Halaman

Selasa, 17 Jun 2014

Disebalik Sebuah Facebook Status

16 Jun, 9:23 am.

Perasaan Deraman berbaur marah dan sedih. Anak lelakinya,Faizul terlantar di katil wad kecemasan sejak dari malam tadi. Dunia patut tahu apa yang terjadi kepada anaknya.

Deraman mengambil gambar anaknya yang sedang koma itu. Beberapa gambar diambil bagi mendapatkan gambar yang terbaik untuk menunjukkan keadaan anaknya itu. Setelah berpuas hati, dia membuka aplikasi Facebook di telefon pintarnya.

Gambar Hiasan

Setelah menekan butang Status, Deraman menulis,

"Tengok apa yang Polis dah buat dekat anak aku? Faizul kini sedang koma. Doktor kata disebabkan pendarahan otak. Mohon sebarkan. Polis tak guna! Makan rasuah saja kuat"

Setelah gambar yang diambil tadi dimuatnaikkan Deraman menekan butang Post.

Walaupun kemarahannya masih tidak reda, namun sekurang-kurangnya ramai yang tahu ketidak adilan yang berlaku.


15 Jun 10:14 pm.

Sekatan Jalan itu berjalan seperti hari-hari biasa. Korporal Halim sedang memeriksa setiap kenderaan yang menggunakan jalan dua lorong itu. Operasi malam itu boleh dikatakan mudah, kerana tidak ramai pengguna jalan raya yang tidak mematuhi undang-undang.

Tiba-tiba terdengar laporan dari walkie-talkie Korporeal Halim.

"Kami sedang mengejar suspek. Motosikal bernombor pendaftaran Willy, Charlie, Charlie 9881. Sekarang masuk ke Jalan Indah."

Suspek itu akan melalui ke jalan sekatan yang dilakukan mereka. Semua anggota sudah bersedia. Menghalang jalan. Dari kejauhan, mereka dapat melihat sebuah motosikal dipandu laju. Mengekori di belakang adalah sebuah kereta peronda.

Motosikal itu tidak menunjukkan tanda yang ia akan berhenti. Ia terus merempuh pihak polis yang sedang melakukan sekatan. Ada yang sempat mengelak dan ada yang dilanggar oleh motosikal tersebut.

Setelah berjaya meloloskan diri, pemandu motosikat itu cuba menambahkan kelajuan. Pada masa itulah Korporal Halim bertindak. Dia mencapai sebuah kon dan mencampakkannya ke arah tayar motosikal itu.

Dek kerana kon itu terkena rim motosikal tersebut, motosikal itu berhenti. Pemandu dan pembonceng tercampak ke hadapan. Jatuh tersembam ke jalan tar itu kira-kira 5 meter. Berguling-guling kedua-dua mereka sebelum berhenti.

Korporal Halim menghubungi ambulan dan berlari ke arah pemandu dan pembonceng motosikal itu.


15 Jun 9:57 pm

Satu persatu manusia yang lalu diperhatikan Faizul dan Razif. Mereka sedang menunggu peluang mereka. Masing-masing terbayang-bayang apa yang akan dilakukan dengan hasil yang akan diperolehi nanti.

Peluang yang ditunggu telah tiba. Seorang perempuan sarat mengandung sedang berjalan kesorangan meninggalkan suaminya yang sebuk mengambil sesuatu di kereta. Faizul menepuk bahu Razif. Perempuan itu semakin jauh meninggalkan suaminya. Entah apa yang dilakukan lelaki itu. Mereka tidak peduli.

Razif menghidupkan motor. Faizul membonceng di belakang. Pisau dikeluarkan dari sarungnya. Dengan pantas, Razif memandu motosikal RXZnya mendekati perempuan itu. Faizul turun apabila Razif berjaya menghalang perempuan itu.

Beg tangan perempuan itu direntap dengan ganas. Perempuan itu berjaya memegang tali beg tangannya dan pergelutan pun berlaku. Perempuan itu menjerit meminta tolong.

Faizul memerhatikan keadaan sekeliling. Suami lelaki itu sedang berlari ke arah mereka. Orang ramai yang sedang makan di kedai berhampiran juga datang mendekati mereka.

Pisau dihunus namun perempuan itu masih melawan. Masa tidak menyebelahi Faizul. Dia menghayun pisaunya dan terkena pergelangan tangan perempuan itu. Darah meleleh keluar dari kesan potongan pisau Faizul. Perempuan itu ditendang Faizul menyebabkan perempuan itu jatuh terduduk.

Faizul menaiki motosikal dan Razif pun memulas minyak. Faizul menoleh ke belakang. Sekumpulan manusia sedang mengejar mereka. Tetapi yang lebih mengejutkan Faizul, sebuah kereta peronda polis sedang mengekori mereka. Dia tidak pasti dari mana kereta peronda itu datang.

"Polis!" jerit Faizul. Razif menoleh dan terus menambah kelajuan. Mereka masuk ke jalan besar. Namun keadaan jalan yang kosong tidak membantu mereka. Kereta peronda itu masih di belakang.

Razif membelok dan masuk ke Jalan Indah. Tiba-tiba di hadapan mereka terlihat sekatan jalan sedang dijalankan.

"Redah aja!" arah Faizul.


16 Jun 9:23 am.

Mohsin sedih mengenangkan nasibnya. Isterinya, Saleha sedang terbaring di katil wad kecemasan hospital. Dia tidak tahu bagaimana berita tentang kematian kandungan isterinya dapat disampaikan. Pasti Saleha akan bersedih. Setelah bertahun mencuba, kandungan itu merupakan anak pertama mereka.

Dalam kesedihan timbul kemarahan. Dia mengambil gambar isterinya. Aplikasi Facebook dibuka, dia pun menulis,

"Tengok apa yang peragut dah buat dekat isteri aku? Saleha kini sedang koma. Doktor kata disebabkan pendarahan yang banyak. Mohon sebarkan. Peragut tak guna! Dia bunuh anak aku"

Gambar isterinya dimuatnaik dan butang Post ditekan.

*Perlu saya katakan yang cerita ini tak ada kena-mengena dengan sesiapa.

25 ulasan:

  1. perhh...haha..terbaik.. org kita ni suka menilai dari satu sudut sahaja....

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju :D

      Live Streaming FIFA 2014 Brasil, Torrent Movie Melayu, Majalah & Komik Malaysia, Streaming English Movie @ ZIRAHNAMIA

      Padam
    2. Itu yang saya nak sampaikan. Lega, bila ada orang yang dapat faham

      Padam
    3. ish2 goreng2 tulis je la obvios pengajarannya kat bwh, malas tul ko ni lol

      Padam
    4. Kalau malas, tak tulis cerita ni panjang-panjang. Hahahaha

      Mana tahu ada orang lain yang boleh nampak dari perspektif berbeza yang sendiri pun tak sedar.

      Padam
  2. Benda yang tak confirm kesahihannya, jangan la mudah percaya.. Baca je dah la.. Itupun kalau rajin nak baca sebab kadang2 ada yang baca tajuk je.. Lepas tu main redah komen.. :p

    BalasPadam
  3. kalau zaman sebelum wujudnya facebook & pelbagai jenis media sosial, berita2 mcm ni hanya kita boleh tau kat berita tv atau suratkhabar je. tp skg ni, semua org nak jadi reporter, semua org nak buat spekulasi, semua org nak buat andaian sendiri... menunjukkan kita betapa buruk sebenarnya pengaruh media sosial ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagi saya media sosial ni ada juga kegunaannya. Macam mana kita gunakan yang menentukan baik buruknya.

      *Terkadang rindu juga zaman dulu-dulu, kad raya dioos ke rumah. Sekarang, tulis kat wall kawan jer :)

      Padam
  4. Sekarang ni tiap orang suka jadi reporter tak bertauliah kat laman sosial,sebarkan gambar2 accident lebih dari media mainstream....apa perasaan orang yang meningal dan keluarga bila gambar dia orang disebar semata-mata untuk retweet dan like bukannya untuk bersimpati,atau orang macam ni mengidap penyakit necrophilia

    BalasPadam
    Balasan
    1. Daripada wikipedia

      Necrophilia, also called thanatophilia or necrolagnia, is the sexual attraction to corpses.

      Kalau betul, dahsyat penyakit ni!

      Padam
  5. eh awek... hye boleh berkenalan???

    BalasPadam
  6. tapi memang tul ak pun pernh terkena masalah jenis mcm ni start dr kwn ak complain marah2 org buat teruk kat dia tp bila ak tanya kaji cek.. wtf memang patut la ko kena, bangang..tp memang betul spesis yg penting kan diri melampau ni memang rmi kot termasuk kes2 cth rogol ank org sendiri wat salah tp tak mengaku macm mada fk sial buat muka poyo dan jaja cita dia kena fitnah, PENIPU!...serius lulz

    BalasPadam
    Balasan
    1. Banyak kes bunuh, culik anak sendiri... Lepas tu kecoh sana sini... Lepas siasat baru tahu cerita sebenar.

      Padam
  7. Biasakan selidik berita even kdg2 ambil masa...sbb manusia secara lumrah suka terus membuat kesimpulan sendiri tanpa usul periksa, lagi2 berkaitan isu sensitif yg boleh mencetus kemarahan/emosi sesetengah pihak.

    Kat FB terutamanya byk berita2 yg x sahih, just buat topik panas sikit semua org percaya. lum lg cite politik, macai2 berkaitan semua berkokok even x selidik berita dalam2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terlajak perahu boleh diundur, Terlajak tulis bahaya padahnya

      Padam
  8. kes2 cmnie biase dgar.. Kdg2 org xtau kesahihan tntg sesuatu info tp trus update.. Sbab org kita jnis malas m'baca..tu pasal la info xbetul disbarkan.. Org kaji la dlu..

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. kalau nak komen benda2 bodoh jangan heret nama nabi sekali... nak bodoh biar bodoh sorang2

      Padam
  10. Mohon ahmad idham buat movie guna skrip nih....

    -oyen-

    BalasPadam
  11. Cerita Goreng? cEro? Cara penulisan mcm cEro..betul ke?

    BalasPadam
  12. Jalan cerita macam filem Quentin Tarantino pulak

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.