Halaman

Jumaat, 31 Oktober 2014

Kerja Berpasukan Kunci Kejayaan

Pepatah ada mengatakan, “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Itulah gambaran yang dapat aku lihat menerusi foto di bawah. Badan kerengga yang 100 kali lebih kecil berbanding badan kumbang mampu diangkat dan dibawa menerusi tali penyidai pakaian. Semuanya atas usaha kerjasama sebuah pasukan. Bayangkan jika tidak ada kerja berpasukan, mampukah kumbang ini diangkat oleh seekor kerengga? Oh pastinya tidak!

Foto: 4 ekor kerengga mengangkat kumbang besar

Konsepnya sama juga seperti kita sebagai manusia. Dalam memacu perkembangan ekonomi dan pembangunan negara, kita sebagai rakyat Malaysia harus bersatu hati. Seperti perumpamaan ini, “Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Jika tidak ada semangat berpasukan dalam memajukan negara, maka pincanglah ekonomi kita, pembangunan mundur, rakyat merusuh, terumbang-ambing di tempat kerja, tiada keyakinan, sering khuatir syarikat bakal bankrap. Oleh itu, sama-samalah kita menyumbang tenaga, buah fikiran, membentuk perikatan utuh di tempat kerja dan memberikan usaha terbaik dalam kerja berpasukan demi mencapai kejayaan.

Jika dilihat dari perspektif Islam pula, kerja berpasukan juga merupakan asas kepada kekuatan ummah. Ianya dapat dilihat menerusi konsep tolong-menolong.

Allah SWT berfirman dalam surah al-Maidah ayat 2;
"Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat dan pencerobohan).

Sebagai seorang umat Islam, kita perlu terapkan sikap bekerjasama. Dengan bergerak secara berpasukan, mengamalkan konsep tolong-menolong yang makruf, maka sudah tentu umat Islam dapat sentiasa menjunjung kekuatan ummah yang akhirnya memberi kebaikan dan kebajikan kepada semua pihak.

Harus diingat! Semangat kerja berpasukan merupakan kunci kejayaan! Contohilah semangat kerja berpasukan seperti mana kisah 4 ekor kerengga di atas.





Artikel ini telah terpilih untuk menjadi salah satu pemenang GiveAway Contest Gila #6: Anda Tulis Kami Bayar yang ditulis oleh Yumida Huda.

Penafian: Ini adalah pendapat dan pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan blog Buasir Otak.




tags: pemenang giveaway contest gila ga #6 anda tulis kami bayar kerja berpasukan kunci kejayaan foto semut mengangkat kumbang

19 ulasan:

  1. bersatu teguh..bercerai kita roboh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Err.... bercerai kiter kawin lagi la.... hahaha

      Padam
  2. bersatu teguh..bercerai kita roboh...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Shrek is love,Shrek is life31 Oktober 2014 pada 4:41 PTG

      Yelah yelah kami faham!berapa kali nak tulis da?

      Padam
  3. Ya.. betul.. kalau nak merembat duit orang ramai pun.. menteri2 BN kena bersatu hati. Duit Menteri Lembu RM250juta, semua menteri bersatu hati duduk senyap2. Akhirnya Menteri Lembu anak beranak semuanya selamat.

    Harga barang naik dan harga petrol dinaikkan walaupun harga dunia turun. Menteri Ayam bitau rege cendol tak naik dan Menteri Kangkung bitau harga kangkung turun, rakyat takmau berterimakadih pulak. Inilah saling membantu membodohkan orangramai dan mengkepalabutuhkan rakyat. Menteri2 lain saling duduk sengap2 saja. Alhamdulillah rakyat bising2 pun, seminggu saja. Noob boleh tolong kempen harga minyak perlu naik sbb potong subsidi walaupun subsidi ini mcm mana kira pun tatau..tetiba saja ada subsidi kepalabutuh hapa mcm dlm bil letrik. Bila gi tanya TNB, tak wujud pun subsidi letrik ni. Kene tipu pun takper sbb ada tukang canang kerja2 mengecohkan ni sunat muakkad gamaknya.

    Dgn 30 juta rakyat Malaysia, jumlah 35 menteri dan 27 timbalan mmg berbaloi kalo sama2 bersatu dan duduk sengap2. Manakala India dgn penduduknya 1 billion, jumlah menterinya cuma 23 orang. India sesungguhnya tidak efisien, sbb tu negara mereka miskin. Bagi Jepun pula, 16 menteri kabinet utk menjaga 130 juta rakyat dilihat sebagai kurang efektif sbb negara mereka negara maju. Bagi UK dgn 25 menteri utk 65 juta rakyat dilihat kurang berkesan spt Malaysia. Apatah lagi US dgn 300juta rakyat dgn hanya 18 menteri saja. Ini sungguh melampau tidak seefektif Malaysia dalam kebersatuan memperbanyakkan menteri2, cuma menteri2 bersatu duduk sengap2 merembat duit projek kementerian masing2. Rakyat hendaklah terus menyokong saja.

    Ini sumer merapu. Jgn percaya eddeved..

    BalasPadam
    Balasan
    1. tp at least msh bagus dr pakatan taik

      Padam
    2. at least masih bagus taik dari babi N yg berlumuran najis

      Padam
  4. bersatu dalam pakatan atau barisan....

    BalasPadam
  5. agak2 la weh 100 lagi kecik.. haha.. 10 kali lagi kecik sudah.. btw really nice article.

    BalasPadam
  6. sbb tu anwar guna 14 peguam... kerja berpasukan kunci kejayaan la katakan... tp kalau kalah jugak xtau la dh jumpa kunci kejayaan ke belum

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anwar bukan sahaja dapat sokongan 14 peguam, tapi parti besar PKR dan DAP.. Manakala Saiful hanya rakyat biasa, mengharapkan pembelaan untuk beliau.. Tiada parti tiada 14 peguam dan tiada isteri sebagai presiden parti dan anak duduk parlimen..

      Padam
    2. Tak sepatutnya Anwar Ibrahim merujuk Mahkamah Agung, ini menunjukkan dia tak ada hikmah...Nabi Yusuf tak perlu 26 peguam membela dia..cukup Allah Taala aje membela dia...akhirnya apa jadi dengan Nabi Yusuf?

      Apa kes bang Nuar? Masuk penjara lima tahun aje...kau keluar nescaya kau akan lihat rakyat Malaysia dah berubah sebab tak ada kau pencaca marba rakyat...

      Aku tak sokong Najib...tapi kalau kau betul bang Nuar, lima tahun jail tak jadi kudis pada kau...masuk aje penjara...kau pernah masuk penjara kan?

      Nabi Yusuf masuk penjara bertahun-tahun, dia keluar aje Allah dah sediakan opportunity kat dia...jadi penasihat penguasa lagi...alah belasah aje bang Nuar...

      kalau kau betul kau akan masuk penjara...kalau kau salah, Insya Allah kau tak akan masuk penjara sebab penjara hanya untuk orang yang kuat sahaja!

      maaf lari tajuk,

      Padam
    3. Ni berkaitan pasal maruah. Kau nak ke keturunan kau di fitnah?

      Padam
    4. maruah? aku minta maaf, maruah aku hanya disisi Allah aje, kau boleh kata aku gila...apa kau fikir Allah letak Surah Yusuf tu bacaan ringan aje ke? Ada hikmah hukum sunnah Tuhan tuh! Para nabi dan rasul disediakan musuh dari kalangan saudara dan rakan taulan...ini hikmah yang memahami aje...

      Kau tgk aku aje, baca laa blog meraban aku...aku kena tuduh gila, mak aku fitnah aku bertumbuk dengan bapak aku padahal aku yang kena tumbuk dengan bapak aku, lepas tuh aku kena buang kerja, lepas tu hutang sana sini...kalau aku tak waras sekarang nih aku rasa bapak mertua aku dah lama mati kena bakar...tapi sebab aku waras aku maafkan segala kesalahan dia dari dia mula kenal aku sampai aku mati...sebab apa? Sebab Allah ajar aku...."this is temporary"...aku tak ada perasaan marah, ujub, dendam dan kesumat pada "so called enemy" sebab aku dah nampak...dan aku melihat mengguna mata akal yang mungkin belum terbuka pada engkau...

      sepatutnya keluarga Anwar Ibrahim lebih rela ayah depa dipenjara...lima tahun aje...kes aku kena buang kat court pun tak ada pulak aku menjerit depan hakim "ini fitnah!" saya telah difitnah...

      common knowledge dalam Quran, orang baik-baik semua mangsa fitnah!

      Padam
  7. Nak cari yg satu kapal dgn kita utk bersatu pun bukan mudah...
    Zaman sekarang ni byk agenda tersembunyi, kekonon nak bersama2 membangun tapi bila sampai masa tikam kawan dari belakang...
    Tapii memang tak dinafikan ada segelintir perkara tak mampu dicapai kalau tak bersatu dan bekerja dlm pasukan.

    BalasPadam
  8. Oh Rozana

    Bagaimana bisjut & royi ku?
    Apakah ia lebih panas dari bisjut & royi yang dijual bangla?

    Entahlah aku enggan menjawabnya.
    Kini biarkan aku menelusuri relung-relung hatiku yg sedang sendu
    Untuk mencari seketul bisjut & royi

    Oh Rozana

    Aku merindumu,
    ketika kau memakan bisjut, menuangkannya dalam cangkir.
    Serta menambahkan setengah sendok teh gula pasir.
    Sederhana memang, tapi tak sesederhana yang kurasa seperti rasa royi

    Oh Rozana

    Aku bisjut & royi, kau pula kilang memproses bisjut & royi

    Nak bisjut?

    BalasPadam
  9. Slm,
    Bro eddeved, Anon2 yg mempersoalkan pasal Anuar..... Tu hak dia yg korang sibuk2 apsal. Kalu jadi kat ko angkat tangan pastu berdoa je ke... Tu dh kira bodo... Sama ngan Sepol - lubang taik dia mesti le nak defend cuma cara dia tu yg nampak cam tak betul sangat. Tanya korang kat Malaysia selain Anuar siapa yg pernah kena bicara pasal kes liwat.. Berapa orang dah convicted, brapa lama prosesnya. Bagi tau aku sbb setahu aku takda. Kes rogol ada tapi tak camni... Sensasi. Kepada yg mempersoalkan hak Anuar ngan Sepol aku doakan korang samada diliwat ataupun kena tuduh liwat... Bior korrang merasa.

    Lastly bersatu teguh,, bercerai roboh.. Bersatulah utk Islam.

    Rdgs & JazakaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila masa aku bro engkau?
      bila masa aku persoal...padanlah muka dia...ha ha! perjuangkan rakyat konon...penipu besar kejap aje kena jail...lima tahun pun tak boleh tahan ke?

      tak per doalah benda tak baik dengan orang...aku sampai sekarang doa pak mertua aku mati, belum lagi aku dimakbul doa tuh...tapi kalau Tuhan makbul doa engkau ada benda tak kena nih! Ini tidak adil! ha ha!

      Padam
  10. http://www.businessinsider.my/worst-nations-to-work-in/#.VFRI3MsZ7qA

    Aku rasa elok kita lihat kembali diri sendiri. Bersatu teguh bercerai roboh ini bukanlah satu ungkapa yg selalu kita guna setiap hari. Ianya digunai oleh orang politik untuk mencapai tujuan politik masing-masing apabila hasratnya tidak cukup kuat dipeduli oleh orang ramai. Maukah dia pakat beramai-ramai bila bersatu, bersama-sama berkongsi mengklepet isterinya pula? Atau bersatu menggunakan duit dalam akaun bank beliau? Percayalah ungkapan bersatu ini adalah cliche untuk membodohkan orang ramai secara percuma untuk mendapat sokongan. Hanya jerit bersatu bersatu.. manusia sejagat terus klepet dibodohkan.

    Bersatu ni untuk apa? Bersatu guna duit akaun suami masing-masing? Aku tak pernah percaya dengan bersatu-bersatu ni. Ianya hanya berlaku sekali sahaja utk capai sesuatu tujuan dan apabila tujuan dah selesai, maka bersatu ini hancur berderai. Kita perlu setkan satu lagi matlamat untuk bersatu dan apabila matlamat baru ini dicapai, maka bercerailah pakat-pakat balik rumah masing-masing. Jadi untuk bersatu dalam jangkamasa panjang, ianya MUSTAHIL sebab semua orang ada hidup bermatlamat sendiri. Mengarut sungguh jika masih nak bersatu untuk matlamat jangkamasa lama. Contohnya zaman Mahathir dulu, WAWASAN 2020 akhirnya klepet terbongkang sbg projek membodohkan orang ramai. Datang Pak Lah dgn Islam Hadhari, kemudian dikepalabutuhkan oleh Najib dengan 1Malaysia. Datang PM baru pulak, apalagi slogan untuk mengkepalabutuhkan orang ramai pulak. Lihat, slogan bersatu apa kepalabutuh ini, hanyalah untuk mengharamjadahkan orang sahaja.

    Berbalik kepada link diatas, pikirlah apa Malaysia dah buat. Human right perkara asas pun dah tertonggeng dikomplen orang kapir. Memalukan sajalah jadi Islam jika hidup kerjanya memanjang mengkepalabutuhkan orang lain. Ini baru dalam hal hak dalam pekerjaan.

    Susah nak cakap. Mcm ni mungkin senang, harap-harap orang luar tak berperibahasa begini kemudian hari: Kalau jumpa Melayu dan Ular, ketuk kepala Melayu dulu sampai hancur. Sekian wabillahitaufickt..

    BalasPadam

Walaupun komen Anonymous/Tanpa Nama dibenarkan, mohon gunakan ID Berdaftar untuk mengelakkan dari berlaku kecurian identiti. Namun sekiranya ingin menggunakan Tanpa Nama, mohon letakkan Nickname untuk memudahkan komunikasi dan mengelakkan kekeliruan. Namun sekiranya Nickname yang digunakan dikenalpasti milik ID Berdaftar orang lain, maka komen akan dipadam untuk mengelakkan fitnah dan salah faham.

* Word verification terpaksa diaktifkan berikutan terdapat begitu banyak spam judi di ruangan komen.