Nampaknya, ada peminjam PTPTN yang masih tidak yakin dengan aku. Nah, aku letak kad pengenalan aku. Ingat aku takut? Sikit pun aku tak goyang lah. Sekarang, aku nak 1,000,000 peminjam berhenti bayar PTPTN pada 1 julai 2014 ini juga, tarikh di mana PTPTN ditubuhkan. Korang cuma perlu buat kerja mudah je iaitu untuk share post ini yang tak sampai 5 saat pun, boleh ?
Saya Qadafi bin Muhamad Shuib ingin menyeru kepada 956,018 peminjam yang masih membayar PTPTN supaya bersama-sama saya https://www.facebook.com/qadafimuhamadshuib untuk berhenti membayar PTPTN pada saat ketika ini juga sehinggalah Pilihanraya Umum 14 nanti, yang mungkin diadakan pada tahun 2018.
Tujuan utama untuk kita berhenti bayar PTPTN adalah untuk :
1. Memprotes tindakan PTPTN yang ternyata mengenakan kos pentadbiran dengan tujuan untuk mengaut keuntungan semata-mata.
"Kami diberitahu bahawa PTPTN hanya membelanjakan RM65 juta setahun untuk menjalankan operasi, jadi kadar faedah 1% daripada berbilion-bilion yang diberikan setiap tahun adalah jauh lebih daripada yang diperlukan"
- http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2012/04/12/ptptn-digesa-hapus-kadar-faedah-1-tindakan-senarai-hitam--khairy/
2. Sebagai bantahan kepada resolusi yang gagal dilaksanakan oleh Meja Bulat PTPTN yang telah dibuat pada 11 April 2012.
"Meja Bulat mencadangkan bayaran perkhidmatan 1% yang dikenakan ke atas peminjam PTPTN dihapuskan"
- http://www.sinarharian.com.my/nasional/ptptn-11-resolusi-rundingan-meja-bulat-anjuran-pemuda-umno-1.39271
3. Menunjukkan rasa tidak puas hati kepada tindakan PTPTN yang mengenakan caj insurans yang semakin membebankan para peminjam PTPTN.
4. Sebagai tanda kecewa kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib yang tidak mengendahkan cadangan peminjam PTPTN untuk menghapuskan kos pentadbiran PTPTN yang telah dikemukakan untuk Bajet 2014 yang dibentangkan pada 25 Oktober 2013.
5. Pembayaran balik PTPTN telah jatuh hukum sebagai haram kerana kos pengurusannya telah melebihi kos sebenar.
"Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, kadar faedah 1% yang dikenakan terhadap kos pentadbiran PTPTN adalah terlalu banyak berbanding perbelanjaan mengurus sebenar perbadanan itu"
- http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2012/04/12/ptptn-digesa-hapus-kadar-faedah-1-tindakan-senarai-hitam--khairy/
"Semua caj yang melebihi kos sebenar perkhidmatan adalah haram"
- http://abuanasmadani.blogspot.com/2012/04/ptptn-haram-caj-lebihi-kos-sebenar.html
Saya akan mengambil tanggungjawab sepenuhnya ke atas setiap peminjam PTPTN yang mahu mengambil keputusan untuk berhenti bayar PTPTN. Justeru, walau apa pun yang akan terjadi nanti, saya yang akan menerima risikonya. Dengan ini, anda tiada alasan lagi untuk ragu-ragu dan bimbang untuk berhenti bayar PTPTN.
Akhir sekali, saya akan upload penyata PTPTN saya pada setiap bulan sebagai bukti saya kotakan janji saya untuk tidak lagi membayar PTPTN. Saya amat berharap sekali pada tahun 2015 nanti, sasaran 1,000,000 peminjam untuk berhenti membayar PTPTN akan tercapai.
Dipetik dari Facebook Qadafi Muhamad Shuib, founder kepada kempen ini.
Komen aku:
1. Pendidikan adalah tanggungjawab kerajaan dan ibu bapa.
2. Yuran pendidikan seharusnya percuma, dari peringkat rendah sehinggalah peringkat tinggi.
3. Kos sara hidup ketika pengajian adalah tanggungjawab ibu bapa dan diri sendiri. Mendapat biasiswa untuk membiayai kos sara hidup adalah satu kelebihan dan ganjaran kerana cemerlang dalam peperiksaan.
4. Disebabkan realiti sekarang dalam negara kita di mana yuran pendidikan di institusi pengajian tinggi awam tidak percuma, maka tanggungjawab membayar yuran adalah tanggungjawab ibu bapa yang mempunyai pendapatan, bukan pelajar yang masih belum bekerja dan tiada pendapatan.
5. Jika tiada duit untuk membayar yuran pengajian tinggi. sepatutnya bukan pelajar yang membuat pinjaman, tetapi ibu bapa. Ibu bapa mempunyai pendapatan dan boleh bayar secara bulanan. Jika kereta, rumah, pinjaman peribadi boleh dibuat pinjaman, kenapa pinjaman pendidikan diletakkan di bahu anak2 yang masih belum bekerja dan tiada pendapatan?
6. Namun disebabkan dasar kerajaan memang dah macam ni, maka pinjaman PTPTN diperkenalkan untuk memberi pinjaman pendidikan kepada pelajar yang menuntut di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
7. Pelajar tidak dipaksa untuk buat pinjaman dengan PTPTN. Ibu bapa yang berkemampuan boleh menanggung kos pengajian anak2 atau buat pinjaman peribadi dengan bank, namun kadar interestnya lagi tinggi dari PTPTN. Oleh itu PTPTN dilihat sebagai pilihan terbaik jika hendak buat pinjaman pendidikan.
8. Sebelum memberi pinjaman, pelajar dikehendaki menandatangani kontrak perjanjian PTPTN, malah penjamin juga perlu tandatangannya, namun berapa ramai pelajar dan penjamin yang baca dan faham kandungan kontrak perjanjian tersebut.
9. Kini setelah duit PTPTN habis digunakan, telah mendapat pekerjaan dan mempunyai pendapatan tetap, tiba2 lah ramai yang mengungkit pinjaman PTPTN ini riba, tidak patut dibayar, boikot, suruh mansuh, sedangkan dalam masa yang sama boleh sahaja membuat pinjaman dengan bank untuk urusan peribadi nak buat belanja kahwin, beli kereta dan rumah.
10. Pinjaman2 lain juga ada unsur riba malah interest lagi berlambak2, tapi tiada pula bising nak boikot tidak mahu bayar. Yelah, loan kad kredit bayar lambat, kena caj denda lewat. Kalau loan kereta tak bayar, lepas 3 bulan kereta kena tarik. Loan rumah tak bayar, rumah kena lelong. Personal loan tak bayar, kena naik mahkamah, kena blacklist, kena isytihar muflis.
11. Tapi bila culas dalam membayar PTPTN, tiada kena apa2 tindakan yang berat. Malah diberi kemudahan untuk bayar sikit2, tapi peminjam ada yang naik lemak, ada yang malas nak bayar langsung, lepas tu ajak orang lain jangan bayar sama, apa punya merepek.
12. Kalau lepas ni PTPTN nak dimansuhkan ke, kadar bunga nak dihapuskan ke, bayaran perkhidmatan nak dilupuskan ke, itu hal kemudian, dan itu hak kerajaan dan PTPTN. Tapi selagi mereka takde cakap apa2 nak ubah dasar atau perjanjian tu, bayar je la seperti biasa sebagaimana korang dah sign kat dalam kontrak perjanjian tu.
13. Nak buat kempen mendesak PTPTN mansuhkan caj perkhidmatan 1% dengan hantar memorandum ke, buat petition kutip tandantangan ke, nak berdemo berguling2 atas jalanraya ke tu takde hal ikut suka hati korang, tapi kalau nak ajak semua peminjam PTPTN supaya jangan bayar pinjaman memang bullshit.
14. Dah nama pun pinjam, bayar la balik dol. Serious, pathetic gila.
tags: rebel melawan ptptn qadafi muhamad shuib kad pengenalan ic no kp pinjaman wajib dibayar caj bayaran perkhidmatan kadar interest bunga demo demonstrasi mansuh hapus lupus penjamin guarantor kontrak perjanjian merepek pathetic kempen berhenti bayar pinjaman ptptn mahasiswa mahasiswi
1st!!! yeah....awesome!
BalasPadamInterest tinggi kat kereta, rumah, kad kredit x bising nak demo....interest 1 % pun dah bising. Apa sy nmpk kebanyakan mereka nak free semua kerajaan tanggung. Kalau mcm 2 xyah gi UM, UITM, UTM etc..gi uni swasta terus n suruh tanggung semua yuran pengajian yg boleh cecah ratusan ribu utk 4-5 tahun pengajian, baru ada class.
PadamTp sy sarankan supaya staus pinjaman kpd biasiswa bukan sahaja utk 1st class (payah gile nak dpt utk ambil course engineering n medic), samada utk 2nd upper atau 3.5 ke atas pun cukup baik...at least bg better motivation utk belajar lebih gigih. Sbb budak yg dpt 1st class mmg dilahirkan pandai/geek/genious, smpi ada kwn yg jenis main game siang malam, tp senang2 dpt 1st class every sem.
ikut ko la apa ko nk buat :p
PadamTorrent Movie Melayu, Majalah & Komik Malaysia @ MelayuCrewz
haha, btul3x
PadamPathetic giler...
BalasPadamgadis diliwat 38 lelaki di ketereh......gomol kelate gomol.
Padampatut pun paspispus nak wat hudud kat kelate. oghe kelate kotey gate hok gitu deh?
PadamPada aku mudah je,
BalasPadambenda dah pinjam, bayar le...
Kenapa dah habis pakai baru nak memberontak,
masa nak sain perjanjian dulu buat apa? Terbayang henfon baru yang nak dibeli guna PTPTN?
Tu la pasal, supposedly pandai pinjam, pandai setuju dengan terma2 dan syarat2 pinjaman semua tu, pandai la bayar balik jugak kan... takdak sapa2 pun yang wajibkan semua pelajar ipt untuk buat pinjaman ptptn tuh in the first place... isk isk...
PadamAku sebagai bakal pelajar IPTA menyeru semua bakal pelajar memohon pinjaman kepada Qadafi kerana tindakan banggangnye akan menyebabkan kite sebagai pelajar akan datang tidak dapat lagi membuat pinjaman dengan PTPTN.
PadamGiler pathetic...
BalasPadamadoiii...buat loan kereta kna % tinggi xper.Nie loan belajar pon nak bising pn ape kes?dah xder duit sgt bayar jer 50 henggit sebuln.xkan itu pon xblh?pakai kereta mewah blh jer...huhu
BalasPadamKecoh la mamat ni. Dulu merayu nak PTPTN bila dah habis belajar duit pun habis beli topup call awek tetiba tak nak bayar balik.
BalasPadamhaha.. aku suka no 14.
BalasPadamdah pinjam, byr sajalah. utk kegunaan org lain nak pinjam pula.
teringat ada satu kes ni,
bapa dia pinjam (bukan bank) utk dia belajar, siap kawan bapa dia jadi penjamin.
boleh dia taknak bayar dan siap ckp,
" bapa dia pinjam, bapa dialah bayar"
pemberi pinjaman, pergi kejar penjamin sbb bapa dia dah arwah. penjaminlah yg takde talian darah yg jadi tukang byr sampai sekarang.
14. Dah nama pun pinjam, bayar la balik dol. Serious, pathetic gila.
BalasPadambudak ni buat akaun fake. ntah ic sesape dia letak. bru pinjam 17k dh kecoh xmau bayar.
BalasPadamaku 90k swasta relek je. mmg niat xnk byar pun smpai next PRU. next PKR pegang mansuh PTPTN selamat la aku..yes. tp aku rase ptptn mmg dh link dgn CCRISS sbb ak nk apply loan meniaga smpai skg x lulus..
Pathetic giler pathetic...
BalasPadamaku rase ko lagi kesian noob.. kan dia kate dia akan bayar balik kalau interest 1% ngn kos pentadbiran tu dihapuskan.. bukan die xnak bayar terus!! noob2...
BalasPadamayat budak meleis baru nak up..pathetic giler
Padammasa dia tandatangan kontrak perjanjian tu ada ke dalam tu tulis "peminjam perlu membuat bayaran balik hanya jika interest 1% dan kos pentadbiran kami hapuskan"?
Padampathetic
Kami org Islam yg sukakan interest aka riba! Dlm kes ni riba patut dikekalkan smp mampos! Sape yg mntk riba dihapuskan mohon bunoh diri anda skrg! Pathetic..
Padamkalau tidak sukakan riba, kenapa buat pinjaman PTPTN yang ada riba? masa nak pinjam bersetuju pula dengan terma dan syarat PTPTN yang ada riba, bila nak suruh bayar tak nak bayar pula sebab ada riba? masa buat loan kereta, rumah, personal loan, tiada pula nak ungkit hal riba?
Padamyang berkuasa menghapuskan riba dan menggubal dasar pinjaman adalah pihak berkuasa. daripada tak bayar pinjaman, sila kemukakan protes anda terhadap pihak berkuasa, hantar surat, hantar memorandum, kalau mereka tidak layan sekurang2nya anda dah buat kerja anda.
paling tidak pun tukar kerajaan saja jika anda percaya pihak yang satu lagi boleh menghapuskan riba.
Wakaka noob kena troll! Marah ka encik noob? Jangan la marah nnt cepat tua.. Kahkahkah!!!
PadamNoob dah kene jual...hahaha..
Padammula2 dlu interest rate die 6%, then then turun 3% and 1%. kat sini dah nampak interst die boleh naik atau turun. (hapuskan pun xmustahil). Point yang penting kat sini aku nak cakap dia akan akan bayar balik kalau interest tu dimansuhkan. Pendidikan bukan untuk peniagaan..
BalasPadamnaik turun interest rate itu hak pemberi pinjaman, bukan hak peminjam. peminjam bayar sahaja ikut syarat yang telah ditetapkan. kau buat loan beli rumah pun interest dia naik turun, takde pulak aku pernah dengar orang protes tak nak bayar sebab interest naik turun?
Padamaku setuju pendidikan bukan perniagaan, baca balik point2 aku kat atas, tapi itu bukan alasan untuk tidak membayar pinjaman. dah itu adalah dasar yang ditetapkan, kalau nak tukar dasar pendidikan, tunggu kerajaan laksanakan atau tukar kerajaan.
tolong jangan bagi alasan yang pathetic
Kalau hapus 1% pun sapa yg nak byk gaji kerani2 ptptn 2? Dah pinjam n sign agreement.kontrak, pas2 mintak hapus terus interest? Sy boleh jamin...even hapus interest pun org still xnak byr...suruh lupus terus hutang ptptn. X adil kpd yg dah bayar habis sebelum ni, yg x bayar terus dpt free2.
PadamKalau one day antara kita meninggal esok, nak ckp kat Allah yg xnak byr hutang ptptn sbb sepatutnya tanggungjwb kerajaan bagi free je? Sy sendiri pun dah bayar habis PTPTN, xde masalah pun sbb sy tau hutang 2 akan dijawab kat akhirat.
Kalau x setuju pinjaman itu satu perniagaan, tp kenapa still sign agreement n ambil gak? Lepas dah habis belajar baru nak bantah ptptn ni. Smpi skrg still ramai lagi yg masuk U ambil ptptn...xkan dah niat awal2 xnak bayar bila pinjam?
apa yang free2 ni ayam afrika...point aku kat atas skali dah ni ^^.. xde yang free kat dunia nie.. nasib baik udara xkene charge lgi.. so xmustahil la interst tu boleh dimansuhkan kan noob?? kalau kerajaan laksanakan / kerajaan ditukar, kan??
Padamkah3 noob noob... terpaksa layan anon bebal mcm ni... xmo byr ptptn pastu ugut2 plak. xpelah aku makan pop corn jelah mls nak gaduh dgn org2 bebal ni... buang masa... jatuh tahap intelektual aku
PadamSebenarnya sistem riba ni cukup mudah dan memberi kemudahan terbaik utk peminjam.
PadamJika diikutkan hukum, peminjam pinjam 100k katakan.. jika dia bayar yg mula2 tu..katakan rm100.. sudah dikira hutangnya habis dibayar dan selebihnya lupus kerana jika dibayar seterusnya..ianya dikira riba.. jadi utk elakkan dikira riba, berhenti bayar utk bulan seterusnya.. tak kiralah ada perjanjian atau tidak.. ( cuma masalahnya jika diburu..pepandai la menyorok yer)
Hukum riba ni cukup mudah.. nak tau .. masuk neraka selama2nya dan xder peluang nak kluar lagi dah..hang ustat ka..hang malaun ka.. sama saja Allah layan... Allah Taala pedulik hapa siapa engkau siapa lu..pergi mampos la.. tak sedikit pun dapat memberikan apa2 kpd Dia.. lagipun dah diisytiharkan sesiapa yg terlibat dgn riba, pembeli, penerima, saksi, kerani.. bertaubat dan solat berguling2 pun.. beliau tetap dikelaskan berperang dgn Allah dan rasulnya..
Takkan la nabi saw nak troll lu noob.. Jgn troll diri sendiri dgn pakda buat lawak org bayar riba..
tu la masalah masyarakat kat malaysia nie..
BalasPadambagi sye,simple,dah pandai pinjam pandai la bayar..
betul cakap owner blog,dah habis pakai duit tu,beli bukan2 pe semua pastu dan2 pulak nak bising pasal nie semua...
bg aku ibu bapa la yg menjadikan anak2 diorg bangang mcm ni. aku setuju dgn noob spatutnya pendidikan tu tanggungjwb ibu bapa... burden tu patut letak dibahu ibu bapa, bkn kpd anak yg lgsg xde pendapatan.. klau aku la, aku xkan menyusahkan anak aku suruh dia buat pinjaman utk belajar. selagi dia dibwh tanggungan aku, akulah yg kena tanggung dia sampai la dia dah kerja & boleh menanggung diri sendiri.
BalasPadamtp aku rase, ptptn tu mmg patut pn si ank yg blaja tu yg kene byr..nape nk sshkn mak ayah..klu mak ayah ko org sng xpelaa..tp klu mak ayah ko ada byk ank yg nk kene sara n gaji pn kais pg mkn pg, sian laa kt dorg..lg pn, korang keje nti kn bleh byr blek ptptn tu..time tu mgkn pndapatan korg da 3k or 4k..xkn xley byr ptptn kott..blanje awek bleh lak..
Padamlg 1, aku kesal tgk org yg xde rase tanggungjawab..klu bnda mcm ni suh mak ayah pikul, aku xtau laa keje nti, duit gaji bln2 ada bg kt mak ayah ke x..erm..jd laa ank yg soleh n solehah..seyes aku sdih org mcm ni..
mase nk pnjam kebanyakan fresh students ni masih muda muda mentah lg paling muda pn 19 thn. jd mmg kebanyakan mereka xpaham kontrak perjanjian.. hahaha..
BalasPadamDuit
BalasPadamtak mau kena riba' jangan pinjam ptptn.. masa sign ptptn tak baca terma & syarat ke dol?
BalasPadamSekarang ni ramai mengaku student tapi stupid.. kalau nk kata tk faham tu tk logik sangat la.. rata rata semua sedia maklum yang PTPTN tu pinjaman.. kalau dh pinjam kena la bayar balik.. takde siapa pun yg paksa ambil pinjaman tu tapi sendiri yg terhegeh hegeh pi isi borang.. bila dh dapat dan dah habis belanja taknak bayar.. Qadafi.. jangan ingat umur kau tu panjang sangat... mungkin sebelum 2018 nyawa kau dah diambil Tuhan... apa kau nk jawab dengan hutang2 kau kat dunia ni.. tambah dh memang kau niat taknak bayar.. dah la tu kau hasut orang lain tuk ikut jejak kau.. kau tanggung dan jawab la nanti.. dan yang pasti hutang takkan terhapus dengan menukar kerajaan..
BalasPadambiarla die nk protes ke ape, dah dia yg punye pinjaman. Bkn pinjam kat noob pun. Moi sungguh.
BalasPadamLepas ni, buat pinjaman dengan bank untuk sambung belajar..
BalasPadamAtau belajar bersungguh-sungguh untuk dapatkan biasiswa dan tajaan.
Elok mansuhkan PTPTN dan jadikan sebagai pinjaman bank. Baru peminjam yakin dan sibuk nak bayar. Kalau tak bayar nanti kena blacklist.
BalasPadamsekiranya anda mengetahui ianya riba,tetapi masih melakukannya.maka neraka tempat selama-lamanya.tahniah admin.bayar apa yg dipinjam sahaja.bukan lebihan.itu riba!
BalasPadamdah tahu ia ada riba kenapa pinjam dol? kan ada banyak lagi pilihan lain seperti bank2 yang menawarkan pinjaman yang islamik?
PadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
BalasPadamHalo, saya Mr Rapheal Williams, pemberi pinjaman pinjaman swasta yang memberi hidup waktu kesempatan pinjaman. Apakah Anda memerlukan pinjaman untuk melunasi utang Anda atau Anda membutuhkan pinjaman untuk meningkatkan bisnis Anda? Anda telah ditolak oleh Bank dan lembaga keuangan lainnya? Apakah Anda memerlukan konsolidasi pinjaman atau hipotek? mencari lebih banyak karena kami di sini untuk membuat semua masalah keuangan Anda dari masa lalu. Kami meminjamkan dana kepada individu membutuhkan bantuan keuangan, yang memiliki kredit yang buruk atau membutuhkan uang untuk membayar tagihan, untuk berinvestasi pada bisnis pada tingkat 2%. Saya ingin menggunakan media ini untuk memberitahu Anda bahwa kami menyediakan bantuan yang dapat diandalkan dan waris dan akan bersedia menawarkan pinjaman. Jadi hubungi kami hari ini melalui email hubungi kami via
BalasPadamEmail: raphealwillaims.loanfirm2015@gmail.com Terima kasih, kami berharap untuk prompt Anda menjawab.
Mr tanda Rapheal Roland Email: raphealwillaims.loanfirm2015@gmail.com