Iklan Leaderboard

Rabu, 2 Julai 2014

18 Minda masyarakat yang semakin reput dan korup

Sebuah terowong bawah tanah yang dalam pembinaan runtuh apabila tanah ditapak pembinaan itu mendap di simpang empat Jalan Imbi. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata akibat kejadian pada pukul 10.30 pagi itu, laluan di Jalan Imbi terjerlus sepanjang 19 meter tetapi tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


"Laporan awal mendapati ia kemungkinan berpunca daripada paip besar SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd) yang pecah, namun siasatan masih dijalankan," katanya di tempat kejadian.

Susulan kejadian itu juga, Perkhidmatan KL Monorail dari stesen Hang Tuah ke Stesen Imbi terpaksa dihentikan akibat runtuhan bawah tanah berdekatan dengan tiang monorel di simpang empat Jalan Imbi berkenaan.

Sumber BERNAMA.



Kejadian ini baru sahaja terjadi di Jalan Imbi tadi. Aku tak tau apa punca kejadian itu sebab aku bukan seorang jurutera ataupun pekerja yang menjalankan pembinaan di situ. Biarlah pihak berkuasa yang membuat siasatan mengenai punca kejadian. Nasib baik tiada sebarang kemalangan jiwa. Apa2 pun aku harap jalan tersebut akan dapat diperbaiki dengan secepat mungkin, jangan jadi macam sesetengah infrastruktur yang mengambil masa sangat lembab untuk diperbaiki.

Apa2 pun, highlight utama post ini adalah mengenai minda ramai orang dalam masyarakat yang dah semakin reput, korup dan rosak. Berita pasal kejadian ni telah dipost di Facebook Oh! Media seperti berikut:


Tidak dipastikan sama ada seorang pengkomen memang tidak sempat baca habis berita itu atau saja nak troll atau saja nak buat lawak atau sejujurnya memang sangat naif dan tidak tahu info tersebut atau mungkin disangkakan Simpang Empat dalam berita tu nama sebuah tempat di Melaka iaitu Simpang Ampat bila beliau bertanyakan adakah kejadian ini berlaku di Melaka, beliau mendapat respon yang sangat negatif dan menyedihkan dari ramai orang yang rata2nya... Melayu.


Susah sangat ke nak jawab soalan tu sampai kena hina kutuk caci maki dengan kata2 kesat seperti bangang abadi, bengong, bingai, lahabau, buta geografi dan lain2? Tak mendatangkan masalah pun kalau korang jawab je soalan dia baik2, "kejadian ini berlaku di KL", atau tegur dengan lebih sopan seperti "adik baca artikel tu dulu nanti adik tahu kejadian berlaku di mana."

Perlu ke sebenarnya menghina orang lain? Adakah korang rasa korang lebih tinggi dan mulia dengan menghina dan merendah2kan orang lain? Rasa orang lain lebih rendah dari hina dari anda, sedangkan orang itu tidak membuat apa2 kesalahan dan cuma bertanya sahaja?

Ada juga yang buat lawak mempersendakan tugas ahli bomba yang bertungkus lumus berusaha untuk menyelematkan situasi. Itu memang tak lawak bro, tak cool langsung. Di kala korang sedap2 buat meme guna meme generator depan komputer sambil gelak2, diorang berada di tempat kejadian tinggal anak tinggal keluarga bersusah payah untuk menjalankan tugas mereka. Ya memang diorang guna selotep/pita pelekat, tapi tahukah yang itu adalah salah satu cara untuk mengawasi dan mengesan pergerakan tanah?


Sedih mengenangkan masyarakat kita sudah terlalu ramai yang mentaliti dan mindanya mereput, korup, membusuk dan bernanah!




tags: minda mentaliti masyarakat malaysia melayu semakin reput korup busuk nanah terowong bawah tanah simpang empat jalan imbi kl melaka runtuh dbkl

18 ulasan:

  1. H1NA salah satu projek nasional hak bumiputra yg perlu dicanangkan dan dipertahan kan yeeeha!

    BalasPadam
    Balasan
    1. what I mean is im first la dimulakan dengan bismillah~

      Padam
    2. nuff said kdg2 tu tindakan sepontan melayu yg suka melatah kot... thrill mencarut best dari ckp elok2 nk buat mcm mana... :(

      Padam
    3. Aku benci orang cina....mcm cina pon sama..cina bodo

      Padam
  2. keyboard warrior............................

    BalasPadam
  3. Mak aihh.Dia tanya je kot.Apahal dieorang pergi maki.Lagi menunjukkan kebodohan adalah.Melayu..melayu..

    BalasPadam
  4. laju ke ahli jemaah keyboard warrior menetang musuh

    BalasPadam
  5. Dalam keadaan sekarang..ramai org yg mindanya tak berapa cerdik..jadi mereka tunggu peluang utk dtg seorang yg hnya utk bertanya..maka time tu lah mereka dpt merasakan diri mereka pandai. Dengan cara menjawab yg menggunakan perkataan kotor atau menghina..mereka akan kelihatan jauh lebih pndai ( pada pendapat mereka).
    Situasi ni aku dah pernah tgk depan mata bnyak kali. Ada seorang staf baru mula kerja..dia tak tahu nak guna mesin photostat.jadi dia tnya staf situ nak tekan butang setting mana. Trus dia dijadikan bahan lawak..dikutuk macam2. Aku dpt tgk muka dia jadi merah padam. Mesti malu teramat. Tak ada seorang pun tunjuk ajar dia.yg ada cuma menghina ataupun gelak. Aku trus pergi tunjuk kat dia tekan butang mana. Aku ckp..jgn amik hati dgn diorang..dioràng memang hebat guna mesin ni..tp bile menaip..format berterabur..tak ikut standard. Semua diam..aku boleh sound..sebab aku bos.hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang patut dapat like

      Padam
  6. Mana org cerdhik

    BalasPadam
  7. Bahasa itu dapat melambangkan peribadi seseorang.

    BalasPadam
  8. org melayu yg cetek dr segi pemikiran, akhlak.. Susah ke na ckp elok2.. Ini tak,makin rmai yg kutuk n kuar kn bhasa kesat.. Yg adik tu pun sma, bca la dlu.. Org melayu skrg malas m'baca.. Sbb tu la zman skg nie kalo ad pe2 isu timbul byk spekulasi..

    BalasPadam
  9. Skrg ni keyboard warrior mendapat perhatian berbanding muka depan surat khabar...boleh buat/share entry atau meme yg pelik2 n menarik perhatian cukup membuatkn dia rasa 1 Malaysia tgk entry dia. Senang cite, jadi WARTAWAN SEGERA tanpa tauliah..lgpun sape sgt nak org nak investigate dia mana dtg n muka mcmana. Paling teruk, pengomen entry pun sama x betul dgn bahasa internetnya.

    BalasPadam
  10. 5 RUKUN ISLAM

    1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    6 RUKUN IMAN

    1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
    2. Beriman dengan para malaikat.
    3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
    4. Beriman dengan para Rasul.
    5. Beriman dengan Hari Akhirat.
    6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mohon saudara utk post hadith2 yg berkaitan dengan bulan ramadhan. Agar dpt kita tambah ilmu berkenaan amalan dan nasihat yg boleh diamalkan.Terima kasih.

      Padam
  11. Ingatkn entri pasal jalan berlubang, bahaya terhadap persekitaran dan elemen2 cuai dan sebagainya..rupanya pasal tingkah laku manusia dlm fb.. apapun kupasan yang baik

    BalasPadam
  12. 5 RUKUN ISLAM

    1. Mengucap dua kalimah syahadah.
    2. Mendirikan solat.
    3. Menunaikan zakat.
    4. Berpuasa di bulan Ramadhan.
    5. Menunaikan haji di Mekah bagi yang mampu.

    6 RUKUN IMAN

    1. Beriman dengan Allah subhanahu wa taala.
    2. Beriman dengan para malaikat.
    3. Beriman dengan kitab-kitab suci.
    4. Beriman dengan para Rasul.
    5. Beriman dengan Hari Akhirat.
    6. Beriman dengan Qada' dan Qadar.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...