Halaman

Sabtu, 7 Jun 2014

Pimpin tangan daku ke syurga

Tinggal 2 bulan lebih je lagi. Sekejap je masa berlalu. Sedar-sedar dah makin hampir. Yang peliknya setakat ni aku tak ada rasa nervous langsung lagi. Haha.


Well bercakap pasal kahwin ni, ada la a few kawan-kawan datang jumpa dan tanya pasal story kami. Ada yang cakap untunglah sebab mudah je dapat kahwin. Tak ada masalah. Hehe. Alhamdulillah  dah nak sampai jugak waktu tu..cuma aku rasa aku patut share sedikit sebanyak tentang pengalaman aku sendiri dalam menuju ke arah perkahwinan ni. Just sebagai panduan dan pedoman buat mereka yang lain, mana yang baik korang ikutlah. Mana yang tak bagus tu jangan pandai-pandai tiru ye!


From the beginning, banyak simpang siur sebenarnya. Sebelum ni aku rasa nak lempang je bila orang cakap bila nak kahwin ni semua jadi mudah, sebab aku rasa jalan perkahwinan aku susah giler. Haha. Terus terang aku cakap beberapa bulan yang lepas aku pun tak ada idea yang aku akan menamatkan zaman single aku pada tahun ni. Masa tu memang hidup terumbang ambing, entah ke mana. Masa tu aku memang dah kenal rapat dengan tunang aku yang cuma kawan je time tu,(x couple pn, tp dua2 dah mengaku suka dan setia since 2008 lg), tapi aku ada rasa ragu-ragu. Tak nampak jalan pun ke mana sudahnya perhubungan kami. Macam tak yakin yang dia lah orang yang Allah pilih untuk bersama aku sampai hujung nyawa. Ye lah masa tu dua-dua kerja tak berapa stabil, aku kat Sabah, dia pun kat tempat lain. Gaji pun tak berapa konsisten. Banyaklah masalah kami sendiri hadapi. Konflik dalaman betul. Cuma banyak kali terdetik jugak dalam hati aku yang aku tak nak hidup single macam ni untuk jangka masa lama. Rasa kosong. Sampai lah satu malam tu aku nekad nak buat istikharah. Banyak malam, berturut-turut aku solat. Berminggu-minggu. Tapi still aku tak nampak apa-apa petunjuk, tak ada mimpi ke, tak ada apa-apalah senang cerita. Lama aku amalkan, dengan baca surah itu ini dan dengar sharing kawan-kawan pasal jodoh ni. Tapi aku still bingung. Kelu tanpa bicara.

Until one time, aku rasa dah tak tahan sebab aku tidak nampak 'jalan' ke arah perkahwinan tu, tak nampak plan masa depan aku ni. Susah nak describe. Terlampau banyak dugaan dan masalah. Pernah satu malam aku call mama dan menangis bagitau yang aku tak tahu kenapa jodoh aku ni susah sangat, macam Allah tak nak bagi lagi, still tak nampak yang dia tu adalah jodoh aku yang betul. Mama aku bagi bermacam nasihat untuk tenangkan aku. Then hujung tahun lepas, tergerak hati aku nak ikut program Dr Azizan Osman (IMKK). Entah kenapa aku ikut mende tu, seriously first time aku pergi tanpa motif. Dahla kena bayar kan, tapi aku ikut kata hati. Aku register tunang aku sekali masa tu. Bila pergi sana (4 hari 3 malam) barulah aku rasa lain. Aku rasa banyak sangat negatif dalam diri aku dan sekeliling aku sehingga aku tak nampak yang positif tu. Tak nampak benda elok, asyik nampak salah dan masalah je. Jujurnya daripada program itu banyak aku ubah tentang diri aku sendiri, termasuk perjalanan hidup aku. Totally changed 360 darjah.

Nak dipendekkan cerita, masa program tu, ada satu slot di mana kita kena tulis wish kita lengkap dengan segala tarikh bagai. Lepas slot tu, aku tergerak hati nak buka buku tunang aku dan baca wish dia (masa tu dia pergi tandas). Then aku nampak dia tulis, " Pada 15/6/2014 - berkahwin dengan Izatil Aqmar ..bla bla bla". Zapppp... Terus berdesap menusuk ke hati. Time tu lah baru aku sedar yang dia betul-betul serius untuk teruskan hidup dengan aku. Nasib tak menangis terharu masa tu. Haha. After tu, ada satu slot yang kami berdoa ramai-ramai, kami minta dengan Allah makbulkan segala hajat kami. Salah satu hajat aku minta ialah percepatkan dan permudahkan jodohku, dan segala benda.


Dan bermula dari hari itu, aku rasa lain. Aku rasa semua hal yang aku nampak sebelum ni susah jadi makin senang. Tak tau nak cakap macam mana tapi hebatnya kuasa Tuhan segala yang rasa payah, mustahil makin menjadi kenyataan. Salah satunya, balik dari program tu parents dia datang rumah untuk kenal family. Lebih kurang merisik la walaupun tak bincang tentang kahwin langsung waktu tu. Dugaan datang lagi bila aunty2 aku, uncle, semua family lain dok push tanya bila nak datang bincang hal kahwin. Masa tu aku dah start push tunang aku. Timbul banyak problems sampai bergaduh-gaduh, tinggi suara (aku la tu), mengamuk tak tentu pasal (aku lagi), dan sebagainya. Giler rumit keadaan time tu. Tapi aku tak putus berdoa minta Allah bantu dan permudahkan jalan yang aku rasa sangat payah ni. Lawaknya satu kali tu aku nak beli tiket flight cuti sekolah 21/3, lepas tu Allah kaburkan mata aku, tak tau lah kenapa aku pergi tekan 21/2 dan proceed payment. Sedar-sedar lepas bayar tu menjerit aku tengok salah tarikh. Walaupun tiket promo rm69.90 bagi aku yang golongan biasa ni agak terasa sesaknya wei. Sedih giler dengan poket dah hampir kering time tu. Tiket bulan 3 tak terbeli lagi.Then beberapa hari lepas tu guru besar sekolah bagitau kemungkinan aku kena pergi kursus cuti bulan 3 tu. Dalam masa sama ayah aku call bagitau family belah sana nak datang bincang hal kahwin cuti bulan 3. Aku dah sakit kepala dah, macam mana ni. Habislah.. Makin rumit dah keadaan.

Betapa indahnya jalan yang Allah susun, masa tu aku teringat tiket flight yang aku tersalah beli tu (dari kk ke kl) Aku cepat-cepat chek tiket dari kl to k.bharu dan balik ke kota kinabalu hari ahad. Pergh. RM 47.00 je one way, so total pergi balik campur tiket salah beli tu dalam rm200 camtu je. Kira murahlah berbanding tiket aku balik sebelum ni. Terus aku beli, then aku call bakal mak mertua bagitau yang aku tak dapat balik bulan 3 tapi balik weekend bulan 2 tu. Senang cerita family belah lelaki datang weekend tu, lebih awal dari plan dan settle kan tarikh semua tu on that day. Paling terkejut diorang siap bawa cincin tanpa pengetahuan aku dan sarungkan. Tak ada hantaran pape, hanya makanan sedikit dan sebentuk cincin. Dah jadi tunang orang free2.  Kan dah cakap, Allah mesti tolong =)

Lepas tu, hari-hari aku doa, aku set minda aku, aku jadi positif, aku set keyakinan yang jalan perkahwinan ini pasti jadi lagi mudah. Ternyata Allah makbul doa aku, lepas tu satu persatu jadi mudah. Contoh kad kahwin aku, aku search online kejap je, jumpa satu page ni, terus berkenan, call owner dia dan bagitau yang aku nak kad tu siap sebelum cuti. Alhamdulillah dalam masa 3 hari diorang siapkan kad aku dan alhamdulillah kawan aku tolong ambil dan bagi kat tangan aku sebelum aku pulang kelantan. Memang sangat mudah, dahla murah. Bunting pun kawan aku offer dia dapat siapkan dengan harga yang sangat murah, siap delivery lagi, terus sampai kat tangan aku dalam masa cuti lepas. Ada aku share pasal kad dan bunting ni kat entry ni.

Dari segi hantaran, masa tu aku ngan tunang ada masalah kewangan. Ye lah barang hantaran kan beli pakai duit. Pernah gaji sebulan kami tu hampir kosong terus sebab kami beli barang hantaran 3-4 par serentak, sebab promosi masa tu. Barang-barang kami tak mahal pun, bukan yang branded macam Coach, Bonia ke apa. Sangat simple. Sekadar ada je. Cuma beli serentak sebab aku dah budget gaji bulan seterusnya aku nak guna untuk jamuan kenduri nanti. Duit hantaran + mas kahwin tu aku tak nak guna untuk kenduri, aku nak simpan sebab kami plan nak buat umrah Insha Allah hujung tahun ni sambil honeymoon. Nanti en.suami kena tambah la kalau tak cukup. Hihi. Tu yang sakit sikit tu. Masa aku tengah survey jam untuk salah satu hantaran, aku berkenan la satu jam ni. Citizen, original yang kawan kepada kawan aku jual online. Bila minta tolong kawan aku tanya harga pada kawan dia tu, terus aku senyap sebab harga jam tu aku tak mampu time tu. Dengan sedih aku bagitau kawan baik aku, sorry tak dapat nak proceed sebab tak cukup duit... Selang seminggu lepas tu, kawan aku datang jumpa aku dengan bawa kotak jam. Ada 2 jam citizen kat dalam, satu untuk man dan satu for woman. Dia cakap, ni hadiah kahwin dari dia untuk kami. Ya Allah, sumpah terharu giler seh! Aku menolak tak nak terima, tapi dia desak suruh ambil sebab dia ikhlas nak tolong. 2 jam tu, aku tau harga dia mesti lebih dari 1k. Syukur alhamdulillah, Allah hantar orang lain untuk tolong aku.  I have most amazing best best friend ever!

Kalau nak cerita satu persatu, memang tak habislah sebab terlampau banyak Allah tolong kami dan permudahkan urusan kami. Sekarang baru aku sedar, memang betullah orang cakap, kita kalau nak bina 'masjid' ni memang Allah akan senangkan dari segenap sudut sebab perkahwinan itukan ibadah, dapat pahala. Ibaratnya macam ni, perkahwinan ni umpama masjid. Jadi masa nak bina masjid tu (rumah Allah), datanglah syaitan nak runtuhkan tiang, pecahkan tembok dan macam-macam. Dalam realitinya syaitan ganggu perhubungan kita dengan hasut orang ketiga datang kacau, timbulkan masalah dalam keluarga, hasad dengki, naikkan sifat amarah berlebihan dan macam-macam lagilah. Hanya orang yang betul-betul kuat yang dapat bertahan untuk terus membina masjid tu, bila dah terbina merekalah yang paling bahagia sebab mereka telah menyempurnakan apa yang diimpikan dan melepasi segala rintangan sebelumnya. Faham tak? Kalau tak faham sila buat-buat faham. Wahaa~

my confession. eheh.

Pointnya aku cerita semua ni, aku nak bagitau yang memang kalau nak kahwin ni kita akan rasa susah bagai. Banyak betul halangan, dugaan, masalah dan sebagainya. Tapi percayalah, yakin dengan Allah, yakin dengan diri yang kalau betul dia jodoh kita, insha Allah mudahlah segala urusan nanti. Keep on praying, hoping, then you will see it some day. Mungkin mula-mula tak nampak lagi 'kesenangan' tu. Tapi makin dekat hari perkahwinan tu makin kita rasa doa kita dimakbulkan. Korang alamilah sendiri nanti, baru korang tahu. Hehe.

Sedikit nasihat aku di sini;

  • Jangan lupa Allah. Macam mana nak bina hubungan teguh dengan suami/isteri kalau hubungan dengan Allah sendiri tak terjaga?
  • Nak bina hubungan halal ni kita sendiri kena berubah sepenuhnya kepada yang lebih baik. Kalau dulu kita banyak perangai tak elok, tak apa, let gone be by gone. Yang penting sekarang dan masa depan. Contoh macam aku, aku mengaku dulu aku memang jenis bad tempered jugak. Tak penyabar langsung. Berbeza gile perangan dengan tunang aku. Tapi lama-lama aku cuba berubah dan hadapi apa-apa dengan tenang. Alhamdulillah nampak kesan kita sabar ni sangat bermakna, sangat best!
  • Jangan berhenti berdoa dan meminta kepada-Nya walaupun sesenang dan sesusah mana pun keadaan kita. Allah rindu kita mengadu pada-Nya, sebab tu dia bagi bermacam ujian supaya bila sampai hari yang ditunggu kita akan menghargai betapa bermakna dan berharganya jodoh kita tu tau. 
  • Always think positive and stay positive even though the whole world put the negative on you. Walaupun orang lain cakap negatif, kutuk bagai, tak setuju itu ini, walaupun semua sekeliling pandang rendah kat korang, tapi jika apa yang korang buat tu betul di sisi Allah, dari segi agama, teruskan. Fikir positif je, jangan negatif. Insha Allah ada hikmahnya nanti yang kita belum nampak. Korang nak tau tak? Sifu aku pernah cakap, ikut kajian Islam sendiri, sekeliling kita ni ada ion-ion (cas-cas) positif dan negatif. Contoh kalau ko asyik negatif je, asyik fikir negatif memanjang, automatik ko akan tarik cas-cas negatif di sekeliling ko datang kat ko sendiri. Kalau positif, otomatik akan tarik yang positif. Sebab tu lah bila kita marah (banyak cas negatif), masa tu lah semua benda tak jadi. Masa tu lah kereta wat hal lah, duit hilang lah, macam-macam hal tak elok berlaku serentak. So apa-apa pun tenang je, nanti akan settle slowly dengan baik. Orang lain pun senang hati tengok kita. Iye dak?
  • Jangan membazir dalam membina perkahwinan. Kurangkan belanja benda yang tak patut, lebihkan apa yang patut. Rendahkan mahar, sesungguhnya itulah yang paling baik. Terus terang aku cakap, aku sendiri tak nak letakkan mahar yang tinggi walaupun aku tahun dia mampu. Paling rendah aku letak walaupun ramai tak setuju. Pedulikanlah, parents aku okay je. Mcm dari segi persiapan sendiri, aku planning dan budget betul-betul, parents aku pun dah pesan awal-awal. Kami lebihkan belanja untuk jamuan sebab niat sedekah dan jamu orang makan. Lagipun orang kampung aku masih ramai orang susah, jadi ayah aku sengaja buat majlis kesyukuran, jamu semua makan sedap-sedap supaya murah lagi rezeki kami lepas ni. Aku dah banyak kali tengok murid aku, orang susah hanya makan sisa makanan untuk isi perut. So kalau bab makan ni memang aku sensitif sikit. Aku tak kisah habiskan banyak duit untuk bagi orang makan. Tu lebih baik dari habis beribu untuk pelamin bagai tapi tak ada manfaat pun untuk orang lain.
  • Be patient. PATIENCE. Tu lah kunci ujian iman kita yang sebenar. Kalau kurang sabar, memang boleh hancur semua benda. Nak tau rahsia tak? Dalam banyak-banyak pendapat orang aku tanya, masing-masing mengaku yang orang lelaki ni kalau nak jadi suami memang diorang akan berubah jadi penyabar gile. Seriously, kebanyakannya macam tu lah walaupun bukan semua. Entah kenapa. Mungkin dah ditakdirkan macam tu, sebab jenis perangai pompuan ni cepat gelabah, kelam kabut dan serabut bagai. Sebab tu lah Allah jadikan lelaki ni tenang, penyabar je, paling bersabar dengan perangai bakal isteri/ isteri. Kalau nak harapkan cinta je, mana cukup. Adanya sabar lah cinta tu kekal. Hehe. Dari pengalaman sendiri, sebelah pihak sana yang sabar gile. Kalau ikutkan aku sorang ni, banyak masalah sikit je  terus mintak putus la, tak nak kahwin la, tak jadi kahwin la, macam-macam benda nonsense aku buat + cakap. Nasiblah dapat lelaki paling penyabar di dunia, dapat kahwin jugak last-last. Haha. Kalau dengan perangai aku dulu tu, sumpah tak layak jadi bini orang langsung. Adoyaiii...
  • Buat kerja dengan ikhlas. Ni lari topik sikit tapi agak berkait sebenarnya. Tak kira apa pun profession korang, buat dengan sepenuh hati dan ikhlas. Macam aku, aku cikgu kan, aku mengaku yang kadang-kadang ada rasa tak senang, tak suka sebab aku dapat sekolah jauhhhh di sini. Murid nakal, macam2. Lepas tu aku set diri aku, ajar betul-betul, seikhlas hati. Cuba tegas tapi berlembut dalam masa yang sama. Alhamdulillah, Allah permudahkan urusan lain. Sebelum ni urusan lain pun terabur, kerja sekolah pun terabur. Sekarang makin ok. Senang cerita, kalau kita bantu orang lain, beri manfaat pada orang lain, kita akan dapat berganda-ganda lepas tu. Mungkin berkat doa murid aku jugak. Huhu. So korang praktik la macam tu sekali ye! Biarlah kerja ofis pun, kalau kerja bersungguh, tak merungut, nanti dapat ganjaran lain Allah bagi selain wang. 
  • Sentiasa bersedekah dan memberi walaupun hanya secebis roti. Ketahuilah jika kita memberi walaupun kita takde pape, insha Allah, Allah akan balas dengan rezeki yang berlipat ganda. Mula-mula aku tak praktik pun mende ni, tapi bila aku start praktik, bagi makan kat murid susah, belanja kawan-kawan, bagi sedekah kat fakir dan semua, memang automatik aku rasa rezeki mudah masuk. Macam dapat cabutan bertuah tiba-tiba je. Huhu. Memberi tak semestinya dengan wang. Ilmu, barang-barang dan lain-lain pun dikira pemberian jugak. Tak caya ce praktik sendiri nanti. Hee~

Okay setakat tu je sedikit perkongsian aku. Nanti aku akan cerita lagi hal kahwin pada entry akan datang, insha Allah. Till then, good night. Salam =)

Sumber asal dari blog Evagurl Izma. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Izma dan pasangan yang berkahwin pada hari ini. Semoga kalian mendapat kebahagiaan di dunia sehinggalah ke akhirat.




Artikel ini ditulis oleh salah seorang peserta GiveAway Contest Gila #5: Artikel Pilihan iaitu Evagurl Izma dan telah dipilih menjadi pemenang terakhir bagi contest ini. Kepada pemenang, sila emel kepada saya di princeofnoob[at]gmail[dot]com untuk menuntut hadiah wang tunai RM30.

Tahniah kepada semua 10 pemenang, dan aku akan cuba menerbitkan artikel2 peserta yang lain yang dirasakan sesuai sedikit demi sedikit selepas ini beserta backlink.



tags: pemenang contest gila 5 buasir otak artikel pilihan giveaway peraduan pertandingan ga post entry pimpin tangan daku ke syurga take my hand to jannah

21 ulasan:

  1. 1st..igt kn Aila yg post bnde2 cmni..Noob rupanya..
    klu kahwin utk mgelak maksiat je baik xpyh..
    khwin la utk masuk syurga Allah.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. 2ndo.....untunglah dapat kawin...aku ni xde org nak...hehe....

      Padam
    2. mmg la kawin tu untuk masuk syurga, tp kan kahwin tu salah satu kebaikannya utk elak dari buat maksiat. baik kahwin drpd berzina kan?

      Padam
    3. amende la anon mengarut ni...
      abih tu baik takyah makan kalau makan sebab nak kenyang je...
      patutnya makan kerana Allah....

      Padam
    4. hanya orang yang matang dan berfikiran jauh saja yang faham apa yang dimaksudkan oleh tanpa nama 2:40ptg..

      Padam
    5. 7.16 and 2.40.. = pure neanderthal meleis.. hidup pura2 dan penuh dgn jutaan meleis protocol..

      Belajarlah buang pikiran karut marut berprotocol dan full of second options ni..apa susah nak terima sajalah yg derang nak kawen..abes citer dan ucap tahniah..

      Padam
    6. Kahwin untuk sex halal semata-mata = tak kekal kerana kedua-duanya akan tua juga, Kahwin kerana cintakan agama dan pasangan = insya Allah kekal kerana berniat untuk membina masjid dan tua bersama-sama..itulah yg dimaksudkan 2 anon itu, tiada kaitan dgn protokol melayu atau berfikiran melayu kuno langsung..kasihan anon 10:13pg, cetek dan emo di pagi hari, meleis sejati.

      Padam
  2. sangat bagus entri ni...semoga jadi panduan untuk yang lain :)

    BalasPadam
  3. aku igt ko yg nak kawin noob.

    aku pelik juga apsal berjela2 entry ko ni.

    rupanya seorang minah yg tulis.

    patutla...

    BalasPadam
  4. Selamat pengantin baru, dan tahniah buat pemenang~ ^^

    BalasPadam
  5. Hahaha..mati2 aku ingt noob kawin. Luar biasa la jugak

    BalasPadam
  6. Alaaa, ni yg rasa nak kawen cepat2 ni...

    BalasPadam
  7. Plain83 dah kawin ke belum?

    BalasPadam
  8. Aila bakal bini gua mana noob lama xnampak pos sini. Btw doakan kami kekal till jannah, jahannanah dan ya hanananah.. Amin

    BalasPadam
  9. selamat pengantin baru juga... noob biler nak kawin

    BalasPadam
  10. dulu aku pon fikir nak kawen sebab nak masuk syurga dengan cara mudah(aku perempuan)..
    yela perempuan kan senang jek nak masuk syurga pas kawen. solat lima waktu, puasa Ramadan, pelihara maruah, taat suami.itu je.tapi cabaran untuk masuk syurga bukan sesenang ayat itu jek.
    jadi berkahwinla kerana kita memang layak berkahwin..layak ok.bukan wajib.bukan patot atau mampu.
    sebab berkahwin memnag senang tapi nk realisasikan syurga melalui perkahwinan susah.

    BalasPadam
  11. noob forever alone...kahkahkah...
    aku x paham btl la...asal org suka pakai "totaly change 360" knp x 180...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu yang aku pelik. kalau pusing 360,kan ke balik ke tempat asal.hahahah.

      Padam
  12. mati-mati aku ingat noob yang nak kahwin,. Pelik kenapa menangis bagai telefon mak..cikgu rupnya c noob ni...tiba-tiba kena sarung cincin..aikkkk apakah? hahaha rupnya tokona den...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.