Halaman

Jumaat, 25 Julai 2014

Kenangan Ramadhan, Raya dan Aku

Zaman aku berpuasa dan beraya masa kecik-kecik dulu best gila. Aku ingat lagi, masa tu bila balik kampung rumah atuk, aku akan berjumpa dengan sepupu2 yang lebih kurang sebaya dengan aku.


Walaupun jumpa mereka boleh dikatakan setahun sekali, tapi bila dah sekali berjumpa, gayanya seperti setiap hari berjumpa. Berborak pasal ultraman, ksatria baja hitam...


...main bola, mercun, bunga api...





...tutup oren...


...berkongsi komik, menyakat orang, naik motor pusing keliling kampung...


...pergi beraya rumah orang yang tak kenal, semua dibuat bersama2 tidak kira yang lelaki mahupun perempuan.


Kini aku masih lagi pulang ke kampung atuk sempena hari raya. Ada sepupu yang masih balik, ada juga yang sudah tidak balik lagi ke kampung.


Walau aku masih berpeluang berjumpa dengan sepupu serta suami/isteri dan anak2 mereka bagi yang sudah bekeluarga, namun hubungan kami tidak lagi akrab seperti waktu kecil dahulu.


Bila berbual terasa janggal, seperti berbual dengan orang yang baru dikenali. Tiada lagi gurau senda dan gelak tawa seperti kecil dahulu.


Aku sedar jarak dan masa telah membuatkan kami semakin jauh.


 Namun...



 ...semua kenangan sewaktu kecil yang kini hanya secebis memori dalam ingatanku...


...akan aku simpan dan hargai sampai bila2,...


...kerana aku tahu ia tidak akan dapat diulang lagi buat selama2nya.


Cerita ini aku pernah tulis pada Ramadhan tahun lepas sempena GiveAway Bagi Belah Kartunster #2 yang dianjurkan oleh Nazha Anua, blogger Kartunster dan kisah ini telah dipilih sebagai salah satu pemenang. Lukisan semua dilukis oleh beliau. Dan cerita ini yang sebenarnya adalah kisah sebenar, #truestory, bukan rekaan, ia memang berlaku pada diri aku :'(.

So dengan entry ini, aku mewakili geng2 Fools Syndicate, penulis di blog Buasir Otak ini, ingin mengucapkan kepada anda semua Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin sekiranya terdapat segala salah silap, kekasaran bahasa, terguris perasaan dan sebagainya.


Dan dengan ini juga, aku ingin mengumumkan yang aku akan bercuti pulang ke kampung selama seminggu, so kemungkinan besar akan tiada update baru daripada aku selama tempoh tu. Penulis lain aku tak tahu, mungkin ada yang rajin nak update lepas solat sunat hari raya sambil2 makan ketupat tu.

Kalau nak update apa2 boleh check kat FB Buasir Otak - https://www.facebook.com/BuasirOtak, atau FB aku di FB aku sendiri - https://www.facebook.com/prince.nub.




tags: ucapan selamat hari raya aidilfitri 2014 kad raya kenangan ramadhan raya dan aku komik kartun

23 ulasan:

  1. Selamat Hari Raya Posa gak tuk semua... mintak ampun maaf kalo ada yg benggang ngan Post aku... kalo korang tak nak maafkan... lantak korang la...

    Yang balik kampung,.. balik elok2... aku macam biasa beraya kat opis... minggu ke 2 raya baru merasa beraya...

    Null - Null ye geng...

    BalasPadam
  2. Betul la tu... Zaman kanak2 adalah zaman yang paling indah...

    Selamat hari raya..

    BalasPadam
  3. Kawan2 pun sama...dulu masa sekolah bukan main macam belangkas...xboleh dipisahkan...tp skg, jumpa kat luar buat xtahu je...dah rasa macam org lain....

    BalasPadam
  4. Selamat hari raya aidilfitri buat en .noob & the gang. Zaman skrg sudah tiada lg senda gurau. Masing2 sibuk dgn tablet smartfon iphone di tangan. Nama je raya berkumpul tapi jiwa di alam maya. What de fish man. Kalu gua tgk ada budak2 mcm2 ni dkt umah gua mintakmaaf gua nk bg duit raya hehehre...

    BalasPadam
  5. betul3.. sedih sgt sbb dh tak seakrab mcm masa kecik dlu.

    BalasPadam
  6. Aku pulak lain situasi. Dulu memang selalu rapat dengan sepupu, terutamanya lelaki. sekarang makin rapat tapi ngan sepupu pompuan. -_-

    BalasPadam
  7. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  8. Raya tahun ni kena kerja-ot-kerja.. Huhu. Selamat hari raya semua. Maaf zahir batin

    -admin-

    BalasPadam
  9. Salam 0-0. Maaf kalau ada statemnt sy yg menyinggung perasaan mana2 pihak.

    BalasPadam
  10. selamat hari raya pon..jom dtg raya umah saya..hehe!

    -aMyLeE-

    BalasPadam
  11. selamat hari raya semua pembaca buasir otak :)
    sila jangan tambahkan statistik kemalangan jalanraya ok..

    #kosongkosong

    BalasPadam
  12. Selamat hari raya kepada semua warga bo...dan tak lupa juga kepada nasi goreng..keep it up

    BalasPadam
  13. Selamat Hari Raya kepada semua

    BalasPadam
  14. Wishing you all a wonderful Eidulfitr and Eid Mubarak 2014 ^__^

    BalasPadam
  15. Selamat hari raya Boss Noob!
    Selamat hari raya semua!!
    Selamat hari raya para Anon..
    Ada open house jemput laa aku...heheheh

    BalasPadam
  16. selamat hari raya noob & fools syndicate

    masa kecil, kita x berprejudis. jadi, sapa2 pun boleh kawan dan main sama2. bila dah berusia, minat dan keutamaan masing2 dah berbeza. mgkin ni lumrah.

    BalasPadam
  17. salam aidilfitri warga BO n umat islam sedunia...salam dari brunei darussalam...kami sambut 1 syawal hari selasa ni...maaf zahir dan batin

    -m84-

    BalasPadam
  18. Salam. Selamat hari raya maaf zahir batin semua. Semoga Raya yang terbaik.

    BalasPadam
  19. Slmt hari raya.hmm..raya ni paling berbeza. Adik2 sdre ramai dah kerja. Gaji pun besar2. Aku ni pulak pegawai gomen je. Takde org pandang pun. Tapi takpe la..tahun ni pun last raya dengan status bujang. Org skrang ni berbudi bnyak mana pun tak dikenang..yg dikenang ialah siapa yg kaya.

    BalasPadam
  20. Bile balik raya kat kg..tiap2 tahun ada tajuk utama yg difokuskan. Contohnya siapa dah kwin, siapa kete paling mahal, siapa yg gaji paling besar dan lain2. Tahun ini yg dinilaikan ialah siapa bdn paling besar dan gaji paling besar. Maknenye kalau jadi kaki surau pun tak dipandang. Hmm..memang kena la aku tahun ni..aku ni gaji dah tak bese2 je. Kete pun kecik je. Bdn lak kurus je.

    BalasPadam
  21. selamat hari raya noob..semoga raya nie noob bhagia dan happy2 selalu.. Byee..

    BalasPadam
  22. Selamat hari raya kepada penulis2 dan pembaca2 blog buasir otak.. Semoga mendapat berkat dari ramadhan lalu dan berbahagia di hari raya.. :)

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.