Halaman

Selasa, 9 September 2014

Pendapatan isi rumah dan harga rumah sama naik

Purata pendapatan isi rumah telah meningkat sebanyak RM900 dari RM5,000 pada tahun 2012 ke RM5.900 pada tahun ini. Bermakna bagi pasangan yang dah berkahwin, purata pendapatan seorang adalah RM2,950. Serius, dari segi purata pendapatan isi rumah, ini adalah suatu pencapaian yang boleh dibanggakan. Terima kasih dan tahniah kepada kerajaan di bawah kepimpinan DS Najib Razak. Namun, walau purata pendapatan isi rumah semakin meningkat, malangnya ia masih tidak dapat meningkatkan kadar pemilikan rumah di kalangan golongan rendah dan pertengahan.


Angka awal Kajian Pendapatan Isi Rumah 2014 yang dijalankan oleh kerajaan, menunjukkan taraf hidup rakyat telah meningkat, dengan purata pendapatan isi rumah melepasi RM5,900 sebulan.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata ia adalah pencapaian yang ketara berbanding hasil kajian pada 2012 yang merekodkan purata pendapatan isi rumah sebanyak RM5,000 sebulan.
"Dari segi meningkatkan ekonomi, kita sudah berjaya, dan dibuktikan dengan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) sebanyak 6.3 peratus pada separuh pertama tahun ini.

"Namun, mengembangkan ekonomi semata-mata tidak mencukupi kerana kita juga mesti memastikan ia dapat dirasai oleh rakyat, dari segi gaji yang lebih tinggi yang mesti selari dengan produktiviti," katanya pada sidang media di luar acara Simposium Ekonomi Global 2014.

Nisbah gaji kepada KDNK di Malaysia berkembang kepada 33.6 peratus tahun kepas berbanding 29.3 peratus pada 2008.
Menyentuh ringkas Rancangan Malaysia ke-11, Abdul Wahid berkata kerajaan kini berpada pada kedudukan yang baik untuk membentangkan rancangan pembangunan itu di Parlimen Mei tahun depan berikutan penyelesaian pelarasan awal dengan 12 kerajaan negeri.

"Hanya tinggal Sabah. Saya akan menemui Ketua Menteri dan kabinet negeri minggu depan," katanya.

Sumber Berita Harian dan The Malaysian Insider.

Bila bercakap soal statistik, aku rasa ramai yang ingin tahu bagaimana purata pendapatan isi rumah ini diperolehi. Adakah ia dikira dengan mencampurkan jumlah pendapatan isi rumah semua orang dalam Malaysia ini tidak kira dari golongan miskin hinggalah yang kaya, dan kemudian dibahagi sama rata mengikut jumlah orang.

Sebagai contoh pengiraan yang dibuat berdasarkan 100 sampel pendapatan VS isi rumah:

RM1,000 = 8 isi rumah = RM8,000
RM2,000 = 10 isi rumah = RM20,000
RM3,000 = 12 isi rumah = RM36,000
RM4,000 = 18 isi rumah = RM72,000
RM5,000 = 20 isi rumah = RM100,000
RM6,000 = 15 isi rumah = RM90,000
RM8,000 = 8 isi rumah = RM56,000
RM9,000 = 6 isi rumah = RM48,000
RM10,000 = 3 isi rumah = RM27,000

So purata pendapatan isi rumah = RM457,000 / 100 = RM4,570. 

Nampak macam tinggi, tapi sebenarnya terdapat 68 isi rumah berpendapatan bawah RM5,000 berbanding 32 isi rumah berpendapatan lebih RM5,000. So rakyat berhak tahu macam mana pengiraan statistik ini dibuat, harap pihak kerajaan dan menteri boleh memberitahu kami. Lagipun kami juga belajar Statistik juga dalam subjek Matematik Tambahan dulu, masa ni lah kami nak guna ilmu yang kami belajar.

Di samping itu, kami juga mahu statistik2 lain seperti:
  • Berapa peratus isi rumah yang berpendapatan kurang dan juga melebihi purata RM5,900.
  • Berapa peratus isi rumah yang berpendapatan purata RM5,900 ini yang memiliki rumah sendiri dan berapa peratus pula yang masih menyewa.
  • Statisik kadar purata pendapatan isi rumah mengikut tahun VS kadar kenaikan harga rumah.
  • Statisik kadar purata pendapatan isi rumah mengikut tahun VS kadar inflasi dan kenaikan harga barang.

Yelah, kalau purata pendapatan isi rumah naik RM900 dalam 2 tahun, tapi purata harga rumah naik RM90,000 dalam 2 tahun, no point statistik ini, sebab statistik ini hanya akan menjadi statistik syok sendiri yang nak menyedapkan hati orang sahaja.


Zaman sekarang ni, pendapatan isi rumah RM6,000 pun belum tentu mampu beli rumah sendiri, lebih2 lagi yang bekerja dan duduk di kawasan bandar seperti Lembah Klang, so adakah dekat meningkatnya purata pendapatan isi rumah ke angka RM5,900 adalah suatu yang boleh membanggakan? Adalah lebih membanggakan kalau biarpun purata pendapatan isi rumah rendah tapi ramai yang mampu untuk memiliki rumah sendiri.


Kalau mengikut laporan yang dikeluarkan oleh akhbar The Star - Klang Valley still affordable, aku tak nampak ntah mana yang affordable bagi golongan berpendapatan rendah dan sederhana, kalau nak beli rumah di Melawati, Nilai dan Bukit Subang pun pendapatan isi rumah kena ada dalam RM9,000 sebulan.


Malah menjelang tahun 2020, anda mesti mempunyai pendapatan sekurang2nya RM12,000 sebulan untuk memiliki sebuah rumah teres atas tanah. Bagi golongan pertengahan, mungkin anda hanya mampu memiliki rumah apartment di pinggir bandar sahaja. Nak beli rumah apartment kos rendah seperti PPRT atau PR1MA pun tak boleh sebab dah tak layak.


Last2 sebab tak mampu dan tak layak, maka ramai generasi2 muda ni menyewa jelah rumah sampai mati. Yelah kalau lepas grad baru dapat kerja gaji RM2,000 pun, kalau setiap tahun ada kenaikan gaji RM200, lepas 5 tahun pun gaji baru RM3,000, baru rasa ada duit sikit nak beli rumah, dalam 5 tahun harga rumah dah naik melampau2.


Satu kelemahan kebanyakan orang berpengaruh di Malaysia ni tidak kira la pemimpin ke, pembikin filem ke, penulis novel ke, adalah diorang tak berani nak mengakui kelemahan dan memaparkan realiti dan sisi hitam suatu masalah dan isu. Mereka hanya akan paparkan benda2 yang baik2 sahaja agar kita selesa, syok sendiri dan rasa itulah realiti sebenarnya, sedangkan hakikatnya adalah sebaliknya.




tags: purata pendapatan isi rumah malaysia pasangan makan gaji rakyat warganegara menteri abdul wahid omar harga rumah barang naik bayar hutan sampai mati nasib korang la labu

47 ulasan:

  1. Smpai matila nampaknya menyewa:'(

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jika PKR yang memerintah, semua rakyat mampu membeli rumah banglo!

      Sokong Wan Azizah jadi MB Selangor dan PM Malaysia ke-7!

      Padam
  2. DSWO sengaja keluarkan statement pendapatan purata untuk dijadikan bahan oleh netizen...

    BalasPadam
  3. Betul tu. Manakala yb2 kita beserta suku sakat terus kaya raya.

    BalasPadam
  4. rumah di alam barzakh juga yg free sampai akhirat...

    BalasPadam
  5. haih... gaji dh le tak naik2 lagi sama je...ap kannya nak kawin lagi....nak dpt umah ngan kereta pun ak dh tk nmpk byg2... memang smpi tua je le ak sewa bilik duk sorang2 haha....zzzzz bersyukur la sapa2 dpt kerajaan @ dpt buat perniagaan yg bnyk untung....

    BalasPadam
    Balasan
    1. x tanya pun. peduli apa aku dgn kehidupan ko

      Padam
    2. prooottttttttttttttt arghhhh legaaaaaaaaaaaaaaa jd top komentar

      Padam
    3. sukati ko la sirosli.. aku bangga ada budak kejar top komentar..

      Padam
  6. terima kasih gomen

    BalasPadam
  7. ni kang tulis komen kerajaan itu ini tak kena..polis cari dibawah akta hasutan pulak.

    BalasPadam
  8. x mampu nak beli rumah mahal2 atau canggih2 tinggal la kat PPR - * kerajaan punya idea untuk orang yg sederhana dan miskin layak tinggal kat PPR je kot , rumah kos rendah katanya *- alee utoh

    BalasPadam
  9. btul tuu, nak bli rumah pn tak mampu sbb mahal sangat.. M'yewa jelaa jwabnyee.. Tak bangga pun purata pendapatan isi rumah meningkat.. Padahal ramai kot yg xmampu bli rumah sndri..

    BalasPadam
  10. jadah sungguh korang ni, sembang lebat , kerja malas ada hati nk beli umah puii

    BalasPadam
  11. Salam 1Rasuah

    Peniaga peniaga dan usahawan lah kayu ukur kepandaian sebenar. Mereka mampu hidup atas usaha mereka sendiri.

    Bukan seperti penipu-penipu di luar sana. Otak tak pandai masuk IPT ikut pintu belakang, pakai kuota atau kerana dasar bertukar supaya senang dapat kerja dalam kerajaan. Nak guna otak sendiri tak pandai, dari UPSR-SPM tak pernah score.

    Assignment copy paste, attendance minta kawan sign, exam tiru atau advance sikit ramai-ramai jumpa lecturer minta diluluskan, dapat scroll buat cari makan. Cantekkk.

    Dah dapat scroll masuk kerja pakai cable, ada kenal sapa-sapa ke dalam jabatan ni? Kalau tak kenal susah lah. Guna cara tak adil kemudian fitnah Allah cakap itu rezeki.

    Setiap daging yang tumbuh dari sumber yang haram. Api neraka lah bahan bakarnya.

    KEDEPAN (KEmbalikan DEgree berasaskan kePANdaian, SPM 5A degree dan guru, 3A-4A diploma, 1A-2A sijil, 0A buruh amah dan pekerja am) adil ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ko pulak dapat brape A? macam belagak lebih je..

      Padam
  12. keluarkan peratus purata yg sewa sampai mati setiap tahun meningkat atau x...bru kerajaan nampak sikit...

    BalasPadam
  13. Jangan tuan rumah naikkan harga rumah sewa sudah

    BalasPadam
  14. Ko ni langsung x reti bersyukur noob..dgn degree yg nko ada, ko mmg layak makan makanan dari tong sampah saja. Kalo dpt beli nasi lemak bungkus, memang dikira transformasi najib berjaya la..

    BalasPadam
    Balasan
    1. prooottttttttttttttttttt arghhhhhhhhhh lega~~

      Padam
    2. Nasi lemak..nasi lemak..satu bungkus singgit..mai beli..mai beli

      Padam
  15. Tapi 1 perkara yg aku tak faham.
    Katanya gaji murah/rendah,
    tapi pakai brg branded,
    makan kat tempat yg ada class,
    pergi melancong sana sini.
    Mana pulak dorg dapat duit tu.???

    #Tu belum kira student yg tak kerja lg menghabiskan duit mak ayah sbb nak lifestyle mcm org kaeyelll.

    Bak kata org2an, biar miskin asal bergaya. Mcm tu keh.?

    *aku tanya je. Jgn bash pulak. Kbai.

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang yang ko jumpa tu mesti yang di kalangan pendatapan isi rumah mereka di atas purata. mungkin dalam dunia kau sekarang belum jumpa lagi orang yang berpendapatan isi rumah di bawah purata, seperti ini - https://www.facebook.com/LembagaZakatSelangor.MAIS/posts/10152682247211221

      Padam
    2. Shrek is love,Shrek is life10 September 2014 pada 10:49 PG

      betul tu noob. sesetengah org mmg bodoh mcm anon di atas. bila didedahkan ramai org miskin kat malaysia ni beli rumah x mampu, dikonarnya apasal jalan sesak byk kereta, pergi supermarket ramai org beli belah,hp mcm -mcm jenis ada, dkt kfc ramai org makan. konon konon ini semua petanda org malaysia xde yg miskin. apakah mereka x fikir ini semua bukanlah individu yg sama

      Padam
    3. Haah, ye la anon 10:49 kau sorg je yg cerdik pandai kt sini. 👊

      Padam
    4. anon 12.44 ptg: bodo mana ada anon 10:49

      Padam
    5. Whoa.. kayalah pakcik tu sekeluarga.. dpt serta merta RM500.00. Dpt makan SETAHUN ni.. mcm PM kita warwarkan.. kalo bagi RM10,000.00 insyaAllah.. sampai kiamat la cukup semua anak beranak ni.. mengalir airmataku..

      Padam
  16. Apabila pendapatan naik, maka pinjaman yg boleh dibuat pun naik, jadi pemaju pun menaikkanlah harga rumahnya hingga takat maksima yg dapat dipinjam dari bank utk dptkn untung maksima..

    Kalau mahu harga rumah turun, harga kereta turun.. kena sembelih bank dulu..

    Bila sekat bank dari jadi lintah darat, harga rumah, kereta mesti automatik menjunam turun..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pemain hartanah pon menyumbang kepda penngkatan harga rumah bro...x tau la berkat ke x hasil diaorg tuh...beli umah bru pecah tanah rm200k, modal keluar booking fee jer RM2k blan2 potg selama 2 thun x sampai rm300, umah da siap jual RM400k...lepas tu ngaku diaorg pandai main pasaran hartanah...padahal diaorg x sedar diaorg juga penyebab kenaikan harga umah..da menyusahkan org lain...bg aku kerajaan kena had kan 1 nama hanya boleh beli 2 biji umah jer, pastu kena tggu 10@20 thun bru leh jual...klu nak jual sebelum 10 thun mesti kena bayar denda sekurangnya 50% dr nilai harga semasa rumah tersebut...baru la rege umah x naik klu buat cmnih...

      Padam
    2. Sapa berani sekat dan lawan bank? Ulamak? Org2 PAS? Pergi mampos la sumer ni.. lagi islam, lagilah kuat riba dan hutangnya..

      Padam
  17. Semalam di buletin utama ada diumumkan skim baru "rent & own"...dimana semua penduduk msia bole menyewa rumah dan memiliki rumah tersebut selepas 30 tahun...nampaknya memang sampai matila menyewa rumah..dan semestinya banyak caj2 dan kos2 tersembunyi yg akn dikenakan kpd penyewa, selain kerenah birokrasi yg tidak ada kesudahan.

    BalasPadam
  18. tengok sekeliling kita..makin banyak penjaja kt tepi-tepi jalan..kedai pajak gadai tumbuh bak cendawan..iklan pinjaman dimana-mana sahaja..apa makna semua tu...
    tapi masih ramai yang tak sedar kita makin hari makin terhimpit...pertumbuhan ekonomi sekadar mainan statistik dan peratusan sahaja..kuasa beli makin kurang...mungkin di masa akan datang rakyat negara kita pula terpaksa merantau keluar negara demi untuk sesuap nasi...

    BalasPadam
  19. matilah kalau menyewa sampai ke tua..nak bli rumah yg selesa kat kawasan bandar terutama kl mmg dah payah. tak mampu. terpaksa la bli rumah kecik..pastu bila dah tua, buat rumah kat kampung. xkan kita semua ni nak disumbat kat rumah PPR tu.

    BalasPadam
  20. aku cakap untuk aku yang dalam golongan sederhana ye..
    aku gaji 5k, spouse aku 3k. so total 8k. nak apply brim memang tak layak la walaupun mengharap *kenaikan kadar br1m golongan sederhana -katanya.. padahal income tax memang bulan beratus la kena.
    Nak apply rumawip, Skim MyHome max 6k je seisi rumah. Pr1ma pulak max 7.5k, kalau SPNB lagi la, max 2k je.. erkk
    Ok la, aku kira aku golongan sederhana, aku try usha New Properties area tempat kitorang kerja, perghh minimum pun 350k, tu pun yang 2 bilik je.
    Then aku cari la rumah apartment cost sederhana under orang, jumpe 250k. tapi kena ada 10% means 25k untuk downpayment semata2, tak termasuk lain2 cost. erkkk. adoi mencabar juga rasanya ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wah gaji cam tu tu kata golongan sederhana habis yg geng gaji 1k ...1.5k ni miskin hina nak mampus la kot ehh? ni mesti x reti bersyukur... ak gaji 1k pun xdpt buat pape

      Padam
    2. bwh rm3000 dikira miskin bndar. so betullah rm8000 golongan sederhana

      Padam
    3. nak beli rumah undermarket 250K kena ada paling kurang 30K kat tangan..kalo area shah alam apartment 250K ni dlm 800-900 kaki persegi sahaja keluasannya..nak dapatkan 30k tu terpaksala buat personal loan tak pun loan kasih sayang dgn parent atau kawan-kawan..dah settle beli rumah keluarkan duit EPF akaun dua bayar balik hutang secepat mungkin..kalo dengan gaji 8k langsung takde saving ko mmg useless..

      Padam
    4. anon 10:41.. awal2 lagi aku dah maintain "aku cakap untuk aku yang dalam golongan sederhana ye.. " ada aku cakap pasal golongan lain ke? takkan??? yang ko sentap lebih dah kenapa? ko pun at least 1k juga gaji.. pun tak reti nak bersyukur juga kan...

      ha macam anon11:00 cakap, rm8000 memang la dalam golongan sederhana. so apa masalahnya..

      anon 11:24, saving tu memang la ada.. tapi tak de la sampai 30k sebab aku dgn spouse aku pun baru je kerja 3-4 tahun da.. setakat 8-10k je la yang ada.. terfikir juga nak buat loan personal, tapi memang betul2 komited nak beli rumah la, cepat2 langsaikan balik hutang personal loan tu.. banyak woo komitmen kalau tak pandai nak manage bebetul.

      Padam
    5. kalo takde orang nak bagi pinjam ko buat je personal loan..rumah ni kalo makin cepat beli lagi bagus..aku household income 7k pun bole beli rumah 200K dua tahun lepas..sekarang harga pasaran rumah aku dah 250K..bila masuk tahun ke-4 aku plan nak jual rumah kat bini aku..masa tu mungkin harga rumah dah 300k lebih..duit dari jualan rumah pertama dan pengeluaran duit EPF wife aku tu ble guna utk beli aset lagi dan selesaikan semua hutang..aku jual kat wife aku tu sebab nak elak daripada kena RPGT..buat masa ni aku hidup sederhana je..orang kata buah kesabaran tu amat manis..

      Padam
  21. HURM AKU DOK KL LULUSAN DIPLOMAN PERAKAUNAN, GJ AKU BERSIH 2.2K, KETE MYVI RM500 BG BINI RM1K BUAT BELANJA UMAH,BG MAK DI KMPG RM150 DOK AREA GOMBAK G KJ NAIK WAVE(JIMAT GILER MINYAK)..SIMPANAN BULAN2 DAPAT SIMPAN RM200...ALHAMDULILLAH DUIT POKET AKU X PENAH HABIS SMPAI GJ BLAN DEPAN...(BINI AKU X KJ, DOK UMAH JG ANAK JER) NASIB BAIK UMAH X YAH SEWA...APABILA REZEKI BERKAT TUHAN AKAN BG BANYAK CR UNTUK MEMUDAHKAN HIDUP KITA...SENTIASALAH BERSYUKUR & BERBELANJA IKUT KEMAMPUAN.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak semua orang tak payah bayar sewa rumah..kita memang patut bersyukur dan belanja ikut kemampuan..tapi pihak berkuasa kena buat sesuatu untuk bantu rakyat marhean..kekayaan negara kena agih dengan adil..negara kita ni bukan takde sumber..bencana alam pun tak seteruk indon,filipin atau jepun/taiwan

      Padam
    2. 1111.. Serupa kepala vutoh jer citer duit gaji sendiri BHORKHOT!! Kalo suruh citer lagi2.. silap haribulan, tokwan dia jadi waliyullah... phui..

      Padam
  22. Perkara ni hanya kritikal di kawasan lembah klang..lg2 byk peluang pekerjaan yg menawarkan gaji lumayan di sana...so bisnes perumahan pun buat perkara yg sama menaikkan benchmark harga rumah supaya mereka senang untung cepat dlm jangka masa singkat. Susah nak kawal..even benda yg sama berlaku di negara2 maju mcm SIngapura, Jepun, Korea, UK dan lain2. No komen utk bg idea bernas nak atasi maslah ni.

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.