Iklan Leaderboard

Jumaat, 18 Julai 2014

11 Sudah cukupkah bekalanku untuk bertemu denganMu?

Hari ni Aila rasa sedih sangat. Sedih sangat dengan pelbagai peristiwa yang melanda negara kita dan umat Islam hari ini. Dengah tragedi MH17 yang sangat tragik, MH370 yang masih hilang, umat Islam di Gaza yang terus dibedil oleh tentera Israel. Kadang2 Aila terfikir, kalau Aila yang dipilih untuk berada di tempat mereka, adakah Aila sempat bertaubat sebelum Aila kembali menemui Yang Maha Esa? Adakah bekalan dan amalan yang Aila sediakan di dunia diterima Tuhan dan sudah cukup untuk melayakkan Aila diterima masuk ke syurgaNya? Sukar untuk Aila menahan air mata setiap kali teringatkan perkara ini.


Ya Allah ya Tuhanku,
Sesungguhnya aku tak layak untuk ke syurgaMu
Namun aku tak sanggup untuk ke nerakaMu
Oleh itu ampunkan dosaku dan terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar


Mati itu pasti, cuma kita tidak tahu bilakah ia akan datang menjemput kita. Semoga kita semua kembali kepada jalan kebenaran dan mendapat keredhaan daripadaNya.


11 ulasan:

  1. Balasan
    1. Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

      Padam
    2. ini sume keje mossad. dorang masuk kem pemisah pro rusia pastu bagi maklumat palsu kata pesawat tu pesawat tentera ukraine. general pemisah tu siap declare kt web dorang dah tembak pesawat ukraine tapi bila tau pesawat MAS terus dia padam. mossad saja pilih flight MAS sebab malaysia anti israel sedangkan byk pesawat negara lain guna laluan yg sama. kalo korang penah baca cara mossad bomb nuclear plant di iraq dan syria korang akan percaya cerita ni. mossad hanya perlu hantar sorang ejen untuk hancurkan malaysia so malaysia tak perlulah berlagak berani sngat nak kutuk2 israel kt pentas dunia. sedarla yg kita tak kuat mana pun.

      Padam
    3. sehari selepas mh17 kene tembak israel telah memulakan serangan darat keatas gaza. rancangan mereka untuk mengalih perhatian dunia telah berjaya. sekarang media antarabangsa lebih tertumpu kepada cerita mh17-Malaysia dari cerita serangan keatas gaza. so jgn smpai sebuah lagi pesawat MAS kena hijack dgn mossad.

      Padam
    4. hanya malaysia yg mempunyai passport tertulis 'passport ini sah digunakan disemua negara kecuali israel'. adakah israel telah memulakan serangan keatas malaysia? apa yg kita ada..? mat sabu?

      Padam
    5. Kita masih ada Allah rabb yang menciptakan segala sesuatu..berdoalah ya Allah sesungguhnya hanya kepada engkau kami menyerahkan urusan,sesungguhnya engkaulah sebaik-baik tempat menyerahkan urusan..Allah rindukan rayuan dari hambanya

      Padam
  2. Aila meh nangis kat bahu abang...

    BalasPadam
  3. mati itu pasti... kena banyak2 doa mohon hidup kita diakhiri dgn husnul khatimah
    ===> Doa mohon Husnul Khatimah

    BalasPadam
  4. Salam..Sedih juga atas berita-berita yang begitu mengejutkan,
    Moga Allah lindungi kita semua daripada fitnah akhir zaman..

    BalasPadam
  5. Aila ni sape plak??hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. seorang penulis blog wannabe yg suka cilok/copy paste artikel/video dr tempat lain

      Padam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...