Halaman

Sabtu, 12 Julai 2014

Kisah konflik keluarga Ahmad dan Yitzhak

Pada suatu ketika dahulu, ada sebuah rumah agam lama yang sangat besar yang didiami oleh Ahmad dan kaum kerabatnya sejak berkurun lamanya dengan aman dan sentosa. Suatu hari, datang seorang lelaki yang bernama Yitzhak ke rumah Ahmad. Yitzhak, seorang pengembara tanpa rumah berkata kepada Ahmad yang rumah tersebut sebenarnya adalah milik nenek moyangnya yang beribu2 tahun dulu dan dia mahu mengambilnya kembali.


Ahmad kemudian berkata yang rumah tersebut kini adalah miliknya setelah beberapa kali ia berpindah hak milik. Yitzhak yang tidak berpuas hati berkata yang dia akan kembali semula untuk menuntut rumah tersebut.

Beberapa hari kemudian, Yitzhak kembali dengan membawa beberapa kaum kerabatnya dan mendirikan khemah di sekeliling rumah Ahmad. Ahmad berkata kepada Yitzhak, mana boleh kamu buat khemah di sini. Yitzhak kemudian membalas, rumah itu kamu punya, tetapi tanah di sekitar ini bukan milik kamu, oleh itu saya berhak untuk tinggal di sini dan kamu tiada hak untuk menghalau kami. Ahmad akur dengan kata2 Yitzhak tersebut.

Seiring dengan masa, Yitzhak membawa lebih ramai keluarga dan kaum kerabatnya yang juga pengembara tanpa rumah untuk tinggal di sekitar rumah Ahmad. Daripada khemah menjadi pondok. Daripada pondok menjadi rumah. Semakin lama semakin banyak rumah di sekitar rumah agam milik Ahmad, malah menyebabkan Ahmad dan kaum kerabatnya lebih sukar untuk bergerak ke mana.

Suatu hari, Yitzhak datang semula ke rumah Ahmad dan berkata yang dia mahu menumpangkan beberapa kaum kerabatnya di dalam rumah Ahmad memandangkan kaumnya sudah semakin ramai di situ, malah lebih ramai daripada kaum Ahmad. Ahmad pada mulanya berkeras untuk tidak membenarkan kaum Yitzhak tinggal di dalam rumah agamnya, namun setelah diugut dan memikirkan keselamatan keluarga dan kerabatnya, beliau terpaksa membenarkan keluarga Yitzhak untuk tinggal bersama mereka.

Tidak berapa lama kemudian, Yitzhak membawa lebih ramai keluarga dan kerabatnya ke dalam rumah agam Ahmad. Malah terdapat kerabat Yitzhak yang bertindak menghalau kerabat Ahmad daripada bilik untuk mengambil bilik mereka, menyebabkan ramai keluarga Ahmad yang terpaksa berkongsi bilik.


Berang dengan perbuatan kerabat Yitzhak, Ahmad berjumpa dengan Yitzhak untuk menyatakan ketidak puashatiannya. Sudahlah diberi mereka menumpang rumahnya, kini keluarga Ahmad pula yang seperti menumpang rumah orang. Ahmad mahu Yitzhak berhenti membawa lagi kaum kerabatnya masuk ke rumah tersebut dan berhenti mengambil bilik2 mereka.

Namun Yitzhak dengan sombongnya berkata, rumah agam ini kini dihuni lebih ramai dari kalangan ahli keluarganya berbanding keluarga Ahmad, bermakna dialah tuan rumah tersebut. Yitzhak kemudian membuat peraturan baru yang ketat di dalam rumah itu dan memaksa Ahmad dan kerabatnya untuk mematuhinya, Mereka turut membuat sempadan dan benteng agar keluarga Ahamd tidak boleh memasuki kawasan mereka, malah Yitzhak telah mendapatkan khidmat 2 orang peguam luar iaitu John dan George untuk memperakui tindakannya.


Sempadan tersebut semakin lama semakin besar menyebabkan kawasan untuk kerabat Ahmad semakin mengecil. Ramai daripada keluarga Ahmad terpaksa berpindah keluar dari rumah itu dan membina khemah di luar rumah kerana ruang mereka sudah terlalu sempit.

Setelah lama memendam rasa, akhirnya keluarga Ahmad cuba bangkit untuk melawan bagi mengambil semula bilik dan kawasan yang telah dirampas di dalam rumah tersebut. Namun kerana sebelum ini keluarga Ahmad adalah keluarga yang aman, mereka tiada senjata dan tidak tahu cara berlawan dengan betul. Oleh itu, mereka hanya menggunakan batu untuk dibaling ke arah kerabat Yitzhak untuk menghalau mereka, namun mereka mempunyai perisai yang besar untuk menghalangnya.


Marah kerana dibaling batu, keluarga Yitzhak mula menangkap keluarga Ahmad. Lebih teruk lagi, mereka membunuh ahli keluarga Ahmad. Walaupun begitu, semangat Ahmad dan ahli keluarganya tidak pudar, mereka terus membaling batu dan belajar bagaimana hendak hidup berdikari dengan pelbagai sekatan dan kongkongan.

Ada satu ketika, Ahmad meminta bantuan daripada seorang saudara mereka yang juga jirannya, Abdullah yang sangat kaya raya dan tinggal di sebuah istana mewah, namun pemintaan itu tidak diendah. Abdullah dan keluarga lebih sibuk mengejar kekayaan dan menonton perlumbaan unta berbanding membantu saudaranya itu. Begitu juga saudara2 yang lain seperti Kassim, Mahmoud dan Rashid, semuanya buat tidak tahu.



Namun ada juga saudara jauh Ahmad yang sanggup memberikan bantuan dari segi kewangan, makanan dan sokongan moral walau saudara mereka ini tidaklah sekaya mana seperti Damak, Wagiman dan lain2. Malah terdapat juga orang yang bukan saudara mereka turut membantu Ahmad termasuk dari segi kelengkapan perang, cara membuat senjata dan berlawan.

Sehingga kini, Ahmad dan keluarga masih tidak berputus asa untuk mengambil semula rumah agam mereka yang telah dirampas oleh keluarga Yitzhak dengan menggunakan senjata yang lebih canggih. Namun, secanggih senjata mereka, canggih lagi senjata yang dimiliki Yitzhak. Semua serangan yang dilancarkan oleh keluarga Ahmad dipatahkan oleh senjata Yitzhak yang dinamakan "Kubah Besi" yang dihadiahkan oleh peguam mereka yang kini telah menjadi sahabat, George.


Sesekala, keluarga Yitzhak akan melancarkan serangan balas yang bertubi2 dari darat dan udara terhadap keluarga Ahmad yang sedang berkhemah di luar rumah sehingga mengakibatkan banyak kematian.

Sehinggalah hari ini, keluarga Ahmad dan Yitzhak masih bergaduh dan berperang. Ahmad mengangkat senjata kerana mahu mengambil semula rumah mereka yang dirampas, Yitzhak mengangkat senjata kerana klaim yang rumah itu adalah milik mereka dan mahu mempertahankan keluarganya daripada diserang oleh keluarga Ahmad.

Penamat kisah ini? Hanya Tuhan sahaja yang tahu.


#PRAY4GAZA




tags: israel attack palestine palestin conflict konflik jew yahudi orang islam arab kena tembak bunuh lancar roket hamas senjata iron dome settlers #prayforgaza gaza west bank tebing barat sejarah history

18 ulasan:

  1. .................. no komen

    BalasPadam
  2. Ada kawan beragama kristian dlm facebook aku berkeras kata Palestin mmg patut terima apa yg mereka terima sbb tanah itu milik Yahudi pd awalnya...
    Yup!
    Itulah yg dikatakan 'ignorance is bliss'!

    Entri ni bagus utk org yg nak tau kisah ringkas pergolakan di sana...

    BalasPadam
  3. Ketika menghampiri kiamat, org yahudi akan dihapuskan. Pada masa sekarang ni..org yahudi di israel terus menerus melakukan kezaliman mereka. Tiada negara yg berani tolong secara berdepan. Ianya akan smpi satu tahap..dimana perbuatan israel akan menyebabkan kita semua jadi hilang sabar sepenuhnya. Semua bertekad utk bunuh mereka. Dan aku tak rasa ada mana2 negara yg berani memulakan serangan besar-besaran kepada yahudi ini. Jadi..adakah palestin sendiri yg akan menunjukkan permulaan memusnahkan yahudi atau ada faktor lain yg menjadi picunya? Tp apa yg pasti..kiamat hanya semakin hampir

    BalasPadam
  4. Pelik jugak, saudara2 yang lain seperti Kassim, Mahmoud, Rashid dan abdullah, sebangsa dan sebahasa dgn ahmad dan mungkin jugak seagama, kalau dengar ayat quran pon x pyah guna translation pon dah bleh paham. Lain la demak dan wagiman sepatah dua perkataan arab pon kena guna google translate. Sepatutnya yang paham quran la lebih senang nak beramal.. Ni x, yang x brape nak paham pulak yang beriya untuk tlg ahmad..tu yang buat aku pelik tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. abdullah, kassim, mahmoud dan rashid semua dh jadi anjing yitzhak... dh dibutakan dgn harta dan kemewahan, mana peduli dh psl saudara seagama... nama sahaja islam, tp ko tgk video yg noob post psl joki lumba unta tu dia ambil kanak2 bangla jd hamba diorg utk jd joki lumba unta... islam ada ajar mcm tu ke??? bangsat xbangsat la ko tgk

      Padam
    2. tu la, negara2 arab ni nama je negara islam, asal usul islam pon dari sana jugak, tapi sesama sendiri pon nak perang, tamak. dengan zionis kecut. aku mintak maaf la, tapi aku rasa lebih baik penduduk gaza keluar je dari gaza, HIJRAH. kalau stay kat situ memang jadi lauk la. dah la xde sape nak tlg, Nabi pon behijrah jugak ape dulu. hijrah bukan kalah. tapi merangka strategi untuk kembali menang. angka korban pon berkurangan. kita kat malaysia ni tiap2 tahun sambut maal hijrah. sepatutnya kita tahu peristiwa hijrah. sori la kalu pendapat aku ni mcm menyeleweng skit.

      Padam
    3. Bro, x de satu bangsa pun x melawan bila diusir dari tanah air die kecuali Satu bangsa je yg jual tanah air sendiri n jadi hamba di bumi sendiri iaitu.....

      Padam
    4. Memang la patut lawan bro, tapi dah berpuluh tahun lawan x menang2. Bak kata pepatah menang jadi abu, kalah jadi arang. Ibarat kucing nak lawan gajah. Xpe berundur dulu, buat plan baru, tanah pelestin bukan besar mana pon yg ada skang. Yg sedih n simpati kt diorang ni kita.. Bukan pak arab yg asik berlumba unta tu.

      Padam
  5. tanpa nama 13 julai 2 pg lu ckp memang betol........cube tgk kat selatan tanah air kita ni ape dah jadi,punya haramjadah senang2 je di jual kat bangsa lain tu..rakyat sendiri tengaga je tgk benda tu semua depan mata.x lama lagi jadi mcm palestinlaaa negr tuuu....

    BalasPadam
  6. Kita beruntung kerana ada pemimpin seperti di dalam parti umno untuk terus pertahankan maruah bangsa kita. Kalau tidak, kita akan jadi seperti rakyat palestin. Umno sentiasa prihatian dan menjadi bentang pertahanan kita. Syukur kerana umno

    BalasPadam
  7. Nak berhijrah diorang nak g mana bro. Xda tempat diorang nk pegi ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bawak diorang hijrah malaysia la, kat malaysia skang pon banyak mat indon, bangla, kemboja dll. Kita meriahkan lg dgn kehadiran mat/minah pelestin pulak.. Untung2 pasni ble nikah dgn minah arab plak.

      Padam
    2. Yg ni gua setuju. Dh la nak hantaran minah malaysia mahal cam lahanut. Org laki nk kawin pun payah...Untung dpt awex arab kawin pun murah. Lawa2 plak tu. Bagus ... Dari pada duk bwk masuk indon maymar nigga nigeria..

      Padam
    3. ha'ah midnight, btol tu..mamat arab pn ramai yg hensem2, untung sgt klu dpt kawin sama pakwe arab, hensem, xde laaar rupe mat rempit gitu..bce quran pn sedap je dngr, sejuk ati, ank pn nnt cecomel jer..wah bestnyer..

      Padam
    4. mohon kerajaan bawa masuk pelarian palestin dan syria...dpt kawin minah arab mmg sejuk je hati...

      Padam
    5. teringat dulu ada tawaran utk kawin ngn perempuan maghribi. ada rakyat malaysia kita yang amik. bini cun, patuh,pandai jaga keluarga. Fuh..untungla kalau dapat yg palestin ni..

      Padam
  8. isu palestin ni dri dlu lg.. Mse zaman jahiliah lg sbnarnya.. Yahudi nie akan serang palestin sampai kiamat.. Pasal suruh rakyat palestin b'hijrah tu dah buat, tp diorang jawab simple je, 'biarlah kami disini sbgai WAKIL org islam utk m'pertahankan agama islam, cuma satu je kami minta agar kamu SEMUA mendoakan kami disini..kerana doa adalah SENJATA hebat paling yg kita sume ada..'' ada ramai jga yg bertanya kepada israel 'kenapa kamu tidak menyerang malaysia? Sedangkan malaysia negara islam..'' kemudian mereka menjawab''rakyat msia sbenarnye lemah..ak bru menubuhkan mcD n starbuck sbgai eksperimen tp mereka pergi m'belinya dan kami mendapat sokongan..ternyata mereka sgatlah lemah,tidak spt pddk di palestin yg sgat kuat skli.. ''

    BalasPadam
    Balasan
    1. Israel x serang msia sebb dlm kitab diorng xde ckp yg tanah kt msia ni diorng punye la badigol..

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.