Halaman

Rabu, 18 Jun 2014

Sebab kenapa aku menyesal belajar sains komputer

10 tahun dalam dunia IT, aku akhirnya pasrah dan menyerah kalah. Aku masih ingat ketika aku mula-mula mengenal apa itu Pascal, C++, Visual Basic, PHP, database, network, Linux, semuanya indah. Setelah tamat ijazah, aku melangkah ke industri ICT tanah air dengan semangat yang berkobar-kobar, nak ikut jejak langkah Bill Gates, Linus Torvalds, Tim Berners-Lee dan Kevin Mitnick.


Pengalaman mengajar aku pahit manis industri IT, yang semakin hari semakin mencabar dan semakin hilang taringnya jika dibandingkan ketika lewat 90an dan awal 2000an. Aku baru sahaja menghantar notis 24 jam sebagai programmer di salah sebuah syarikat IT kecil di sekitar Cyberjaya, walaupun ramai yang tidak setuju dengan tindakan aku ini. Banyak sebab kenapa aku hilang rasa cinta pada bidang ini. Ini adalah antaranya:


1. Kerenah client yang pelik-pelik (Clients from hell)

Function kami sebagai programmer adalah untuk menghasilkan sebuah sistem aplikasi baru untuk client berdasarkan brief yang diberi. Kami sudah dilatih bermain dengan fungsi, konsep, algoritma dan pengolahan idea. Oleh itu, dengarlah nasihat dan cadangan kami. Apa gunanya hire kami sebagai programmer kalau tak nak ikut cadangan dan proposal yang kami sediakan. Kami tahu apa yang anda mahukan dan kami boleh bekerja mengikut spesifikasi projek.

Jadi tolonglah jangan bagi idea pelik-pelik dan minta yang bukan-bukan dari kami. Situasi ini sering terjadi jika client yang dibincangkan terdiri dari badan-badan kerajaan. Aku sangat sedih dengan mentaliti orang kita.

“Tak boleh pakai color ni, nanti diorang ingat website pembangkang pulak.”

“Mana gambar Dato’ / Datin / Menteri / KSU / Dr?”

“Boleh tak pakai gambar ni?” Dan besarkan?” (bagi gambar kecil dalam words. Celaka!)

"Saya nak kalau dia klik je button ni, data dari semua agensi seluruh negara akan disimpan kurang dari 10 saat?"

"Boleh tak buat borang online yang tak perlu nak taip banyak sangat, pakai niat sahaja dah habis isi."

Maka terhasillah sistem aplikasi atau laman web yang aneh dan menyakitkan hati, seumpama iklan ubat besarkan saiz zakar di Facebook, iklan jamu dan ubat jerawat seperti dalam majalah mastika atau sistem “Gomen” yang lebih mementingkan membodek dan ass-kissing orang atasan dari mesej yang cuba disampaikan dalam aplikasi tersebut.


2. Gaji kecil / Kerja banyak

Perkara ini memang sudah menjadi tradisi dalam industri ICT di Malaysia. Walaupun dalam resume sudah tertera pengalaman bekerja yang agak memuaskan, kebanyakan company masih akan hire pekerja IT dengan gaji yang kecil, alasannya tiada sijil professional dari Cisco, Microsoft, Oracle, Red Hat dan lain2. Habis tu apa point belajar degree sampai 4 5 tahun?



3. Waktu kerja yang tidak menentu

Satu lagi tradisi yang menjadi trademark industri ICT. Masuk kerja awal, balik lewat, kadang-kadang hingga lewat pagi. Kenapa kami selalu kena stayback? Baca point-point berikutnya.


4. Perangai Boss / Supervisor / Project Manager (konon-kononnya) / Client yang sangat menjengkelkan.

Mari aku terangkan dengan teliti apa yang berlaku. Bagi sebuah projek pembangunan aplikasi atau website, untuk sampai ke tahap final, sistem aplikasi atau website yang akan dibangunkan untuk sesuatu projek, kami perlu mendapatkan pengesahan daripada mereka-mereka dalam list ini. Memang kami tidak pernah akan mencapai final design dalam masa yang singkat atau dalam rekaan idea yang pertama.

Bila semua perlu ditukar, tambah itu ini, tukar gambar, tukar color, tukar function, tukar button, tukar tulisan, tukar field, tukar database, tambah module, ada sahaja yang tidak kena. Apabila amendment sudah siap, orang-orang yang bertanggungjawab bagi idea2 mengarut akan menghilangkan diri, balik awal atau meeting. Jahanam.

Agak mustahil boleh buat sebuah aplikasi dengan cepat dan mudah. Yang memeningkan kami, progress mesti on time, kalau lambat, programmer yang akan kena maki dulu, walhal progress kerja kami tergendala dek kerana mereka-mereka yang tidak bertanggungjawab.

Mereka akan maki, marah, kutuk dan bermacam lagi perbuatan yang boleh mencabar kesabaran kami, sedangkan mereka tahu, orang atasan yang patut lebih peka dan membantu kami menyiapkan projek. Biadap.

Maka, berduyun-duyunlah programmer berkampung di office kerana nak siapkan projek sebab petang tadi time orang punch out balik, baru design approve, siap ada amendment, esok pagi bos / client nak tengok. Tak ke celaka sungguh perangai mereka ini?



5. Lambakkan freelance developer yang menyediakan servis dengan harga yang langsung tak masuk akal. (Terlalu murah)

Keadaan ini telah menyebabkan industri IT negara dipandang enteng, murah dan tiada standard. 10 tahun dulu, upah untuk buat satu muka surat web page pun boleh mencecah sehingga RM500. Sekarang RM100 untuk keseluruhan webpage pun tidak mustahil lagi.

Ada orang pernah tanya aku nak buat sebuah dynamic website siap dengan database, offer aku RM100. Aku tidak semurah itu. Bukan berlagak, bukan takbur tetapi apa gunanya kami berhabis belasan ribu ringgit, bertungkus lumus menceburi bidang ini, dan akhirnya mengambil bayar seciput itu untuk memuaskan hati client yang tahap cerewetnya mengalahkan artis?


6. Tanggapan masyarakat - kerja bidang IT kerja mudah.

Ramai yang ingat asal kerja dalam bidang IT je, kerja mudah cuma duduk depan PC taip2 program, angkat printer, pasang PC, cucuk2 kabel network dan sebagainya. Anda semua ingat senang ke nak bangunkan sebuah aplikasi? Atau install web server dan database? Atau configure sebuah switch network? Untuk menyiapkan satu page website yang lengkap pun makan masa, apatah lagi proses nak design workflow dan function. Bagi mereka mudah sahaja, “taip2 keyboard je.” “ala, kerja korang cucuk2 kabel je, senang la.” “kalau setakat nak pasang2 PC tu, aku pun boleh.” Kalau aku boleh siku, aku dah siku dah muka masing-masing.



7. Certified software expert lagi masyuk dari kerja IT biasa.

Aku hanya mampu melihat dengan mata putih, kejayaan orang IT yang memilih haluan menjadi pakar dalam jenama software2 tertentu seperti SAP, Cisco, Oracle dan lain2. Malah ada di antara mereka tiada degree dalam bidang sains komputer atau IT tidak perlu belajar 4 5 tahun pun, cukup dengan ambil professional certificate dengan kursus selama 5 hari, dah boleh jadi seorang software expert dengan gaji berkali2 ganda dari yang kerja dalam bidang IT biasa. Ex student science comp atau IT? Ramai kawan-kawan aku lari bidang, ada yang jadi polis, kastam, imigresen, PTD, balik kampung jaga lembu, buat bisnes MLM. Life is hard.


8. Lambakkan crash course dan CD tutorial yang tersangatlah murah.

Ibarat sayur dipasar. Begitulah murahnya nilai ilmu dan skill dalam industri IT. Banyak lambakan buku dan tutorial seperti "Learn ____ in 3 days", "____ for Dummies" yang dijual di pasaran, malah boleh download je eBook kat Internet. Dan yang lagi best, mereka yang belajar sendiri dan tidak mendapat pendidikan yang formal di institusi2 tempatan pun boleh buat berkali lebih hebat daripada yang belajar sampai pecah kepala otak.

Kami berhutang puluhan ribu dengan gomen semata-mata untuk mendapatkan ilmu dah rahsia dunia IT dan mengambil masa hampir 5 tahun. Sekarang, mamak buat teh tarik pun dah boleh buat app sendiri.



9. Aku benci dengan mentaliti “Tak nampak ciri Malaysia pun sistem ni?”

Kenapa semua benda nak “nampak Malaysia?”

Ada sebab kenapa kami rujuk pada gaya dan vibe international. Untuk bersaing dengan industri IT dari luar, style dan influence industri kita mestilah sentiasa up-to-date dan mempunyai ciri international. Suka tak suka kau kena ikut trend semasa. Kau tak boleh nak buat design website atau aplikasi macam zaman Windows 95 di zaman design minimalist Windows 8/Android/iOS ni. Kau duduk bawah tempurung tahun bila pun, tak tahu lah.


10. Teknologi IT terlalu laju berkembang.

Ini adalah masalah terbesar orang2 IT. Teknologi IT itu terlalu sangat cepat dan laju berkembang sehingga sampai satu tahap selari dengan usia kau yang semakin meningkat, otak kau dah tepu dan tak boleh nak follow lagi teknologi2 IT yang terkini.

Kalau kau ambil medic, struktur tubuh badan manusia yang kau belajar 20 tahun lepas, begitulah juga struktur tubuh badan manusia sampai sekarang.

Kau belajar kejuruteraan awam, macam mana kau belajar nak buat infrastruktur jambatan 15 tahun lepas, benda yang kau belajar itu masih boleh diapply 15 tahun selepas itu.

Kau belajar arkitek, macam mana kau belajar nak design rumah 10 tahun lepas, macam tu jugalah yang kau praktikkan sekarang.

Tapi kalau kau belajar IT, baru kau belajar PASCAL, 5 tahun lepas tu orang dah tak pakai dah PASCAL. Baru ko nak kenal Windows 98, 2 tahun kemudian keluar Windows 2000. Kalau dulu kau belajar Visual Basic 6, 5 tahun lepas tu orang dah pakai .Net. Baru kau berjinak2 dengan PHP, sekarang dah keluar macam2 PHP framework. Kalau masa belajar dulu network semua pakai kabel, beberapa tahun lepas tu dah keluar teknologi wireless. Kalau dulu kau chatting pakai mIRC dan ICQ, sekarang orang pakai Whatsapp dan Hangout. Last2 apa yang kau belajar 5 ke 10 tahun lepas kat universiti kebanyakannya dah tak boleh pakai.

Last2 generasi tua IT yang otak dah tepu nak belajar teknologi2 baru ni hanya layak jadi mandur sahaja mengarah2 budak2 muda buat kerja. Situasi ni kau boleh jumpa terutama di kalangan pegawai2 teknologi maklumat yang kerja kat gomen. Kebanyakan pegawai2 IT yang dah tua dan yang pangkatnya semakin tinggi ni (tak semua tapi kebanyakannya) langsung tak boleh dijadikan tempat rujukan kalau ada masalah bab2 teknikal, sebab teknologi IT terlalu cepat berkembang, mereka pula tidak pernah nak explore teknologi2 baru, so at the end kalau ada masalah diorang tak boleh nak jawab atau tolong solve pun masalah yang berkaitan hal2 teknikal, pegawai2 IT muda atau programmer ni la yang kena cari solution sendiri kat internet.

Berbeza dengan bidang lain seperti doktor, jurutera, arkitek, peguam dan lain2, makin kau tua dan berpengalaman, pengetahuan dan kepakaran kau semakin tinggi dan bernilai. Yang IT ni, semakin kau tua, pengetahuan dan kepakaran kau 10 tahun lepas dah tak bernilai sangat pun pada hari ini.





Akhir kata, kepada budak2 muda yang baru lepas SPM dan tak tau nak sambung belajar ambil course apa, tolong jangan ambil course sains komputer atau IT kalau korang tak minat hanya kerana nak penuhkan borang UPU korang. Seriously, nak belajar course IT ni bukan sekadar dengan minat dan cinta korang pada Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram, ia lebih dari itu, dan sekurang2nya kau kena minat untuk belajar coding buat program.

Sebab tu aku dah jumpa banyak graduan2 IT muda fresh grad yang lepas habis belajar bila masuk kerja jadi blank, nak buat programming tak tau, nak setup server tak tau, nak suruh buat kabel UTP RJ45 pun tak reti. Habis tu apa point kau habiskan masa kau belajar 4 5 tahun dalam bidang IT? Bila dikorek2, projek tahun akhir pun upah orang lain buat. Bagus...

Baca lagi Mitos dan realiti kerja dengan komputer.


* Artikel ini diilham, diinspirasi, dicopy dan diolah daripada artikel ini - 10 Sebab Kenapa Aku Menyesal Belajar Graphic Design

** Artikel ni sebenarnya bukan nak bagitau yang aku menyesal sangat belajar sains komputer sampai tak bersyukurlah apalah, aku cuma bagitau realiti sebenar bekerja dalam bidang komputer dan kekesalan aku terhadap orang lain yang tak menghargai, tidak respect serta selalu mengambil kesempatan terhadap mereka yang bekerja dengan komputer ini.


Baca juga artikel-artikel lain yang berkaitan:



tags: 10 sebab kenapa aku menyesal belajar sains komputer bidang course kursus degree ijazah sarjana muda it ict graphic design

83 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

    BalasPadam
  3. relek la brader..lu sembang keburukan sains komputer..kebaikan nya lu x crita pulak..
    lu spatutnya seronok dpt surf internet free pkai vpn. download berjuta2 movie, drama tv, anime, game...XXX
    reti nak buat overclock high spec..

    p/s:kwn gua nk download video youtube pn xreti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak belajar pakai vpn, download movie, drama tv, anime, game, overclock high spec tu semua bileh belajar sendiri, tak perlu buat diploma/degree untuk belajar benda2 tu, lagipun memang tak akan diajar pun benda2 tu dalam kelas

      Padam
    2. Hahahahha..x payah blaja IT pun org reti download benda tu.tudah kira perkara biasa zaman sekarang.

      Padam
    3. aku geli betul la siap nak overclock bagai. Bro, dah 2014, banyak device bagi application je nak overclock, lu punya ayat mcm budak IT baru setahun belajar exited nak jadi Julian Assange. Siap cerita pasal VPN, download movie berjuta bagai.. kah kah kah kah kah kah kah.... sorry bro. Amatur sangat lu nie.

      Padam
    4. zaman cyrix 333 leh la citer overclock..wakakak...kelakau la mamat ni...gua pun spm je tapi tak tipu bebudak degree IT memang majoriti lembab sebab sebenarnya takda talent pun...tapi diorang ni poyo lebih..dah takde talent sebab tu salahkan market la..freelancer la..padahal memang talent takda...poyo je bebudak graduate IT ni..nampak cam pandai padahal panda najib lagi pandai...

      Padam
    5. kurang haja nye kau ni

      Padam
    6. yang ni tak degree pun boleh blaja oi. hahaha

      Padam
    7. Aku student networking dekat politeknil sabak bernam.Kalo.nk diikut kan aku mnyesal sbenarnya belajar course ni sbb aku rasa aku xde talent dan aku sememmangnya x brape paham it ni kalo programming tu x yah ckp projek akhir dia member aku buat sorang bila masuk sem 2 kami berpecah saya pilih network dan member saya pilih programming.Saya strees belajar it netwrok ni terlalu byk benda saya nk kena ingat dh mcm belajar math plak.belajar dekat sini budak2 dia mmg suka copy keje org saya pun sebenarnya kdg2 buat benda yg sama juga tapi tula saye dh risau nk keje nnti cmne kalo keje copy org je.saya belajar network ni dulu asal minat sbb main game.Tapi saya tahu cabaran yg saya akan hadapi.ntah kenape saya tetap juga pilih utk beljar it dan end up rasa mnyesal rasa mcm saya ni xde talent pasal it.Tapi tula dulu lpas skola x tahu nk belajar ape last2 pilih je la it.Belajak dekat kk lepastu bila dh abis say nk cari course lain tapi mak ayah pulak ckp teruskan aja belajar it sbb dh amik sijil it kat kk baik teruska je.hmmmm bila dh dgr mcmtu saye pun ikut je la bila pikir balik asal la aku x lwn je masatu.mungkin sbb saya dh pening utk pikir masa depan.saya jwb final exam utk sjil ccna cisco punya lecture bagi je tgok jawapan jwb final exam tu dekat pc saya cuba test diri saya tnpa melihat jawapan dan markahnya??hanya 50% itu pun ada tgok skit jawapan.rasanya kerajaan kena ambik berat pasal it dan tukar cara pengambilan student it jgn ambik budak2 spm level rendah mcm saya ni dekat mane institusi.

      Padam
    8. Wei sama la dengan aq pon... aq pon silap pilih course jugak.. menyesal x sudah.. nasib baik parents kasi tukaq course walaupon dah 2 tahun aq bljr degree x guna ni.. x fhm apa pon huhu... aq sokong cdngn kau psl kerajaan tu aq rasa diorng kena wajibkan semua uni, institus pengajian buat interview kalau betul² nk teruskan bidang ni.. dr situ baru kita boleh tau sama ada kita betul² mampu or not and at least kita blh decide time tu jugak lps interview dpt result terima/tolak tawaran tu... buat masa ni, aq just bljr java programing satu sem ja tu pon dpt C+... tu baru satu language bro.. belum bljr bahasa lain lagi.. mcm mana nk bljr kalau x fhm konsep bagai.. lagi satu nk buat benda ni mmg kena ada kawan yg sehati dan sejiwa gitew baru blh survive walaupun.. aq rase orng yg claimed kata blh buat sorng² tu membongak je kerje... btw, thx for the explanation and all that.. very appreciated it.

      Padam
    9. seyeslaaa.. bidang IT byk siot peluang kerja aku tgok gajii pun boleh tahannnn... aku yg amik bidang mekanikal ni yg nyesal sia x amik IT doo... korang gaji lagi sedap siaaa...

      Padam
  4. Hari ini pelajar lepasan sekolah sangatlah bangga dapat masuk ke U. Ambik course CADBURY-buta Bila dah keluar, jadi kerani biasa. Hutang puluh ribu..huh

    BalasPadam
  5. hahaha...screenshot chat tu betul2 buat aku nangis....hmm...aku belajar komputer untuk suka2 je...belajar sendiri kat youtube dan web...sebagai hobi diwaktu lapang...dan jugak sebagai minat aku terhadap teknologi...aku pun bercita2 untuk membuka syarikat it sendiri...tapi melihatkan situasi di malaysia yg x mcm kat US, aku rasa mimpi aku tu hanya mimpi je la.....rasanya jual burger tepi jalan lebih lumayan dari jadi web designer ni...

    BalasPadam
  6. wow cabaran IT guys lebih berat dari cabaran designer.....yeah total agree keadaan dunia IAT ni laju jalan kalau kenang kan balik 10 tahun leps mana ad fb,wassup,touchscreen and so on...

    BalasPadam
  7. Tp sy akui dunia pekerjaan kat luar sana yg paling masyuk kebanyakan byk menggunakan mulut. ..bermula dr penyanyi, pengacara, ahli politik, pemimpin2 tempatan, bos2, n yg paling common ialah pandai ambik hati boss even skill xdela sehebat mana...nak xnak realiti mcm 2. Sebagus mana skill kita last2 akan jatuh tahap pencacai n buat kerja2 taik n bermasalah..bila dah siap kerja yg penat lelah dilakukan, boss yg dpt nama..pas2 boss yg naik pangkat cepat n enjoy entertain client.

    Mmg dunia pekerjaan mmg kejam. Tp ramai org2 tua ckp....yg paling penting kerja ikhlas sbb even susah nak naik pangkat tp rezeki Allah pergi kpd keluarga, anak2, kurang musibah, kurg kena penyakit, etc. Janji kerja gaji halal n dr titik peluh sendiri.

    Tp sy akui jugak cabaran org IT ni disebabkan teknologi semakin pantas n demand yg sgt tinggi tp nak byr ciput. Byk rezeki di luar sana, yg paling penting pengalaman kerja yg susah nak dpt di mana2. Usaha tanpa putus asa tanda kejayaan even melalui pelbagai kegagalan. InsyaAllah rezeki noob utk next career akan semakin murah n berjaya. Ingat, ramai org2 yg berjaya menghadapi pelbagai kegagalan berturut2 tp sbb tanpa putus asa, dia pandai cari peluang n berjaya. AMIN

    BalasPadam
  8. Kesian jugak kat budak IT ni ek. Member aku dari department IT...keje smpai kne stay malam. Kesian lak tgk. Aku keje bahagian HR. apa2 pun, bersabarlah..asalkan rezeki halal. Allah pasti bantu ko kat mana2 nnt. Aku respect org IT.

    BalasPadam
  9. Lepas 3tahun bertahan dengan sepak terajang industri it akhirnya aku amik master n jadi pensyarah it..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ooohhhb like i care.... @ dlm bahasa malayanya... ADA AKU KESAH???

      Padam
    2. Murah rezeki

      Padam
  10. so basically masalah org IT dgn org graphic design ni sama je la??? tu la dulu suruh jadi pencacai najis xmo, skg baru la nk menyosal xsudah

    BalasPadam
  11. Haha noob.. bagus ko highlight bende ni.. aku dah hampir 20 tahun dlm IT..masih hidup dgn server2 lagi..

    Apapun derang kutuk org IT...sebenarnya banyak bende org IT tau..hehe..walaupun aku pegawai IT cabuk, tetapi segala mileage kompeni dlm tempurung lutut aku jer..

    Kelebihan jadi orang IT, xboleh aku cerita.. mmg senang2 jer masuk neraka kalo bitau pun..apapun aku gembira dgn income lumayan dan keje jaga server dan mainframe jer..satu teknologi riban2 dan jutan2.. xder sapa tau nak kontrol bende ni.. yg penting duduk diam2..hujung bulan..masyukkkkk..

    Gaji kecik dan programming susah2 tu, cerita awal2 dulu.. kena tahu bawa diri dan duduk kat right place.. mmg buat duit diam2.. ikut resmi padi, lagi masyuk lagi dok diam..

    BalasPadam
  12. betul sgt yg line akhir, jangan ambil course IT kalau tak minat betul. lagipun semua course teknologi kena keep learning. otherwise, useless. lepas 2-3 tahun keluar teknologi baru.

    BalasPadam
  13. sebagai orang IT.... saya nak jawab luahan tersebut

    (no. di bawah merujuk kepada no dalam artikel di atas)

    1. jangan dilayan sgt client yang pelik2....cakap saja 'maaf pihak kami tidak dapat melayan spec yang anda minta'. Lebih baik kita layan client yang suka dengan spec kita.... yang tak suka tu lantak pi la....KFC tak perlu menyusahkan diri untuk jadi McD... masing2 ada spec tersendiri

    2. orang IT tidak sesuai jadi pekerja..... orang IT adalah pakar yang setaraf dengan doktor, peguam yang mempunyai firma sendiri.. so tidak timbul soal gaji kecik kerana dengan adanya syarikat sendiri, kita mencipta gaji sendiri

    3. kita bukan pekerja... tetapi kita adalah pemilik syarikat....dan waktu kerja bagi owner syarikat mmg lebih 24 jam sehari. Hanya taraf pekerja je yg bekerja 8-4

    4. jadilah owner syarikat.... settle masalah... tak payah ikut cakap boss/supervisor/project manager

    5. BMW dan merc takkan tergugat pun dengan kancil dan viva. masing ada spec tersendiri dan tak payah risau jika ada freelancer yang menawarkan servis sampah yang murah

    6. yang ini saya tak pernah alami la..... tapi siapa yang cakap mcm tu... senang je jawapan dia..... kalau rasa senang...buat sendiri...hohohoho

    7. takpe...yg penting kepuasan membuat keputusan (yg mana ia diperolei jika kita jadi owner)

    8. pada pandangan saya.... saya lagi suka masyarakat bijak IT kerana lagi mudah saya nak kenakan servis yang lebih advance dan power. kalau masyarakat kurang ilmu IT biasanya mereka akan pilih servis yang lebih murah (sbb tak tau kelebihan servis yang advance).........perlu diingat client melanggan kita tak semestinya sbb mereka tak tahu buat..... kadangkala mereka tahu buat tetapi mereka tidak mempunyai masa atau team utk melaksakannya

    9. zaman sekarang zaman localization dan personalization

    10. ya.... yang ini saya paling setuju....itulah yang membezakan antara orang IT yang belajar IT secara formal dan orang IT yang lahir daripada crash course dan CD tutorial yang murah

    dan satu lagi saya nak tambah..... sekolah dan universiti adalah tempat untuk menuntut ilmu dan mencipta 'orang bijak'..... bukannya tempat untuk 'melatih pekerja' atau mencipta 'orang kaya'

    kerana kalau setakat nak jadi pekerja... nak jadi orang kaya...... takyah pergi sekolah tak payah masuk universiti pun boleh....

    #copypaste dari komen kat fb

    BalasPadam
  14. Saya rasa perkataan menyesal belajar tu berapa sesuai la bang... Mungkin apa yang tuan belajar tu Tuhan dah tahu ia merupakan keperluan tuan untuk lgi berjaya kelak... Saya Dulu belajar engineering, Tapi sekarang Buat kerja IT (tapi bukan programming la)... saya setuju 10 Sebab yang dinyatakan Tuan kat atas tu... 3) memang, saya pon selalu balik lambat.. Mula-mula masuk kerja kene buat kerja IT nie, memang rasa marah pon ada, tapi lama kelamaan banyak benda yang boleh dipelajari... , Tapi ilmu yang dapat tu, memang x dpt diperoleh dengan hanya segemgam ijazah... Just my 2 Cents...
    http://khudri2337.blogspot.com/2014/06/naiktaraf-pusat-data-jkr.html

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kita sama la bro, amek kej elektrik, pastu tup2 kerja it da 8taun da skrg ni. Aku terfikir gak apasal aku minat it awal2 dulu. Tapi aku redha, inilah didikan Allah pada aku.

      Padam
  15. senasib lah kita bro.. cuma bezanya aku takde degree diploma.. tapi bleh jer aku buat programming .. apa susah ebook kat internet kan melimpah ruah.. rezeki masing2 lah.. siapa bijak spin code.. diar lah kaya.. :D

    BalasPadam
  16. Kat Mesia ni, study hebat pun, takder la buleh buat roket dan bom nuklear pun. Bodoh piang ka, pandai kedepan melantun-lantun ka, kalo tak pandai menipu, memang susah nak jadi kaya dan hidup senang. Lagi ko ikhlas, lagi susah hidup nko. Bak kata orang-orang alim dulu, dunia ini adalah penjara bagi orang yg beriman.

    Takat jadi orang IT yang pandai sewaktu study dulu pun, tak kemana juga. Kalo boleh buat projek helikopter dan roket utk thesis dulu pun, akhirnya sumer jadi hamba politik dan hamba bank. Kerja penat, duit gaji bayar cukai, bayar bill, bayar hutang dan segala macam pembayaran lagi nak kene kluarkan duit.

    Aku terima keluhan noob dengan hati yang terbuka. Tak terpk apa yang noob harapkan drpd pekerjaan IT ni. Pada aku, takat carimakan utk keluarga, dah memadai. Nak kaya tu dah tentu la, tapi peluang belum tiba. Kena kumpul modal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. "kalo tak pandai menipu, memang susah nak jadi kaya dan hidup senang"

      sori bro.... matlamat tidak menghalalkan cara....

      Padam
    2. sembang kencang la bro.. blom dapat peluang lagik ha.. belom diuji..kahkahkah.. keliling gua, berjubah lagik..gitu la.. senyap2 banglo 2 bijik, estima dan vellfire dgn plat cun lagik..

      memang benar kubur masing2..

      Padam
    3. tak kisah la.. berjubah ke.. apa ke... perlu ke kita ikut buat benda yg salah..??
      yg salah tetap salah...

      Padam
  17. Ko jadi blogger sepenuh masa je la

    BalasPadam
  18. betol sgt, skrg tgh degree , bru je abez fes year, subject pown sush.. then nk kuar dgn cgpa yg x brpa.. yg mnat giler2 takpe, but if cgpa nyawa2 ikan.. simpn je la kot impian nk blja IT, kecuali azam n smgt tnggi..this course really killng me.. and now.. depress..

    BalasPadam
  19. Jg mcm abg nara je sudah,,,,buat gossip2 artis...pas2 berebut2 penaja nak advertise produk dlm blog, dr dduk apartment biasa smpi boleh beli rumah banglo mewah, kereta bmw beli cash. Sbb jd blogger popular sahaja menyebabkan wartawan2 yg mengambil pelbagai ijazah n kursus pun bengang dgn blogger mcm nara, Tp isu utama, berkat ke gaji buat gossip artis n bg makan anak bini?

    Pasal kerja x kira IT atau apa bidang sekalipun, mesti ada satu ruang/peluang yg kita boleh move forward yg boleh bagi gaji lumayan..cuma perlu kreativiti n usaha. Tp pengalaman menjadi pencacai sebelum ni yg byk mengajar kita selok belok dunia pekerjaan berkaitan. Rezeki Allah itu luas, tp paling penting keberkatan.

    BalasPadam
  20. Dont worry bro, dunia IT ni mmg luas, tapi kalau nak maju, bukan sebab pro dalam coding saja, tapi business , resoucing , planning and managing. Tambah ngan pro-cert + experince, lagi mantap. Tapi kena berani tempuh dunia luar. Setakat aim kerje kat Malaysia, memang tak ke mana. Cuba aim kerje kat Silicon Valley, Facebook comepany ke, leh tambah pengalaman, gaji besar, siap dapat buat investment. Baru la mantap. Takat buat app tapi hari2 dok tido, lepak, mmg tertinggal la. Memang betul, yg penting minat ( tapi kene ingat..minat IT ke..minat duit ?)

    BalasPadam
  21. Degree just tunjuk basic ngan konsep pemahaman pada IT. dapat cert, maksudnyer kita dah berjaya paham. Itu je. Degree tolong bukak pintu peluang pekerjaan je. Dah masuk pintu, time to mantap kan skills, ikut trend technology, bukan semua, tapi specific technology. Zaman IT ni beza untuk yg dah senior compare ngan junior. Junior boleh terus grasp technolgy baru yg simple, canggih and starightforward. Tapi senior lebih adapt pada perubahan technology, boleh think out-of-the-box. Contohnyer bill gates la, kalau dia dulu tak start ngan technology simple, mane boleh dapat idea untuk create better innovative software yg kita pakai hari ni. Cuba baca buku " the Outlier". Bill gates spends 10,000 jam lebih untuk blaja. Pastu sebab passion dia nak maju, dia venture dlm bisness, bukak pintu dunia luar.

    BalasPadam
  22. X pasti pasal arkitek atau jurutera..tapi teknologi perubatan pun sentiasa berkembang..ape yang dipelajari 10 tahun dulu dah x sama dengan sekarang..tubuh manusia memang tak berubah,tapi bidang perubatan ni bukan pasal tubuh manusia je..subjek pasal tubuh manusia ni(anatomi) subjek basic masa tahun satu je..banyak lagi bende lain dlm perubatan ni..tu sebab semua doktor perubatan/pergigian diwajibkan untuk pergi kursus/seminar setiap tahun supaya sentuasa 'up to date'..kalau tak cukup kursus/seminar yang dihadiri,tak boleh hidupkan lesen pengamalan..sekadar berkongsi

    BalasPadam
  23. mengenai perkara ke 7. Certified software expert lagi masyuk dari kerja IT biasa.

    kenapa hang tak cuba ke arah itu? Kalau nak dibandingkan dengan kerjaya doktor pun, sudah pasti orang pakar lagi dicari daripada general practitioner.

    BalasPadam
  24. erm arkitek pun byk jugak benda baru nk kena tau. methodology dlm construction, detailed design, contract...plg payah skli, utk ambil professional exam yg mana percentage utk lulus n bergelar professional arkitek kurang dr 20% utk setiap thn. ape pun utk part client yg cerewet tu kita berkongsi rasa yg sama. adatla sbg consultant..

    BalasPadam
  25. "well, fuck then" hahaha... kelakar la!

    BalasPadam
  26. teruskan je hidup, takyah pikir sangat. bosan kerje tempat sama, cari peluang tempat lain. bosan jadi kuli, run own business.

    BalasPadam
  27. kita semua tak lama pun bekerja, tau2 dah pencen, pastu tua, itu pun kalau diizinkan panjang umur.duit yg berkopak2, ilmu yg berkopak, bukan boleh bawak mati pun.so enjoy je life

    BalasPadam
  28. aku kenal nenek ni, dah 90 tahun lebih, tanya camna nak setup email account, sebab anak2 ngan cucu2 dia suka baca email..aku segan nak tanya kenapa susah2 nak blaja, padahal boleh je pakai phone, sms ke,.so aku tanya gak kenape nak pakai email..nek tu pun jawab "i just want to learn,it looks fun"...perghh..respek lar nenek ni..still bawak kereta pulak tu gi mapley lepak ngan geng2 dia...huu..tapi nek ni dok kat australia la, time aku study dulu..aku teringat lagi..ishk,gempak lar semangat dia..

    BalasPadam
  29. ak kos computer engineer,ak fresh graduate baru ja keja 8 bulan,dalam masa 8 bulan keja,ak keja 2 company, ak masuk2x keja jer dah kena buat projek besar cam software utk solar panel dan jugak untuk security back-end sistem. So ak dulu mmg xbape minat programming tp lepas dapat rasa yang kija camni sesuai ngn ak sbb ak suka habiskan masa depan komputer.Dan untuk programmer masa depan tu ada,just jngn sempitkan fikiran untuk jadi programmer sampai ke tua,so cuba pk luar kotak,planning dr awal untuk bukak company after 10 years..kumpul pengalaman dan network seramai mungkin dan up company,so mmg keja ngn gomen mmg cerewet,org2x teknikal xde masalah tp org2x yg kurang teknikal ni mngarut idea dia..

    BalasPadam
  30. Hehehe..
    Reality nya memang org belajar sains komputer mmg macam nie kan..
    Memang kena catch up cepat software atau pgram2 yang baru..
    Kalau engineer mekanikal tue mmg basic dan system semua sama.. tak berubah banyak pun..

    Sains komputer more to dynamic la.. engineering more to static..

    Bdw sharing bagus bro..

    Salam perkenalan.. :)

    BalasPadam
  31. Lol welcome to real life noob. Stupid fck. Baru staun jagung dah mcm2 komplen

    BalasPadam
  32. haha..keje it gomen lg parah..semua nk last minute..tu belum dpt org ngada2..dh bg notebook..nk desktop..leceh nk jaga la..kena surcharge kalu ilang notebook..pastu emel problem duk condem it juga..padahal tk buka tab inbox for today..dh install antivirus p buang..pastu komplen slow..bila check peternak virus berjaya..komplem tk blh print..rupanya tk on printer..adeh..sakik ati melayan dgn peel org..

    BalasPadam
  33. Come on laa.. aku fresh grad bulan 12.. comp science nice.. explore things and one step ahead compare others. Real life is fuvk up guys but keep trying.. pintu rezeki Allah luas.. sabar n tabah.. thts all.. :-)

    BalasPadam
  34. Hahaha. Biasa la tu. Aku belajaq elektronik, last2 pi bidang construction. Zaman la ni tak pelik pun kalau keluar bidang. Bab client tu biasa la. Kerenah depa mmg camtu, bidang mana pun sama ja.

    BalasPadam
  35. Biasa la bro bukan bidang IT je bidang lain pun sama bab yang banyak songeh tu... Gua ada la design satu poster ni nak finalize sikit punya lama nak tukar gambar la nak besar kan ini la nak letak logo ini eh tak jadi letak logo lain pulak... kadang aku nak je suh diorang wat sendiri... Sewel tak bertempat

    BalasPadam
  36. Salam, aku dh bace ayat terbako yg tulis. kebanyakn x berasas pun ada. Bg aku tuhan ade bg pilihan kt semua umat nya baik dalam pekerjaan. Sepatotnya ko patot bersyukur kerja ats kerusi berekon jauh selesa dari negara palestine yg kerja dalam perang. aku boleh bet kalau ko kerja jual pasar malam pun ko byk complaint. tak rugi pun buat baik dan tolong orang. rezeki tu milik tuhan. patot ko g solat dan doa byk2 tanye dalam hati ape yang ko nk kejar dalam dunia ni. harta?pangkat?atau keredhaan allah. salam -AmmarAminuddin Software Developer

    BalasPadam
  37. patutnya ko jadi hacker. Hack la mana2 bank. Bila dah dapat duit tu masukkan dalam bank islam supaya jadi halal. bukan susah pun nak kaya, cuma kena pandai manfaatkan ilmu tu...hahhaaha

    BalasPadam
  38. G kelas oracle tgk. Nescaya anda akan merasa noob gila dlm bidang developer ni. Dr situ anda akan tahu bahawa betapa berharganya ada cert.

    BalasPadam
  39. Awak nak berjaya ?

    then ,

    less talk and more action . .

    dah namanya kerja . . lol lah awak ni.

    tolong ceritakan kebaikannya pula .
    setiap keburukan pasti ada keburukan dan sebaliknya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sokong.. terbitkanlah kebaikan nya plk, nak musnah dah cita2 ni sbb dgr realiti nya.. haha

      Padam
    2. Bro tlg laa adek ni, bru lps SPM dpt dgr cite cmni, dahla mnt IT mendlm sjk dibangku skolah lgy ��.. sdih bak hang bila dgr.. Ce citer kebaikn nya plk.. btw ayt bro mmg terbaik.. dan yg beri komen pon sgt2 bernas idea korg ��..
      Bro ape cite skrg stlh 3 thn buat site nih��, mesti dah brjaya kan.. tu yg snyp tu.. kan.. hehe

      Padam
    3. banyak je kebaikan IT ni. Teruskan je usaha & banyak doa. Kawan2 saya grad IT terus dpat kerja. starting gaji pun at least 4k++

      Padam
  40. Sangat membantu sekali
    http://blog.binadarma.ac.id/ay_ranius

    BalasPadam
  41. Maaf nak tanya,sya baru dapat minat nak bekerja sebagai jurutera rangkaian tapi saya ibarat pelajar yang sederhana dlm mempelajari bidang IT,tapi saya mempunyai minat yang mendalam dalam meneroka pekerjaan berkaitan IT tetapi masalah saya cuma sya pelajar yg berada tahap sederhana.Persoalan sya ,adakah pekerjaan jurutera rangkaian adalah pekerjaan yg tough kerana mlihat dripada keluhan cik berkaitan pengaturcara tadi amat kurang ok?adakah sya perlu menukar cita2?

    BalasPadam
  42. Saya baru form 4 dan ambil kelas Perakaunan. Tapi suatu hari saya mula minat dalam bidang IT sejak main phone 24 jam sampai mak bapak marah sebab tak study, taunya main game, facebook, instagram dan oleh sebab saya pakai low end device jadi saya suka modified software smartphone mcm root phone, edit kernel function, flash custom ROM. Biasalah perkara mcm tu senang nak belajar cuma yg susah adalah cara membuatnya. Dari situ saya mula terfikir mcm mana software smartphone atau komputer ini diprogramkan. Saya mula sedar nak cipta aplikasi, game atau OS ni bukannya mudah. Jadi,saya mula belajar language proggraming atau coding di rumah. Ternyata ianya amatlah susah tapi saya betul² nak berjaya dalam bidang IT kerana bidang ini bukan sahaja seronok tapi sememangnya amat diperlukan dalam ddunia teknologi masa kini. Member ramai yg ckp mereka lagi suka main game dari buat game tapi "mcm mane kamu nak main game kalau tak ada sesiapa yg buat game?" Ha mainla baling selipar ke gasing ke guli hihihi.

    BalasPadam
  43. Nak masuk bidang IT ni kene lulus SPM dan???

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak masuk bidang IT tak perlu lulus SPM pun takpe boleh je belajar sendiri dan kerja dalam bidang IT. tapi kalau nak dapat diploma, degree, master dan PhD kena lulus dan cemerlang SPM lah.

      Padam
  44. nak kerja kena certified.....
    kalu nak bisnes... asalkan ko pandai je...

    BalasPadam
  45. 22/6 ni aku masuk KTAC amik diploma Siber Forensik , bila dgr keluhan mcm ni serius buat aku down gila :(

    BalasPadam
  46. 22/6 ni aku masuk KTAC amik diploma Siber Forensik , bila dgr keluhan mcm ni serius buat aku down gila :(

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak perlu down. belajar je dulu, kalau ada rezeki nanti dapatlah kerja bidang siber forensik.

      Padam
  47. Dulu Ada satu company nak upah kitorang(3) buatkan website utk company Tu, untuk website dia byr 1,200..pastu nk suruh jaga website tu ikat contract dngn company tu byrn 500÷(3)...I like "What the fuck u think we are!!!".

    BalasPadam
  48. Komen sama je. Tak creative langsung

    BalasPadam
  49. sbnya..kitebelajar apepun...kite sndiri kene cepat dan kretif cari peluang..tkde salah bljr komputer ia ilmu dunia yg kite perlu cari...sekurgnya ramai org melayu yg ade ilmu it...tk de salah...yg salah ialah sikap kite kdg trlalu lihat sesuatu dgn pandangan duit dan sikap nak rebut semua.....kite bljr ilmu utk diri kite...ia pasti brguna pada suatu masa.....kite kene tgok zaman..cepat2 follow apa yg brlaku sekitar ...dan jgn malu bertanya pd yg pakar.....ok sekian pandanagn akak..hehe..

    btw..ade adik2 nak masuk blljr bidg pendidikan awal kanak-kanak?bole wsp sis bantu 011-16930576..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.