Iklan Leaderboard

Khamis, 24 Julai 2014

34 Krisis Jantina Seekor Ketupat Palas

Salam ceria Ramadhan buat readersku yang sempoi sekalian, harap anda semua sedang sihat-sihat saja di sana~ ^^ Topik yang ingin dikupas kali ini ialah berkenaan sejenis makanan tradisi orang Melayu sempena berhari Raya, iaitu ketupat pulut daun palas, yang biasanya dimakan bersama rendang ayam atau daging, atau apa-apa jenis serunding. Makanan tradisi ini sangat popular di bahagian utara Semenanjung Malaysia. Orang Perlis dan Kedah, kalau tak tau apa benda ketupat pulut ni, takyah ngaku hang orang Perlis atau Kedah... ;p

Sukati aku la nak balut cmna lol...

Ketupat pulut daun palas sekarang ni dah evolve menjadi bermacam-macam ragam mengikut selera orang yang membuatnya, macam-macam versi ada... dari sekadar resipinya hanya beras pulut bercampur santan dan air, dah diubahsuai menjadi beras pulut + santan + air + kacang mata hitam, atau beras pulut + santan + air + jagung, atau beras pulut + santan + air + kacang merah. Semuanya orait jer, ikut suka selera dan creativity masing-masing, asalkan tidak menyalahi agama atau undang-undang.

Bagi aku, ketupat pulut daun palas lebih sedap berbanding ketupat nasi daun kelapa. Dah la lebih sedap, cara nak buat dia pun jauh lebih senang dan cepat. Nak pergi petik pucuk daun palas pun tak susah mana, boleh capai dengan tangan, lepas tu potong guna twig cutter atau parang. Siapa-siapa pun boleh buat (kecuali bebudak kecik la), cuma kena berhati-hati sikitlah dengan duri-duri pokok palas tu. Aku harap si ketupat nasi tidak berkecil hati dengan personal p.o.v aku ini, huhuu...


Namun begitu, ketupat palas ni ada satu macam masalah identity dan split personality, iaitu krisis jantina. Biased jantina sering berlaku setiap kali menjelang Aidilfitri, di mana ketupat palas betina selalunya akan diketawakan oleh golongan 'orang lama', dan ianya dianggap sebagai ketupat yang FAILED. Ketupat palas jantan barulah dianggap WIN. Jika ketupat palas betina dijadikan hidangan di hari raya dan dihidangkan kepada golongan orang lama ni, mereka akan dengan sukahatinya ketawa dan berkemungkinan besar akan mengungkapkan dialog seperti, "Tudiaaa sapodia yang buat tupat niiih~ betina semua hahaha!", dan yang lain akan menambah perisa komen kasi meriah lagi suasana hari raya. Peh, memang agak seronok aku tengok gelagat geng veteran ni, otai-otai lama la katakan (sebab bukan aku yang kena bahan hahaha). Persoalannya, kenapa biased jantina sebegini sering berlaku? Kenapa ketupat betina dianggap gagal manakala ketupat jantan barulah dianggap ketupat palas yang sebetul-betulnya ketupat palas?

How to identify the gender of each ketupat palas and why
Ok cerita dia macam ni. Ketupat ni dari zaman dulu lagi, cara nak memasaknya ialah dengan merebus ketupat di dalam air. Ketupat betina mempunyai balutan daun yang kurang kejap serta kurang kemas, maka air lebih mudah untuk masuk ke dalam sarung ketupat semasa proses merebus, lalu pulutnya akan jadi agak lembik. Berbeza dengan ketupat jantan, cara balutan ketupat jantan lebih kemas dan kejap, tidak kelihatan begitu berlubang, maka agak susah untuk dimasuki air semasa proses merebus.

Ok, kat situ aku nampak proses membuat ketupat pulut daun palas ni ada 2 bentuk CCP (Critical Control Point), iaitu:

#1 Cara membalut ketupat (jantan atau betina), dan 
#2 Cara memasak ketupat itu

Ketupat betina TIDAK LAGI akan menjadi suatu produk yang FAILED, sekiranya CCP #2 diubahsuai. Bagaimana caranya? Apakah method yang boleh digunapakai untuk menggantikan kaedah turun temurun merebus itu? Jawapannya, KUKUS. Ya, dengan menggunakan teknik kukus, grill, panggang, kukus! memasak guna wap air instead of merebusnya terus dalam air hingga masak, CCP #1 akan terbatal dan menjadi tidak significant lagi. Kalau tak lipat simpul mati kat bahagian hujung ketupat tu pun tak jadik masalah, dah tak ada keperluan untuk itu lagi. Sebenarnya, dah berkurun family aku mengamalkan teknik kukus ketupat palas ni, dah lama kami tak rebus ketupat. Kukus saja, setel semua, sedap dan cepat, sukahati kami nak lipat style betina ka jantan ka pondan ka, tak jadik hal. Tapi bila nak hidang kat orang time Raya nanti, kami bukak sarung ketupat dan potong siap-siap, pastu baru hidang... strategy beb, strategy... hohoho~ ^^

Okies, sekian dulu cerita ketupat palas versi Plain, mana yang baik sila amik dan aplikasikan, mana yang tak begitu baik sila jangan amik peduli. Selamat membuat ketupat, bukan mengumpat, yer~ :D

Jya mata ne koneko-tachi chan~ (=^w^=) 


Artikel asal dari blog Plain83 - Though My Glasses KacaMata.




Artikel ini ditulis dulu oleh salah seorang peserta GiveAway Contest Gila #5: Artikel Pilihan yang aku buat dulu iaitu Plain83 yang juga merupakan antara pembaca terawal yang legend di blog Buasir Otak. Dan oleh kerana memandangkan artikel beliau amat sesuai dengan bulan Ramadhan dan Hari Raya yang bakal menjelma ini, maka saya memilih untuk kongsikan artikel beliau di sini. 




tags: contest gila 5 buasir otak artikel pilihan giveaway peraduan pertandingan ga post entry kirsis jantina seekor ketupat palas

34 ulasan:

  1. 1st...selamat hari raya kepada seluruh warga BO dan readers sekalian...mohon maaf zahir batin...maafkan segala kesalahan2 saya selama ini....semoga bahagia disamping keluarga tercinta...yg memandu, selamat berhati2 di jalan raya...semoga selamat sampai....

    -ahmad@ada nama-

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahai bangsa melayu
      Sudah2 lah mengaitkan budaya tradisional atau apa saja berkaitan dgn orang kita dengan bangsa cina
      Ketupat memang tak ada kena mengena dengan cina
      Cuma lemang saja yang mengunakan unsur2 cina iaitu buloh
      Artikel ni ada sengaja bagi menjatuh mknan tradisi melayu salahsatunya ketupat
      Kalau boleh jangan percaya terhadap artikel ini
      Dan cuba hentikan sokongan terhadap bangsa pendatang ni
      Ingatlah cina tak pernah berhenti untuk menipu kita

      Padam
    2. Ok. Tak kait dgn cina. Ketupat palas ni adalah konspirasi iluminatu freemason dajal. Tengok dari bentuknya yang jelas segitiga!

      Padam
  2. balut keputat pulut jantan ni ada teknik yg sangat win~ boleh tunjuk eq kat oghang kalau dah master..hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Meh sini aku nak ajag hang teknik KEPUTAT.

      Padam
  3. saya tak faham kenapa ada sesetengah orang melayu masih nak makan ketupat cina.. dah jemu sangat ke makan ketupat melayu? dah habis ke semua ketupat yg melayu buat tu ko dah rasa? aku betul2 xpaham.. mereka ini semua sudut mahu kuasai kita.. sampai bab ketupat pun mereka mahu kita rasa akan kewujudan mereka..

    kalau sebelum ni kita lihat seorang sahabat kita sudah pecahkan rahsia mereka cuba kuasai lagu hariraya kita..sehingga mampu membuatkan anak cucu generasi kita yakin yang merekalah pencipta lagu raya untuk kita.. kali ini ketupat juga mereka mahu kuasai... yang lebih menyedihkan ada pulak melayu yang sibuk2 nak sokong.. nak tolong buatkan..

    ini salah seorang yang bangga dengan ketupat cina.. cina tak buat pun, melayu yang buat.. betul2 memalukan..

    http://silverskate-enigmaticsakura.blogspot.com/2013/10/ketupat-cina-tapi-melayu-yang-buat.html

    itulah sebablah aku cakap.. mari kita bersatu.. membentuk semula jati diri yang semakin layu.. layu bukan kerana orang lain, tetapi kerana kita sendiri yang tunduk kepada mereka.. bangkitlah anak melayu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lepas ng goreng cina...ketupat palas cina pulak. ..mmg lawak la, leh join johara era pasni

      Padam
    2. semua benda cina. nasi goreng, angpau,skrg ketupat...ko ni xhbs2 dgn cina.. mmg ko berzikir anti-cina anti-cina tiap2 hari ke?

      Padam
    3. Holy shit! Apa? Owh..ini lah ketupat cina yg org ckp tu? Ada org ckp lepas mkn..melayu tu trus jadi muka mcm cina dan x boleh cakap melayu. Ini kerana ketupat cina mengandungi resepi beras cina, herba cina, daun kelapa cina dan lain-lain cina lagi. Maka terhasillah rasa kecinaan yg pekat dan sungguh luar biasa. Oleh itu wahai melayu sekalian..sedarlah

      Padam
    4. siot betol la cina ni. smpai ketupat pn ada nama cina. lepas ni apa plak? lemang cina? lontong cina? ataupn satay cina? sedar la wahai bangsa melayu semua. cina semakin menguasai bidang makanan di malaysia. jgn smpai nti melayu nti kt kedai kena order air milo cina mahupun nasi goreng USA cina kt kedai mapley cina. sedar la wahai bangsa melayu mari kita bersatu. ayuh!

      Padam
    5. dah la tu cukup2 la nk troll psl cina. naik bosan aku

      Padam
    6. Nasib naik nenek aku buat ketupat kesultanan melayu melaka. Rendang melayu tak hilang didunia dan jugak lemang melayu sejati. Bukan apa..tp kalau melayu termakan ketupat cina..boleh mati wooo

      Padam
  4. plain dah tak nak komen dah skang.. setelah wajah beliau dibongkarkan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ramai sgt nk berkenalan ngan dia, dia malas nk layan, xkuase katanya..

      Padam
  5. Plain komen, korng x puas hati.. Plain xde komen, pun korng x puas hati juga.. Apa lg yg anon mahu??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa yg kau mahu? Semua ku beri..apa yg kau mahu? Mahu apa lagi?..bagaimana ku pula? Aku dah serik jadi ku ingin jalan sana tolong tepi sikit..tolong tepi sikit

      Padam
  6. umur dah 23thn..berkali-kali tok ajaq...tapi ketupat betina ja selalu jadi..ketupat jantan tak pernah nak menjadi...huhuhu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Xpa lepas ni mai tok ajaq mcm mna nk wat ketupat pondan, ketupat Nyah, ketupat bobo, n ketupat asam keping a.k.a ketupat minahkid..

      Padam
  7. plain.. aku macam tak percaya je yang ko dah tak masuk sini.. :p selamat hari raya.. kosong-kosong ye walaupun aku tau aku tak de salah dengan ko. hahaha confident!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Plain dah merajuk, mengharapkan cinta yg x berbalas dari noob.

      Padam
    2. Dulu Plain83 xde life, skrg dia dh ade life. Sama spt pmbaca2 tegar legend bo lain yg dh menyepi dr bo iaitu zack, beruk dehell dn C++. Kowng juga perlu get life.

      Padam
    3. takla, noob nak dekat cik lynn si pipi merah la. sis plain takkan caras punya.. ~gossip girl

      Padam
  8. Ketupat transgender tak ada ye? Lol ^__^

    BalasPadam
    Balasan
    1. transgender memang takde.. tapi transrace atau kecelaruan kaum mmg ada... yg bagusnya bukan cina yang buat.. melayu yg bangga membuatnya.. melayu yg cari daun, melayu yg cari beras, melayu yg cari duit, melayu yg balut beras tu dgn daun, melayu yang panaskan peruik, melayu yg letih2 masak berpanas berpeluh.. bila siap jer, jadi ketupat CINA.. WTF?

      Padam
  9. Fakta..ketupa datang dari negara china. Nama asal ketupat adalah koo too pat. Dikatakan diperkenalkan di kowloon tong dekat tanah besar.

    BalasPadam
  10. Begitu juga dengan rendang dan kuah kacang datang dari perkampungan cina dekat dekat hong kong sebuah tempat benama sha tin dan sebutan berubah sehingga kepada shadin hingga rendang..

    BalasPadam
  11. Kuah kacang datang namanya sempena perayaan kong chi fa cai sementara sampai ke tanah melayu sebutan sedikit2 kepada hingga menjadi kung k

    BalasPadam
  12. Lorde. Dikatakan mengambil nama sempena lodeh. Kerana mnatnya memkan lodeh. Sekian info hari ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Oh, macam tu rupanya. Baru saya tahu. Terima kasih ^__^

      Padam
  13. Sebenarnya semua negara yg ada tanam padi pun ada versi nasi kepal masing2..prosedur lebih kurang sama, nama lain2, bahan ikut variasi masing2 bergantung pd availability. So siapa2 yg x abis2 asyik kaitkn smua bnda dgn cina shj, tolong pergi terjun bngunan skrg, memalukan org melayu shj.

    BalasPadam
  14. Kari kepala ikan datang dri india. Kari ayam dan daging juga dr india kpd anon 828

    BalasPadam
  15. Tahniah Plain!!!

    Aku tau ada psal jantina ketupat ni, tp aku tak tau nak beza jantan betina...hehehe
    Asal boleh bukak, makan dan kenyang sudah...hahahah

    BalasPadam
  16. baru aku tau ada jantina rupanya ketupat palas.

    ketupat pun ada konotasi sexist ye

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...