Jumaat, 18 Julai 2014

31 Tragedi MH17: Satu lagi titik hitam buat Malaysia

Kes kehilangan MH370 masih belum selesai, bala baru menimpa negara kita dan MAS di mana pesawat MH17 dipercayai telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK darat ke udara di ruang udara perkampungan Grabovo, Donetsk, Ukraine, berhampiran sempadan Russia. Ketika kejadian, pesawat MH17 yang dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur itu membawa 280 penumpang dan 15 kru. Semua penumpang dan kru dipercayai terbunuh dalam tragedi itu.





Apabila kapal terbang komersial kena tembak, silap haribulan boleh akibatkan konflik antara negara ni. Bayangkan jika kapal terbang komersial US atau Israel yang kena tembak jatuh sehingga mengakibatkan beratus2 nyawa melayang, memang diorang dah cop perbuatan pengganas dan hantar tentera dah. Negara lain yang ada konflik, kita yang jadi mangsa. Russia cakap Ukraine yang tembak, Ukraine cakap Russia yang tembak. Penerbangan negara lain pun kebanyakannya memang dah tak lalu ruang udara negara Ukraine yang masih bergolak. Namun adakah ada pihak yang mahu menjatuhkan Malaysia, hanya Tuhan sahaja yang tahu.


Sistem pertahanan peluru berpandu BUK yang dikatakan menembak MH17

Cuma aku masih tak boleh tahan dengan segelintir sikap orang Malaysia ni, ada yang bagi komen cakap Kiki CDM25 dah boleh relaks sebab isunya akan dilupakan lepas kejadian MH17, isu Palestin juga akan dilupakan, buat lawak bodoh kat page2 troll, edit2 gambar nahas, post video nahas kapal terbang lain tapi cakap nahas pesawat MH17 dan yang paling bodoh, masih nak berpolitik suruh Najib letak jawatan atau cakap ni semua konspirasi Anwar. Kejadian berlaku di luar negara Malaysia, kenapa masih nak kaitkan dengan Najib atau Anwar? Lagipun apa kaitan nahas MH17 dengan Kiki dan isu Gaza? Perlu ke kaitkan dengan isu2 yang lain?

Serius, dimanakah sensitiviti korang? Yang masih buat lawak bodoh, yang masih rasa troll, yang masih rasa nak ambil kesempatan, yang masih rasa nak kait dengan politik, sila muhasabah diri semula. Ini benda serius, hampir 300 nyawa melayang on the spot. Bayangkan jika anda sedang menunggu kepulangan orang tersayang namun tidak kunjung tiba? Apa perasaan korang bila ada orang buat2 lawak pasal isu seperti ini sedangkan ada ahli keluarga kau yang meninggal dunia? Fikir2kanlah wahai rakyat Malaysia. Biarlah pihak berkuasa menjalankan siasatan mereka dan semoga mendapat pengakhiran yang baik.

Takziah buat keluarga mangsa nahas. Tidak dapat ku bayangkan kesengsaraan mereka yang terlibat dalam nahas kapal terbang ini. Tidak dapat ku bayangkan juga kesedihan ahli keluarga yang sedang menunggu kepulangan insan yang tercinta namun mereka tidak kunjung tiba kerana Tuhan lebih menyayangi mereka.

Marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan penumpang dan krew kapal terbang MH17 yang telah pergi buat selama2nya dan semoga ahli keluarga mereka tabah dan diberikan kekuatan dalam menghadapi ujian dan dugaan ini untuk mengharungi hari2 mendatang.

#pray4mh17




tags: #pray4mh17 #prayformh17 nahas mh17 pesawat kapal terbang penerbangan amsterdam belanda netherlands kuala lumpur kemalangan mas malaysian airlines kena tembak peluru berpandu buk missile ukraine russia puak pemisah shot down crashes

31 ulasan:

  1. Difahamkan Ukraine ingin menembak penerbangan yagn dinaiki presiden Russia Vladimir Putin yang kebetulan bersilang di titik yang sama tapi di ketinggian yang berbeza. Warna pesawat MAS jalur merah biru hampir sama dengan warna pesawat Khas Presiden Russia warna jalur merah biru warna bendera Russia..
    Malangnya tertembak pesawat malang MAS17..

    Memang sah Ukraine yang tembak menggunakan peluru berpandu canggih dan askar terlatih yang mengendalikan peluru berpandu tersebut..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bro, jangan buat andaian dulu..

      Padam
    2. X 100% betul....even logiknya ada. Tp mesti xde sape nak tanggungjwb sbb pihak kerajaan Ukraine n Puak Pemisah mesti main tarik tali tuduh menuduh. Yg sy risau, bangkai pesawat sudah mula dialihkan, kotak hitam dah diambil oleh puak pemisah n mereka berhasrat bg kat kerajaan Russia utk buat siasatan..possibility nak ubah bukti/fakta pun kuat sbb Ukraine n Russia tgh bergolak.

      Skrg kapal dah jumpa, so tinggal cari punca nahas (x seperti MH370 x jumpa lagi pesawat). Semoga dpt pengakhiran yg baik. Kpd yg mangsa, byk2 bersabar n doakan mereka supaya berada dengan golongan2 soleh n solehah.

      Padam
    3. Ko ingat ngan 30000 kaki tu ko leh nampak ke kapal apa ada kat atas tu? Buat lawak tul la ko nih. Dah duk diam2 dlm bilik tu. Dah la x posa.

      Padam
    4. Missile diaorg pki bukan jenis meriam buluh atau mortar biasa. Diaorg pki missile BUK, range utk tembak boleh pergi up to 82,000 kaki sedangkan standard flight cruise pada ketinggian 30,000 kaki. Missile beroda ni khas utk tembak pesawat tentera n byk digunakan masa perang dunia ke2. tp tembak on groud mmg xleh langsung. Xkan nak guna kereta kebal tembak pesawat kat udara?

      Kena byk tgk Discovery Channel ni..at least buat la research kat internet dulu.

      http://en.wikipedia.org/wiki/Buk_missile_system

      Padam
    5. agak-agak la nak tembak presiden russia, tak masuk akal kalau presiden russia leh lalu kawasan yg ada konfilk kalau tak da escort fighter jet.. just a thought..

      Padam
    6. Sy pun berpendapat sebegitu..lgpun kenyataan ni dr media russia...maybe ada agenda tersembuyi utk salahkn kerajaan Ukraine.

      Pas2 pihak Ukraine kata dia dpt pintas penggilan telefon antara puak penentang yg mereka telah tembak jatuh pesawat, x tau la panggilan 2 betul atau direka2. Papepun sy nmpk kedua2 pihak cuba buat bukti atau alibi sendiri supaya x berkaitan dgn pesawat terhempas MH17.

      Padam
  2. so mas dah boleh diistihar bankrup ke lepas ni?

    BalasPadam
  3. bila aku dengar noob sebut tidak kunjung tiba, aku teringat ada papan tanda "tidak kunjung padam", apa maksud "tidak kunjung padam" ye? mohon pencerahan.

    #pray4mh17 #pray4mh370 #pray4gaza

    BalasPadam
  4. Semoga mangsa2 yg terlibat dirahmati tuhan dan kepada ahli keluarga mangsa, bnyakkan bersabar.semoga ujian tuhan ni ada hikmah besar disebaliknya.takziah

    BalasPadam
  5. Pesawat MAS ditembak oleh pemberontak kata ukraine.. Russia tuduh Ukraine yang nak tembak pesawat Russia..

    BalasPadam
  6. sedihnya... mnusia smakin kejam... ap ptt malaysia buat klu jd cmni?

    BalasPadam
  7. Ada sesetengah org yg kata kenapa Israel x attack Malaysia...MASIN mulut anda walaupun yg attack MH17 x semestinya Russia, Ukraine atau muslihat terancang Israel. Tp skrg malaysia secara tidak langsung terlibat dlm konflik dua negara...maybe xde sape yg mengaku bersalah kalau bukti dah dialihkan di tempat nahas.

    #PrayForMH17

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lain kali jgn doakan negara kita ditimpa musibbah diserang negara lain..nanti Allah byr cash baru nak menyesal. KIta hidup dah aman damai ni dah kira bersyukur skrg.

      Padam
  8. Israel has never won. And the Palestinians, they have never lost!

    "Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan) dan untuk memasuki Masjid (al-Masjid al-Aqsa) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya."
    [al-Isra' 17: 7]

    http://khairamir.blogspot.com/2014/07/kami-nangis-bersamamu-ghazzah.html

    BalasPadam
  9. satu lagi kesedihan besar buat Malaysia.
    #prayforMH17 :'(

    dah folow dah noob. mekaseh singgah blog aku :)

    BalasPadam
  10. Sebab konflik yang bangang ni nyawa manusia macam dah tak bernilai.Kenapa mesti nak bunuh orang.Mana perikemanusiaan seyhh....

    BalasPadam
  11. teringat dulu ada satu geng bangsat mana tuduh PRU malaysia tak adil sebab diorang kalah.
    siap post kat wall facebook obama suruh datang tukar pemerintahan....

    memang celaka

    BalasPadam
  12. Dugaan masa sekarang memang berat. Dengan kezaliman ke atas saudara di Gaza yang makin meruncing..sekarang ditambah pula tragedi ni. Cukup2 la dengan pembunuhan dan kezaliman disana sini. Moga saudara islam yang meninggal ditempatkan dalam golongan yang beriman.

    BalasPadam
  13. mcm org malaysia xde marah balik russia @ ukraine ni selamba tembak.. masing2 sedih je gitu je pastu pakat bincang xberkesudahan... nmpknya tahun ni memang kesian gila MAS... sudh jatuh ditimpa tangga pula... :( xdpt bygkan sedara islam dlm kapal terbang tu ...al-fatihah...

    BalasPadam
  14. Takziah kepada waris keluarga yang terlibat...2014 tahun sedih buat Malaysia.

    BalasPadam
  15. apabila melayu tidak bersatu, inilah jadinya.. ramai yang jadi kurg ajar.. buat trol la ape.. buat lawak.. bila rasa sensitiviti pd kaum sendiri dah kurang, maka rasa sensitiviti pd pelbagai isu pun makin kurang.. nenek DS Najib pun terlibat dlm nahas tu.. takde pulak beliau sibuk cerita pd org.. beliau ttp teguh memikirkan rakyat negara dan semua yang terlibat.. begitulah hebatnya seorang pemimpin..

    jangan buat trol... belum kena dekat diri sendiri. boleh la ckp suruh letak jawatan la.. kalau DS Najib letak jawatan, lepas ni takde kena tembak ke? nampak sangat pemikiran tahap rendah punya keyboard warior..

    BalasPadam
  16. hmm..baru je cakak semalam..dah buat tahi lagi orang malaysia ni..serius ramai yang sakit dan otaknya korup dengan benda berkaitan trol ni..sampai 1 tahap memang dah takde sensitiviti dah..
    sebab tu bila ada malapetaka macam ni, semua boleh troll tanpa perasaan..sialan..

    mungkin kalau dah jadi kat orang terdekat sendiri baru tahu..

    alfatihah ke atas Md Ali Salim..kawan sebilik dan senior aku..pelajar pHD psikologi under USM major in neuro..moga Allah merahmati mu bero.. :-(((

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alfatihah.
      Beberapa kawan aku pun ada kenal Md Ali Salim tu...
      Semoga rohnya dan mereka-meraka yang lain tenang di sana...

      Padam
  17. Aku rasa, org Malaysia ni rasa cool kot bila buat troll n kaitkan semua hal dgn politik...
    Dlm peristiwa seperti ini, jika kita tak membantu, adalah lebih baik diam.

    BalasPadam
  18. Kisah yang pastinya meninggalkan kesan mendalam dalam jiwa rakyat Malaysia.
    Moga Allah lindungi & jaga negeri ini..

    BalasPadam
  19. mh370 dan mh17 adkah kbtulan??

    BalasPadam
  20. pelik2,, tahun 2014 ialah tahun paling tragis skali.. Ak dah xdapat nak byangkan lg tntang ap yg akan jd kat negara kita nie.. 1 persatu isu.. Mula2 mh370, palestin n paling latest mh17.. Pasal mh17 ak rasa benda nie mcam ad org plan.. Tp Xtahu la.. Sbab kes nie jgak laa saham kita turun.. Ak rasa mcam ad org plan nak jatuhkan m'sia.. Nauzubillah..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.