Halaman

Sabtu, 19 Julai 2014

MH17: Ramai yang menuding jari ke arah yang salah

Seorang lelaki sedang memandu kereta bersama keluarganya di sebuah jalanraya untuk pulang ke kampung halaman. Tiba di suatu jalan terdapat sebuah flyover atau jejambat bertingkat yang sedang dalam pembinaan. Jalan di bawah flyover yang sedang dibina itu tiada tertulis "Dilarang masuk" atau sebarang halangan yang tidak membenarkan pengguna menggunakan jalan tersebut. Hanya terdapat papan tanda "Hati-hati" dan had kelajuan 60 km/h. Sedang lelaki itu memandu keretanya di jalan itu, tiba2 flyover yang sedang dalam pembinaan itu runtuh dan menghempap keretanya. Lelaki itu dan seluruh ahli keluarganya mati serta merta di tempat kejadian.


Ramai orang di sekeliling melihat kejadian itu. Ada juga yang mengambil gambar dan video lantas dimuatkan di Facebook dan Instagram. Ada juga yang pergi lebih dekat untuk merakam gambar dan video mayat lelaki dan ahli keluarganya itu untuk disebarkan di media sosial.

Orang ramai mula memberikan komen mengenai kejadian itu. Ada yang mempertikaikan "Dah tau jalan berisiko tengah under construction, siapa suruh lalu?", "Diorang guna jalan tu mesti nak jimat minyak", "Orang lain ramai yang dah tak guna jalan tu, diorang sanggup guna jalan yang lebih jauh yang lebih selamat" dan sebagainya yang mencari kesalahan pemandu lelaki tersebut. Malah ada yang bagi komen sampai tahap "Cuba check rekod servis kereta dia, ntah2 dah lama tak servis". Paling bodoh lagi yang main teori konspirasi angka, "Plat kereta ni WXY 11. Kemalangan berlaku pada 11/11/2011. Kereta ni beli pada 11/11/2000. Dah digunakan selama 11 tahun. Rukun Islam ada 5. Rukun Iman ada 6. 5 + 6 = 11. Adakah ini satu kebetulan atau suatu konspirasi Illuminati?"

Ramai benar yang mahu mencari kesalahan dan menyalahkan pemandu kereta tersebut dalam kemalangan itu, tapi tak ramai yang menuding jari serta mengutuk kecuaian syarikat kontraktor yang membina flyover tersebut sehingga mengakibatkan flyover tersebut runtuh di laluan yang disahkan selamat dan ada trafik.


Ya, begitulah halnya yang terjadi pada tragedi MH17. Lebih ramai yang mahu menuding jari terhadap MAS dan mencari kesalahan juruterbang tersebut sedangkan mereka dah ikut prosedur dan SOP yang betul untuk penerbangan tersebut. Laluan yang digunakan juga telah diiktiraf selamat oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO). Malah ada yang mahu rekod penyelenggaraan disemak dan dan kata MH17 menggunakan laluan tersebut untuk jimat minyak. Apa ni? Langsung takde kaitan dengan insiden ni.

Insiden ini tak sama dengan kes kehilangan MH370. Yang tu kapal terbang hilang terus. Nahas MH17 pula adalah disebabkan serangan pengganas yang masih tidak diketahui siapa. Takkan dalam kes ini pun kita masih nak menuding jari dan mencari kesalahan negara kita sendiri?

Daripada korang mempertikaikan macam2 pasal pesawat MH17, MAS dan kerajaan Malaysia, lebih baik korang mengutuk tindakan pengganas dan mendesak pihak jahanam yang melakukan serangan yang sangat kejam dan tak berperikemanusiaan tu agar dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang setimpal, tak kira ke siapa yang menjadi dalang sama ada tentera Russia, Ukraine, pemberontak puak pemisah, US, Israel atau siapa2 sahaja.

Buat demonstrasi dan protes depan kedutaan Russia dan Ukraine untuk mendesak mereka mencari siapa dalang dan pembunuh ratusan orang awam itu. Kita harus terus memberi tekanan dan mendesak mereka. Konflik antara kedua negara mereka tak pasal2 telah melibatkan negara lain dan menyebabkan orang lain yang takde kaitan terbunuh. Tengok macam kes MH370 macam mana kerajaan kita ditekan oleh rakyat negara Cina.

Dan yang suka sangat merakam dan menyebar gambar dan video mayat manusia, tak kira la mayat dalam insiden MH17 ni ke, mayat mangsa serangan Israel ke, mayat orang terlibat dalam kemalangan jalanraya ke yang kebanyakannya dalam keadaan yang sangat teruk dan mengerikan, tolong berhenti. Perbuatan anda tu memang sia2 dan tak membantu apa2 langsung, malah memburukkan lagi situasi.




tags: kronologi insiden nahas tragedi kes mh17 ditembak peluru berpandu teori konspirasi angka laluan selamat flyover collapse brazil jejambat runtuh

34 ulasan:

  1. ini sume keje mossad. dorang masuk kem pemisah pro rusia pastu bagi maklumat palsu kata pesawat tu pesawat tentera ukraine. general pemisah tu siap declare kt web dorang dah tembak pesawat ukraine tapi bila tau pesawat MAS terus dia padam. mossad saja pilih flight MAS sebab malaysia anti israel sedangkan byk pesawat negara lain guna laluan yg sama. hanya malaysia yg mempunyai passport tertulis 'passport ini sah digunakan disemua negara kecuali israel'. adakah israel telah memulakan serangan keatas malaysia? kalo korang penah baca cara mossad bomb nuclear plant di iraq dan syria korang akan percaya cerita ni.sehari selepas mh17 kene tembak israel telah memulakan serangan darat keatas gaza. rancangan mereka untuk mengalih perhatian dunia telah berjaya. sekarang media antarabangsa lebih tertumpu kepada cerita mh17-Malaysia dari cerita serangan keatas gaza. mossad hanya perlu hantar sorang ejen untuk hancurkan malaysia so malaysia tak perlulah berlagak berani sngat nak kutuk2 israel kt pentas dunia. sedarla yg kita tak kuat mana pun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku paham ko adalah yahudi berwarganegara Malaysia... so ko tension x dpt nak gi merintih kat dinding tu mcm Messi... Maka ko salahkan Malaysia sbb kutuk Israel... Kalo dah x bangga sgt jadi Malaysian... Gi US... sana bangga ngan yahudi...

      Padam
    2. kalo korang rajin membaca boleh download buku kisah bekas ejen mossad yg dah berpaling tadah kat sini ..... vho.org/aaargh/fran/livres11/OSTROVbywayofdecep.pdf

      Padam
    3. kalo dah tau tak kuat mana baik diam. ke nak tunggu sebuah lagi pesawat MAS kena hijack baru nak sedar. sape nak bayar pampasan berjuta2 kat waris mangsa nahas tu. duit kerajaan malaysia jugak.

      Padam
    4. ekau mmg x berilmu ek... hehehe... penah dgr x insurance? kos tu dah termasuk dlm tiket flight ko beli tu... kena terang kat org mcm ekau nih... udah2 le tunjuk kekurangan mental ekau tu... buat yahudi gelak kat ekau je...

      Pe kata ekau gi naik Israir Airlines n mintak or buat kapal tu terhempas... dpt gak mak bapak ekau merasa duit insurance ekau setelah gagal besarkan ekau dengan jayanya....

      Padam
    5. insuran abah ko. petronas dah kuar dana rm10 juta untuk bayar pampasan kt waris mh17. kita tak pasti samada insuran cover pesawat yg ditembak jatuh. dan lepas ni MAS terpaksa bayar premium tinggi utk dapatkan khidmat syarikat insuran sebab dorang tau MAS under attack by israel.

      Padam
    6. AMSTERDAM: Malaysia Airlines (MAS) akan membuat bayaran tunai sebanyak AS$5,000 (RM15,900) untuk setiap penumpang MH17 bagi menampung perbelanjaan awal sementara waris dan ahli keluarga menunggu berita seterusnya di sebuah hotel di Amsterdam...........16 ribu x 300 = rm4.8 juta. ini baru bayaran awal....adoi...duit lagi......bankrupt la mesia mcm ni.

      Padam
    7. perang akhir zaman antara muslim dan kafir...islam bersatu dan padu....

      Padam
    8. Btul tu. Diakhir zaman..peperangan berlaku setiap masa. Jgnlah kita trus leka. Gunakan masa yg ada ni untuk muhasabah diri kita.Moga kita semua dapat rahmat Allah.

      Padam
  2. Been watching this social media since mh370. We malaysian are too negative. Too many negative people who have this kind of behavior - sukacarisalahdantundingjaripadaoranglain. Kang ckp bodoh kan marah. Dah terang2 mcm tu. Heh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Blog ni mmg best, tp syg bnyk sgt anon sampah level macai suke dtg rosakkan mood, so jd silent reader sudah la, buang mse je berbalah kosong dgn macai dn kebod warriors yg xde life kt sni, hidup diorng ni mnyedihkn sbnrnye, biarkn je..

      Padam
    2. blog bangang ni ko kata best? get life...

      Padam
    3. yg betulnya "get a life", bukan "get life". sblm kata org lain bangang, pastikan ko belajar dulu mcm mana nk bina ayat bahasa inggeris dgn betul supaya xnmpk bangang sgt

      Padam
    4. Paling bangang ialah anon bangang yg hari2x pn dtg ke blog yg dikatanya bangang. Seriously get a life dude, kesian giler..gi tgk rncangan oh my english lg baik rasanya, sedih doe aku tgk level ko..

      Padam
    5. apa korang gadoh2 ni. get life...

      Padam
    6. yg sebetulnya bukan get life tapi get live. get live dude.

      Padam
    7. Jgnlah saudara saudari sekalian bertelagah diatas prkara yg sia2 ini. Tak cukupkah azab dan petunjuk Allah kepada kita? Nak tunggu langit digulung baru kita nak bersatu? Kita patut bersatu dan berdoa kepada saudara kita. Bukannya bertelagah atas perkara mcm ni

      Padam
  3. When hatred is bred in the bone, it consumes the innocent as well. So many lives lost. Tears are how our heart speaks when our lips simply cannot find the words to describe the pain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hatred only consumes the weak, my dear. We must never let it overcome us. It is a strong virus, yes that i must admit, but it can be defeated. Let us stay strong and protected, pray for those who are unfortunate.

      Padam
    2. ni apehe semua pakat kecek london ni??? dah buang tebiat kee???

      Padam
  4. PoN, kalau awk boleh buat satu mechanism capcha komen yg ajukan soalan yg menguji IQ level komentar dlu sblum benarkan dia release komen dia kt blog ni, kn bagus? So mane2 yg x lepas soalan tu, komen dia x akn keluar, kire bnde ni auto la, xde la awk nk kne ambil masa ssh2 pantau dn approve kendian ke ape..ataupn, awk set je enable capcha yg biase tu, sebb kebiasaannya golongan yg bangang tu sifatnya pemalas, jd minat diorang akn terbantut skit utk buat semak kt sini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ejaan yang betul adalah PorN bukannya PoN. sila belajar dari awal.

      Padam
  5. Saya setuju sangat dengan admin, jom kita tunjuk ajar mereka nie

    BalasPadam
  6. Tak kisah la siapa yg bersalah..yg penting pihak yg bersalah tu wajib dibawa ke muka pengadilan. Kes ni dah dikira jenayah keganasan yg besar dan zalim. Nyawa org awam menjadi korban. Takziah kepada keluarga yg terlibat tak kira la rakyat malaysia atau luar negara.moga yg terkorban ditempatkan dalam golongan yg mendpat rahmat dari Allah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama kita berdoa moga tiada lagi nyawa rakyat malaysia yg terkorban dalam mangsa peperangan negara lain dan juga kes di sabah. Doa juga untuk rakyat palestin..saudara kita di sana..moga rejim zionis dihancurkn. Secanggih mana senjata mereka..sebijak mana mereka mempengaruhi rakyat dunia, tidak sekali-kali dpt melawan kuasa Allah.

      Padam
  7. Kiamat semakin hmpir. Kelahiran imam mahadi membawa panji hitam dan lahirnya sistem khalifah ( yg mana telah diamalkan oleh ISIL). Moga kita semua tidak membuang masa bertelagah dan sibuk mengejar dunia. Tiba masanya kita utamakan ajaran agama. Timba ilmu agama secukupnya utk bekalan kita nanti. Sesungguhnya..manusia yg leka itu tmpatnya di neraka. Jgn sekali-kali mengatakan ilmu agama itu tidak efisien dengan keadaan dunia zaman sekarang..kerana itulah sebenarnya yg paling penting.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye la tu... perang sesama Islam lg diutamakan... perang ngan yahudi x ambik port... Pejuang Islam pe nama nye tu

      Padam
    2. Kalau begitu yg saudara fikir..moga saudara sentiasa dibawah rahmat tuhan

      Padam
  8. Pernah terbaca..ada yg mengatakan pertambahan ustaz2 pada masa sekarang tidak diperlukan. Sedangkan mereka adalah rahmat dari Allah. Usah dikira sama ada ustaz itu hanya mencari keuntungan. Kita sendiri boleh pilih yg mana kita rasa mereka itu ikhlas. Islam itu merangkumi seluruh aspek. Sedih bila trbaca..mereka mengatakn ustaz tidak diperlukan. Kita perlukan saintis..jurutera dan lain2. Sdangkan ajaran islam merangkumi semua itu.

    BalasPadam
  9. Biasa la tu, semua nak popular kan..

    BalasPadam
  10. Adoi..post pasal kaum lagi.mst komen2 seperti biasa..ada kutuk cina..ada ayat meleisa..pastu jumlah komen memang banyak.

    BalasPadam
  11. SY sy selalu perasan..kat media sosial ni ramai suka jadi wartawan ekspress, janji isunya panas n sensasi..sebabnya nak dpt byk like n comment.

    Cuba kita letak post protes kat kedutaan Ukraine atau Russia, x ramai nak tgk. Cuba letak post mayat2 tragedi MH17, ramai gile nak tgk n bg like. Kdg2 media sosial ni menyebabkan kita hilang perikemanusiaan semata2 nak dpt perhatian org lain, membantunya tidak. Sama gak dgn letak gambar org yg sgt susah/cacat/kurang upaya..pas2 mintak like byk2 smpi berjuta2, tp membantunya tidak.

    Maybe wartawan di surat khabar biasa n TV susah cari makan sbb wartawan kat FB yg paling dpt rating tertinggi n terpantas even x pasti kesahihannya n etika kewartawannya. Kemaruk LIKE n perhatian melampau sgt.

    BalasPadam
  12. "lebih baik korang mengutuk tindakan pengganas dan mendesak pihak jahanam yang melakukan serangan yang sangat kejam dan tak berperikemanusiaan tu agar dihadapkan ke muka pengadilan dan menerima hukuman yang setimpal"

    org malays bincang x abis ngan salahkan sama sendiri pastu resis cm ******* perangai

    BalasPadam
  13. kalau tanpa gambar2 mayat tu, mcm mana nak tahu kapalterbang tu ada bawa penumpang? cuba fikir sikit... sudahlah orang kita semakin bodoh cuba tidak mempercayai berita2 dari sumber utama spt TV3, dan media utama.. tiba2 nak baca berita kata 299 org mati kena tembak.. tapi ada gambar kapal terbang jer...

    nak percaya ke?

    entah2 kapal terbang percubaan datang dari mana... terhempas.. takde penumpang... tapi disebabkan malaysiakini yg berat sebelah tu buat cerita ada org mati.. orang nak percaya ke? gambar takde.. apa la.. pikir la sikit

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.