Contoh menarik adalah pendidikan Afrika Selatan dan Papua yang berwarna-warni (tetapi tidak kemas), pendidikan seks Belanda, sekolah riang ria Amerika Syarikat, dan sekolah rendah vernakular kita sendiri.
Dan sudah tentu, sistem pendidikan Jepun yang dikagumi ramai.
Untuk berlaku adil, saya ingin berkongsi dengan anda kedua-dua kelebihan & keburukan budaya pendidikan Jepun.
1. Segalanya adalah mengenai usaha anda
2. Pembelajaran lebih dari hanya melalui buku
3. Menggalakkan kerjasama, bukan persaingan
4. Semangat kekitaan yang kuat dalam kelas
Berbanding dengan budaya pendidikan kita sendiri di Malaysia yang membuat kita begitu berbeza dengan Jepun boleh diandaikan secara amnya seperti berikut:
1) Kebanyakan kita berfikir bahawa kita 'dilahirkan pandai' berbanding memberi tumpuan kepada kerja keras.
2) Kita belajar demi peperiksaan. Oleh itu, kita banyak belajar secara pasif dari buku.3) Sekolah kita menggunakan sistem ranking untuk memupuk persaingan.
4) Kita bersaing antara satu sama lain untuk mendapatkan 'hadiah pertama' di sekolah.
5) Kita lebih suka 'success alone' (berjaya sorang-sorang) berbanding mengajar rakan-rakan kita.6) Kita lebih suka mengusik (ejek) rakan-rakan kita berbanding untuk membetulkan mereka dengan cara yang membina.
7) Kita mempunyai kumpulan mini sendiri (klik dalam kelas) berbanding berkawan baik dengan semua rakan sekelas.
Kita sudah membincangkan kelebihan sistem persekolahan di Jepun. Sebagai seorang guru merangkap penyelidik pendidikan, kita perlu melihat kedua-dua belah duit syiling. Sekarang, kita akan melihat pula sisi gelap 5 Kelemahan Utama Sistem Pendidikan Sekolah Jepun, bermula dengan:
Kita tahu bahawa pelajar Jepun biasanya bijak dan rajin. Walau bagaimanapun, mempunyai terlalu banyak pelajar pintar yang melanjutkan pelajar ke institusi pengajian tinggi menyebabkan hal ini berlaku. Mujurlah mereka mempunyai banyak institusi yang boleh dipilih dari kolej komuniti ke universiti. Namun, universiti-universiti berprestij masih menjadi rebutan (seperti Universiti Tokyo yang elit), menjadikan persaingan dalam peperiksaan amat sudah sukar hanya untuk mendapatkan tempat dan diterima masuk. Dan bercakap mengenai peperiksaan...
Jepun memegang kuat tradisi Confucian yang menekankan pendidikan melalui disiplin. Peperiksaan adalah cara untuk menegakkan tradisi ini. Peperiksaan begitu berleluasa sehingga ramai lepasan sekolah banyak menghabiskan sebahagian besar masa mereka dengan menghadiri sekolah cram/tuisyen (Juku) hanya untuk memasuki universiti berprestij, seperti yang dinyatakan di atas. Oleh itu, sistem pendidikannya yang gagal untuk memenuhi keperluan pelajar dengan kemampuan dan gaya pembelajaran yang berbeza. Akibatnya, sesetengah pelajar mempunyai masalah seperti...
3. Sindrom enggan ke sekolah
4. Buli
Kami mempelajari bahawa pelajar Jepun mempunyai hubungan kelas yang sangat kuat. Interaksi ini kadang-kadang mewujudkan sekumpulan budak yang melampau dan nakal membuli pelajar lain yang tidak berada dalam kumpulan mereka. Walaupun kes-kes ini semakin berkurangan pada tahun-tahun kebelakangan ini, ancaman itu adalah benar dan telah menjadi punca kebimbangan kepada pentadbir sekolah.
Para pentadbir sekolah dan guru-guru turut mempunyai bahagian dalam menyumbang kepada perkara-perkara yang di atas. Hukuman seperti merotan pelajar hanya kerana pelajar tidak memakai pakaian seragam dengan betul atau tidak mempunyai potongan rambut yang kemas. Ini adalah lazim di sekolah menengah swasta yang mempunyai kod peraturan tingkah laku yang ketat.
* * * * * * * * * * * * * *
Itulah dia mengenai sistem pendidikan Jepun yang kita selalu pandang dan kagumi. Saya tertanya-tanya sama ada kita di sini bernasib baik dengan sistem pendidikan yang agak lembut di Malaysia. Ia terpulang kepada anda untuk direnungkan, dan membuat keputusan.
Artikel diterjemah dari tulisan asal blog Cikgu Heery mengenai KELEBIHAN dan KELEMAHAN sistem pendidikan Jepun.
tags: perbezaan perbandingan kelebihan kelemahan advantages disadvantages sistem pendidikan negara jepun malaysia japanese japan education system
apapun pemuja anime sentiasa nmpk jepun lebih baik dr malaysia... puihhh
BalasPadamaku budak kipas susah mati anime. aku suka jepun dengan culture dorang yang macam2 and certainly attitude yg mindset 1st world country dorang. compare ngn malaysia memang jauh skali. mindset orang malaysia susah nk ckp. paling senang bila org orang x tahu dan bertnya. dah org tak tahu sebab tu la dia tnya. ni tak boleh bantai gelak. cakap soalan bodoh la apa la. not everyone know everything as much as u do. so apa salahnya bila org tnya 'soalan bodoh' ti kita jawap baik2. ni bantai gelak la bahan la pastu print screen gelak ramai2. ni la salah satu pemikiran 3rd world country. so pathetic. camne malaysia nk maju....
Padamowh,jgn lupa jugak industri porno jepun yang sangt luas dan public porn dihadapan orang ramai sudah dianggap biasa. Mereka sngt kawaii sampaikan masa berlakon porn pun still wat gaya kawaii. Hai..malaysia sampai kena tahap tu baru boleh maju. yeah baby
Padamni sekoq lg bodoh.. org cite psl sistem pendidikan, dia pergi cite pasal porn apa kejadah... malaysia xde industri porno pun lu search kt google awek melayu tudung blowjob bersepah video 3gp... kalau ukuran kemajuan ko berdasarkan industri porno, aku rasa malaysia dh cukup maju...
Padamanon14
Padamapa2 yang ko tengok kat anime tu tidak mewakili budaya Jepun secara keseluruhan. Aku pun layan anime juga, tapi dari kelas bahasa Jepun cikgu cerita tentang kelemahan orang2 Jepun juga. Tak semua negara sempurna.
Death_Glare, boleh citer apa kelemahan orang2 jepun. Nak tahu gak
Padamsbgai muslim.. sya tetap katakn sistem pendidikan zaman kegemilangan islam trbaik.. sblm dirosakkn oleh golongan orientalis yg ingin memisahkn agama drp dunia.. n we all fell for it.. wsslm.
PadamSistem pndidikan malaysia?
BalasPadamPaling terabur skrg.skejap program tu program ni implementasi di sekolah.blum dpt rsult dh tkr plan lain.murid dh mcm bhn eksperimen. Cikgu pening. Nonsense. Bagus lg yg dulu
sistem pendidikan kita perlu lebih kepada mengajar nilai2 erti bersama dan menolak fahaman monopoli oleh sesuatu kaum.. apa pun tujuan belajar, akhirnya pelajar akan gunakan ilmu itu untuk mencari kerja.. tetapi apabila sistem pelajaran kita hanya mementingkan siapa yang pandai dia yang berjaya, akhirnya ekonomi negara kita akan dimonopoli oleh satu kaum sahaja..
BalasPadamdari satu sudut kita melihat perkara itu normal.. tetapi percayalah.. bermula dengan ekonomi, mereka perlahan2 menggunakan kuasa ekonomi itu untuk mengambil alih negara ini daripada kita..
lihatlah disekolah2 pun kita sudah diterapkan bahawa anak cina tu pandai.. sedangkan dia sama jer macam kita.. tak pandai mana pun.. tapi bila besar, mereka diberi peluang yang besar untuk menduduki hirarki pekerjaan yang berprestasi tinggi.. berbanding anak melayu... dalam dunia pekerjaan pun masih diselubungi perasaan utk bersaing.. bersaing sesama sendiri.. sambil menyokong kaum sana utk ambil alih negara dan lupuskan segala hak keistimewaan kita..
bangkitlah anak melayu dari angan2 yg merosakkan tanah air..
dari segi bab anak cina lagi pandai sedangkan dia sama je macam kita tu aku sokong. Sepanjang aku bersekolah hingga masuk U, tak pernah pun aku tgk anak cina yang paling top. dalam kuliah dulu pun kwn2 dia cuma dpt pointer average je..lebih sikit dari 3.00. Sedangkan ramai anak melayu yang pointer 3.50 ke atas. Even kalau ada cina yang dpt 4.00 pun, still lebih lagi bilangan anak melayu yang dpt 4.00 jugak.
PadamDari segi pekerjaan, selalunya anak melayu yang pointer tinggi memang peluang besar untuk dpt jawatan2 yang bagus dan gaji tinggi. Cuma dari segi pointer yang 3.00 hingga 3.50, memang bnyk compny yang lebih cenderung hire cina sebab kebanyakkan syarikat pun org atasan ialah cina. Terutamanya bank. Bagi kelompok kerja sederhana, gaji 2k lebih..memang mentaliti org cina tu lebih bagus dari malay.
Bagi yang pointer bawah 3.00 tu, ikut nasib la..ada kerja besar..ada kerja gaji rendah sikit mse start.
apa2 pun, kita tak boleh blame cina disebabkan anak melayu sukar dpt kerja. Cina lebih kepada bisnes..mereka akan mewariskan bisnes kepada anak2 mereka. tak seperti melayu yang fokus kepada kerja office ja. kalau nak start bisnes..start je sendiri, bukan mewarisi ayah punya. So secara tak langsung cina akan lebih selamat dari segi mendapat pekerjaan selepas tamat belajar. Manakala melayu pula usaha dan bergantung kepada dapat kerja di pejabat.
Tapi trend pun dah semakin berubah. Melayu pun dah ramai berniaga. So aku harap lebih ramai org melayu buka perniagaan yang dapat menjamin masa depan anak2 jugak.anak2 dpt kerja di syarikat dan bngunkan bisnes kita. Cukuplah dengan mentaliti hantar anak blaja rajin2, supaya bile besar dapat jadi pegawai.
Orang melayu memang pandai dan kuat di tanah sendiri. Tapi yang survive di sini ialah orang Indonesia dan Bangladesh.
PadamMereka ini "responsive".
cerita psl sistem pendidikan jepun pun, masih lg nak kait dgn cina... pejuang melayu nasi goreng cina sungguh
PadamBagus untuk diaplikasikan ke dalam disertasi saya kelak.
BalasPadamhentai!!
BalasPadamsekali gua teringat kartun selipar jepun daa
BalasPadamSalah UMNO-BN...
BalasPadamSokong PKR!
Bukan antara kebaikan ialah cikgu yg mengajar ialah Cik Maria? Hehe
BalasPadamPapepun setiap sistem pendidikan ada pro n con. Buang yg keruh n ambil yg jernih jika nak compare dgn negara2 lain utk diterapkan di negara kita. Tp sy still x berapa suka sistem pendidikan skrg yg byk membebankn cikgu dgn buat 2 kerje (mengajar n key in sistem)..tp budak belajar stail yg sama gak, hanya improve sistem key in markah, tp bukan pengajaran sepenuhnya.
Hah? Cikgu maria..adoi..hang ni..tgk, kang dah teringt cerita cikgu maria.
BalasPadamApa pun x boleh.. hahhahaha.. jepun pandang ke barat utk kemajuan..apa nk jd dgn malaysia.. haahaha..
BalasPadamkalau nk belajar lebih lanjut tentang alam prsekolahan jepun, boleh baca komik boku no pico
BalasPadamSatu yg aku nampak dr Jepun ni, diorg sgt pentingkan rasa cinta negara...
BalasPadamSbb tu dlm pembelajaran diorg penuh dgn adat dan budaya negara sendiri..
The downside, penguasaan bahasa asing (selain jepun) terutamanya BI amat rendah...
Tp kita pon apa kurangnya, kan?
Penguasaan bahasa asing mereka mmg rendah, tapi org2 jepun yang faham bahasa inggeris menterjemah banyak hasil karya sastera/sains/penemuan baru orang barat kepada bahasa ibunda mereka. Dengan ini mereka tidaklah terpinggir, ketinggalan atau terpisah dengan dunia barat.
Padamkalau ada puluh ribu orang sudi merterjemah bahasa asing ke bahasa jepun, rasanya tak perlu lah berjuta2 penduduk asal jepun belajar bahasa lain..
Indonesia buat perkara yang serupa juga, tapi mengikut pengetahuan aku yg terhad, mereka lebih tumpu kepada sastera dan sains psikologi.
Thank you for the information! :-) Dapat buat untuk sejarah kertas 3 utk peperiksaan pertengahan tahun....
BalasPadam