Iklan Leaderboard

Isnin, 14 Julai 2014

14 Warga Malaysia nak urus sampah sendiri pun gagal

Sempena perlawanan akhir Piala Dunia 2014 pasukan Germany menentang Argentina pagi buta tadi, ramai orang tidak ketinggalan untuk menyaksikannya beramai2 melalui skrin gergasi di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur bersama2 dengan Perdana Menteri kita DS Najib Razak dan juga Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Memang happening sangat!


Walaupun final Piala Dunia ini bermula jam 3.00 pagi, akan tetapi majlis sudah bermula seawal jam 7.30 malam lagi dengan program dan aktiviti2 keagamaan serta solat hajat untuk kesejahteraan warga Palestin. Baguslah, dalam bergembira meraikan Piala Dunia, saudara kita di Palestin juga tidak dilupakan.

Sumber

Hari petang sebelum itu, di atas padang yang cukup cantik disediakan juga "Bean Bags" atau "Benies" untuk penonton duduk2 bersantai ketika menonton perlawanan bola sepak itu nanti. Cantik, memang cantik "Bean Bags" yang pelbagai warna itu.






KJ turut kecewa kerana pasukan kegemarannya Argentina kalah di pentas akhir Piala Dunia 2014.



Menjelang subuh, orang ramai sudah mula meninggalkan Dataran Merdeka untuk pulang ke sarang masing2. Namun malangnya, terlalu ramai yang sibuk mengangkut bean bags dan hanya membawa bontot mereka sahaja manakala sampah sarap mereka hanya ditinggalkan seperti anjing yang berak merata2 tempat.



Sebelum ini, golongan gelandangan menjadi sasaran ahli politik dan mengatakan merekalah punca ibu kota kita menjadi kotor. Nah sekarang, siapa yang langsung takde sivik yang mengotorkan ibu kota, warga kota atau gelandangan?

Ya aku faham. Memang budaya kita suka mengotorkan tempat awam dan tidak peduli pasal sampah sarap sendiri. Budaya yang mementingkan kebersihan ini hanya budaya orang Jepun sahaja, so memang kita tak perlu ikut. Buat apa kita ikut kan, kita kan memang sukakan kekotoran dan sampah sarap, sampai ada orang cakap orang jual makanan bertahap sampah pun takpe janji dapat tolong peniaga melayu.








Kalau macam inilah mentaliti kita, benda mudah semudah menguruskan sampah sendiri macam ni pun masih gagal tak boleh nak buat, sampai tahun 2050 pun belum tentu dapat jadi negara maju, apatah lagi nak masuk World Cup.

Tapi kalau Malaysia dapat masuk World Cup pun, tak payah la fan Malaysia pergi stadium, mesti akan dapat gelaran Peminat Terkotor, buat malu negara sahaja.




tags: tonton bola sepak live secara langsung perlawanan akhir final match world cup piala dunia dataran merdeka fiesta bersama kj khairy jamaluddin pm perdana menteri najib razak kotor buat sampah sarap pemalas kemas kutip keji

14 ulasan:

  1. 1sto...selamat berbuka yaw...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Malaysia noob lah
      Ada saja yang x betul
      Malunya

      Padam
  2. Memang gagal..

    Sampaikan negeri yang menggelarkan dirinya Serambi Mekah pun dah nak jadi Serambi Sampah..

    Padahal kebersihan dan kesucian sangat dititik beratkan dalam Islam.

    BalasPadam
  3. Marilah kita mulakan dengan diri dan keluarga kita sendiri.

    BalasPadam
  4. byk giler arr sampah.. Ish2, ini dah mcam tmpat pelupusan sampah.. Malu lah kalau org negara len datang m'sia tgok smpah b'sepah kt ngara kta.. Mcam xde adab lgsung.. Hrm,pelik2.. Sikap buang sampah dah jd tabiat dah..

    BalasPadam
  5. Dah jadi budaya dah noob. Bila dah jadi budaya..kalau nak dibuang balik..mmg payah sngt2.Bergenerasi prosesnye. Boikot israel..tp melayu penuh kat McD mase buke pose.

    BalasPadam
  6. Org mlaysia brfikiran lebih maju kdepan drp org jepun... "klu ak kutip sampah nnti pkerja kutip sampah xde job plak, so better tinggalkn ja"...

    BalasPadam
  7. Jangan mrlulu tuduh. Tak cari pasal lepas tu orang Malaysia ramai2 angkat sampah di dataran merdeka?

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada bukti..meh tunjuk link, aku nak tau gak..PON mesti akan update artikel ni kalau ko ble tunjuk bukti..

      Padam
  8. Jadikan'kebersihan amalan kita'

    BalasPadam
  9. ke mana saja pembesar negara pegi msti ada golongan mamak...kaki ampu dan musuh dlm selimut

    BalasPadam
    Balasan
    1. n jgn lupa kaki liwat...

      Padam
  10. Kecewa bila Man Utd gagal ke world cup..

    BalasPadam
  11. Walaupun mmg ada peruntukan upah kontraktor kutip sampah...tp bukan bermakna kita boleh buang sesuka hati. Jgn ckp kat pdg merdeka..stadium, pasar malam, mana tmpt yg ada perhimpunan umum mesti ada smph sarap. Mungkin kat rumah pun smpi bertimbun2 smph dekat sebulan n dah teruk berbau baru nak buang.

    Ada jumpa kondom x kat sana?

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...