Aku dah lah jenis malas nak memasak. Bukannya tak reti memasak, cuma malas. So sumber utama makanan aku untuk berbuka puasa sudah tentulah bazar ramadhan. Nasi beriyani, murtabak daging, ayam percik, tepung pelita, air kathira, antara juadah2 yang membuatkan aku tak sabar2 nak menunggu azam Maghrib.
Namun, amat malang bila tiba waktu berbuka, kau baru masukkan makanan dalam mulut ko, apa yang kau rasa bukanlah makanan tapi sampah bak kata Azwan Ali.
Ya, aku kata sampah kerana ia tidak boleh dimakan. Makanan dah basi, nasi keras dan mentah, ayam rasa busuk, karipap ada ulat, air rasa masam. Makanan2 yang tak boleh dimakan lagi ini, mahu kata apa lagi kalau bukan sampah? Kalau makanan tak sedap terlebih gula terkurang garam tu aku boleh terima lagi sebab ia masih boleh dimakan, tapi kalau makanan yang sudah menjadi sampah?
Last2 makanan2 tu campak dalam tong je. Dah lah duit aku membazir macam tu je, aku kena keluar balik cari makanan kat kedai mamak atau restoran siam atau paling terdesak pun mentekedarah moreh lepas terawih kat masjid.
Gila la segelintir peniaga melayu ni, kalau korang nak berniaga makanan kat pasar ramadhan ke atau kat mana2 pada bila2 masa, tolong jangan jual sampah. Korang ingat hari ini korang jual sampah kat orang, orang tu nak datang balik ke kedai korang? Ingat berkat ke sumber pendapatan korang dengan jual sampah tu? Jangan la aniaya orang bai.
P/S: Entry ini aku hanya tujukan kepada peniaga makanan yang jual sampah sahaja. Kalau peniaga makanan yang memang jual makanan, jangan butthurt pulak.
tags: peniaga jual makanan makan pasar bazar bazaar ramadhan sampah basi busuk lama azwan ali
yups
BalasPadamtu la pasal
peniaga yang jual sampah nih kebanyakannya golongan yang berniaga time ramadan jer
konon nak untung banyak tapi makanan rasa hampeh
Hari ni jual x abis esok panaskan jual lg. Hampir semua peniaga cmtu kalau dah bakar 50 cucuk ayam percik. X abis x kan nak buang mesti panaskan jual lg. Nak bakar sikit2 takut customer ramai pulak . Kuah laksa selalu masak bnyk untk stok 3 hari. Memang smpah
BalasPadamXpe la sekali sekala termakan sampah.. Bulan ramadan kan bulan ujian.. Sekurang2 nya dapat jugak feel jadi gelandangan yg kebanyakannya cari makan dlm tong sampah.. Dan masih dapat merasa nikmat makan. Sedangkan kat pelestin ramai yg mati sebelum sempat buka puasa pon, begitu lah juga mangsa kebuluran kat afrika. Sampah pon xde nak makan.
BalasPadamGolongan gelandangan tu ada bayar ke harga sampah yg mereka cari dlm tong sampah tu?
PadamPliz la, jgn nk cuba tukar topik dgn alasan yg sgt kemacaian bunyinya, plizzzz!
Agaknya org mcd ngko ni dah ditakdirkan menjadi pemakan sampah kot.. Walaupon ko ada duit untuk membayar..kah3.. Nak bisjut??
Padambestnye kalau berniaga pastu ada customer macam ko.haha. "nak, ko amik nasi basi semalam..bungkus kasi dia".."eh, dia beli jugak ke bapak?".."bli la..dia memang suka mkn smpah2 ni"
Padamdh agak dh mesti ada org komen bodoh2 mcm ni.. jgn guna alasan ni utk backing melayu yg jual makanan sampah kt org lain. bodoh punya melayu
Padamaku dah terbayang..ko makan sampah tepi jalan, sebelum makan..ko letak duit sikit dalam tong sampah. Pastu ko pegang bendara UMNO dan BN. Baju ko ade gambar najib tengah senyum. Mata ko juling..rambut kusut2..pastu dok jerit "kita patut bersyukur dpat makan sampah, ada duit kasi tolong bangsa sendiri la. kita bagi duit,dia bagi sampah..syukurr".Ha,memang padan.
Padamletak sekali tau logo dajjal mata satu nuwar berahim dan geng PR.
Padambaru la nuwar berahi tu turun makan sekali sebab dia memang sampah
Setuju!! Kadang kadang tu dah la mahal, sekali basi. Sekali tu pernah ena beli, penuh dengan telur langau. Eeeeee Rasa nak suh penjual tu makan benda makanan yang dah tercemar tu. Geli!
BalasPadamPernah kena.. Ayam percik nampak menarik dengan sos yang cantik warnanya.. Bila makan, daging ayam tu lembik macam dah busuk.. Sangat sampah..
BalasPadamMemang tak berkat la meniaga macam tu..
aku masak sendiri je...jarang beli kat bazar....
BalasPadambukan aku la yg masak, mak aku...hehe...
Padamowh, mak kau yang msak..ingtkan jiran kau
PadamAritu aku sound direct je. Ada makcik jual lauk pauk. kari daging yang dia buat tu ok. tapi esoknye..ada lagi.Macam tu jugak utk hari2 lepas tu. dia tak panaskan dulu kari tu bila dia jual balik. kari tu jadi rasa lain sebab lemak2 yang jadi keras disebabkan letak dalam peti ais dan tak panaskan. Dah dekat 4 hari jugak aku nampak lauk tu.Tak ditukar. Aku pun tegur "rasanya dah boleh tukar kot ni makcik...ke makcik nak simpn sampai habis ramadhan?".Berniaga tu ingt2 la pelanggan. Jgn la smpi jadi kes keracunan makanan. Bila nak berniaga ni..masak dengan sepenuh hati..sampai pelanggan puji dan dtg lagi. Bukan masak macam nak bagi makan anjing tepi jalan. Tak berkat
BalasPadamsbb tu mls nk membeli .. msk sendrik je .... klu tak pi mkn kat kedai terus klu mls nk msk ...
BalasPadamsaya mmg jarang beli makanan kat bazar ramadhan sbb x pasti tahap kebersihan makanan dan kadang2 makanan nmpk elok tp bila nak telan mmg x lalu....
BalasPadammakan kat restoran terus lagi ok. Daripada beli nasi dan lauk kat bazar. Kalau dah tau memang sedap tu tak pe la. tapi kalau sekadar nak penuhi nafsu berbuka, lagi elok gi kedai makan.
BalasPadamKalau pegi bazaar, better pergi yg kedai yg agak ramai pelanggan, kebarangkalian nak recycle balik makanan agak kurang. Tp bg sy kalau dah beli kai gerai bazaar situ n xde masalah sebelum ni, jrg nak pergi gerai lain.
BalasPadamSelamat berpuasa..n pastikan anda membeli juadah berbuka utk perut anda, bukan mata anda. Mcmana anda menahan lapar sepanjang hari, mcm itulah org2 gelandangan n miskin menahan lapar, makan sekali je kot setiap malam. Puasa ni satu ujian utk kita, jika tidak kita xkan rasa bersyukur n memahami org yg lebih susah.
benarlah kata2 AA tu...
BalasPadamxpe, at least duit tu disalurkan kt melayu, ap slhnya tlg ssma pniaga melayu... apalah sgt mknan smpah tu...
BalasPadamkepala bapak kau tlg peniaga melayu jual sampah... kalau keluarga aku makan kena penyakit apa semua, blh ko ckp tlg melayu lg??? bodoh punya melayu bodoh
Padamhahah..shittttt. serius doh,aku tak sangka level kebodohan manusia akan sampai tahap low macam ni. Aku harap ko sarcasm. Sebab kalau ko serius..damn..
PadamNi la golongan melayu yg dikatakn meleisss tu, x boleh trima langsung teguran pelanggan dn tetap mempertahankn servis yg bertahap sampah, basi dn berulat diorng tu. Sampai bila2 pn xkn maju. Paling bodoh ialah golongn yg suka twist ayat yg ada unsur keagamaan utk mghalalkn servis sampah mereka tu. Kesian.
Padamair katira.. lama x pekena... yummm...
BalasPadamboikot bazaar ramadhan. beli makanan kt restoran biasa je.
BalasPadamsetiap tahun, harga makin mahal. kualiti makin teruk.
takkan nak tunggu tahun depan lebih ramai org mati sbb makan mknn dari bazaar?