Halaman

Selasa, 20 Mei 2014

Membentuk masa depan murid tidak bijak akademik

Minggu lepas semasa sambutan Hari Guru, ramai yang kongsikan kertas soalan peperiksaan yang mengandungi jawapan2 lucu dan loyar buruk yang dijawab oleh murid2 sekolah di Malaysia yang bermacam2 ragam dan pasti memeningkan kepala guru2 masakini. Tapi setiap kali aku baca jawapan budak2 tu, aku tak rasa lawak pun malah sedih, sebab aku terfikir adakah mereka sudah bersedia dan dipersiapkan untuk menghadapi dunia luar setelah tamat zaman sekolah kelak?

Gambar hiasan










Aku juga sedih bukan kerana mereka kurang pandai dalam pelajaran sehingga memaksa mereka menjawab soalan dengan jawapan lawak dan loyar buruk, tapi aku sedih kerana tak pasti bagaimanakah persediaan mereka untuk menghadapi dunia akan datang setelah keluar daripada kepompong jagaan ibu bapa.

Setiap orang dilahirkan tak sama. Ada yang dilahirkan dengan otak yang cerdas dan boleh menerima dan memahami pelajaran dengan baik dan bijak. Ada juga yang dilahirkan dengan otak yang kurang cerdas yang menyebabkan mereka tidak berminat dan sukar untuk memahami subjek yang diajar di sekolah. Golongan ini biasanya mempunyai minat dan bakat ke arah yang lain selain daripada bidang akademik.

Namun pada hari ini ibu bapa, cikgu2, pemimpin dan masyarakat kita hanya fokus dan menekankan kepada perkembangan akademik semata2, walaupun terdapat murid yang memang sukar untuk memahami pelajaran dan kurang berminat ke arah itu. Walau kita tahu dia memang kurang minat dalam akademik, kita terus tekan dan tekan suruh mereka belajar juga dengan banyak, paksa juga untuk ambil subjek susah2 seperti Biologi, Matematik Tambahan, Kimia, Perakaunan dan lain2 walaupun akhirnya mereka hanya akan mendapat gred yang rendah atau gagal.


Sistem pendidikan kita hari ini tidak banyak menekankan kepada perkembangan pelajar yang tidak cemerlang dalam akademik. Mereka menghabiskan 3 4 tahun dengan membuat sesuatu yang mereka tidak mampu buat yang akhirnya mendapat gred yang teruk dan dipandang rendah. Ibu bapa pula walau tahu anak tidak boleh bawa lagi matapelajaran di sekolah, terus ditekan dan dipaksa untuk belajar seperti orang lain yang cemerlang dalam bidang akademik.

Sudah menjadi stigma dalam masyarakat kita bila melihat murid lain tidak pandai dalam akademik, terus dicop bodoh dan dipandang rendah sebab mentaliti orang kita yang dah kita tanamkan dalam budak2 muda, kalau nak berjaya dalam hidup nak tak nak mesti dapat keputusan bagus dalam peperiksaan, kalau keputusan rendah atau gagal dalam peperiksaan, anda takkan berjaya dalam hidup.

Kesudahannya setelah mereka ini tamat sekolah, sudahlah keputusan peperiksaan teruk, kemahiran lain pun tiada kerana ibu bapa dan masyarakat terus menerus menekan mereka supaya belajar dan tidak pula membentuk dan mempersiapkan mereka dengan kemahiran lain lantas menyebabkan mereka hilang punca selepas zaman persekolahan seterusnya menyebabkan mereka gagal dalam hidup kerana gagal berdikari sehingga akhirnya terus ditanggung oleh ibu bapa walau sudah dewasa.

Sebab itu dalam konteks ini, ibu bapa perlu memainkan peranan yang penting dalam perkembangan anak2 mereka. Jika anak mereka memang sudah tidak mampu untuk belajar dengan prestasi akademik yang sangat teruk, sebagai ibu bapa kita perlu membekalkan dan menyiapkan anak2 kita dengan suatu kemahiran lain agar dia boleh terus menjalani kehidupan dengan sendiri dan berdikari terutama setelah ketiadaan kita. Kembangkanlah bakat dan kemahiran anak ke arah yang lain selain akademik seperti dalam bidang masakan, jahitan, pertukangan, mesin, lukisan, penulisan, sukan, perkomputeran dan lain2 yang dirasakan sesuai untuk anak mereka.


Nak mengharap para guru dan sistem pendidikan negara kita yang mengubah nasib anak2 yang tidak bijak akademik tu memang jangan haraplah, sebab sistem pendidikan kita memang terlalu mementingkan akademik semata2 dan memberi jenis penilaian yang sama kepada semua murid baik yang bijak dalam akademik mahupun yang tidak, dan aku percaya ia tidak akan berubah sampai bila2.


Aku ada seorang rakan, cikgu Miskon (bukan nama sebenar) yang merupakan cikgu matematik di sebuah sekolah menengah di pinggir bandar. Di kelasnya ada ramai murid melayu dan segelintir murid cina. Ada murid yang bijak, ada juga yang tidak bijak. Murid yang paling bijak dalam kelasnya adalah murid cina, namun ada juga 2 3 orang murid cina yang tidak bijak. Murid melayu pula yang bijak adalah dalam 5 6 orang manakala yang tidak bijak agak ramai.

Ada seorang budak cina yang tidak bijak ni memang langsung tak pandai dalam pelajaran. Dalam kelas selalu tidur, dalam peperiksaan pun dia cuma tulis nama dan jawab mana yang dia rasa boleh jawab, lepas tu terus hantar kertas jawapan. Tapi setiap kali lepas sekolah, dia terus pergi bengkel motor ayah dia dan kerja baiki motor kat situ.


Bila rakan aku cikgu Miskon tanya budak tu dia nak jadi apa bila dah besar nanti, dia cakap dia cuma mau jadi mekanik kerja baiki motor sahaja sebab itu sahaja yang dia minat dan mahir. Dia cakap lagi buat apa dia belajar teruk2 lagi untuk subjek berat2 sedangkan dia memang tahu dia memang dah tak boleh nak bawa dah subjek2 tu, so lebih baik dia tingkatkan kemahiran dalam bidang yang dia boleh pergi jauh. Ayah dia jugalah yang banyak memberi galakan serta mengajar kemahiran dalam bidang permotoran setelah tahu yang anaknya memang tak boleh pergi jauh dalam bidang akademik.

Berbeza pula dengan murid2 melayu yang tidak bijak dalam kelasnya. Lepas habis sekolah terus pergi ke siber kafe main Facebook, tengok Youtube cerita korea, ada pula yang pergi merempit, hisap dadah, pergi clubbing, jadi gangster, melepak kat shopping complex jumpa pakwe dan buat pelbagai aktiviti yang membuang masa dan tidak berfaedah. Ibu bapa pula jenis tidak kisah, sudah tahu anak tidak pandai namun dibiarkan sahaja tanpa inisiatif untuk mengasah dan mengembangkan kemahiran anak2 yang boleh digunakan untuk menyara hidup sendiri di masa akan datang.




Kalau sudah tahu anak tidak boleh pergi jauh dalam bidang akademik, kenapa tidak persiapkan mereka dengan bidang kemahiran yang lain? Kenapa tidak menghantar mereka ke kelas memasak, ajar mereka menjahit, bengkel mekanik, mengimpal besi, belajar muzik, seni lakon, komputer, lukisan, membela ikan, bercucuk tanam, berlatih sukan seperti bola sepak, badminton dan lain2, atau didik mereka dengan kemahiran berniaga?

Sebab itu suka tak suka, ibu bapa yang perlu memainkan peranan dalam memberi kemahiran alternatif kepada anak2 yang kurang bijak dalam bidak akademik. Sekurang2nya lepas tamat sekolah, mereka boleh terus berdikari tanpa perlu duduk makan tanggung berak cangkung bawak ketiak mak bapak lagi. Malah kisah benar, aku sendiri ada kenalan dan saudara mara yang sehingga umur 30-an 40-an pun masih tidak bekerja apa2, hanya menganggur duduk di rumah ibu bapa dan masih hidup ditanggung walau badan sihat walafiat.

Sedih.




tags: kertas soalan jawapan peperiksaan ujian lawak kelakar lucu loyar buruk masalah sosial gagal berjaya keputusan gred baik rendah teruk persiapkan diri stigma masyarakat bodoh kurang cerdik cerdas tiada kemahiran bekerja asah bakat minat pelajar budak sekolah murid 3gp gaduh gangster lepak batak pavi hotstuff mat rempit buli

25 ulasan:

  1. 1st...jawapan mcm tu bagi aku tu dah kurang ajar dgn cikgu....klau zaman aku dulu jawab mcm tu konfom dah kena tampar...berani budak2 skg ni....setuju sgt ada bnyak kemahiran lain yg boleh diterokai pelajar.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Rozana

      Aku mencari gambarmu
      Keluar photo jejaka bangla
      Tersenyum dan melirikmu
      Bersama seketul bisjut & royi

      Oh Rozana

      Tapi aku tak mampu
      Membalas lirikan dan senyummu
      Tanpa bisjut & royi darimu
      Yang kuharap selalu

      Oh Rozana

      Dengan perasaan sangat rindu
      Kutulis pesan singkat untukmu
      Untuk mengurangi resah dihatiku

      Oh Rozana

      Bilakah ada bisjut & royi
      Ku tunggu telefon darimu
      Kerna aku sangat rindu
      Ingin membeli bisjut & royi

      Nak bisjut?

      Padam
  2. tak dapat masuk jalan ni cari gerbang lain, bukannya berhenti dan buat onar.

    BalasPadam
  3. 2nd..... Setuju juga dgn noob, sebenarnya ada altenatif bagi mereka yg tak preform dalam study untuk melanjutkan pelajaran dlm bidang kemahiran macam IKBN, Sekolah Teknik, Giat MARA, Kolej Komuniti etc. masalahnya mereka x nak kejar peluang ni. sebaliknya kata "Malaslah", "baik aq keje gomen", "x kuasa aku nak masuk Giat MARA"

    Berdasarkan pengalaman, masa tingkatan 3, sekolah mmg buat macam2 sesi pendedahan untuk bidang kemahiran dan Maktab tentera tetapi target group(pelajar kurang preform) mcm buat x tahu saja. Parent paksa masuk U pun betul juga pasal housemate pun citer benda sama. Nawaitu nak keje tapi mak paksa masuk U

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi tulah sebenarnya kalau kemahiran diorang baru nak gilap lepas tamat spm dah agak lambat. sebagusnya kemahiran dan bakat diorang kita asah dari muda seawal tingkatan 1 lagi. tengok di US dan Jepun macam mana pelajar sekolah menengah yang tidak cemerlang dalam akademik, mereka dah start explore kemahiran lain dan kembangkan bakat mereka yang diorang boleh guna untuk cari makan sejurus lepas grad dari high school.

      Padam
    2. Pon. La ni kolej vokasional start amek lepas per. Dasar baru pendidikan akan review pmr. Jadi kita tgk la.

      Padam
    3. Noob..tolong pindahkan iklan rozana bisjut tu..langsung x membantu..

      Padam
    4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

      Padam
    5. Senang cerita....kita kena rombak sistem pendidikan supaya x fokus kpd akedemik semata2...mungkin dlm slip SPM ada bahagian akedemik n kemahiran.

      Tp masalahnya kat dunia luar nak dpt kerja at least ata diploma n degree. Kalau xde sijil dr universiti mmg payah nak dpt kerja. Even byk universiti swasta wujud utk bg short cut degree kpd org yg ada byk duit. Tp x semua yg lahir kaya raya, Apa sy nmpk, demand kat luar still nak berasaskn pendidikan....melainkan buat bisnes sendiri atau as businessman.

      Padam
  4. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  5. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  6. Aku agk la, agk aje lah, geng Tanpa Nama yg ske sgt tmpek komen rozana & bisjut ni adlh kawan2x & sdara mara PON yg diceritakan dlm perenggan terakhir post ni..

    Sedih

    BalasPadam
  7. Only after you know your weakness, then you will learn how to appreciate your strenght. Kesian aku tgk budak2 skolah sekarang..yg pandai dan masih menjaga kelakuan..tahniah dan teruskan. Bagi yg gagal tp masih berusaha mencari kelebihan diri..truskan, anda akan berjaya.tapi kepada yg gagal pastu dok melepak..lagak gengster..dgn gaya mcm takde makbapak, agama dan otak..memang nak kne sental cukup2..rendam dalam clorox bagi bersih smula. Kalau tak boleh membantu org..better bantu diri sendiri je cukup.ni tidak,menyusahkan org. Idup hanya sekali..if you don't try hard enough to be someone useful..you already dead at the beginning. Aku pernah dgr cakap seorang pegawai PTD. Dia cakap..' The choice is yours..you the one will be decide what you want to be, the good one..one the loser..if you try hard enough to be a good one..you already the champion.but when you just decide to be a loser..please..keep all the risk to yourself.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ape lu membebel ni lebai.. satu habuk pun x masuk kapla bebudak tu..dah pandai, tolonglah bagi jalan dan semangat nak membantu mcm noob gitu.. ini tidak, lu pandai pun, langsung x leh tumpang.. 2x5 jer ngan bebudak keciciran tu.. sama dgn kesempurnaan en c++.. jangan jadi pandai tapi biol..khalas..

      Padam
    2. biasalah dgr ckp ptd mcm tulah jadinya.dia xtau ke ptd tu golongan manusia plg asshole dlm gomen. baru jd ptd dah rasa jd champion la,org lain loser la??? fakoff

      Padam
    3. Tiada kejayaan yg dilalui tanpa kegagalan, tapi ada kegagalan yg dilalui tanpa kejayaan. Bukan senang nk jd senang, bukan susah utk jd susah, dn juga bukan senang nk kekalkn kesenangn yg sudah kau kecapi, kerana selagi kau hidup, selagi itu kau akn diduga dn diuji. Yg penting, walau siapapun kau, teruskn usaha ke arah yg lebih baik dr hari smlm. Selagi kau hidup, selagi itu kau ada peluang utk mnjadi org yg berguna, atau mnjadi loser abadi. Pilih.

      Padam
  8. Untuk pengetahuan noob dan rakan rakan, pendidikan di Malaysia sedang berubah. Dalam jangka masa 5 tahun lagi akan ujud sekolah sekolah kemahiran utk pelajar tingkatan 1 bagi mereka yg lemah dalam akademik. Sekarang ni pun kolej kolej vokeysional sedang mengalami perubahan besar dari segi penilaian dan persijilannya. Harap apa yg dirancang menjadi.
    Masalahnya kat Malaysia ni setiap kali menteri berubah dasar yg sebelumnya pun nak di ubah. Lagi satu anak anak pun banyak yg dimanja. Budak budak ni kebanyakannya takut nak duduk asrama dan berjauhan dgn mak bapa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sbb anak terlalu dimanja ibu bapa, maka lahirlah budak2 batak generasi tahi yg bakal meramaikan bilangan sampah dlm masyarakat

      Padam
    2. Haha.. dah dapat menteri2 biol..maka biol habislah anak masyarakat kita..makin ramai muncul masyarakat yg hanya tahu cari jalan utk selamatkan diri sendiri saja.. tinggal berapa kerat yg masih mahu hulurkan tangan membaiki sosio masyarakat yg kian nazak..

      Padam
  9. Kenapalah bangang sangaD jawapan bebudak bani qudut sekarang. Duk rumah memang lepak makan main games memanjang? Time aku dulu kalu xdpt jwb aku tinggal kan aje. Xda nak merapu jawap macam ni ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh Rozana

      Bisjut bawa royi
      royi bawa bisjut
      bangla bawa bisjut & royi
      bisjut & royi bawa bangla
      kau bawa bisjut
      aku bawa royi
      bisjut bawa kamu
      royi bawa aku
      bisjut & royi bawa kita bersama

      Oh Rozana

      Apa itu bisjut?
      Apa itu royi ?

      Nak bisjut?

      Padam
  10. Mereka harus mempunyai kesedaran untuk berjaya walaupun tidak berjaya dari segi akademik. Itupun jika mereka ada kesedaran.

    BalasPadam
  11. Yess!The truth has been spoken.

    BalasPadam
  12. Sakit hati kot kalau kena paksa belajar benda yang tak minat.Lagi-lagi kalau asyik kena sindir je sebab markah rendah.Bila nak ambik aliran lain tak bagi pulak tu..Macam mana lah aku boleh stuck dekat sistem macamni.Sampai subjek agama pun belajar untuk periksa.Dunia..dunia..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku dulu sangkut kat subjek akaun. Aku mmg failed akaun..kawan kelas, cikgu..ramai cakap aku bodoh sebab akaun asyik failed. hanya disebabkan akaun sahaja yang failed,terus aku digelar paling bodoh dalam kelas. Tapi aku pandai dalam pengurusan perniagaan dan juga subjek macam sejarah dan fizik. Pernah juga dapat paling tinggi markah dalam kelas. Tapi tetap digelar bodoh sebab akaun. Mmg zaman sekolah dulu perit sngt. Macam tak ada sape2 yang tgk kelebihan aku kat mana. Bila masuk U, aku pilih subjek bisnes..semuanya lancar dan pointer pun tinggi. sekarang dah jadi pensyarah bisnes. Sedih bila terkenang zaman sekolah dulu.Orang lebih suke nmpk kelemahan berbanding kekuatan. kepada cikgu2 skolah tu, tolong la lihat kelebihan seseorang student. galakkan mereka dalam subjek yg mereka minat. jgn push dan asyik herdik hanya sebab gagal subjek yg anda ajar je.

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.