Halaman

Khamis, 8 Mei 2014

Sebab2 mengapa lelaki itu harus ditinggalkan

Anda sudah punya buah hati? Jika ada, Alhamdulillah…moga membuahkan bunga-bunga cinta yang bahagia. Masih single? Takpe, jangan risau, pasti suatu hari nanti anda akan menemui jodoh yang ideal. Pernahkah anda menyelidik dan mengkaji sikap pasangan anda? Ini penting untuk melihat masa depan sesebuah perhubungan.


Bercinta itu indah. Dek kerana di lamun cinta, kekurangan pasangan bukanlah menjadi suatu hal yang besar. Dengan sedikit penelitian, dengan sedikit siasatan, insha Allah pasti kita akan menemui jodoh yang terbaik.

Berikut merupakan sebab mengapa harus berpisah dengan pasangan kita. Memandangkan Yumida seorang perempuan, so ianya khas ditujukan buat lelaki.

4 Sebab Mengapa Lelaki itu Harus Ditinggalkan!

1. Tiada kesungguhan

Lelaki yang tidak serius dalam melakukan sesuatu mempunyai prinsip yang tidak tetap. Pendiriannya berubah-ubah. Baik hatinya, perasaannya, kesungguhannya dan bermacam lagi. Dalam hubungan, mereka akan sentiasa bersikap sambil lewa. Tidak benar-benar mahu melaksanakannya. Contohnya, suatu hubungan telah terbina sekian lama. Apabila berbicara soal kahwin, mereka akan mengelak.


Mencipta berbagai alasan. Sebab musabab tidak dapat berkahwin. Lelaki yang serius dalam perhubungan, akan mencari jalan bagaimana untuk melangsungkan perkahwinan. Jika ianya berkaitan duit, mereka akan meminta suatu tempoh agar duit dapat dikumpulkan untuk melangsungkan perkahwinan. Ianya termasuklah dalam mengambil hati kita sebagai pasangannya. Tiada usaha untuk membahagiakan kita, membiarkan kita dengan perasaan kita sendiri. Umpama kita sorang je yang bertepuk sebelah tangan, tapi dia…buat don’t know je. Sikap acuh tak acuh. Terdetik di hati, siapa kita dalam hidup mereka? Mahukah kita menjalinkan cinta dengan lelaki yang tidak serius dalam perhubungan?


2. Lelaki bermulut murai

Mereka yang suka bercakap, bercakap dan bercakap. Bercakap benda yang tidak berfaedah. Kengkadang apa yang dituturkan tiada mesej. Umpama bercakap benda yang sia-sia. Orang sebegini jenis yang bukan suka mendengar. Menurut sebuah hadis, lelaki yang banyak bercakap, keras hatinya. Tidak mahu mendengar pandangan orang lain. Hanya mahu pendapat dirinya sahaja diterima. Jadi bagaimana dengan pendapat orang lain?


Pentingnya dalam perhubungan untuk menjadi seorang pendengar yang baik. Mendengar apabila pasangan kita meluahkan perasaannnya, meluahkan masalahnya..agar sama-sama mencari jalan penyelesaian. Kalau jenis yang banyak bercakap juga tak mahu mendengar pendapat orang lain, hancuslah perhubungan kita. Itu baru couple, kalau dah berkahwin lagi banyak cabaran, dugaan dan masalah yang menimpa. Better kita tinggalkan lelaki sebegini dan mencari pengganti seorang pendengar yang baik.


3. Suka mengungkit

Pasti sakit hati kita apabila pasangan kita suka mengungkit! Mengungkit akan barang pemberiannya, mengungkit akan wang yang telah dibelanjakan olehnya, mengungkit akan pengorbanan masa dan tenaga mereka dan sebagainya. Lelaki yang suka mengungkit membuatkan kita berasa tidak dihargai.


Rasa tersinggung..semestinya! Membuatkan kita sentiasa berkecil hati. Sanggupkah kita hidup bersama lelaki yang suka mengungkit??? Seorang lelaki yang benar-benar mencintai kita akan mengikhlaskan setiap perbuatannya. Ikhlas akan pemberiannya, pengorbanannya. Isu ungkit-mengungkit tidak akan timbul. Pasti membina hubungan yang bahagia. Umpama kata pepatah ‘give and take’. Yang sorang bagi, yang sorang lagi menerimanya. Pasangan anda jenis suka mengungkit? Tidak ikhlas dalam perhubungan? Tinggalkan sahaja. Moga anda menemui pasangan yang ikhlas berkorban demi mencintai anda.


4. Lelaki yang panas baran

Menyeramkan bila kita mendapati pasangan kita seorang yang panas baran. Tidak boleh tersilap sedikit, habis barang-barang menjadi tempat meluahkan kemarahan! Menyepak kerusi, meja, memecahkan pasu, membaling handphone. Huish…dahsyat!


Lagi parah andai kita ditakdirkan menjadi isterinya. Bukan sahaja objek di rumah menjadi tempat melepaskan marahnya tapi badan kita. Lebam di sana sini. Malah kes penderaan suami terhadap isteri sekarang ni makin meningkat. Jika kita mengesan adanya sikap panas baran pasangan kita. Baik kita berundur, putuskan hubungan. Biar hati kita kecewa dek cinta tak kesampaian, jangan sampai badan kita luka berdarah dek tempias kemarahan.

Kita hanya merancang, Allah menentukan segalanya. Harus diingat, segala tindakan adalah daripada kita sendiri. Pilihan ada di tangan kita. Pilihlah keputusan yang tepat dan betul dalam mencari calon suami, yang mana peneman hidup kita sehingga ke hari tua nanti. Selamat bercintan cintun :)


Sumber asal dari blog Yumida Huda.


* Tips ini juga boleh digunakan untuk sebab mengapa perempuan itu harus ditinggalkan jika anda seorang lelaki. Yelah, lelaki mana yang mahu pasangan hidupnya seorang yang tiada kesungguhan, bermulut murai, suka mengungkit dan panas baran, bukan?




Artikel ini ditulis oleh salah seorang peserta GiveAway Contest Gila #5: Artikel Pilihan iaitu Yumida Huda dan telah dipilih menjadi salah seorang pemenang. Lagi 3 pemenang yang artikelnya yang bakal dipilih sebagai artikel pilihan akan disiarkan secara berperingkat seperti ini. Kepada pemenang, sila emel kepada saya di princeofnoob[at]gmail[dot]com untuk menuntut hadiah wang tunai RM30.

Dan bagi yang kurang bernasib baik, jangan risau, walaupun anda tidak dipilih sebagai pemenang hadiah wang tunai RM30, tapi artikel anda beserta backlink juga bakal kami siarkan di blog ini sebagai tanda penghargaan kepada anda.




tags: pemenang contest gila 5 buasir otak artikel pilihan giveaway peraduan pertandingan ga post entry sebab mengapa lelaki itu harus ditinggalkan

31 ulasan:

  1. Memang patut kena tinggal. Hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nk tny smthing..kalu prmpuan yg brsikap mcm ni plak cm ne..kne disayang pulak ke..alasany sbb mreka prempuan dan lelaki kne faham

      Padam
  2. Balasan
    1. i know dat feel bro...

      Padam
    2. you're cool!!

      Padam
    3. Sama lh kita bro....... Couple tk couple sama je....janji happy n tk byk masalah...aku bkn kaki jiwang leleh tahap sangap kt betina

      Padam
  3. Ramai yang mengalami masalah zakar berubah menjadi gelap, tidak segar, pendek dan sebagainya. Tahukah anda, ia terjadi disebabkan kelakuan anda sendiri seperti melakukan onani dan tidak menjaga alat sulit terbabit dengan baik.

    Tanpa jagaan yang baik ditambah pula aktiviti onani yang kerap, ia akan memberi kesan kepada zakar iaitu kulit zakar yang lembut boleh bertukar warna menjadi kusam dan gelap. Tisu zakar juga mengalami masalah dan zakar akan menjadi lebih pendek atau kontot.

    BalasPadam
    Balasan
    1. lelaki ada masalah mcm ni pun patut ditinggalkan juga..

      Padam
    2. nooooooooooooo

      Padam
  4. single selama-lamanya

    BalasPadam
  5. nak jemput abang noob kenduri kawen saya :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya nak datang gak boleh??????

      Padam
  6. hahaha2 kelakar2 haha patut ni kena buat drama baru best ad gak mendidik orang, nak dpt laki semua sifat tu, smpi mampus xkan dpt mesti tak kan ada ( nak dpt ad tp dh kawin punya so leh lah jd madu kot :D) yg x cukup sebb setiap lelaki ad jenis2 perangai buruk dia masalah sebenarnya berapa kuat kesabaran anda ;) dan rajin2 berdoa haha2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Serius shit bahasa ko mcm bdk tadika, tp nasib baik jgk la ko dh x gne nick cahaya amanah tu, klu x lg wth..

      Padam

  7. ﺍﻟﺴَّﻼَﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﺍﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak bagi salam pun perlu guna nickname id orang lain ker? Rasanya x wajib kot untuk jawab salam dari anon mental mcm ko, tak gitu anon putrajaya? Suke eh ko surf blog pakai google chrome 34.0, dan guna windows 7...

      Padam
  8. Noob, post psl Pian cecupak dpt title Datuk. Boy Iman yang penah gaduh dgn Ustaz tu pun dpt. Alasan sbb slalu join kerja amal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kerajaan Naning tu wujud ke?

      Padam
    2. Murahnya gelaran datuk kerajaan naning..

      Padam
    3. gelaran datuk x laku sekarang sebab boleh beli

      Padam
  9. Oh Rozana

    Bisjut bawa royi
    royi bawa bisjut
    bangla bawa bisjut & royi
    bisjut & royi bawa bangla
    kau bawa bisjut
    aku bawa royi
    bisjut bawa kamu
    royi bawa aku
    bisjut & royi bawa kita bersama

    Oh Rozana

    Apa itu bisjut?
    Apa itu royi ?

    Nak bisjut?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Noob punya link dkt blogserius. Ini abg LA sudah mari..


      Wa xmau bisjut. Gua mau lu mampos. Ada paham?

      Padam
    2. Panggil Mak orang cerdik dtg sekali blog ni

      Padam
    3. penghidap bisjut royi sudah mari sini doh!

      Padam
    4. Wah, bo dh jd sefofuler blogserius doe.....hebat giler

      Padam
    5. ini xkan berlaku kalau si junoob x letak link dkt blog obesyaithoon.

      Padam
  10. thanks siarkan artikel yumida. moga membantu pasangan mencari calon jodoh mereka.

    BalasPadam
  11. apa yg ditulis tu common sense. benda ni kalau anda sbg perempuan taktau memang bodohlah

    BalasPadam
    Balasan
    1. common sense pada kita yang tidak berada dalam situasi sedang bercinta..tetapi jika sudah sayang tu, terpaksa butakan sebelah je mata..hahaaa..

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.