Zainab diarahkan oleh editornya untuk untuk mengupas dan melaporkan berita penganiyaan kanak-kanak OKU yang berlaku baru-baru ini. Ditinggalkan kelaparan dan tanpa diurus mencetus satu fenomena di negara ini. Teruk juga ibunya dikutuk dan dicaci.
Di atas dasar tanggungjawab kewartawanan, dia pergi untuk melakukan siasatan. Sumber utama baginya adalah ibu kepada kanak-kanak tersebut.
Setelah beberapa kali cuba menghubungi ibu kanak-kanak tersebut, akhirnya si ibu menerima untuk ditemu ramah. Mereka pun berjumpa ditempat yang dijanjikan.
Belum sempat soalan diajukan, air mata si ibu turun bercucuran. Dengan tersedu-sedu dia menceritakan," Saya ni orang susah. Pendapatan tak banyak. RM500 sebulan tak cukup untuk menjaga seisi rumah. Orang ramai tidak faham kesusahan saya. Habis Facebook saya penuh dengan cacian dan makian"
Zainab mencatat di notanya. Kemudian dia mengeluarkan telefon pintarnya dan menekan-menekan butangnya. Dia menulis sesuatu di helaian baru dan memberinya kepada ibu tersebut.
Jabatan Kebajikan Masyarakat
http://www.jkm.gov.my/content.php?pagename=skim_bantuan_kebajikan&lang=bm
No. Tel: 03-8000 8000
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
http://www.maiwp.gov.my/i/index.php/perkhidmatan-kami/agihan-zakat
No. Tel: 03- 4047 9444
"Saya tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadapanya. Saya ada 9 anak lagi," kata ibu kanak-kanak itu.
Zainab mencatat di notanya. Kemudian dia mengeluarkan telefon pintarnya dan menekan-menekan butangnya. Dia menulis sesuatu di helaian baru dan memberinya kepada ibu tersebut.
Pusat Jagaan JKM Wilayah Persekutuan
http://www.jkmwpkl.gov.my/perkhidmatan-luar/penguatkuasaan/pusat-jagaan/
Senarai Pusat Jagaan Lain
http://www.amaljariah.org.my/senarai/rumah-orang-tua-oku/
Setelah bertanya beberapa soalan lagi, temu ramah itu pun berakhir. Zainab kemudian menuju ke destinasi yang lain. Ke tempat kejadian. Tapi bukan untuk menyiasat rumah tersebut, dia mencari jiran-jiran yang mahu ditemu ramah.
Seorang jiran menjawab soalan Zainab,"Kesian dekat budak tu. Itulah, kadang-kadang ada juga saya terdengar dia menangis. Ibunya selalu tiada di rumah. Terabai sungguh budak itu."
Zainab pun mengeluarkan telefon pintarnya dan menaip sesuatu. Dia menulis dia atas satu helaian kertas dan beri kepada jiran itu.
Cara-cara melaporkan kanak-kanak di dera atau terabai
http://www.myhealth.gov.my/index.php/melaporkan-penderaan-kanak-kanak
Talian Nur (24 jam)
No Tel: 15999
Setelah memberi beberapa soalan lagi. Zainab pun beredar. Dia mencari-cari mana-mana orang yang mahu ditemu ramah. Seorang lelaki sudi menjawab.
"Nama saya Cerita Goreng. Saya betul-betul tak puas hati dengan ibu yang tidak berhati perut itu. Ini semua salah agensi-agensi terlibat yang tidak buat pemantauan. Tiada kemudahan atau bantuan disediakan untuk orang-orang macam ini. Birokrasi melampau."
"Apa saudara buat untuk membantu?" soal Zainab. Lelaki itu terdiam.
Zainab mengeluarkan telefon pintarnya dan menaip. Dia menulis sesuatu di atas kertas dan memberinya kepada lelaki itu.
Pertubuhan Sukarela Kebajikan
http://www.jkmwpkl.gov.my/perkhidmatan-luar/pembangunan-komuniti/pertubuhan-sukarela-kebajikan-psk/
Yayasan Amal Malaysia
http://wp.amalmalaysia.org/
Senarai Pertubuhan Sukarela
http://www.jkmselangor.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&id=406%3Awanita-a-lain-lain-perkhidmatan&catid=45%3Apertubuhan-sukarela-ngo-negeri-selangor&Itemid=66&lang=ms
"Ada banyak lagi. Baik dari kerajaan, swasta dan NGO yang boleh kita turut serta untuk sama-sama membantu mereka yang memerlukan," kata Zainab.
Dia mengucapkan terima kasih kepada lelaki itu. Dia menghidupkan kereta dan menuju ke pejabatnya. Bersedia untuk menulis laporannya.
apa yang boleh cerita goreng buat? cerita merapu boleh dia buat hahahahahaha 1st
BalasPadamBetul tu! Hahahaha
BalasPadampedas dan sarkastik tapi benar. semua orang salah..
BalasPadamBukan nak sarkastik. Saya pun baru tahu ada banyak cara ibu, jiran tetangga dan kita semua boleh lakukan. Semua sebenarnya di hujung jari kita jer.
Padamgood entry CG, semua orang pun boleh main peranan dalam membantu, bukannya menghentam satu pihak semata-mata...
PadamDah jadi camni, dah keluar tv suratkhabar semua barula jiran2 sibuk kata dgr suara budak meratap menangis ..bdk2 yg nmpk tgn melambai2 dari tingkap masa main bola ptg2.tp apa yg depa buat? Ada bua aduan?ada mnta org gi jenguk2kan(pak guard ke rela ke penyiasat mistik ke)?X buat apa pn..kuat2 pn sembang sesama sendiri.alih2 jdi camni, jadi la mak dia jahat la..x campur dgn jiran la..kerajaan lembab la..(org lain gak yg salah,kita ok je)
BalasPadamNi sumer poyo....haktuihhh
BalasPadamMacam macam hal...
BalasPadamSebenarnya sperti kata TUN M, "Melayu Mudah Lupa" aku tambah "Masyarakat Mudah Lupa" dan "1Malaysia Mudah Lupa".
BalasPadam1. Kes Dera berlaku gempar 1Malaysia lama2 sejuk kemudian berlaku lagi dan gempar.
2. Kes Keldai Dadah gembar 1Malaysia lama2 sejuk kemudian berlaku lagi dan gempar.
3. Kes gores dan Memang gempar 1Malaysia lama2 sejuk kemudian berlaku lagi dan gempar.
4. Kes kemalangan bas. pemandu dan syarikat bas banyak saman dan ade waran tangkap, gempar 1Malaysia lama2 sejuk kemudian berlaku lagi dan gempar.
Moralnye kite tidak pernah dan tidak suka mengambil pengajaran
pendatang asing jadi security guard tembak pekerja bank...
Padamdah mula balik pendatang.....
Ni sumer poyo....haktuihhh
BalasPadamhak tuihhh!!!nak popular ngan nak duit...jenis masyarakat pincang..
BalasPadam