Halaman

Selasa, 12 Ogos 2014

Wanita mana yang tahan hidup susah?

Walaupun serba kekurangan, seorang lelaki lembam nekad menjaga dua anak tirinya dalam pondok usang di kawasan setinggan di Taman Sri Pandan di sini, sejak isterinya menghilangkan diri lima tahun lalu.

Bekerja sebagai tukang rumah dengan pendapatan kira-kira RM400 sebulan, Rahmat Mori, 54, memikul tanggungjawab membesar dan menyekolahkan anak tirinya, Mohd Mawi, 13, dan Siti Nuhaliza Abdullah, 10.


“Saya sudah tiga kali berkahwin, namun jodoh tidak panjang kerana isteri bosan hidup susah. Malah isteri ketiga yang juga seorang janda lari meninggalkan dua anaknya untuk saya jaga sejak lima tahun lalu,” katanya.

Rahmat bagaimanapun bersyukur kerana kedua-dua anak tirinya tidak mengeluh dengan kehidupan serba kekurangan.

“Saya bukan tidak sayang isteri, namun hanya mampu bekerja sebagai tukang rumah dan pendapatan tidak pernah melebihi RM400 sebulan.

Sumber Harian Metro.

1. Sekarang ini memang susah nak cari wanita yang sanggup hidup susah, biarpun yang sudah berkahwin. Tidak dinafikan wujud wanita yang sanggup meninggalkan pakwe, tunang, suami dan keluarga demi lelaki lain yang lebih kaya dan berharta. Yelah, siapa yang tak mahu hidup senang, bukan? Jika ada peluang untuk mendapat kehidupan yang lebih senang dan mewah, siapa tak mahu, bukan?

2. Sebab itu zaman sekarang cinta sejati tu antara lelaki dan perempuan susah nak wujud. Kalau dulu, lelaki jadi penoreh getah atau petani pun masih boleh mendapat isteri dan beranak 10. Kini, kalau kau hanya ada motor dan awek, dan awek ko tiba2 ada lelaki lain minat yang ada kereta, kau pasti akan kalah dan kena tinggal. Kalau kau ada awek dan kau hanya jual burger tepi jalan, tiba2 ada seorang pegawai gomen ngurat awek kau, kau pasti kena tinggal. Kalau kau dah jadi pegawai gomen dan ada awek, tiba2 ada lelaki lain yang bawak Lamborghini ngurat awek kau, kau juga akan turut kena tinggal. Zaman sekarang adalah zaman "best man win".

3. Orang perempuan zaman ini juga tidaklah sekuat wanita dulu. Baru hidup susah sikit, atau mendapat anak yang tidak sempurna, sudah tidak tertahan dengan beban sehingga ada yang tidak mahu menjaga mereka dan tinggalkan kepada orang lain atau rumah kebajikan. Namun tak bermaksud lelaki zaman juga segagah lelaki zaman dulu. Lelaki dulu lebih bertanggungjawab, lelaki sekarang suka ambil mudah dan ambil ringan pelbagai perkara, malah ramai juga yang lari dari tanggungjawab terutama lepas membuntingkan anak dara orang.

3. Walaubagaimanapun tak semua wanita macam tu. Aku percaya masih ada wanita yang tak kisah pasal harta dunia, yang lebih penting baginya adalah bakal imamnya punyai hati yang ikhlas, sikap yang baik dan menjaga agamanya agar boleh bimbing mereka till jannah, namun... mereka ini tidak ramai dan susah nak jumpa. Bagi lelaki yang dah menjumpai dan memiliki wanita seperti ini, tahniah aku ucapkan.

4. Berbalik kepada artikel di atas, walau tidak sempurna dan lembam, pendapatan hanya RM400, 3 kali kena tinggal isteri, isteri ketiga siap tinggalkan anak2 dia kepada lelaki ini, tapi dia masih lagi sanggup jaga anak2 tirinya, takde simpan dendam dan abaikan anak tirinya yang bukan darah dagingnya pun malah turut menyekolahkan mereka.

Seriously, this guy deserves a medal. Harap kerajaan boleh bantu lelaki ini dan sempena hari merdeka nanti, bagilah anugerah atau tokoh bapa kepada lelaki ini.




tags:  wanita mana sanggup tahan hidup susah isteri bosan tidak mewah gaji kecil jaga tinggal anak tiri pendapatan rendah

17 ulasan:

  1. Patut dapat anugerah Bapa terbaik Tahun ini

    BalasPadam
  2. Jika harap balasan Allah...mcm ni la contoh bapa yg baik even bukan anak kandung sendiri. Tp jika kejarkan dunia n perhatian manusia semata2, bela kucing pun mati sbb x bagi makan.

    Ada kes kat watsapp yg seekor anjing dibiarkan dlm kereta berjam2 kat tempat parking, org ramai nekad membuka pintu kereta smpi kene pecah cermin, tp owner anjing 2 bising sbb kereta kene pecah n kata anjing dia x mati lagi kan? Belum bela anak org lg.

    Tp pegangan agama perkara asas utk membina keluarga n membentuk anak2. Tanpa agama, manusia hidup berhambakan dunia sahaja.

    BalasPadam
  3. Perempuan diuji bila tiada duit(cari lelaki lain)
    Lelaki diuji bila banyak duit(cari perempuan lain)

    BalasPadam
    Balasan
    1. best quote by anon...

      Padam
    2. terbaik la, lagi pun drama masa kini suka tayang wanita miskin berkahwin ngan lelaki kaye yg cool dan walaupun rogol diorang pun masih maaf kan bwahaha2 memang kuat gila inception tangapan keseronokan org kaya...tgk la dram tv malays petang puihh ak nak muntah.. cilakak x tunjuk realiti sebenar...xsemua tp masalahnya ianya infect majority of them man and women....

      Padam
    3. setuju..cerita sekarang sume laki kaya nak mampus bisnes datok datin tan sri bagai rumah besar kereta mewah hensem kacak rebutan wanita pastuh mesti kawin dengan perempuan konon ayu bijak tapi kampung mesken..memula lelaki x suka pastuh cintan habis..urrrrggggghhhhh so boring

      Padam
    4. Ada lagi 1 benda, kalau tak "power" pun pompuan tu cari lain! lelaki bila terlampau "power" tambah lagi bini no 2, 3 dan 4. (termasuk senarai-senarai yang sedang menunggu)

      Padam
  4. Bahana penangan duniawi, wang mampu membeli cinta.

    BalasPadam
  5. "best man win" ok ak xyh sush2 fikir nak kawin mcm ni baik ak amal bnyk2, kumpul duit bnyk2 untuk sendiri smpi ke tua pastu cari rumah ihsan orang tua byr diorang untuk jaga aku smpi meninggal je la hmmm ok la tu.. ak pun bukn kaki nak mengharap ak kaki usaha+mls lol

    BalasPadam
    Balasan
    1. PrRoo00000tttttTTtttt!! Argh!! Leganya

      Padam
  6. Tanpa...cinta mu aku resah tanpa....12 Ogos 2014 pada 6:59 PTG

    mcm pak cik aku je...bini dia lari ikut jantan lain sebab xtahan hidup susah...sian anak2 dia...

    BalasPadam
  7. Bagus pakcik tu. Sanggup dia jaga anak diri dia walaupun mak diorang dah lari tinggalkan diorang. Moga budak2 tu ingt jasa bapak tiri diorang bile besar nnt. Tidak kisah la di dunia ni pakcik tu miskin..tapi pasti ada tempat disisi tuhan

    BalasPadam
  8. Syurga istri bwh tapak kaki suami...

    BalasPadam
    Balasan
    1. syurga suami dicelah kangkang isteri

      Padam
  9. Semua salah UMNO-BN..
    Sokong PKR-DAP

    BalasPadam
  10. sepatutnya kes2 macam ni tak perlu timbul... inilah kesan kepada org perempuan bila tengok orang2 kaya hidup mewah.. mereka kejar juga kemewahan tu.. hakikatnya orang melayu ni hidupnya sederhana.. bila datang sahaja peniaga2 cina yang dengan sengaja menunjukkan kekayaan dan kemewahan mereka.. maka berbondong2lah perempuan melayu ni tertawan..

    sebenarnya permainan mereka ni licik.. bila kita tengok mereka mewah, pakai kereta besar rumah besar.. kita nampak mereka bahagia.. maka kita pun sibuk nak jadi macam mereka.. lepas tu sorang2 tinggalkan kampung halaman sebab nak jadi kaya macam cina.. bila tanya cina mcm mana boleh kaya.. diorng cakap kena rajin macam mereka.. kita pun kagum dgn mereka.. dan kita sentiasa kata mereka ni rajin...

    lepas tu katanya rajin sajer tak cukup.. kerja kena pada bidangnya.. kalau bidang tani macam kat kampung.. rajin sampai patah tulang pun tak kaya... tapi kalau masuk bidang perkilangan, kerja rajin, banyak buat O.T, boleh dapat gaji banyak... maka berbondong2lah orang kita masuk kerja kilang.. akhirnya baru tersedar kita terperangkap dalam kilang cina...

    sebab itulah kita kena sedar akan situasi negara kita yg sebenarnya.. bukan hanya fikir rajin sahaja..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.