Halaman

Jumaat, 30 Mei 2014

Air longkang jadi mandian warga gelandangan

Di kala kita mempunyai rumah yang selesa untuk berteduh, terdapat golongan yang menjadikan bawah jambatan itu syurga buat mereka. Di kala kita selesa mandi dengan air paip bersih yang telah ditapis dan dirawat, ada yang bermandikan air longkang. Di kala kita menjamah makanan yang sedap dan bersih, ada yang makan sisa2 makanan yang dikutip dari tong2 sampah.


Sumber gambar.

Sumber berita.
Bayangkan jika ini adalah anak2 kita...



Aku kalau boleh tak mahu nak bandingkan dengan rumah panda sebab nanti ada orang cakap pasal hubungan diplomasi dengan negara China la, dapat meningkatkan pelaburan daripada negara China berbillion2 lah, tapi aku terpaksa tulis jugak. Panda mendapat rumah dan penjagaan diri bernilai jutaan ringgit, tapi masih ramai lagi manusia di Malaysia yang hidup gelandangan tanpa tempat tinggal.


Mana pergi pelaburan berbillion2 dari China? Tidak boleh guna sedikitkah untuk bantu golongan gelandangan ni? Pusat zakat, jabatan masyarakat tidak perasankah kewujudan mereka selama ini? Adakah perlu masuk suratkhabar atau berita di televisyen barulah terhegeh2 nak bantu?

Berita

Jika kerajaan boleh bina penjara dan tanggung makan minum para penjenayah di Malaysia dengan kos utiliti penghuni penjara secara purata pada kadar RM35 seorang dan kos tanggungan makanan adalah kira-kira RM55.5 juta setahun...



Boleh bina depoh tahanan imigresen dan tanggung makan minum para pendatang asing tanpa izin (PATI) di Malaysia dengan kadar kira2 RM75 sehari bagi seorang PATI dengan perbelanjaan keseluruhan kira2 RM500,000 sehari...



Kenapa nasib golongan gelandangan tidak dibela seperti itu? Kalau begitu baiklah jadi penjenayah kemudian masuk penjara atau jadi PATI kemudian masuk depoh tahanan, sekurang2nya diorang dapat tempat tinggal malah makan tanggung berak cangkung.

Kenapa tidak kerajaan membina sebuah rumah flat atau asrama khas untuk menempatkan golongan2 gelandangan, tidak perlu mewah pun tidak apa, asal ada tempat tinggal yang selesa sudah cukup. Bagi mereka subsidi makanan minum, paksa mereka buat kerja, beri pekerjaan kepada mereka seperti kerja2 yang selalu dikuasai oleh para pendatang asing. Bagi motivasi dan semangat kepada mereka untuk hidup dalam masyarakat. Beri peluang juga kepada anak2 mereka untuk belajar di sekolah agar mereka juga dapat membesar secara normal seperti kanak2 yang lain.

Aku tak rasa pun ia mustahil untuk dilakukan kerana aku percaya bilangan gelandangan ni boleh dikira jauh lebih kecil daripada jumlah keseluruhan warga penjara dan depoh tahanan PATI. Ya, tak dinafikan kadang2 sikap golongan gelandangan itu sendiri yang menyebabkan ada yang merasakan mereka ini langsung tidak wajar dibantu, tetapi apa kerajaan buat untuk menyelesaikan masalah ini?
Aku rasa ada menteri yang klaim diri mereka bijak tapi dalam masa yang sama masalah gelandangan tak pernah selesai2.

Buatlah satu peraturan atau dasar yang mewajibkan semua gelandangan tinggal di rumah/asrama yang telah disediakan jika mahu mendapat makanan dan minuman. Dalam masa yang sama, masyarakat dan NGO2 perlu berhenti dari bagi makanan kepada mereka kerana dengan itu mereka akan naik lemak dan lebih suka hidup bergelandangan sebab akan ada orang bagi diorang makan percuma tanpa perlu buat sebarang kerja. Bagi makanan dan minuman kepada mereka setiap hari tidak akan menyelesaikan masalah gelandangan di Malaysia.




tags: masalah warga golongan insan keluarga gelandangan di malaysia syurga di bawah jambatan mandi air longkang makan minum ngo badan derma baju makanan minuman pilihan atau takdir kanak2 kecil budak anak penagih dadah malas bekerja

26 ulasan:

  1. Kutipan zakat MAIWP untuk 2013 dalam lingkungan RM400 juta. Harap dapat disalurkan kepada golongan golongan ini.

    BalasPadam
  2. Satu lg kisah sepi rakyat marhaen...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada lagi satu kisah. remaja wanita di gangbang 38 lelaki di ketereh. kisah ni takkan keluar kat blog pencacai ni sbb berlaku di kelantan. gomol kelate gomol.

      Padam
  3. Ada org kata dduk penjara lagi senang hidup dr dduk kat bawah jambatan..bezanya just status org penjara jauh lagi hina (pandangan kebanyakan masyarakat) berbanding org dduk bwah jambatan.

    Sesetangah berpendapat nak mengatasi masalah ni ialah buat mcm UK, org xde pendapatan n geladangan siap dibagi duit oleh kerajaan, tp pada masa sama org UK terpaksa membayar cukai yg tinggi utk menjaga kebajikan org2 geladangan...tp kalau buat kat Malaysia, mungkin lagi naik lemak dibuatnya smpi nak dibagi RM500-RM1000 setiap bulan, tp still xnak cari kerja n nak dpt rumah free tanpa berusaha menjadi lebih baik. Sesetangah org Melayu selalu mengharapkn sumbangan x kira dr kerajaan atau pihak luar, tp ada yg still xnak keluar dr kepompong mereka n demand everything free.

    It is not an easy job to implement...sbb sesetangah mentaliti rakyat xnak berubah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Satu ja aku nak komen ttg komen ko ayam afrika, nak komen manyak2 pun malas.. keadaan mereka ko pernah rasa tak, atau at least try try nak rasa tak, sejuk, gelap, lapar, hiba, tekanan, dll? Jika ko d tempat mereka dan terbaca pulak komen sinis mcm ni, apa perasaan ko? Ada yang aku tau puak gelandagan ni dr generasi kedua ketiga, lahir2 ja terus nampak langit...

      Padam
  4. yang buat susah adalah cara anda berfikir..jangan bandingkan dengan UK ..sebagainya..tamadun sejarah islam dah membuktikan dengan kutipan cukai yang telus..dan penyaluran zakat yang telus juga dapat mengurangkan kadar kemiskinan ...contoh.zakat fitrah sahaja..rm7 x katakanlah 10juta org islam malaysia..x kan masih x cukup menyediakan keperluan untuk golongan yang sebegini rasa2 nya purata x sampai 5ribu orang pun..buatlah satu flat 1 bilik..beri mereka tinggal sementara..bagi mereka latihan perubatan pendidikan pada anak2 mereka..rasa2nya anak mereka pun x de surat beranak..gerakkan semua agensi terbabit..jabatan pendidikn, jab pendaftaran, pusat zakat dan kebajikan..begitu juga dengan anak yatim, yang terbaru lima beradik yatim piatu hanya dapat 450 untuk lima orang?? van sekolah? duit poket sekolah..? duit buku ? jangan sesekali pesongkan duit anak2 yatim dan fakir miskin kalau x nak ..negara ditimpa macam musibah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pasal isu zakat pun kene restructure balik....sy faham. Pernah baca artikel yg nak dpt bantuan zakat/masjid byk sgt birokrasi even nak RM10/50..tp bantuan gereja senang je dpt..itu masalah dlm negara kita.

      Duit kutipan masjid adakalanya nmpk sgt byk setiap bulan, dr sibuk buat renovation/tambah baik masjid tau buat acara ceramah dlm masjid, better sebahagian besar bg bantuan cash kpd yg memerlukan.

      Padam
    2. Anon 1.49 aku setuju ngan pandangan kau. Dan keyword di situ ialah telus. So, pihak yang bertanggungjawab tu, teluskah?

      Padam
    3. Mungkin untuk mengelakkan orang mengambil kesempatan atas wang zakat, birokrasi digunakan. Niat asal mungkin macam tu...
      Tapi kalau benda dah depan mata, siap ada bukti gambar keluar dalam paper, nak tunggu apa lagi?
      Bila ada agama lain datang bantu dan unsur unsur murtad muncul, baru nak beri bantuan?
      Kita bayar zakat dengan niat kerana Allah... Jadi yang menguruskan patut niat kerana Allah. Orang nak salah guna ke apa ke Allah sahaja yang tahu.

      Padam
  5. di Malaysia lebih untung jadi panda...he he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe aku sokong! Mane butang like ni..

      Padam
  6. Oh Rozana

    Sepi

    Merantai kelu hati

    Bisjut berkecai dilamun ombak nan damai



    Royi

    Menutup sisa bisjut & royi dari kuntum yang pernah dibaja

    Lalu enggan mengerti sejauh mana laungan rindu jejaka bangla



    Bagaimana mahu membeli bisjut & royi?

    Jika sering saja jatuh tenggelam

    Sedang angan-angan waktu memasak bisjut & royi

    menjadi peta menandai dimana jejaka bangla berada

    bagaimana mahu membeli royi?

    Kalau selalu saja kaku terlentang



    Di setiap selekoh waktu

    Ada sepasang pasangan bangla

    Menyelinap di segenap tubuh sederas hujan musim tengkujuh

    Nak bisjut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Celaka anon bisjut xhbs2 dgn bisjut royi kau.

      Btw , soalan2 noob diatas better p tanyya dgn pakjib dgn bik mama. Najib & BN mmg palanchowww .... Dlm dewan masa bersidang kluar air liur bcakap pejuang melayu tapi org merempat xdibela. Menatang panda jugak dibela...ni la contoh manusia munafik.

      Padam
  7. Bersyukur dengan nikmat keamanan dan kehidupan yang baik..

    BalasPadam
  8. aku sokong kalo dowg dibantu dptkn kje..bg la pape kje yg mampu dibuat n blh dpt sumber kewangan..betol kalo slalu sgt diberi mkn n pakai dowg akn jd lemak..

    kita kena ajar dowg berdikari..ajar dowg yg semua manusia di dunia ni kena bekerja utk hidup..untuk sara ank bini..bkn biasakn dgn memberi mkn pakai pd dowg..baru la masalah ni akn selesai

    BalasPadam
  9. kl tak silap...ada rumah utk golongan ini...nama dia transit apa tah...mungkin ramai yg tak tau..syarizat yg buat dulu sebelum kes lembut..cuba admin kaji

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau psl tu..tp mcm gajah putih jugakkkk...masa mula2 lancarkan je kecoh..pastu?? sama gak mcm kotak tuk buang ank tu..sume acah2 je laaaa

      Padam
  10. owg yg uruskan zakat n cukai pon 1 hal...kalo dowg songlap duit tu,dowg lupa yg dunia ni sementara n akhirat tu kekal abadi..dowg ni jenis xtakut siksa kubur n neraka..jauhkn la kita dr menjadi org yg salahguna kuasa dan juga memakan harta owg lain..aminnnn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa tuan merepek ni..zakat tu asnaf dia adalah menteri2 zakat dan pekerja pejabat zakat serta duit2 ni utk menrruskan kelangsungan jabatan2 zakat dan agama. Selagi ada org bodoh membayar zakat, selagi itulah org2 zakat ni boleh berkokok..

      Apa lagi tuan merepek azab kubur, hari akhirat dan neraka ni? Pada menteri2 dan mufti2, mana ada wujud neraka azab kubur sumer ni?? Ini hirarki sistem kapitalis.. cuba cari mana letaknya syurga azab kubur dlm sistem ni..

      Sila bayar lagi zakat kpd BN..sbb mereka wakil tuhan..merekalah yg menyalurkan oksigen utk anda bernafas..bayar lagi dan lagi dan lagi..dan teruskan membebel dan membebel..kahkahkah..

      Kenapa Allah Taala tak membantu? Jawapannya senang saja..sbb kita ni bodoh..bayar zakat kat BN.. apa susah sgt bayar zakat sendiri..trus kpd asnaf yg dah ada dlm hadis.. lihat seseorg susah, trus bagi jer.. kalo dia tipu, itu hal dia dgn tuhan.. yg gi bayar kat pejabat tu, buat haper??? Siap potong gaji lagi..hah..wtffffff!!!!

      Padam
  11. Tak salah aku dulu dkat tgh KL ada satu rumah hinggap utk org gelandangan yg ditaja oleh kementerian yg bg tempat tidur dan makan free, even kalau nak cari keje org sana boleh rekemenkan.
    Entah apa cerita tmpat tu sekarang...

    Kdg2 golongan gelandangan ni yg memilih cara hidup sebegitu. Lg bebas katanya...
    Entahlah...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku setuju dgn mu cero. Dia org ni kadang kala sebenarnya dah di bantu tapi masih pilih cara macam ni. Jangan la nak salahkan kerajaan dan pihak zakat. Mentaliti dia org kadang kala kena diubah. Aku ada baca artikal di B Harian dulu. Dia org lagi suka pilih cara ni sebab dapat bebas.

      Padam
  12. Pada saya, bersyukurlah tinggal di Malaysia bertuah ni. Golongan gelandangan ni adalah berita tak betul dan memfitnah kerajaan BN. Gambar2 noob siarkan itu adalah fitnah yg amik dari planet Pluto sana. Saya langsung xpercaya wujud golongan ini kerana kerajaan BN mmg adil macam tuhan.. Cuma menunggu masa untuk diminta sembah sahaja kerana mufti2 sedang ber-online dgn tuhan utk diiktiraf BN sbg tuhan yg memberi rezeki dan keamanan hidup kepada manusia. Serius.. tuhan pun dok melangut saja skrg ni sbb BN yg uruskan sumer..Malah kerajaan BN lah yg memberi rezeki sehingga menyuruh2 rakyat berterimakasih dpt hidup aman..masih ada nyawa dan dikurniakan oksigen oleh BN utk bernafas di mukabumi BN ni.. jika tak suka dan pangkah BN, boleh berambus dari bumi milik BN ni..

    Noob..hentikan fitnah ini.. tak baik tau memfitnah kerajaan BN yg sudah hampir dgn tuhan ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Astagfirullah, mengucap nak, mengucap (kalau kau islam la)....

      Nak sarcasm pun, berpada2 la sikit....

      Padam
    2. Haha, mamat serbanistas mana dtg ni. ana fenin lal. kenapa tak suruh mamat tu samak mulut atau kibod jer.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.