Halaman

Ahad, 3 Ogos 2014

Kalam Tuhan untuk manusia bukan untuk haiwan

Aku bukan nak kondem orang2 melayu Islam berniaga, malah aku amat menyokong orang melayu Islam berniaga dan mengeluarkan lebih banyak produk2 berkualiti yang boleh bersaing dengan produk2 luar negara dan produk keluaran cina, tapi tolonglah jangan memperdagangkan agama.


Lain2 tu bagi aku takde masalah, tapi ayam dibela dalam gelombang Al-Quran? Macam mana yang dikatakan gelombang Al-Quran? Bagi ayam dengar bacaan 30 juzuk ayat2 Al-Quran? Bela ayam bersama2 ayat2 Al-Quran?


Sekarang aku nak korang semua faham. Ayat2 Al-Quran Allah turunkan untuk manusia, bukan untuk haiwan. Manusia perlu menjadikan kalam Tuhan sebagai panduan dan petunjuk bagi yang masih hidup, bukannya untuk dibaca kepada haiwan. Kalau ada hadis sahih yang menyatakan Nabi ada menyampaikan ayat Al-Quran kepada binatang, bagitau aku.

Tak perlulah gunakan agama untuk menarik perhatian orang Islam beli produk korang. Sama juga seperti kismis jampi, air anai2, air doa tok imam, air berkarbonat dengan bacaan 30 juzuk dan sebagainya, cukup2lah.


Soalan: Syarikat tertentu telah mempromosikan air yang ditulis ayat al-Quran padanya, atau kismis yang dijampi. Sehingga didakwa sesiapa yang meminumnya akan menjadi cerdik seperti ulamak silam. Apakah pandangan DR MAZA tentang hal ini?

Jawapan: Dalam hadis ada beberapa orang sahabah yang didoakan oleh Nabi s.a.w. agar diberikan ilmu dan kepandaian. Antaranya tokoh sahabah yang masih muda Ibn ‘Abbas r.a.huma yang baginda doakan untuknya :

اللَّهُمَّ عَلِّمْهُ الْكِتَابَ

    Maksudnya: “Ya Allah! Ajarkanlah dia al-Kitab (al-Quran).(Riwayat al-Bukhari).

Ibn ‘Abbas benar-benar muncul sebagai tokoh ilmu pengetahuan, penafsir al-Quran dan sahabi yang alim yang menjadi rujukan umat. Namun Ibn ‘Abbas bukanlah seorang yang hanya menunggu hasilnya doa baginda datang bergolek seperti mana sesetengah pihak menunggu kesan bahan jampi. Sebaliknya sejarah mencatatkan kesungguhan beliau dalam berusaha memperolehi ilmu. Selain daripada berkesempatan mengambil ilmu secara langsung daripada baginda s.a.w selama tiga puluh bulan. Kemudian baginda wafat ketika umur Ibn ‘Abbas tiga belas tahun. Beliau terus mengambil hadith daripada para sahabah seperti ‘Umar ibn Khattab, ‘Ali, Mu’az, bapanya sendiri iaitu ‘Abbas, ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf, dan ramai yang lain. (lihat: al-Zahabi, Siyar ‘Alam al-Nubala`, 3/332-337, Beirut: Maktabah al-Risalah).

Maksudnya, doa Nabi s.a.w. memang dimakbulkan Allah melalui proses keilmuan yang sepatutnya. Sebaliknya, keadaan sesetengah masyarakat muslim seakan cuba digula-gula dengan meminum atau memakan bahan jampi orang agama, maka akan berlaku keajaiban dalam kehidupan. Sepatutnya yang ditekankan adalah soal kesungguhan menuntut ilmu seperti yang difardukan oleh Islam.

Malangnya dalam masyarakat muslim, kesungguhan membaca, memilki buku, memenuhi perpustakaan, menulis bahan ilmiah tidak digembar-gemburkan, bahkan ‘orang lain’ mendahului kita. Tiba-tiba jampi menjadi cerdik pula yang mendapat publisiti dan dijual secara komersial.

Tidakkah kita merendahkan Islam apabila orang bukan Islam melihat anak orang kita yang minum air jampi ‘ustaz’ tidak lebih cemerlang atau jauh ketinggalan dibandingkan anak ‘orang lain’ yang berbekalkan air mineral?. Janganlah kita lelongkan agama kerana bisnes kita.

Sumber Dr. Maza.

Serius aku tak pernah lagi dengar orang cina jual apa2 produk dan cakap yang barang tu dah diasap dengan colok selama 3 hari 3 malam, atau direndam dengan holy water selama 1 purnama, atau telah dibacakan dengan ayat2 dari kitab Tripitaka atau Bible untuk menarik orang cina beragama Buddha atau Kristian untuk beli, tapi ia masih lagi laku dan boleh dijual.




tags: ayam ustaz gelombang al-quran ayat firman kalam tuhan untuk manusia bukan haiwan binatang tok imam product doa imam air anai khodafi memperdagang agama

38 ulasan:

  1. manjang dr.maza asl x g tanya terus je mufti ja?

    BalasPadam
    Balasan
    1. dr maza tu bekas mufti apa... lgpun most of the time mufti2 kita mana nk layan isu2 mcm ni, lain la kalau isu2 politik mempertahankan pemerintah barisan nasional, mmg diorang cepat je keluarkan fatwa

      Padam
    2. Yg aq taulah hnya usetat pas je yg bwt mcm ni, jadah sungguh

      Padam
    3. Ah sudahhhhh..start dah masuk politik. Semua kejadian kat alam ni kena masuk unsur politik. Parah2

      Padam
    4. taknak sembang politik gi masuk blog nara la bodoh

      Padam
    5. Nak sembang politik msuk blog macai la bodoh.

      Padam
    6. Noob ni macai DAP sekian.

      Padam
  2. Hahaha...Sungguh x d nafikan.. aku senada dgn penulis..

    BalasPadam
  3. melayu bodo je yg terpengaruh beli produk sebegini.bialah si luncai terjun dgn labu-labunya

    BalasPadam
  4. korang baca testimoni pelanggan kat blog ayam ustat tu http://ayamustaz.blogspot.com/2014/06/masya-allah-sedapnya-ayam-ustaz-ni.html

    " Rasa macam bersih je hati makan ayam yang dengar bacaan Al-Qur'an setiap hari ni.."
    -Puan Shahidah, Shah Alam.

    patut rasa bersih hati bila kita dengar bacaan al-quran atau kita sendiri yg baca, ini rasa bersih hati bila makan ayam yang dengar bacaan al-quran.... seriyes kelakar

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nasib baik tak cakap "taik ayam tu pun boleh dimakan..suci dan bersih. Boleh dijadikan air dan penambah perisa dlm masakan..masakan menjadi lebih barokah".

      Padam
    2. xpela.. tu nme nye Plasebo.bnde mcm ni pon nk perlekeh.even aku stuju dgn Dr Maza tp tu sbb jwpn dia secara ilmiah bkn mcm korg.

      Padam
    3. Apa ko merepek ni anon 313?baru balik kelab ke?

      Padam
    4. spe merepek? ade stetmen blk kelab ke? fuh rupenye ade org gila.

      Padam
    5. owh..gila rupenye..ingtkan baru balik kelab

      Padam
  5. Org melayu byk yg malas, nak guna pelaris mcm2 utk dpt untung cpt tanpa belajar selok belok business....n malas nak buat homework gak, cepat percaya buta2. Kalau ada air special yg dianggap boleh hapuskn dosa2 yg lalu hasil dr rambut nabi (sbg contoh)...cepat sgt percaya n guna agama sbg pelaris. Belum lg kes byk sgt org kutip derma gaza siap ada gaya mcm ulama n nmpk official, tp byk antara mereka ambil kesempatan untung atas angin...semua sbb gunakn agama sbg pelaris

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hah..yg kutip derma gaza tapi penipu tu sendiri la tanggung. Menjawab la diorang time malaikat soal. Kita dah bagi duit dengan niat nak bantu saudara sana. Uihhh..kena soal dgn polis pun dah ketar2..ini kan pulak malaikat..dibalunnya dengan cemeti..koyak rabak la bdn

      Padam
  6. Penah pergi 1 tempat ternak ayam ni..tuan ayam memang ade pasang ayat Quran n zikir...kadang lagu siti nurhaliza..lol

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam tu akan berperisa macam siti. Nyum2

      Padam
  7. Nak hrapkan pndai dengan minum air jampi? Puihhh. Blaja pun malas..tiba-tiba pikir boleh jadi pndai sebab makan dan minum benda jampi. Lebih baik makan kurma, kekacang, suplement vitamin tambahan..sekurang-kurangnya ada jugak khasiat nak bagi badan dan otak cergas. Lepas tu study la rajin2. Melayu..layu jeeeee...

    BalasPadam
  8. Kalau mcm ni punya baik..pegi je jampi kat air zamzam, sampai kiamat orang boleh minum, semua dapat hidayah dan jadi ulama...

    BalasPadam
  9. Kalau mcm ni punya baik..pegi je jampi kat air zamzam, sampai kiamat orang boleh minum, semua dapat hidayah dan jadi ulama...

    BalasPadam
  10. Strategi perniagaan sebegini biasanya ditujukan kepada golongan beragama Islam khususnya sebab dipercayai dapat menarik kuasa pembelian dari mereka. Tetapi memang patut dipantau juga perniagaan-perniagaan yang melibatkan unusur keagamaan di Malaysia ini, takut disalahgunakan sehingga menyesatkan pengguna.

    BalasPadam
  11. KFC tak perlu pun baca Quran kat ayam dia boleh je dia untung.siap worldwide lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu aku pernah makan radix fried chicken. Sedap gak. Rempah dia unik. Kentang putar dia pun bagi aku lagi sedap dari kfc punya. Ramai makan kat RFC masa baru2 buka dulu. Tapi selang setahun dua, kualiti ayam makin teruk,cincai je goreng..pastu restoran dan rupa macam order kat pasar malam siap ada kucing masuk lepak dalam kedai. Apa itu ehsan? ehsan ialah kita buat sesuatu dengan sehabis baik, dengan sepenuh hati dengan harapan kita beri yang terbaik,dan Allah balas yang terbaik kepada kita. Itulah kurangnya dengan peniaga melayu kita..kita ada semangat, kita ada modal, kita ada otak yang bijak..tapi kita tak ada ehsan. Itulah yang kita kne semai dalam generasi kita. Sepatutnya dari bangku sekolah..kita dah didik bangsa kita agar sentiasa bersifat ehsan..buat kerja sekolah dengan penuh ehsan, jawab exam dengan penuh ehsan, kerja dengan penuh ehsan.

      Padam
    2. ko silap maksud ehsan tu...
      cuba pi check balik dalam hadis Nabi...

      Padam
  12. kalau melayu berniaga, ada je salahnya.. kalau cina berniaga, apa pun betul.. melayu berniaga ayam untuk lawan ayamas yg cina punya.. bukan sajer2 berniaga nak untung semata2.. tp bila bniaga tu, biasalah.. mesti ada melayu2 lain yg akan dengki.. dulu berniaga guna ayat2 jampi, kata syirik.. skrg guna ayat quran pun tak boleh jugak.. rasanya kalau melayu ni duduk senyap jer jadi pembeli dan terus bekerja di bawah cina baru korang suka kot agaknya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku org Islam dan aku xsuka agama aku diperguna utk lariskan perniagaan. jgnlah kita berdusta atas nama agama...

      Padam
    2. kita ni org melayu..memang sokong bangsa sendiri. sebab sayang kat bangsa sendiri la kita taknak org pandang bangsa kita ni suka percaya benda bukan2 dan berfikiran sempit. Macam mak bapak kita tegur kita..itu ini salah..tu sebab mereka nak betulkan kita. Noob bukan nak condem orang kita jual ayam atau air, tp cara yang digunakan tu mengarut. tak boleh ke ternak ayam seperti biasa,jual air seperti biasa..tapi mantapkan dari segi packaging, dari segi promosi dan juga mutu keluaran tu sendiri. kajian menunjukkan pembeli lebih cenderung dengan jenama yang namanya ada stail dan komersil serta mempunyai corak packaging yang menarik perhatian. Jangan la stakat corak ala kadar,tp 30 Juzuk tu je yang besar.
      Tambahan pula, kalau packaging kita cmtu, dah semestinya pelanggan bangsa dan agama lain tak beli. segmen pasaran jadi makin sempit. Daya saing kita kurang. Lepas tu cmner nak compete dengan produk cina dan luar negara?. Design cantik2, harga berpatutan, promosi baik, ada cop halal yang sah..dah cukup,memang orang akan beli.
      Lagi satu, islam itu mudah. ikut je apa Nabi Muhammad buat. yang baginda tak buat, tak payah la memandai nak buat. Kan para sahabat pun ramai yang businessman hebat2. mereka buka kedai jual pakaian,makanan dan lain2, jadi penternak dan macam2 lagi. tak ada pulak yang kaya sebab jual air jampi. Kalau kita bagi budak2 melayu minum air 30 Juzuk, blajar malas..bila exam teruk..tak ke kita ni memalukan agama kita sendiri? macam menunjukkan yang agama kita ni penuh jampi mengarut. Ko rasa Allah marah tak? ko takut bangsa ko marah ke atau takut Allah marah?

      Padam
    3. Anon 1208 ni contoh makan ayam Ustaz, minum air jampi tapi malas baca buku dan blaja ilmu agama. Mungkin kau slow sikit berbanding orang lain kat sini..jadi guna la lebih masa untuk berfikir..sebab kau tak mampu fikir macam orang lain..slow dan sempit. Orang lain otak memang dah boleh fikir benda cmni dan komen dengan matang dan waras walaupun baca sekali imbas je. Tapi kau jangan pulak ikut, sebab kau perlukan lebih masa. Sedar dan belajar terima kelemahan kau.

      Padam
  13. Aku perasan lama dah mende ni...
    Kat surau rumah aku pon ada buat benda yg sama..
    Mangsanya ialah suri rumah tangga dan pakcik makcik yg mudah terpikat dgn nama agama...

    BalasPadam
  14. siapa nak?aku ada sediakan perkhidmatan pelempang dan penyepak yang disapu air yaasin serta 30 Juzuk. Lepas kena trus jadi pandai. aku tau melayu ramai yang nak.

    BalasPadam
  15. sbb yg manusia nya malas baca dan fahami quran, tu yg last2 bacakan kt ayam air makanan supaya manusia yg makannya ada la kesan jd baik skit ke.

    dah jom ngaji walopun satu ms stiap hari. dr tepon pn dh leh bace.

    BalasPadam
  16. sumpah kelakar.. Bodo sgattt knpe.. Ayam jgak jd mangsa.. Tp pasal air tu memang btul.. Sbab molekul air tu boleh merakam ap yg diucapkan kpdnya.. Kalau kta bca alquran,molekul air tu cantik mcm kristal, tp kalu kte kta bnda xelok cm bodoh dan sbgnya, molekul air tu jd xcantik.. Maksudnya,kalau ckp bnda elok maka air yg kta minum tu baiklaa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kelakar sgt ke? aku syak ko tgh guling2

      Padam
  17. Janji mahsyuk,

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.