Selasa, 1 Julai 2014

85 Cabaran peniaga Cina halang produk Melayu berjaya

Mungkin aku duduk dalam gua, atau aku tak pernah rasa nak tukar syarikat telco line handphone aku kerana setakat ini perkhidmatannya tak pernah mendatangkan masalah pada aku, so disebabkan itu aku tak pernah tahu pasal kewujudan syarikat telco Altel ini. Aku tahu pun baru2 ni je bila cerita kisah benar cabaran cina halang produk melayu berjaya yang dikongsikan di fanpage Boikot Barangan Cina Dap ORI menjadi viral.

Gambar hiasan

Kisah benarnya adalah seperti berikut:
Telco line Altel milik Melayu, internet dan line diceruk kampung juga tiada masalah. Kalau korang terer baca sampai habis. Kalau terer lah. LIKE PAGE >> Boikot Barangan Cina Dap ORI

**cerita diambil dari fan BBCD yang inbox**


(1) PENGENALAN

Semasa aku berjalan-jalan di Plaza Lowyat dalam melihat kemewahan perniagaan yang dimonopoli oleh kaum cina, aku terus tersentak dan tekad untuk tukar telco milik Melayu iaitu line Altel milik Syed Mokhtar Bukhary. Beliau telah banyak membantu orang Melayu Islam dimana hasil keuntungan perniagaannya telah disumbangkan kepada orang Islam sebanyak RM1,600,000,000 (billion). Sebelum aku ceritakan kisah kepayahan aku nak membeli sim card telco Altel ini, aku cerita kan dahulu ringkas mengenai Syed Mokhtar Bukhary.

Fakta tentang RM1,600,000,000 (billion) yang diderma oleh Syed Mokhtar diambil dari sebuah Majalah Antarabangsa iaitu Forbes Asia, dimana majalah ini memberi anugerah gelaran kepada Syed Mokhtar Bukhary sebagai 'Wira Dermawan'. Menurut Forbes Asia, Syed Mokhtar selain menderma kepada kaum Melayu di Malaysia, beliau turut menderma di luar Malaysia sejak 10 tahun lalu dengan menubuhkan kem pelarian di Pakistan, rumah anak yatim di Guinea dan program pemulihan untuk mangsa bencana di China serta Indonesia.

Syed Mokhtar juga membuka hospital dan institusi lain bagi penduduk Islam Uganda, Afrika Selatan, Nepal dan Australia. Kesemua derma dan pertolongan jihad ini dibuat bertujuan untuk mempromosikan Islam dalam masa sama dapat memperluaskan dakwah Islam di Seluruh Malaysia. Itulah sedikit sebanyak cerita pendek mengenai Syed Mokhtar Bukhary ini.

Jadi dengan berbekalkan semangat mahu terus membantu usahawan Melayu ini terus berjaya, supaya dengan harapan hasil duit pembelian ini dapat aku turut menyumbang derma. Aku sebelum ini 10 tahun pakai telco Digi/Maxis. Aku pun tak tahu hasil dari keuntungan aku pakai Digi/Maxis dimana pemilikya salurkan. Boleh jadi membina rumah ibadat tokong/kuil, boleh jadi dia membuat pelaburan perniagaan perjudian, boleh jadi pelaburan minuman alkohol dan berbagai-bagai lagi.

(2) PENCARIAN PEMBELIAN SIMCARD

So aku dengan semangatnya terus buka google phone dan taip 'lokasi altel'. Lalu keluar link www.altel.my/en/where-to-buy . Scroll punya scroll akhirnya aku jumpa alamat kedai yang menjual sim card Altel. Aku lihat ada dua alamat di Lowyat iaitu:

Effective Marketing
Lot 2-101, 2nd Floor, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur.
03-21455281

Broadband Solution Sdn. Bhd.
Lot 3-It-16, Level 3, Plaza Low Yat, Jalan Bukit Bintang,
55100 Kuala Lumpur
013-3376668

Aku call nombor kedai pertama tak angkat. Aku dengan sabarnya cari lokasi kedai pertama dekat tingkat 2 akhirnya jumpa. Sebelum aku nak tanya beli sim card Altel, aku tengok peniaganya cina, al maklumlah mana ada peniaga Melayu jual phone di Lowyat. Apa boleh buat, demi nak bagi usahawan Melayu Syed Mokhtar untung dalam jangka masa yang lama. Aku pun dengan bad moodnya tanya cina ni:

Aku: "Kawan, sim card Altel ada? I mau beli".
Cina: "Mana you tau ini kedai?" (muka terkejut)
Aku: "I tengok website Altel maa, ada tulis you punya kedai ada jual!"
Cina: "aaa..aaa...(garu kepala) sim card lain mau? Digi ada, Umobile ada"
Aku: "You ada jual ke tak,kalau tak jual, i kira you tipu la ni, nanti i report dekat Altel" (aku bengang)
Cina: "Aiyaa ada la, i saja bagitau ada sim card lain maa, mana tau you minat loh, sebenarnya Altel kami tak ada jual disini, kami jual di kedai satu lagi tingkat 3, ini nombor 013-3376668 you kasi call, nanti orang tunjuk jalan"
Aku: "I customer you kasi la tunjuk jalan, ni tingkat 3 kedai you juga apa?!"
Cina: "Aiyaa sikalang manyak customer mali ma, nanti susah tak ada orang"
Aku: (Aku tengok kiri, tengok kanan, customer tak ada pun. Kalau dia tunjuk jalan pun aku tengok ada kawan dia lagi sorang jaga. Hmm dasar sial cina ni tak nak aku beli Altel, kalau tak nak jual Altel, tak payah la amik sim card ni. Aku pun beredar)

Aku pun dengan tak patah semangat tawaf la satu tingkat 3 sambil call no yang dia bagi tu. Akhirnya jumpa tapi hati betul sakit woo. Korang tau tak kat mana kedai tingkat 3 tu? Dekat belah dalam gila babi, dekat belah-belah area bangladesh, nepal, myanmar berniaga. Kira macam tempat keluar masuk stok untuk stor. Aku punya maki hamun dalam hati bengang sebab mana la orang dapat cari kedai macam ni punya dalam. Ini macam kedai repair laptop untuk stor je. Aku pun tak cakap banyak aku aku mulakan pembelian aku:

Aku: "Kawan kasi keluar semua no.Altel, i mau pilih itu nombor"
Cina: "Wahh manyak line lain, mau beli Altel juga ka?"
Aku: "Who is customer? Do you know customer is always right?"
Cina: "Huhu, gurau saja. Kejap aa i pergi ambil"
Aku: (10 minit tunggu)
Aku: (20 minit tunggu)
Aku: (30 minit tunggu)
Aku: (40 minit tunggu)
*kesabaran yang tinggi perlu ada*
Cina: "alooo manyak sori aaa, itu Altel dalam stor susah cari punya, ini satu box you kasi tengok semua nombor"
Aku: (Aku malas nak cakap banyak, aku pun pilih satu satu ada dekat 100 sim card, aku rasa orang tak pernah beli)
Cina: (tiba-tiba tengok satu sim card dan selit tepi asingkan)
Aku: "hei, apa you kasi letak tepi tu? I mau tengok itu nombor"
Cina: "huhu, ini nombor cina banyak suka maa 011-8****888"
Aku: (Aku yang asalnya dah pilih nombor aku nak, sebabkan atas dasar aku nak sakitkan hati cina ni, aku pun cakap)
Aku: "Ini nombor banyak bagus, i amik sekali ini nombor, berapa ringgit?"
Cina: "hmmm, rm14 saja, satu rm7"
Aku: (Ceh, RM7 je satu, ingat RM100 sebab no.cantik kau jual, kalau RM100 pun aku beli la sial, Aku bagi RM14 daftar dan beredar)

(3) TAHAP KELAJUAN INTERNET DAN COVERAGE LINE ALTEL

Bila habis beli, aku terus pergi 7-eleven nak beli topup, sekali yang jaga cashier tu Manager cakap, sini Altel susah masuk lah bang, Tan Sri Vincent Tan kenakan macam macam syarat untuk Altel masuk topup dalam 7eleven. Aku pun panas sekali lagi, lalu aku google dan cari senarai tempat tempat beli topup Altel adalah Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, CIMB, OnKing, Restoren Ali Maju.

Legalah aku sebab stesyen minyak Shell, Petron, Esso, Caltex, Aeon Big dan Jusco memang bersepah-sepah. Aku pun beli dengan jayanya topup rm30 dan terus aktifkan internet RM28 - 1GB. Ada juga pilihan RM48 - 2GB, tapi aku pilih 1GB je sebab dah cukup untuk aku pakai sebulan.

Aku nak cuba kelajuan internet Altel ni tapi tak sempat sebab aku kena pergi terus ke Jemapoh, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Sampai je aku dekat Jemapoh, aku pun cuba kelajuan internet dia. Ya Allah, Wallahi, demi Allah yang memegang urat jantungku, aku bersumpah sepanjang aku pakai line Maxis dekat jemapoh memang tak boleh surfing langsung. Bila aku pakai line Altel ni, dia tunjuk icon line coverage +Hs (High Speed). Punya laju aku pakai line ni, sampai dalam kampung jemapoh yang aku tau memang tak ada line pun Altel boleh akses siap High Speed?

Aku pun cuba surfing cari info kenapa Altel boleh dapat coverage HighSpeed yang Maxis tak pernah dapat dalam Kampung Jemapoh ni. Akhirnya selepas aku caru info di google, baru aku tau bahawa Altel adalah syarikat telco terlaju dalam kelajuan "4G LTE". Altel juga mempunyai 40MHz berbanding syarikat telco Digi, Maxis, Umobile, Celcom dan lain lain yang hanya mempunyai 20MHz sahaja. Sudahlah boleh akses call dimana mana sahaja, tambahan dalam ceruk kampung pun internet HighSpeed laju gila? Seminggu selepas tu. Keluarga aku 10 orang terus tuka nombor kepada Altel dan kawan kawan aku dah 6 orang tukar line kepada Altel tetapi nombor asal mereka kekalkan.

Dengan ini aku bagi korang kesimpulan tentang Altel
1.Altel milik melayu
2.Altel line internet dan coverage line dapat capai hingga ceruk kampung
3.Altel mempunyai 4G LTE serta pemegang terbesar 40MHz berbanding telco lain
4.Topup beli di Shell, Petron, Esso, Caltex, Tesco, Giant, Aeon Big, Jusco, Ayamas, Sen Heng, RHB, CIMB, OnKing, Restoren Ali Maju.
5.Internet package ada dua, 1GB RM28, 2GB RM48
6.Altel boleh tukarkan line dan kekalkan nombor asal.
7.Tempat beli simcard Altel: www.altel.my/en/where-to-buy

Dah baca panjang-panjang ni jom CLICK SHARE supaya kawan korang yang lain terkena baca sampai habis macam korang, dan mana tau dia berminat tukar Altel? Korang mungkin rasa tak nak tukar lagi, tapi kalau korang CLICK SHARE mungkin kawan korang tukar. Dapat bantu Syed Mokhtar Bukhary pecahkan monopoli telco yang dipegang cina dan india.


Senarai alamat sim card Altel dijual:
http://altel.my/en/where-to-buy

Bukti Altel pemegang terbesar 40Mhz:
http://www.utusan.com.my/utusan/Korporat/20130924/ko_01/Altel-sedia-masuk-gelanggang

Bukti Syed Mokhtar dikategorikan sebagai Wira Dermawan:
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/syed-mokhtar-wira-dermawan-1.294066

-ketua pengakap-
CLICK LIKE PAGE: www.facebook.com/BoikotBaranganCinaDapOri



Ini pula adalah penerangan mengenai ALTEL yang diambil dari fanpage Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad:

Sejak rakan kami page Boikot Barangan Cina Dap ORI (BBCD) mula post mengenai rangkaian ALTEL dan cerita disebaliknya, laman web Altel (www.altel.my) mengalami gangguan kerana ramai yang mula berminat dan baru tahu dengan syarikat telemunikasi Bumiputera itu.

Disini, saya beri sedikit pencerahan mengenai ALTEL.

Buat masa sekarang, ALTEL hanyalah MVNO untuk Celcom.

Apa tu MVNO? MVNO ialah mobile virtual network operator atau dalam bahasa lain mereka tidak ada infrastruktur bagi wireless telekomunikasi.

Syarikat yang menggunakan MVNO akan mempunya satu perjanjian perniagaan dengan pengendali rangkaian mudah alih untuk mendapatkan akses pukal kepada perkhidmatan rangkaian pada kadar borong, kemudian menetapkan harga runcit secara bebas.

Sesebuah MVNO boleh menggunakan perkhidmatan pelanggannya sendiri,bil, sistem sokongan, pemasaran dan kakitangan jualan atau apa sahaja berkaitan selagi tidak melanggar syarat yang ditetapkan oleh syarikat berkenaan.

ALTEL telah tandatangan dua agreement dengan CELCOM, 1 Master Agreement untuk bandwith RAN Sharing 4G (Maka yang 20Mhz itu hanyalah sharing radio station shaja)., manakala satu lagi agreement dengan Altel ialah MVNO untuk Celcom atau Light MVNO.

ALTEL belum mempunyai network atau infrastruktur lagi dan menjelang hujung tahun ini, mereka akan menggunakan akses 4G network. Jika ada komen mengenai ALTEL mempunyai coverage yang banyak termasuk kawasan ceruk kampung, ia sebenarnya line daripada Celcom.

Celcom adalah syarikat tele yang paling banyak coverage di Malaysia.

Uniknya, nombor telefon yang Altel jual sekarang adalah nombor yang DIBERI HAK oleh MCMC bukan nombor Celcom. Consumer akan nampak itu network Altel sekarang tapi sebenarnya TIDAK. Altel masih menggunakan network untuk voice, sms, VAS, etc.

Dari semangat KEMELAYUAN, saya sangat puji Altel. 99% Melayu dari atas sampai ke middle management level adalah orang Melayu. Walaupun income dari MVNO ini TAK BANYAK, tapi Syed Mokhtar Al Bukhari mampu membayar berjuta sebulan kepada staffnya yang dah dua tahun.

Altel juga ada lesen BROADCASTING dan FIBRE OPTIC yang boleh menjadi PERSAINGAN hebat kepada MAXIS.

Untuk pengetahuan juga, selain ALTEL ada lagi yang guna MVNO seperti.

Clixter (dulu guna Digi sekarang Celcom)
Tunetalk, RedONe, SmartPinoy, Merchantrade, XOX (Celcom)
SalamFone, Telin MVNO daripada Maxis - (Kedua-duanya BUNGKUS)

Semua MVNO dengan Celcom berjaya.

**Hanya Celcom, Maxis, Digi dan UMobile sahaja yang ada infrastruktur telekomunikasi.




Start dari kisah ni jadi viral, aku lihat ramailah orang2 Melayu yang cakap nak tukar line telco mereka dari Digi, Maxis, Celcom, Umobile ke Altel ini semata2 kerana cerita orang cina yang tak ikhlas bagi customer mereka beli line Altel dan juga kerana owner telco ini adalah orang Melayu yang paling kaya dan dermawan iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukary.

OK baguslah kalau ramai yang bertukar ke telco Altel kerana nak support usahawan Melayu, tapi bagi aku cara Altel meraih popularitinya sangat lame. Setelah hampir setahun Altel bertapak dalam pasaran telekomunikasi setelah ia dilancarkan pada bulan Ogos 2013 tahun lepas, ia hanya popular dan dikenali ramai setelah seseorang menulis cerita yang orang Cina menghalang produk Melayu untuk berjaya yang ntah betul ntah tidak. At the end, kita bukan beli line tu kerana dia punya kualiti produk atau dia punya promotion dan marketing, tapi kerana kita benci kepada peniaga Cina yang tak ikhlas nak jual line Altel kepada customer Melayu.

Aku tak tahu macam mana strategi pemasaran Altel ni, tapi kenapa takde iklan di televisyen? Kenapa tiada promotion besar2an dibuat? Kenapa promosi macam suam2 kuku? Macam juga pembekal talian Internet rumah. Yang ramai tahu balik2 produk TM atau Maxis, sebab kedua2 syarikat ini begitu aktif mempromosikan jenama dan produk mereka melalui iklan TV, iklan radio, iklan internet, iklan suratkhabar dan pelbagai lagi medium.

Oh ya pernah dengar Jaring? Syarikat ISP pertama di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1992. Dan ya, mereka masih wujud sampai sekarang, tapi pasti ramai yang haram tahu mengenainya sebab langsung takde promosi keluar iklan kat TV dan sebagainya. Board of Directors mereka semua orang Melayu juga. Jangan pula lepas ni mereka jadi popular sebab ada cerita orang Cina halang pelanggan nak subscribe talian Jaring.

Lepas tu orang yang tulis cerita ni cakap line Altel paling laju, coverage kuat dan lain2 kelebihan lagi. Dulu waktu TM Streamyx tak ramai orang guna pun laju ya amat. Bila dah ramai orang guna, line Streamyx jadi sesak dan mula lah jadi lembab. Sama juga dengan Unifi. Waktu aku orang pertama yang pakai line Unifi kat baris rumah aku, dia punya speed memang sangat laju ya amat, tapi sekarang bila dah ramai yang pakai kat baris rumah aku, dia jadi biasa2 je dah tak selaju dulu.

For me, aku tak peduli syarikat tu orang Melayu punya ke, orang Cina punya ke, orang India punya ke, janji kualiti yang dapat mereka berikan kepada aku terbaik dan tip top. Sebagai customer, aku akan fikir keuntungan kepada aku dulu, baru aku akan fikir pasal hal2 lain. Aku takkan beli dan guna suatu perkhidmatan hanya kerana peniaga tu Melayu, atau Cina, atau India. Aku akan dahulukan mutu dan kualiti dulu. Kalau produk Melayu tu memang terbukti bagus, pasti aku tak teragak2 untuk beli dan pakai.

Dalam perniagaan, orang Melayu kena tolong Melayu? Nak aku keluarkan duit aku semata2 atas dasar Melayu? Maaf, konsep ini dah lama aku campak jauh. Dulu aku dah banyak kali terkena dengan peniaga dan kontraktor yang dari kalangan bangsa sendiri hanya kerana aku nak tolong orang Melayu. Bukan nak kata peniaga Cina ni bagus sangat, tapi kebanyakan peniaga Melayu yang aku pernah berurusan lebih teruk berbanding peniaga Cina yang biasa. Kalau korang nak cakap aku tak tolong dan support peniaga Melayu ke, aku tak peduli. Yang merananya aku, bukan korang.

Kalau ko nak berjaya, ko kena compete dan bersaing dengan bangsa2 lain. Bagi aku harga bukanlah ukuran, tapi yang menjadi ukuran adalah kualiti produk dan mutu perkhidmatan. Jadi kalau kau memang terbukti bagus dan dapat berikan kualiti yang pengguna mahukan, jangan kata aku, pasti orang Melayu dan bangsa lain pun termasuk Cina dan India tidak akan menolak untuk menggunakan produk dan perkhidmatan dari peniaga dan syarikat Melayu. Malah harga mahal sikit pun tak apa. Tak perlu nak tunggu sampai seseorang kena tulis cerita betapa busuknya hati peniaga Cina ni baru orang Melayu terhegeh2 nak cari dan beli.


So setiap bila time aku nak beli produk atau perkhidmatan, aku akan selidik sama ada ia berkualiti atau tidak, bukan selidik syarikat itu Melayu punya ka, Cina punya ka, India punya ka.

Let the product speak for itself.




tags: kisah benar cabaran peniaga penjual bisnes syarikat business cina halang produk melayu berjaya altel syed mokhtar al-bukhary buy malay first chinese last kualiti mutu produk bangsa kaum racist

85 ulasan:

  1. 1st..bulan2 puasa pun suka sebar fitnah..hurmm

    BalasPadam
    Balasan
    1. yes.. orang 1st yang sebar fitnah

      Padam
  2. Baru baca pasal telco Altel ni...sekejap je noob dah bg pencerahan sebenar. Tp sy setuju dgn noob..bukan sahaja isu telco, even benda2 seharian mcm buat reno rumah terutamanya. X silap sy, org cina even dia kuat penipu tp dia tipu dgn letak harga tinggi tp perkhidmatan/kualiti still ada standard..tp ada sesetengah melayu kena tipu dgn benda x kualiti n perkhidmatan hempeh even harga murah/berpatutan.

    Kdg2 terpanggil utk boikot brg cina..tp spt noob ckp, yg mana beri keuntunggan kpd pengguna yg diutamakan...kalau sikap nak untung atas angin n xnak usaha ambil hati pelanggan, payah nak maju kelak. Tp konsep mengkayakan org cina still akan tetap berkembang sbb masalah org melayu sendiri yg malas bersaing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. masalahnya kedai tu memang nak halang dari orang jual simkad altel... cilake la kedai tu.. nasib baik ada UMNO, jaga melayu... kalau tak disebabkan budak UMNO, jangan harap lah altel nak terkenal..

      Padam
    2. nasib baik ada UMNO..kerana UMNO lah yang membuatkan altel maju

      Padam
    3. nasib tak baik bila ada UMNO.. UMNO hanya mampu memajukan altel guna cerita palsu... tapi lepas altel dah maju, diorang kayakan geng2 pak syed dan geng2 cina pulak

      Padam
    4. nasib baik ada cerita palsu..barulah UMNO boleh maju

      Padam
    5. melayu maju sebab UMNO jaga melayu.. lepas tu korang kutuk2 pulak.. memang dasar PR punya budak

      Padam
    6. nasib baik ada macai UMNO,baru la percaya cerita palsu

      Padam
    7. buat pengetahuan tanpa nama 246, cerita itu cerita benar. Yang tulis cerita tu ada dalam page "Boikot Barangan Cina Dap ORI"... mana ada palsu.. nak kutuk macai ke apa, tak kisah la.. tapi kenang sikit jasa UMNO.. UMNO tu jaga melayu.. kalau takde UMNO, DAP takkan beri korang internet untuk komen2 kutuk diorang.. UMNO terbuka.. tak kisah walaupun di hina.. mereka tetap dgn perjuangan membela melayu

      Padam
    8. Wak lu terbuka..hina sikit masuk kes polis bai. Tv3 tu macai umno dok siar segala benda buruk pasal pembangkang..segala benda baik pasal umno dan bn. Tu terbuka? Bullshit la..macam kena hipnosis la ko ni. Apa satu pun ko tak tau..benda basic yg dok jadi sekeliling ko pun tak boleh nmpak.

      Padam
    9. Tv3 macam2 isu diorang sentuh.. bukan kutuk pr jer memanjang. Byk isu lain mcm isu masyarakat, kehidupan rakyat, berita dunia dan sebagainya. Cuba buka medi pembangkang, 24 jam mengutuk orang. Buat kerja tak pandai.. mengata pandai pulak

      Padam
    10. Cuba kita letak anologi yg sama...iaitu anggap cina ni spt yahudi...sebagus kualiti produk tetapi xkan beli sbb one day menjatuhkan org Melayu n islam sendiri. Apa komen anda?

      Padam
    11. Tu yg ko silap bila sebut bab islam. Ko ingt islam tu agama melayu ke? Cina kat dunia ni yg beragama islam jauh lagi ramai dari melayu yg berape kerat je

      Padam
    12. anon 10:40, tiba2 jek mk samakan cina dgn yahudi...kalau ko mmg anti gila dgn yahudi & hanya sokong produk melayu,ko tentu xkomen kt sini,sbb komputer yg ko tgh guna skrg utk taip komen tu pun adalah teknologi ciptaan yahudi...ko tunggu jela org melayu cipta komputer sendiri br ko beli & komen balik kt sini k

      Padam
  3. Betul tu noob, aku bli brg pun bukan kira syarikat melayu ke tidak. Asalkan barang tu bagus dan aku puas hati..aku beli la. Buat apa kita nak susahkan diri kita sediri semata-mata beli barang keluaran melayu walaupun barang tu tak bagus. kalau kita bagi untung kat dia pun, ada dia bagi apa-apa kelebihan kat kita semula? yang kayanya anak cucu dia jugak. At last, apa2 pun aku utamakan kepuasan aku dulu kalau nak bli sesuatu. Aku tak kisah pun syarikat cina,india,melayu, atau luar negara sekalipun.

    BalasPadam
    Balasan
    1. habis tu kalau ko bagi untung kat cina india tu, dia ada bagi keuntungan tu kat ko balik? tak jugak kan? nasib baik ada UMNO, jaga melayu.. kalau harapkan orang macam ko, tak pasal2 untong semua lari ke cina..

      Padam
    2. kau tak paham ke apa aku tulis kat atas?aku cakap pasal kepuasan barang tu. noob pun dah tulis kat atas. kalau ko bli barang disebabkan kualiti, ko dapat kepuasan guna barang tu. tapi kalau ko bli barang semata-mata org melayu yang buat, tp kualiti tak bagus..apa yang ko dapat?tak ke ko jugak yang merungut tak puas hati dan rasa rugi?.

      Padam
    3. ooo.. ye ke.. paham-paham... tapi pada aku, better ko maki dulu melayu yang berniaga takde kualiti sebelum ko bpindah pergi beli kat cina.. supaya bila ko maki, dia sedar yang dia berniaga takde kualiti.. sila tingkatkan kualiti.. kena ingat, susah2 dia berniaga pun, dia masih ada UMNO untuk dia mengadu..

      Padam
    4. uih..xnak la aku maki-maki bulan pose ni.hahah.xpe la..bior je la dia ngadu kat UMNO.

      Padam
  4. apa bagusnya syarikat altel ni? setakat sebab syed bukhari, tapi khidmat dia hampeh, buat apa....

    syed bukhari pun dah kaya.. lepas tu dijaja cerita dia bantu macam2 kat orang melayu.. tapi melayu tetap layu.. jadi, betul ke dia bantu melayu? ke dia bantu geng2 syed jer... ataupun dia bantu tu untuk tujuan lari dari cukai? pikir lah sikit budak2 umno woi... aku tengok melayu macam tu jugak...

    kalau betul dia bantu melayu, kenapa ramai jer melayu yang merempat? hidup bawah jembatan? kenapa? boleh bagi senarai kat mana dia beri bantuan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. *Jembatan merupakan struktur yang dibina seumpama jambatan.

      ntah la bro..kalau ko cakap cmtu, nnt org side sana cakap ko dengki, tak bersyukur dan tak support bangsa sendiri. At the end bro, ni cuma dunia siber..setiap apa yang org tulis, tak menggambarkan realiti diri dia pun.

      Padam
    2. aku setiap hari beli nasi lemak kat peniaga melayu, tapi yang berbaris nak beli ada juga cina dan india... diorang tak support bangsa diorang ke? aku rasa ini bukan isu support bangsa, tapi support diri sendiri... kalau rasa produk tu bagus, beli yang bagus utk diri sendiri..

      masalah orang yang reti jual perkataan syukur ni, memang merosakkan.. takkan hidup ni nak bgantung dgn syukur semata.. macam tu, baik tak payah bentuk kerajaan.. tak payah ada peti undi..

      Padam
    3. woi korang! bgsa cina support bangsa sendiri.. korang sibuk nak cerita nasi lemak bagai.. kalau dah dia suka nasi lemak, dia beli la kat melayu.. cuba cina pun ada jual jugak, ada dia nak beli kat kedai melayu? jangan harap...

      macam korang, suka char kuew tiaw, asalnya itu masakan cina.. tapi disebabkan orang melayu suka, kita ambil resepi dia, dan buat sendiri dan jual.. bukan bgantung dgn diorg.. peniaga kita pun maju.. nasib baik ada UMNO, melayu jadi cerdik sikit.. harapkn pemikiran PKR macam korang ni, melayu takkan maju.. nak char kuew tiaw pun terpaksa beratur kat kedai cina..

      Padam
    4. sorry la der..wa bukan PKR.hahaha. celah mana pulak tetibe PKR ni? ko ni mesti yahudi..yahudi...yahudiiiii.ha..nak main tuduh2 sebarangan.

      Padam
    5. jangan nak sorok la wei! kat malaysia ni cuma ada dua jer, kalau bukan BN, mesti PR.. xpyh la ckap ko join geng lain2... tak wujud pun geng lain sbrnya.. yang ada, dua tu jer.. kalo nak cakap ko atas pagar pun, masa PRU, ko kena tanda jugak PR ke BN.. mana ada kotak atas pagar.. kertas undi dan dakwat yang ko guna utk pilih PR tu pun BN yang sediakan.. berterima kasih la sikit.. UMNO sibuk jaga melayu, korang tak habis2 nak kutuk UMNO

      Padam
    6. Bodoh giler..ada dua parti je. Lau tak bn..mst pkr.bapak failed nak mampus. Aku orang pas. Ko jgn nak ckp pas tu pkr la. Sorry la..memang team sama..tp aku pangkah pas. Umno sibuk jaga melayu..damnn

      Padam
    7. Sekarang aku nampak bapak ko lagi failed sebab gagal ajar anak dia. Aku cakap BN dan PR.. bukan bn dgn pkr.. kenal huruf dulu kalau nak menulis tu.. kalau team dah sama, confirm la tu korang team yg tak akan sokong melayu... menaikkan cina dap

      Padam
    8. Giler..smpi keluar bapak2. Mana pergi ko punya budi bahasa dengan perli ko tu? Mak lu memang pelacur la. Rilek..aku guna simbolik je.bukan maksud mak kau pelacur betul2. Tak tau la kalau betul.

      Padam
  5. Mari bongkar rahsia yang disimpan rapi oleh peniaga-peniaga Cina.

    Ini adalah cara bagaimana mereka mampu berniaga dan akhirnya boleh membeli shoplot dan juga condo-condo mewah yang bernilai jutaan ringgit, walaupun berniaga kecil2an.

    Kebanyakan mereka sanggup berjemaah untuk keuntungan bersama.

    Kita? Tanya diri sendiri.

    Jika anda mahu berjemaah membina perniagaan bersama famili atau rakan-rakan ada, ini adalah jalan terbaik untuk anda.

    Jom tingkatkan ekonomi diri... ! Kontek geng2 UMNO.. sila bawa salinan kad pengenalan dan pen untuk register jadi ahli UMNO sebelum anda mampu menjana kekayaan selepas itu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..macam sial..kena daftar jadi ahli UMNO pulak baru boleh kaya.UMNO ni macam MLM ke apa?hahahaha

      Padam
    2. MLM apa benda pulak.. MLM ni geng PKR jer yang layan.. Member Lanyak Member.. UMNO tak guna cara mcm tu.. kita sama2 bantu melayu.. kalau korang tak daftar, penat2 UMNO bantu, rupanya korang orang PR.. korang bantu cina balik.. penat je la UMNO bantu korang kalau macam tu.. pikir la sikit

      Padam
    3. sebab pikir sikit la ko sokong UMNO, kalau pikir banyak..kau masuk pembangkang.hahahahah

      Padam
    4. aku tak nampak korang yg join PR ni jenis bfikir.. mcm xbfikir ada lah aku tengok... UMNO jaga melayu langsung ko tutup mata sebab dah tpengaruh dgn propaganda PR.. otak ko langsung x boleh bpikir sbb sudah kena pukau dgn ayat2 manis pembangkang... pembangkang banyak rosakkan kita.. percayalah cakap aku

      Padam
    5. Sorry la brader. Tun Mahathir sendiri yg cakap ramai Dr dan golongan bijak pandai sertai pembangkang. Sementara UMNO pula disertai golongan yang ntah apa2. Aku bukan nak cakap ko bodoh. Mungkin ko diantara yg pandai sikit la dlm UMNO tu. Tp serius..UMNO yg bagi aku internet? Mcm haram..aku byar bulan2 la. Ko nak ckp internet ni UMNO yg bawak masuk malaysia? Puihhh..point macam budak2

      Padam
    6. Kena tengok kenapa Tun cakap macam tu. Tun tu emosi juga dalam sesetengah keadaan. Masa tu masa dia kritik Tun Paklah dan menantunya. Cuba tanya dia skrg, apa jwpan dia?

      Mmg la dari segi pniagaan bukan UMNO yg bwk masuk internet.. tp internet mudh masuk sbb BN yg memerintah. Kalau hrpkan PR, sibuk dgn perebutan kuasa.. satu kerja pun tak jadi... secara simboliknya UMNO la yg tolong melayu

      Padam
    7. UMNO sembang merata suruh sokong melayu. bila time prk, calon melayu ada disuruhnya undi Cina, contradict nak mampus

      Padam
  6. kalau lu nak barang lu laku, buat elok2 la der..promosi kasi mantap,bagi pengguna puas hati. Gi mampus la company melayu ke tak. ni nak guna promosi cara hasutan je. tak profesional la.

    BalasPadam
    Balasan
    1. woi! cina pun guna cara hasutan.. kalau tak, takkan diorang hanya support barangan diorang jer.. yang cerita pasal altel tu bukan hasutan, itu cerita benar... kalau tak disebabkan cerita pun, korang pun tak tau adanya altel... sekarang baru sibuk2 nak cari altel.. kalau tak tukar lagi line altel, tak tau la nak caakap.. UMNO dah cukup jaga kita yang melayu ni.. pikir2 la woi

      Padam
    2. mana bukti cerita tu cerita betul? owhhhh...lupa,apa yang ditulis dalam internet ni memang kisah yang sahih semuanya. ko tu kena pikir bnyak. tgkkkk..ko sendiri dah termakan cara promosi cmni.hahah.Sumpah doh,aku tak de sibuk2 langsung cari altel.haha. "kalau tak tukar line altel,tak tau la nak cakap".hahaha.damnn..

      Padam
    3. buat pengetahuan tanpa nama 256, cerita itu cerita benar. Yang tulis cerita tu ada dalam page "Boikot Barangan Cina Dap ORI"... ko bleh contact orang yang post. jangan ko maki dia pula dah la.. tapi aku rasa baik ko tak payah contact.. ko pun dah terkena hasutan PR sebab ko dah confirm tak pakai altel.. ko langsung lupa UMNO selalu jaga melayu.. ko memang anti bangsa sendiri

      Padam
    4. Hahah..mcm sial. Tetibe altel pulak melambangkan semangat cintakan bangsa. Mmg twist nak mampus. Hahah.

      Padam
    5. Secara simbolik je la.. bukan altel tu lambang bangsa... kalau ko guna digi, sama la ko sokong pniagaan cina.. kalau altel dan celcom, tu baru sokong melayu.. syed mokhtar dah banyak tolong melayu.. ini masanya kita balas jasanya..

      Padam
    6. Debat punya debat..last2 simbolik..umno tolong bangsa.tu je point. Bosan la fight ngn macai ni.pusing2 fakta..last2 ayat sama yg keluar. Aku pun bg simbolik je.sebenarnye aku bercerita pasal panda kat zoo negara.

      Padam
  7. nak boikot brg cina?.... msuk dlu dlm bisnes.... tgok ble idup x dgn 'boikot' tu??..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau boikot bodo2 macam tu mmg la ko gagal.. sebelum nak boikot, isi borang UMNO dulu.. biar melayu bersatu bawah UMNO.. kita sama2 boikot... baru boikot tu berjalan..

      kalau nak harapkan join PR baru nak boikot.. jangan haraplah.. PR lebih jaga cina berbanding india.. melayu diorang tak jaga... memang bodo la kalau nak boikot tapi join PR

      Padam
    2. bagus tanpa nama 134. cara ko pikir memang cara UMNO.. bezanya UMNO jaga melayu.. ko jaga borang

      Padam
    3. tanpa nama 240. cara ko pikir memang cara UMNO, bezanya UMNO jaga melayu..ko jaga tulis cara ko pikir memang cara UMNO..bezanya UMNO jaga melayu.

      Padam
  8. Isu cina halang rezeki melayu ni dr dulu lg dah dibangkitkan...
    zaman aku sekolah lg ada cikgu cina sebelah anak murid cina lebih dr bangsa lain...

    Pada aku satu je, ini semua bergantung kpd individu itu sendiri.
    Klau dia nak tolong bangsa, tolonglah...
    Klau dia percaya hak sesama, percayalah...

    Even Optimus Prime pon hilang percaya kpd manusia, apatah lagi manusia sendiri (tetiba...)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu cero.. cara cero berfikir sama macam UMNO.. tolong bangsa dan tolong hak sesama, maksudnya bekerjasama jatuhkan cina. bezanya UMNO jaga melayu, cero jaga optimus prime

      Padam
  9. Sebelum memulakan sebarang perniagaan, tidak kira kecil atau besar, harus diingat bahawa 3 aspek penting yang perlu dititik beratkan iaitu UMNO, BANGSA dan GENG kita. Jika kita gagal fokus pada 3 aspek ini, maka akan gagallah perniagaan kita.

    BalasPadam
  10. cam kimak je macai umno yg komen kat sini... dia ingt umno tu Tuhan ke yg beri rezeki kt org melayu???

    BalasPadam
    Balasan
    1. inilah bahasa yang PR dah terapkan dalam didikan parti gabungan mereka.. memaki ketika bulan mulia.. UMNO bukan tuhan tapi pertubuhan yang kukuh berdiri membela melayu.. takkan melayu hilang di dunia kata hang tuah. Hang tuah tu orang melayu.. DAP jangan harap nak cakap macam tu..

      Padam
    2. Itu bukan maki... itu bahasa perli.. itulah ko.. suruh jadi melayu, tak mahu.. lepas tu tak faham cara orang melayu berbahasa dengan betul.. itu perkataan sinis.. lagipun itu ditujukan bukan kepada melayu.. UMNO tak kan buat macam tu pada melayu.. UMNO jaga melayu.. kena ingat yang itu..

      Padam
    3. Umno mencarut= perli, berbahasa dengan betul
      Pembangkang mencarut= fikiran kotor, melayu lupa diri.
      Damn..logic..where are you?

      Padam
    4. Logiknya mereka sendiri yang mulakan dulu minta benda mengarut2. Nak mansuhkan kelebihan bumiputra. Nak jadikan semua orang islam bebas keluar masuk agama. Biar kita jadi lemah. Kemudian mudah lah mereka rampas negara kita.

      Bila mereka yang mulakan dulu, sebagai orang melayu, kita jangan tunjuk kelemahan... biar mereka sedar mereka bukanlah kuat mana...

      Padam
  11. alangkah bertuah nya menjadi org cina di malaysia, sudah la kamu semua kaya raya, mahu dihapuskan lagi hak bumiputera supaya kamu boleh menjadi lagi kaya...

    alangkah bertuahnya menjadi org cina di malaysia, walaupun kamu tidak menyokong kerajaan pimpinan org melayu tetapi apa sahaja kehendak kamu pasti dipenuhi dengan rela hati oleh kerajaan pimpinan melayu walhal org melayu sendiri tidak mendapat pembelaan yg sewajarnya...

    alangkah bertuahnya menjadi org cina di malaysia, sudah lah kalah dalam pilihanraya.. kemudian diangkat menjadi senator dan sekaligus menjawat jawatan menteri dan timbalan menteri....

    Orang melayu masih membutakan mata mereka. Tidak kenal siapa UMNO disisi mereka. UMNO sentiasa berdiri membela melayu, tetapi di caci pula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pe jadahnya..umno bela melayu..bela kroni pemimpin umno adela

      Padam
    2. hbs tu siapa yg angkat org cina kalah pilihanraya ni jd senator, menteri & timbalan menteri ni kalau bkn UMNGOK??? xkan itupun nk marahkan dap lg?

      Padam
    3. Sila pandaikan sikit membezakan kekuasaan.. bila cina duduk bawah payung BN, maka melayu lah yg berkuasa.. tapi bila cina duduk bawah payung PR, cinalah yg bkuasa...

      Semua pmintaan mereka anwar ikutkan.. BN naikkan sape2 pun ttp ketuanya tetap melayu.. jadi melayu masih berkuasa.. lain kali fikir jauh sikit.. kalau dah macai PR tu, mmg susah nak dibentuk

      Padam
    4. Sory la bro. Lu tak payah letak cina bawah pr pun memang cina dah berkuasa. Ekonomi malaysia ni mmg cina dah pegang.

      Padam
  12. Fuh..kuatnye bau macai umno kat sini.hahah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bau busuk macai PR jauh lebih busuk.. takkan hidung ko tak dapat tangkap bau dia... confirm ko pun macai PR, sebab tu xdpt kesan, sebab dah biasa bau busuk geng sendiri..

      Padam
    2. Aku tak cakap pun bau busuk.aku cakap bau macai umno je. Hahahah.rilek bro..jgn hilang pertimbangan

      Padam
  13. Hakikat org cina selalu tak sokong produk melayu adalah realiti di negara ini. Kalau siapa siapa yg membesar pertengahan tahun 80an mesti ingat lagi produk jenama Zaiton. Pada masa tu tak banyak kedai runcit melayu. Pada masa tu kedai kedai runcit cina akan susun dan letak produk Zaiton di rak bawah dan tersorok. Akhirnya jenama Zaiton pun bungkus sebab dari segi peruncitan tak banyak dapat sokongan. Ini hakikatnya.
    Yang kutuk kutuk produk melayu kurang kualiti tu nnt masa mati sila tempah keranda dgn cina ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takde org pun kutuk produk melayu. Apa yg noob nyatakan tu pun cuma kisah syarikat telco. Noob pun cakap..pilih barang tak ikut bangsa pun..yg penting kualiti dan kepuasan. Kalau melayu yg buat brg tu dan best..maka beli la benda tu..tp kalau org lain buat lagi best..aku bli la yg org tu punya. Ko je yg terbawa-bawa tetibe produk melayu tak berkualiti..tempat keranda dgn cina segala bagai. Over siot

      Padam
    2. Bagus atau tak, beli dulu.. pastu beri komen baik2 pd bangsa sendiri spy diorg tingkatkn kualiti.. bukan dgn mudah2 pergi tukar ke peniaga cina.. peniaga cina pun asalnya bukan ada kualiti.. tp bangsa diorg sokong.. pastu sikit2 diorg tingkatkan kemajuan...

      Padam
    3. Siot..sebab dah pernah bli dan dah pernah guna la kita dpt buat perbandingan. Aku tgk ko dari td nak debat tp ko main twist ayat org lain jd mksud yg ko nak. Apa ni? Kalau lawan kat court..kalah lu der

      Padam
    4. Skrg tmpah batu nisan pun dgn org cina..apa nk pelik klu tempah keranda dgn cina

      Padam
  14. aku rasa macai umno yg byk komen cam bangang kat atas tu bkn macai umno pun tp macai pr yg saje2 menyamar jd macai umno dgn tulis komen2 bangang supaya org nampak umno ni bangang... sbb komen dia terlalu bodoh & bangang utk menjadikan dia seorg macai umno

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bagus.. sekarang baru ko nampak betapa bodohnya macai PR kan? Dah la bodoh, menyamar pulak tu.. sekarang ko sendiri dah buktikan yang macai PR bodoh dan penipu.. sebab tu aku cakap, kalau nak harapkan PR yg memerintah, haram negara nak maju... btelagah sesama sendiri.. lepas tu sanggup buang bangsa dan sokong pembangunan bangsa lain.. akhirnya bangsa sendiri yg tgadai.. PR mmg duri dlm daging buat negara kita.. jauhilah mereka selagi korang masih waras mampu bfikir

      Padam
    2. Kalau macai pun kita dah nampak betapa bangangnya PR ni... inikan pula leader mereka.. jauh lebih bangang.. banyak tindakan mereka hanya merugikan negara... cakap pun belit2... bila ada org melayu cuba perkenalkan altel pd kita, sibuk kita nak hentam mereka.. jadilah melayu yg cerdik sikit.. bantu sesama kita.. bukan merosakkan sesama kita

      Padam
  15. kpd macai umngok kat atas...
    PERGI MAMPUS LA AKU NAK BELI DARI SIAPA,MELAYU KE CINA KE YAHUDI KE,AKU BELI GUNA DUIT AKU.XPAKAI SIKIT PUN DUIT BAPAK KAU.KAU NAK BELI PRODUK MELAYU NAK BOIKOT PRODUK CINA IKUT SUKA BAPAK KAU...DUIT KAU AKU XPEDULI..TP JGN PAKSA ORG LAIN WAJIB BELI PRODUK MELAYU... ORG UMNGOK NI CKP XSUKA CINA TP MASA LEE CHONG WEI MAIN BADMINTON DIA LA YG BERSORAK PLG KUAT SEKALI...MMG DASAR HIPOKRIT PUNYA MACAI

    BalasPadam
  16. Macai umno ni dilantik jadi jkkk kat kampung dia kot.hahah. tahniah la bro. Kau sanjung la umno cmner sekalipun..tu kau punya hal. Kita ni manusia. Kita kerja..ada duit sendiri.apa yg kau bli..adalah untuk kepuasan kau.tak kira la produk melayu atau cina. Asalkan halal dan berkualiti. Agak kasar jugak bila cakap org yg bli produk cina tu macam2. Padahal kau sendiri pun tak sedar brg sekeliling yg kau guna. Benda ni simple je. Tak perlu la asyik nak umno..umno..umno. Kau boleh bungkus kau punya umno..tapau bawak balik. Kalau aku nak bli barang..aku tak pikir dah pasal politik mana yg wujudnya barang tu. Ada berjuta-juta rakyat kat malaysia ni..xkan disebabkan cerita kat atas kau nak membuak- buak pulak kan? Ok..kau nak ckp org ckp terima kasih umno kan? Terima kasih umno.settle..sila ketepi

    BalasPadam
  17. Apa la korang ni duk bgaduh. Ketua2 korang tetap kaya raya. Najib dgn hadi tgh borak senda dlm wad. Korang juga yg baghal duk bertekak dkt sini. Keh3 ...

    Gua nak tanya la dlm byk2 produk dkt rumah korang. Produk melayu ke jepun ke cina yg jd pilihan? Kebanyakkan produk dtg dari cina. Walaupun ko beli barang dari melayu, barang tetap made in cina thailand japon keh3.. Nak bli tablet pun made in china. Xkan nk bli tab 1malaysia lahanat tu.

    Cuma yg aku nampak dkt tempat aku. Melayu champion meniaga bab makan je. Nak meniaga benda lain mmg failed. Cina dh konquer semua ..

    Gua x sokong cina. Tapi sokong produk yg berkualiti. .. Melayu ni bab kedai mkn je la bleh bniaga. Tu pun ada duk berdengki kedai sebelah2 wakaka ..

    BalasPadam
  18. Secara dasarnya, saya akan tetap akan pilih produk Islam berbanding dari produk keluaran kafir, walaupun dari segi mutunnya agak kurang.

    Ini untuk membantu meningkatkan ekonomi umat Islam sendiri agar boleh berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada orang kafir lagi.

    Soal UMNO PAS PKR sebenarnya 2 kali 5 sahaja mereka. Mereka sudah ibarat perosak umat Islam sekarang.

    BalasPadam
  19. wau, rami anon troll sini haha2, apapun UMNO adalah satu2nya parti melindungi hak asasi melayu yang hampir puspus jikalau tidak ada UMNO ni nescaya habis la melayu musnah dan hilang lah melayu didunia fana ni

    tapi mcm point noob psl line net and phone, lagi sikit org pki lagi laju line internet tu jalan, memang ak racommended internet yg org sikit pki...dn janji line tu ad kat tmpt kita hehehe2
    p/s: ayat jahil yg bodoh, mana ayat yg agung kan kehebatan Allah S.W.T? xkan dlm ayat arab je kot? malay xde malay?

    BalasPadam
  20. Tengoklah apa jadi bila orang kita sendiri tak support orang kita... baca dan fahamkan.. jangan bodoh sombong... disebabkan kualiti, sanggup menolong orang lain.. pikir la sikit.. ada otak, pakai... bukan fikir untuk kepentingan pembangkang saje..

    http://www.utusan.com.my/utusan/Rencana/20140702/re_06/Hidup-mati-peniaga-Melayu-Legoland-dan-SilTerra

    BalasPadam
    Balasan
    1. sori... aku masih lg utamakan kualiti,bkn bangsa. aku yg penat2 kerja utk duit aku, aku mahu spend duit hasil kerja keras aku utk sesuatu yg berkualiti... aku peduli psl org lain, aku beli sbb aku nak beli bukan psl nak menolong sapa2 samada melayu,umno atau pembangkang... kalau produk melayu tu berkualiti, aku akan beli, xde masalah pun...

      Padam
  21. Support artel talian komunikasi terbaru...internet terbaik...yg penting pemilik 100% islam syed al bukhary...jutawan Islam....

    duit anda TopUp dan Sim digunakan until mendirikan masjd di seluruh Asia disamping membantu umat Islam diseluruh dunia....

    celcom,digi dan maxis blm tentu kemana anda tahu hala duit keuntungan tu...support 100% produk islam ...yg penting internet terbaik....

    anda cr disyarikat bkn Islam diorg xkn jual Sim card nie

    BalasPadam
  22. baca sja tau ni cerita palsu. pengarang pun busuk hati kuat memaki. sama la juga dgn komen2 yg racist di sini. bodoh punya cerita otak d kepala butu kecil. buduh..

    BalasPadam
  23. Bersyukur la sahabat semua...jgn duk komen tapi takde buat apa2...2x5 la ko dgn depa...puiii

    BalasPadam
  24. Hati2.. kdg2 cybertooper Redbean menyamar ID melayu dan tulis dlm BM utk pecah belahkan umat melayu islam..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.