridor, and that its last position was in the middle of the Indian Ocean, west of Perth.

This is a remote location, far from any possible landing sites. It is therefore with deep sadness and regret that I must inform you that, according to this new data, flight MH370 ended in the southern Indian Ocean.

Memang PM Najib tak cakap perkataan terhempas dan tiada yang terselamat, tapi dia cakap dengan rasa sedih dan kesalnya penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi, sebuah kawasan terpencil yang jauh dari mana2 tapak pendaratan. So kalau bukan terhempas atau mendarat dalam laut, apa yang korang nak kita expect? Tergantung atas langit antara 3 negara? Macam mana pula dengan Majlis Fatwa yang dah putuskan penumpang dan anak kapal pesawat MH370 beragama Islam bergelar syahid akhirat?


2. Dulu aku pernah tulis persoalan kenapa jet pejuang Hornet atau Sukhoi kita tidak terus berlepas dan terus mengejar untuk memintas, meninjau, mengekori dan mengiringi kapal terbang MAS MH370 pada masa dan waktu kejadian apabila radar tentera dah nampak suatu pergerakan yang luar biasa itu? Ini jawapan Timbalan Menteri Pertahanan:
Kementerian Pertahanan menjelaskan, pasukan tentera tidak memintas pesawat misteri yang dikesan melalui ruang udara Selat Melaka kerana menyangka ia diarah berpatah balik oleh menara kawalan.

Timbalan Menteri Datuk Abdul Rahim Bakri (kiri) berkata, Tentera Udara Diraja Malaysia mengesahkan bahawa pesawat itu tidak memberi ancaman, ketika ia dikesan oleh radar tentera pada jam 2.40 pagi.

Bagaimanapun, TUDM pada masa itu tidak memastikan bahawa pesawat berkenaan merupakan penerbangan MH370, yang kemudiannya gagal dikesan, katanya di Dewan Rakyat hari ini.

"(Pergerakan patah balik) itu dikesan di dalam radar kita.

"Cuma kita menganggap bahawa pergerakan patah balik itu dilakukan oleh pesawat Malaysia Airlines dan dilakukan pesawat yang tidak memberi ancaman dan pesawat pihak kita.

"Jadi kita menganggapnya satu arahan daripada menara kawalan, mungkin ia boleh membuat lencongan," katanya sewaktu ucapan penggulungan titah diraja bagi Kementerian Pertahanan di Parlimen, petang ini.  - Sumber Malaysiakini.
Gambar hiasan
Apakah? Keputusan dibuat hanya berdasarkan sangkaan dan anggapan sahaja? Kalau ada kapal perang negara lain datang Malaysia kita anggap jelah mereka cuma nak datang melancong? Baguslah, sekurang2nya ia mengajar kita sentiasa bersangka baik pada semua benda. Ya, bagus sangat.


3.  Pada awal kehilangan, pesawat MH370 dikatakan telah membuat pusingan ke kiri. Kini keluar informasi baru yang bercanggah dengan informasi terdahulu di mana pesawat tersebut bukan membuat pusingan ke kiri sebaliknya terus membuat pusingan 270 darjah ke kanan dan kemudian menuju ke arah barat.

MH370 membuat pusingan ke kiri.

MH370 membuat pusingan 270 darjah ke kanan.

Ya, memang akhirnya kedua2nya menuju ke arah barat, akan tetapi macam mana boleh berlaku percanggahan maklumat? Itu belum informasi berkaitan perbualan dan komunikasi terakhir antara pengawal trafik udara dan kokpit pesawat yang dimaklumkan sebelum ini adalah "Alright, good night", tetapi sekarang didedahkan pula komunikasi terakhir adalah "Good night, Malaysian 370".

Di mana integriti dan kredibiliti suatu maklumat? Macam mana orang tak marah dan persoalkan apabila maklumat dan informasi tidak ada integriti, boleh berubah2 dan bercanggah dari masa ke semasa sampai warga China boleh gelarkan negara kita MaLIEsia.


4. Ramai orang terutama yang bukan penyokong kerajaan kongsikan kat Facebook mereka gurauan sinis seperti berikut:
WARTAWAN : Boleh Dato Seri terangkan tentang cerapan 300 objek tu?
MENTERI : Itu kena tanya Thailand, saya pun masih menunggu maklumat.

WARTAWAN : Bagaimana dengan dua objek yg dikatakan bersaiz besar tu?
MENTERI : Yang itu kena tanya Australia dulu, saya pun masih menunggu maklumat berkenaan.

WARTAWAN : Apa aset yg akan dihantar mencari kotak hitam?
MENTERI : Itu kita kena tanya pihak Amerika, Malaysia mengharap mereka menjumpainya.

WARTAWAN : Apakah ada siasatan susulan tentang simulator Kapten Zaharie itu?
MENTERI : Yang itu kena tanya FBI, sebab mereka yang menganalisanya.

WARTAWAN : Bagaimana pula data isyarat "ping" yang dikesan?
MENTERI : Yang itu kita kena tanya dengan UK, mereka yang dapat isyarat tersebut.

WARTAWAN : Habis apa yg pihak Malaysia lakukan?
MENTERI : Kami sebagai "incik bos", hanya buat PC jer...

Ada yang rasa kelakar, ada yang rasa marah, namun suka atau tidak, hakikatnya teknologi dan kepakaran kita masih jauh ketinggalan berbanding negara2 lain terutama negara yang membantu dalam misi pencarian MH370. Masing2 seolah berebut2 mahu menunjuk kepakaran dan teknologi yang mereka ada dengan imej dan data satelit, radar, kapal terbang, kapal perang, kapal selam, kepakaran penyiasatan dan sebagainya, manakala negara kita lebih banyak melakukan tugas2 mengurus. Malah negara Thailand sendiri boleh menawarkan imej yang dirakam daripada satelit mereka. Kita memang takde satelit ke? TiungSAT, RazakSAT?

Perkara ini juga diakui oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein di mana beliau berkata wujud keperluan untuk Malaysia meningkatkan kekuatan aset ketenteraan khususnya selepas insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370.

Beliau berkata selain sistem radar, teknologi lain juga perlu dikaji semula bagi melengkapkan angkatan tentera dengan aset yang lebih baik. - Sumber Malaysiakini dan Bernama.




Ya memang aku sangat setuju agar negara kita menambahbaik dan mempertingkatkan kawalan dan sistem pertahanan negara, sistem radar dan satelit, teknologi dan kepakaran dalam SAR. Negara kita sudah terlalu lama kekal sebagai negara pengguna dan pengurusan, sudah tiba kita berubah menjadi negara pakar dan pencipta.




tags: tragedi pesawat penerbangan mh370 hilang terhempas crash tiada yang terselamat najib razak hishamuddin hussein h2o pusingan kanan kiri patah balik percanggahan kecelaruan celaru maklumat kelemahan teknologi pakar data imej satelit satellite radar sar search and rescue submarine kapal selam perang jet pejuang pintas anggap mungkin cari black box kotak hitam

15 ulasan:

  1. x boleh..nanti DAP cakap membazir..

    BalasPadam
    Balasan
    1. mampus sampai bila negara kita nak jadi negara pakar dan pencipta semua nak cari untong saja hahahahaha

      Padam
  2. memang betul kerajaan malaysia ada sembunyikan fakta. kalau tidak kenapa terdapat percanggahan sebelum ni. patutlah rakyat china marah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerajaan cina sendiri yg terlibat dlm konspirasi ni..rakyat dia salahkan malaysia. Amerika dan cina punya hal.kita kmbing hitam

      Padam
  3. benda yg elok utk kegunaan negara apa salahnya dilaksanakan... yg rakyat x suka penyelewengan tu berleluasa... guna org tgh... markup tinggi gila... produk x de kualiti... xperlu guna org2 tgh la... direct deal aje... lg stu... kena ada knowledge la dlm bidang yg berkenaan... bukan sesuka hati bg teori mcm buat amali kemahiran hidup...

    BalasPadam
  4. Something fishy.....byk kali percangahan maklumat. Terutama bila PM buat PC yg kata MH370 dah berakhir di selatan Lautan Hindi, tanda soal utama ialah adakah terhempas atau hilang? Terlalu subjektif jawapan diberikan.

    Even setelite image dah jumpa byk serpihan di kawasan suspected terhempas, still sampai skrg x jumpa apa2..terutama serpihan yg besar 25m menyerupai sayap kapal terbang. Sy takut perkara ini just mengalihkn perhatian supaya membuat anggapan MH370 sudah tiada lg even perkara sebalik berlaku. Bg sy, kalau dianggap terhempas sepatutnya dah jumpa serpihan baru boleh announce kapal MH370 dah terhempas di sana, dan hampir boleh declare no survivor.

    Bukan nak salahkn kerajaan malaysia semata2, tp sy takut kerajaan terpaksa memberi alasan tp pada hakikat sebenarnya telah diambil oleh sesetengah pihak in order nak jaga keselamatan penumpang...lg2 ada yg mengatakan mereka ada di Diego Garcia atau di Israel skrg. Wallahualam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ayat tergantung smpai sumer org jadi bingung...

      Padam
  5. CAM BAB1 aku dah penat ngan ayat "beliau berkata selain sistem radar, teknologi lain juga perlu dikaji semula bagi melengkapkan angkatan tentera dengan aset yang lebih baik" kaji2 kaji2 bangsat kaji loo bodoh betul dr dulu! semua nak terhantuk baru terngadah mcm bngst tul aiih buat ak bengang gila ap diorg buat ni.!!! WTF^&*(*$)$*(@$)$)*&%(%*($&

    kalau mcm ni la gaya tak heran malaysia kena serang pun kena serbu ramai mati pun kena apa2 ayat yg jamin akan keluar " kaji" kaji2 kajiiIIIIIIIIIIIIIIIIIIII pala botttttttttttttttoh!! bodoh! kita ni terlebih merapu bajet baik bukannya nak betul2 serius, ni sebb kes 'RAMAI DLM KEADAAN SELESA"

    DAH TERHANTUK BARU TERNGADAH LA!! PUIHHHHHHHHHHHHHH

    BalasPadam
    Balasan
    1. nanti kau tengok geng mana dpt tender pembekalan peralatan pertahanan... heheheh...

      Padam
  6. kena tunggu perkembangan terkini gak ni

    BalasPadam
  7. dulu bila ada org ckp kenapa malaysia xhantar kapal selam scorpene utk cari mh370, ramai macai backup ckp scorpene kapal selam utk perang, xsesuai utk kerja2 SAR... tp uk relax je hantar submarine perang diorg cari mh370 - http://www.bbc.com/news/uk-26845118

    tau xsbb apa sebenarnya malaysia xhantar scorpene cari mh370? sbb submarine uk pakai kuasa nuklear, duduk bwh laut 10 tahun xyah naik pun xpe... submarine malaysia pulak pakai minyak diesel, xboleh menyelam lama2, kejap2 kena naik atas isi minyak... tp tulah, macai bknnya tahu pun benda simple ni sampai terpaksa bg alasan bodoh2 keh keh keh

    BalasPadam
  8. Akhirnya rakyat sudah bosan...waris2 semua salahkan kerajaan dan kepimpinan malaysia. Sedih sangat baca artikel luar, even kat yahoo sekalipun pasal malaysia...semua orang cakap kita bodoh. sangat malu dan sedih. padahal tau kita lebih dari itu.Kini jadi bahan kutukan, ejekan, hinaan orang luar....apa salah malaysia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yuki.. dah bodoh.. nak buek camano laie.. ngaku jer la..

      Inilah standard yg telah kita bangunkan dan sama2 memakmurkannya.. iaitu orang Malaysia mmg piawaiannya begini.. mcm kapla butoh!!!

      Skrg mana NGO kedepan ni??? PISA dah umumkan Mesia ditempat corot2...mcm noob cakap la.. ini bukan hanya salah gomen yg berkuasa.. mungkin makcik felda yg lebih bersalah dr PM Najib.. mcm konsisten jer noob merapu..

      Padam
  9. Ini semua salah umno bn tak mahu beli kapal selam.

    BalasPadam
  10. Razak SAT dah mampus la noob....

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.