Iklan Leaderboard

Selasa, 15 Julai 2014

51 Kenapa Israel tidak menyerang Malaysia?

KENAPA ISRAEL TAK MENYERANG MALAYSIA SEDANGKAN MALAYSIA NEGARA ISLAM?

Ada yang tanya kepada Yahudi, kamu benci Malaysia kerana penduduknya kebanyakannya Islam tetapi mengapa kau tidak memerangi Malaysia? Kenapa kau perangi Gaza? Kemudian dia menjawab kerana rakyat Malaysia permulaan lagi sudah kalah. Aku baru mendirikan McD dan Starbucks sebagai eksperimen ternyata ramai rakyat Malaysia menyukai buatanku lalu untuk apa aku perangi mereka yang lemah itu. Aku perangi Gaza kerana mereka kuat dan tidak mudah terpedaya. Tak dinafikan, ianya fakta. #copy


Siapa yang ada sebar benda ni? Siapa yang mula dulu buat cerita ni? Cakap fakta tapi sapa yang menulis cerita ni? Siapa yang bertanya kepada Yahudi? Yahudi mana pula yang ditanya? Memang McD, Starbucks tu dicipta oleh Yahudi dan mereka merupakan bapak kepada hiburan yang melalaikan, tapi ia tiada kaitan langsung dengan kenapa Israel tak menyerang Malaysia.

Bukan Malaysia sahaja negara Islam, banyak lagi negara yang majoritinya orang Islam seperti Arab Saudi, UAE, Jordan, Qatar, Indonesia dan lain2. Kenapa cerita ni tak ditulis "Kenapa Israel tak menyerang Indonesia tapi menyerang Gaza?", "Kenapa Israel tak menyerang Arab Saudi tapi menyerang Gaza?" dan seterusnya?


Yang sebenarnya Israel tak serang Malaysia sebab tanah dan bumi Malaysia ni tak bermakna dan takde kepentingan pun untuk diorang nak ambil. Yang rasa tanah kita ada kepentingan tu British, Belanda, Portugis dan Jepun, semua dah habis menjajah dan membedal hasil bumi kita. Seriously, korang ingat Yahudi tu heran sangat ke dengan Malaysia sampai fikir nak serang atau tak Malaysia siap nak buat eksperimen dengan McD dan Starbucks bagai? Tu kat Mekah tu pun dah ada McD dan Starbucks. Kalau macam tu jangan kata Malaysia, seluruh dunia ni pun jadi bahan eksperimen Yahudi.



Yang sebenarnya Israel menyerang orang Palestin sebab mereka mahukan tanah Palestin tu, kerana bagi mereka tanah Palestin adalah "Promised Land" atau tanah yang dijanjikan oleh Tuhan kepada mereka seperti yang telah termaktub dalam kitab mereka. Sebab itu mereka bersungguh2 nak rampas tanah tersebut daripada rakyat Palestin untuk membina negara untuk kaum Yahudi iaitu Israel. Kalau setakat mereka nak tanah untuk bina negara, diorang pasti dah terima tawaran daripada pihak British untuk menubuhkan negara Israel di tanah Uganda, tapi diorang tolak sebab mereka tetap mahukan "Promised Land" tersebut.

Malangnya disebabkan itu, umat Islam di Palestin yang menjadi mangsa kerakusan dan ketamakan Yahudi Zionis itu. Namun aku percaya, sekiranya tanah Palestin sebelum ini diduduki oleh orang Kristian, orang Buddha, orang Hindu atau penganut agama apa sekalipun, kaum Yahudi ini pasti akan memerangi dan merampas tanah tersebut daripada mereka juga. Sebab tu tentera Israel Zionist ni dengan selamba badak menembak bukan sahaja orang Muslim, malah orang bukan Islam yang menyibuk dan menghalang mereka dari terus meroboh rumah orang Palestin untuk membina penempatan untuk orang2 Yahudi.

Kita perlu faham kenapa konflik Palestin-Israel ini berlaku. Rampasan wilayah dan perebutan tanah suci Baitulmaqdis (atau Jerusalem), isunya sekarang adalah tanah, bukan semata2 kerana agama, kerana jika tidak pasti Israel dan sekutunya sudah lama menyerang semua negara2 Islam kat dunia ini, tapi mereka hanya menyerang rakyat Palestin sahaja demi satu matlamat, merampas tanah Palestin dan menjadikannya sebuah negara hanya untuk kaum Yahudi. Boleh baca artikel untuk mengetahui sejarah konflik Palestin-Israel di sini.


So sekarang anda dah tahu kenapa Israel tak menyerang Malaysia, Indonesia, Arab Saudi, Jordan, Qatar dan lain2 negara Islam yang sewaktu dengannya, kerana takde sebab dan keperluan untuk mereka menyerang negara2 ini.

Menjadi tanggungjawab rakyat Palestin berjuang demi tanah air mereka. Menjadi tanggungjawab kita pula sebagai umat Islam untuk menyokong perjuangan rakyat Palestin demi mempertahankan hak mereka. Oleh itu, jangan lupa untuk terus berdoa akan keselamatan umat Islam di Gaza dan terus memberi sumbangan anda kepada mereka seperti berikut:


Dana Sumbangan & Derma
Bank Islam: 12029010047880
Maybank: 562263010787
Bank Muamalat: 12070005133717
RHB Islamic Bank: 21245760004907
Bank Rakyat: 22-080-619592-2
Tabung Wanita & Kanak-Kanak Palestin | Bank Islam: 1202-9010-0598-95
Bank CIMB: 8600460353

Derma melalui SMS:
taip: PALESTIN <jarak> 10 (nilai: RM 10 / 5 / 3 / 1) 
dan hantar ke 39111


Akaun Maybank Islamic: 5515 7500 4299 (* Swift code: MBBEMYKL)
Akaun Bank Islam: 12 092 01 003490 4
Sila emelkan makluman deposit ke projects@aqsasyarif.org.my




tags: kenapa israel tak menyerang malaysia memberi sumbangan derma tabung aman palestin aqsa syarif bantu

51 ulasan:

  1. Drpd israel tawan malaysia, better ambik singapore yg kaya raya..tp yg sy x tahan ada je non muslim yg menyokong serangan israel kpd Palestin dgn alasan tentera hamas yg start serang mereka dlm bulan puasa, maka tentera israel sengaja menyerang peduduk gaza supaya tentera hamas secara psikologi akan tarik diri. Lg satu pun ada org malaysia x suka produk israel diboikot sbb produk yg memberi bantuan dana israel lah yg berkualiti n puas hati dimiliki/dimakan/digunakan berbanding produk dlm negara sendiri.

    So...apa komen noob terhadap sesetengah org malaysia yg memperlekehkan serangan gaza n lebih memihak israel?

    BalasPadam
    Balasan
    1. nak memperlekeh ke apa itu hak individu dan pandangan masing2. masing2 ada ideologi masing2. mungkin yang sokong israel tu rasa israel juga berhak mempertahankan diri mereka daripada serangan roket oleh hamas ke negara mereka. ada juga yang berfikiran yang lepas itu lepas dan mahukan kedua2 pihak berhenti menyerang antara satu sama lain dan hidup secara aman, bagi mereka negara palestin yang luas itu sudah menjadi sejarah dan kena terima hakikat yang kini sebahagian besarnya telah pun dimiliki israel. so kalau diorang memihak kepada israel dengan sebab2 tertentu yang aku nyatakan kat atas, aku pun tak boleh nak menghukum kerana hanya Tuhan yang Maha Mengetahui, cuma kalau mereka menyokong israel kerana memang suka pada yahudi dan israel... ya, sila pindah ke israel.

      selain dari itu boleh baca balik kat sini - http://buasirotak.blogspot.com/2012/11/bila-gaza-bermandikan-darah-lagi.html

      Padam
    2. Nama saya nasir
      Hari ini nak buka posa mkn macdonald

      Padam
    3. Thanks noob. Cuma geram seketika tgk member2 yg x hormat sensitiviti org islam. X perlu smpi nak voice up n pertahan kat fb siap mintak sokongan kpd israel.

      Padam
    4. yang bersuara pertahankan yahudi laknatullah tu mungkin disebabkan propaganda yahudi sendiri n media yg berat sebelah. berapa banyak media yang siarkan kisah yang sebenar?

      yang berterusan perlekehkan sensitiviti umat Islam yang amik tindakan memboikot barangan yahudi yang bagi sumbangan pada zionis tu mungkin sebab benda ni (perang yahudi-palestin) tak berlaku kat diri sendiri atau ahli keluarga masing2.

      Padam
    5. itu konflik antara israel-palestine lah..bodohh
      tiada kaitan dengan malaysia ataupun agama..bodohh
      kalau israel diserang oleh hamas tentulah diorang nak pertahankan diri..begitu juga sebaliknya..bodohh
      malah hamas sendiri bunuh orang palestine..lagi bodohh
      hamas adalah teroris..ade suicide bomber, ideologi yang merbahaya kepada negara yang mengutamakan keamanan..kalau kamu tak tahu sejarah konflik timur tengah..bagus diam..dan cari fakta yang sahih..bukan nak jadi yes man saja..bodohh..
      memang dahulu jerusalem adalah israel punya tetapi setelah islam menaklukinya ia dipanggil baitulmaqdis..malahan tanah yg mereka rebutkan juga promised land oleh tuhan mereka israel..kalau baitulmaqdis itu bukan israel punya..tentu mereka tidak merebut dan tidak ambil kesah(

      Padam
    6. Saudara tanpa nama, boleh sertakan sumber yg sahih mengenai penulisan saudara? Mari kita berdiskusi sejenak perihal konflik timur tengah . Saudara pilih saja mahu berdiskusi perihal konflik di timur tengah yg mna 1. With plesure. Words of 'bodoh' menampakkan betapa angkuhnya anda.

      Padam
    7. israel tahukeh malaysia ada kat mana?

      Padam
    8. Tanpa nama:Itu bukan tanah yahudi...diorg sibuk nk rampas baitul maqdis sbb nk bina balik King Solomon temple yg kononnya dirobohkan dan diganti dgn masjid al aqsa...nak jadikan negara itu mmg yahudi yg punya..padahal dari dulu..org yahudi/kristian/islam duduk sama2...Allah dah cakap"Bangsa yahudi ni tamak..walaupon dh dapat yg terbaik..tetap tak bersyukur dan mahu lebih baik..sbb tu depa si yahudi ni cakap..tanah tu dari nenek moyang mereka..kononnya lah..kalau nk berdiskusi lebih pm saya.0177095407

      Padam
  2. islam melayu memang perasan semua org/bangsa/negara/agama lain dengki dgn mereka walhal org-org kafir/yahudi ke apa xheran pun. byk lagi kerja diorang boleh buat dari merosakkan melayu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yg ko nmpk teruk kat org indon tu..mcm tu lah truknya melayu. 2x5 je.

      Padam
  3. Teruk ker ?? Hahaha ko melayu ker..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yg teruk tu meleis, bukan melayu. Meleis itu ialah sub-spesis kpd kaum melayu, yg mn meleis ni melalak je lebih, kebod warriors yg kedekut nk derma ke palestin, cuma bising memboikot mcd je, sebab memboikot tu mnjimatkn poket mereka. Kalaulh memboikot tu memerlukan mereka mengeluarkn duit walau sesen skalipun, sudah pasti mereka akn senyap sj. Meleis oh meleis, makanlh sampah nkorng sendiri smbil mmbntu perniagaan sampah meleis. Selamat berbuka..

      Padam
  4. Hahaha.sejak mamat yg post bli je mknn smpah asalkan tolong bangsa sendiri tu..maka lahirlah fenomena baru. Aku suka baca dia macai umno tu punya post. Dia punya tahap pemikiran mmg outstanding..level dia tak mampu dicapai oleh org lain. So much failed. Tak sangka aku..wujud manusia yg otaknya pikir macam tu. Adakah dia menunjukkan bukti evolusi manusia dah mula nak jadi setaraf beruk? Ini bukti penemuan baru.

    BalasPadam
  5. Cerita mcm ni xperlu bukti atau fakta... mmg cerita ni betul pun.. dh mmg yahudi tu anti malaysia, sbb tu yahudi letak mcd, starbuck, kfc, kenny rogers, nandos, fb & mcm2 lg produk2 yahudi utk melemahkan umat islam di malayska ni.. korg ni xnampak2 lg ke mcm mana permainan yahudi ni? cuba search kt youtube the arrival nnti korg tahu mcm mana yahudi menguasai dunia hanya dgn menguasai ekonomi & pemikiran org2 dlm dunia ni... agen yahudi kt malaysia ni dh tentu la cina dapig sbb diorg yg byk bawak & jual produk2 yahudi pd org melayu... korg je melayu celaka yg buta hati masih nk beli dr cina @ yahudi ni... agen israel kt malaysia pula dh tentu la nuar berahim sbb dia pernah bg kenyataan utk pastikan keaelamatan negara israel bila jd pm nanti... 1 undi utk peegayarr, dapig & paspispus = 1 butir peluru utk menembak kepala kanak2 & wanita palestin... pd mana2 melayu yg pangkah fuckatan rakyat, semoga korg bertaubat nasuha & kembali ke pangkal umno semula

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aku rasa ko lagi menyamai yahudi daripada cina. Melalak ikut emosi..ketepikan semua bukti dan luah ikut teori racist ko. cina mmg kawal ekonomi sama mcm yahudi buat kat negara lain. Tp dari segi sifat..ko lebih menyamai yahudi. Terima kasih sbb tunjuk kat kami org mcm mana yg kami semua tak patut jadi.

      Padam
    2. aku punya la nk korg sokong perjuangan bangsa melayu kita, cina jugak yg ko backing... kalau nk sgt jadi cina pergi jadi cina... atau jadi yahudi terus sbb bangga sgt dgn yahudi tu. nnti kalau ada masalah, kena pukul dgn cina ke, kena tipu dgn cina ke, bisnes ko muflis bankrup ke, anak ko xdpt masuk u ke, masa tu jgn melutut cari umno tlg... pergi mintak tlg pd lim kit siang atau yahudi kau tu!

      Padam
    3. typical Malaysia Malay.. semua benda nak "yahudikan". Kecik sgt malaysia ni kalau nak serang. Ekor America tu pun depa pegang.. lagi la Malaysia yang kecik ni. Stakat handle 300 penceroboh sulu pun payah..

      Padam
    4. Umno ko ajar nak sokong perjuangan bangsa dengan menghina dan bermusuh dgn bangsa lain ke? Ko ingt ko boleh survive ke kalau cina dgn melayu berperang? Bunuh2 mcm peristiwa dulu? Ko nak bangsa kita maju dlm keadaan masing2 tetak bawak parang? Sbb dengan pemikiran mcm ko ni..benda tu boleh jadi semula. Perjuangan apa ni? Mst la aku sokong perjuangan bangsa sendiri. Tp bukan dengan cara maki dan hina bangsa lain. Kerajaan bnyak bg kelebihan pada melayu. Ko tgk jenayah siapa yg buat? Rempit siapa yg ramai? Isap dadah siapa yg ramai? Kes2 jenayah lain siapa yg ramai? Nak berjaya, ubah dulu mentaliti bangsa kita.kena ada ciri2 untuk jadi berjaya. Pendekatan umno memang ckp perangai cina abis-abisan ke? Ko bukan sahaja gagal jadi seorang yg beragama islam.ko jugak gagal jadi melayu yg betul dan gagal jadi ahli umno jugak. Malah ko gagal jadi manusia yg mampu berfikir dengan akal kurniaan tuhan. Org mcm ko bukan dpt wujudkan penyelesaian, malah ko tambah buruk keadaan dan bwk kepada perpecahan dan pergaduhan. Cukup la dgn umno ko tu.najib pun lempang ko sebab ko ni dah sesat dan memalukan.

      Padam
    5. umno yg salah....

      Padam
    6. maaf lah.. umno adalah salah satu parti boneka yahudi dan amerika. bukti? boleh.. umno yg pada asalnya memerintah malaysia (tiada parti pakatan masa itu, yang ada cuma parti perikatan) adalah pembawa masuk benda2 yahudi itu sehinggakan arak carlsberg yang dahulunya dianggap minuman kesihatan (konon) pon boleh terlepas masuk dan sehingga kini masih kukuh di shah alam. ada pulak GAB (berhad pulak tu) jauh sikit dari carlsberg. sungguh memalukan puak umno yg mengaku islam tapi penyokong yahudi amerika..

      Padam
  6. yups
    betul tu
    apa2pun sama2 kita menyokong perjuangan rakyat Palestin

    BalasPadam
    Balasan
    1. mana palestine dalam quran? siapa raja palestine?

      Padam
  7. PAY ME NOW 2000....PAY ME NOW....

    BalasPadam
  8. ini kereta barulah!bodoh!!!

    BalasPadam
  9. Mungkin diorg nk claim "Promise Land" tu sbg persediaan kebangkitan Dajjal. Mungkin Dajjal akn bangkit dr sana.

    BalasPadam
  10. noob,betul ke duit yang kta laburkan kt brang2 yahudi cam mcD ,starbuck dll digunakan utk hancurkan palestin?
    Dan kenapa malaysia tak tolong halang israel drpd serang palestin? Dan ak dgar org kte israel nie sumber ekonomi malaysia dan tindakan israel menyerang palestin disokong oleh amerika syarikat.. Betul ke misi israel nak hapuskan org islam ?

    BalasPadam
  11. Terima kasih atas penerangannya Tuan. ;)

    BalasPadam
  12. Kenapa tak serang Malaysia? mungkin dia akan serang dalam masa 116 tahun lagi. kenapa?
    Sebab, negara Israel sekarang dia akan ambil sedikit demi sedikit tanah di Gaza, sampai Israel dapat kesemuanya. Kemudian, dia akan serang negara disekitarnya pula. Kalau menang, dia akan meluaskan lagi wilayahnya.
    Sama seperti VIRUS, apabila masuk ke dalam badan, dia tak terus pergi ke otak, tapi lama-kelamaan ianya akan sampai ke sana. Penasihat pertahanan Singapura pun orang Israel! so, apa teknologi Israel ada, singapura pun ada, tak percaya boleh google, Singapura ada Iron Dome, Apache dan pelbagai peralatan canggih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ape ape ajela. Jom buka puasa kat masjid kelang. hari ni mcdonald sponser.

      Padam
    2. mak aq ckp....israel x serang malaysia coz negara malaysia jauh....

      Padam
  13. kenapa tanya soalan bodoh hampa nk ka depa serang negara kita .kalau kita benci kat depa knapa makanMdC .negara ISLAM akan bangkit pada akhir zaman kita tak nk gaduh nk damai je.

    BalasPadam
  14. Kikiki nonmuslim jk stedy..x mcm umat senstif ni menyalak jk..fuhhh sush sngat klw muslim yg control dunia..da dpt byngkn khdupn nonmuslin..syukur tuhan..minta2 dijauhkan ISLAM amen.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jgn main api kawan. jgn ingt kau org sabah kau boleh hina agama islam sesuka hati. aku dh print screen komen kau, baik kau minta maaf, jgn sampai aku report pd polis & skmm

      Padam
    2. orang tak makan provoke murahan macam ni. get a life..

      Padam
  15. Oh..Bassar al Assad pun ada komen!

    BalasPadam
  16. yahudi hanya buat kerja di je,dh nama pn yahudi.. tp kita sbgai muslim knp xramai pergi solat jemaah kt masjid mcm yg nabi s.a.w ajarkan.. knp xbuat ape yg Allah perintah.. insyaallah,jika kita jalankan tggjawab sbgai muslim, baru lah Allah hantar bantuan kpd umat islam di akhir Zaman..biarlah non muslim nk wat ape.. dunia ni mereka punya tp akhirat adalah tempat yg sebenar.. dunia xubah seperti bangkai anjing.. bg je kat mereka.. byk kan selawat,solat,zikir n baca al quran.. amalkan mmbaca surah kul ya aiyyuhal kafirun.. moga2 kita dipelihara drpd kejahatn bangsa2 kafir.. amin ya Allah

    BalasPadam
  17. Pay me now 2000

    BalasPadam
  18. kitab pe yg yahudi pgg yg mengatakan palestin promised land? siapa yg diorang tunggu menurut dlm kitab tu? pe yg diorang nk capai? is it mmg suruhan tuhan supaya diorg wat camtu? utk pe? is it utk keamanan dunia? maybe umat/pemimpin islam perlu berbincang dgn yahudi dan explain kita bkn ancaman atau akan sbbkn kehancuran dunia. dan btolk pe yg dia pgg selama ni? dajal mmg leh muncul kt palestin je? kalo dia muncul tempat lain pe jd? xleh ke umat islam di palestin dipindahkan ke negara2 islam yg lain dan dpt hidup aman damai dlm mengerjakan ketaatan kpd Allah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kitab taurat yang diubah oleh yahudi sendiri, sila baca sirah Nabi Musa. psl diorg tunggu tu adalah nabi terakhir dikalangan mereka kerana mereka tidak dapat menerima Rasulullah yang berbangsa Arab dan menganggap kesemua Nabi yang dilantik wajib berbangsa yahudi juga. yahudi tidak anggap masyarakat dunia ini adalah mulia sebaliknya mereka anggap selain yahudi adalah keldai yang patut tunduk kepada yahudi sendiri, jadi dunia tidak akan aman selagi ada yahudi, bangsa paling degil di dunia (ni dalam al-Quran sendiri cerita, faham2 lah kalau pertikai akan terima apa akibatnya)

      Padam
  19. Francais baru MD . Mohamad Dollah. Jgn beli MCD. Anda mampu merubahnya. Baqiyah !!!!! Saper nk donate g jihad ? Kita nk wat tabung nih..

    BalasPadam
  20. spe la yg bo*** sgt nk sokong israel tu. ..prgi ddk kt israel la jgn ddk kt bumi malaysia...take a note

    BalasPadam
  21. Ape yg merepek ni... klu nk thu israel tu dh sebarkann budaya nye diseluruh dunia.. orng yg xsedar... kt sebagai umat islam prlu bersatu hati demi islam, rasul dn pencipta sekalian makluk dn alam allah swt demi dr dimusnahkn oleh makluk jht yg cuba merosakkn islam ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgnlh korng bergaduh dn menuduh sesama sendiri... jgnlh memburukkn keadaan lg.. korng patut bersatu brulh nmpk korng mempunyai adab kelakuan yg baik

      Padam
  22. Assalam. Bkn yahudi xmau malaysia dan indonesia (nusantara) . Mereka akan bedal semuanye. Yahudi akan lemahkan dulu islam di palestin sampai hbs-hbsan bru serang negara laen. Palestin adalah kekuatan islam (maaf jika slh). Setelah islam lemah bru mereka serang nusantara. Cube tgk keliling malaysia dan indonesia.. Singapore,australia,filiphina,thailand semua mata2 amerika.
    Malaysia ni segala lubuk. Malaysia dan indonesia adalah bani jawi. Tp pemimpin skrg yg buat kan malaysia ni bkn negara islam.
    Jauh benar pemimpin dulu dgn skrg.
    Dulu kita nak memerdekakan negara tp skrg tgk mcm nk jual negara je.


    Maaf jika tsalah.

    BalasPadam
  23. Jangan lah jadi bongok dan dungu sangat-sangat... yahudi mahu merampas tanah Palestin kerana di sana terdapat banyak makam2 para nabi dari keturunan bani Israel yang mereka telah dusta dan bunuh oleh nenek moyang mereka sendiri...di sanalah juga terdapat banyak peristiwa2 peninggalan sejarah nenek moyang mereka... dan banyak lagi peristiwa2 sejarah nabi2 Allah SWT berlaku di tanah Palestin tersebut...

    BalasPadam
  24. Suka sangat ke kalau Malaysia kena serang?... apakah anda tidak pernah lihat penderitaan peperangan di negara2 dalam peperangan?... cubalah anda bayangkan anak-anak, suami, isteri, ibubapa dan saudara-mara anda terbunuh akibat peperangan... sepatutnya kita harus bersyukur kepada Allah SWT yang masih memberi keamanan di bumi Malaysia ini...

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...